May 21, 2016

Hafidz Roshdi sebagai duta produk Maria Miracle



Jarang kita dengar lelaki dijadikan sebagai duta produk kecantikan. Tapi kini, semua tu tak mustahil dah sebab produk kecantikan Maria Miracle yang berasaskan makanan kesihatan sesuai diambil oleh lelaki mahupun perempuan. Makanya semua lelaki haruslah menjaga kesihatan juga okay!


Siapa suka strawberi? Sekarang ni Maria Miracle dah estrakkan strawberi kegemaran korang tu dalam bentuk supplement! Tinggal kemam sahaja dan terus jadi cantik! Gituu ^_^


Pada minggu lepas, Yaya bersama rakan blogger yang lain djemput sebagai media untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan sesi menandatangani memorandum Hafidz Roshdi sebagai duta produk Maria Miracle. Sesi ini dibuat di The Garage KL berdekatan Ampang. Memang best tempatnya. Hipster habis. Siapa nak cuba makan disini, Yaya sangat rekomen okay :)


Tetamu dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan NICO sementara menanti kehadiran Hafiz Roshdi dan pengasas produk Maria Miracle.


Sesi temu ramah bersama media dan seterusnya sesi menandatangi memorandum Hafidz Roshdi sebagai duta produk Maria Miracle. Bertuah betul Hafidz Roshdi dapat berkerjasasma dengan Maria Miracle. Makin meletup lah lepas ni.

Bagi pengasas Maria Miracle sendiri iaitu Puan Maria Hasmin Marzuki, pemilihan Hafidz Roshdi sebagai duta produk dianggap tepat pada masanya kerana Hafidz merupakan role model terbaik buat anak muda masa kini. Kata beliau, Hafidz merupakan seorang yang menjaga tanggungjawabnya pada agama, amanah dan ini sekaligus membuatkan beliau ikon yang mampu memikul tanggungjawab sebagai duta produk ini.

Sebelum Hafidz bersetuju untuk mejadi duta, beliau telah mencuba produk ini untuk mendapatkkan keberkesannya. Positif dengan hasilnya, Hafidz bersetuju untuk menjadi duta produk Maria Miracle. Fuhh tengok muka Hafidz haritu pun flawless kemain kalah kita ni tau. Huhu


Safiey Ilias pun ada okay! Alah sejuk sangat hati tengok dia ni tau. Soft je orangnya.


Bersama pengasas Maria Miracle, Puan Maria Hasmin Marzuki

Harapan pihak Equal Herbs Sdn Bhd menerusi pelantikan Hafidz Roshdi sebagai duta Maria Miracle, mereka menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM 3juta dalam tempoh tiga bulan. Mereka juga telah membuat rangka promosi antaranya ialah membuat Karnival Peace Yall FM di Kuantan dan seterusnya menjelajah Kedah dalam masa terdekat serta ke seluruh negeri di Malaysia. 


Maria Miracle juga sudah mempunyai lebih 20 stokis di seluruh negara dan mengalu-alukan kehadiran stokis baru untuk produk mereka. Biarpun baru beroperasi selama 8 bulan, Equal Herbs Sdn Bhd merancang untuk memasuki pasaran luar negara iaitu Indonesia, Vietnam dan Brunei dalam tempoh dua tahun berbekalkan modal sebanyak RM500,000. Kalau nak tahu, produk Maria Miracle juga bebas dari bahan terlarang dan telah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


Terima kasih The Garage KL yang menghidangkan pelbagai makanan yang superb! Nak pergi sana lagilah nanti. Serius best dan sedap woh


Apa itu Maria Miracle?

Maria Miracle ialah sejenis serbuk Kolagen yang lazat mengandungi ekstrak strawberi. 

MARIA MIRACLE KOLAGEN membantu untuk mendapatkan kulit idaman yang licin, muda, cerah dan putih berseri. Hanya kemam 1 sachet sekali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur (semasa perut kosong atau 2jam selepas makan). Boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita. Khususnya wanita, estrak strawberi boleh membantu kita melancarkan peredaran sistem wanita kerana ianya juga kaya dengan khasiat Vitamin C.

4 bahan penting dalam MARIA MIRACLE kolagen serta khasiatnya :

1. L-Cysteine 
Melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel. Asam amino ini membantu dalam proses detoksifikasi tubuh

2. L-Arginine
Ia membantu untuk mengeluarkan toksik didalam tubuh dan juga mengeluarkan asid uric dari badan ,menambahkan penghasilan "Nitric Oxide" dan "Vasodilation"

3. Asthaxanthin 
Antioksiden semulajadi.Jauh lebih kuat dari vitamin E ,vitamin C ,beta karotena dan lutein

4. Asid Askorbik
Pengukuhan imuniti secara semulajadi (Good for energy)


==============================
KELEBIHAN :

✔ Menjadikan kulit lebih cerah dan gebu
✔ Menjadikan kulit bersinar secara semulajadi
✔Melembutkan ,Menegangkan dan Menganjalkan struktur kulit
✔Membantu mengatasi kulit kusam dan tidak berseri
✔Mengecilkan liang roma
✔Memberikan tenaga
✔Pencerahan sekata satu badan dan meratakan tona kulit
✔Mengandungi antioksidan untuk melambatkan anti penuaan
✔Merawat masaalah jerawat dari dalam dan memudarkan parut dan jerawat

======================
✔ 100% asli dan selamat
✔ GMP, Halal JAKIM dan mematuhi kelulusan akta makanan!
✔ Kelulusan KKM

Cara makan: Koyakkan sachet dan terus kemam. Makan satu kali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur (Semasa perut kosong atau 2jam selepas makan) 


Jom lihat antara testimoni dari pengguna





Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @mariamiracleofficial
Tel: 03-41629590 
Fax: 03-41629591 
Hotline: 010-5226202



Terima kasih sudi baca 

No comments:

Post a Comment