Jan 15, 2016

Bayar Bil Indah Water Anda dan Menangi Hadiah Istimewa sehingga 31 Jan 2016

Ingat lagi tak dalam entri sebelum ni Yaya ada highlight mengenai Indah Water Konsortium (IWK) ?
Haa sekarang IWK ni mereka masih bermurah hati untuk memberi hadiah kepada pelanggan tersayang! Nak tahu caranya? Scroll jangan tak scroll :p



Tapi sebelum tu, Yaya percaya kebanyakan dari kita ni masih suka lagi membazir air. Hmm geram betullah. Ada sekali tu Yaya pergi KFC, lepas basuh tangan orang tu tak tutup betul-betul paip air tu. And I was like, ko dah kenapa ha takde kesedaran sivik ke haishh tutup air betul-betul pun tak boleh. Tak dapat bayangkan macam mana muka Yaya mengomel geram masa tu. Huduh barangkali. Tapi apa-apa pun, sebab sekarang ni musim panas atau El Nino melanda, ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara kita juga tau. Berjimat sikit air tu ye korang. Office mate Yaya ada dah kena angkut air dari lori tau. Hampir tumbuh muscle dah dia kata. Hm. 


IWK - Looking After Public Health in a responsible manner
Suka sangat gambar ni ^_^

Back to the topic, korang tahu tak bil yang korang bayar lebih kurang RM8 sebulan tu merupakan upah keseluruhan proses dalam sebulan untuk pihak IWK merawat sisa kumbahan dari loji kumbahan dan seterusnya mengalirkan air bersih untuk kegunaan harian kita semula. Ingat mudah ke nak merawat kumbahan tu sehingga menepati piawaian? Bayangkan tu pun ada juga liat nak bayar bil? Nak kena piat? Amboi banyaknya soalan. 


 Ok jom tengok proses bagaimana pihak IWK merawat sisa kumbahan kita. :p



Dah jelas kan? Mujur ada pihak IWK yang bertanggungjawab merawat air sisa kumbahan ni. Terima kasih Indah Water Konsortium! :D

Terdapat banyak cara nak bayar bil IWK ni antaranya :

1. Kaunter Pembayaran Tunai
Pejabat Pos
Bank Simpanan Malaysia
Ambank

2. Kaunter Pembayaran Cek & Tunai
Public Bank
Maybank
Bank Islam
Eon Bank
Pejabat Unit Indah Water

3. Mesin Juruwang Automatik (ATM)
Public Bank
Ambank
RHB Bank

4. Perbankan Telefon
Maybank Kawanku (1-300-88-6688)
Public Bank (03-2163 9000)
MBF Call n' Pay (03-2167 7600)

5. Ibu Pejabat Indah Water Konsortium
Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur

 6. Sampul Surat Setem Pra Bayar Indah Water Konsortium
Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.


Haa selain tu, boleh bayar secara online juga tau! Jom Join Kempen Membayar Bil IWK Menerusi Dalam Talian. Mana tahu boleh menang hadiah! ^_^

Bermula 11 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016, istimewa untuk 300 pelanggan terawal setiap minggu yang membuat pembayaran bil Indah Water secara online, berpeluang memenangi kad esklusif Touch n' go tau fuhh best gila! Dan 45 pelanggan pertama yang membuat bayaran bil IWK untuk setahun pula, mereka berpeluang mendapat beg komputer esklusif IWK yang bernilai RM150. Best kan? ;)

Yaya tahu ramai dikalangan pembaca Yaya semuanya bijak teknologi. Sekarang ni pun kebanyakannya orang bayar bil secara online je kan. Apa kata, lepas ni korang bayar je bil Indah Water korang melalui online. Cepat, Senang dan Jimat masa okay! 

Bayar secara Online di :


Tunggu apa lagi? Bayar bil Indah Water anda sekarang secara online lepas tu ikut arahan yang diberikan untuk memenangi hadiah okay! Semoga bertuah! ^_^

Untuk maklumat lanjut :

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan :
Laman Web : Indah Water Konsortium 
Facebook Fanpage : Indah Water Konsortium 
Twitter : @iwkcomms
Alamat: Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Pertanyaan Bil: 03- 2083 2828




Terima kasih sudi baca 

3 comments:

  1. kami pengguna bayar di kaunter

    ReplyDelete
  2. bagus dah sekarang,.. boleh bayar secara online..

    ReplyDelete
  3. oo baru tau.. heheh ... Lisa memang jimat-jimat airrr... kadang tak suka dengan orang yang berus gigi tapi buka sinki air.. tk tutup,,,

    ReplyDelete