Dec 14, 2015

Indah Water Selfie & Wefie Photo Contest 2015

Assalamualaikum semua 


Sumber air merupakan salah satu keperluan hidup. Yaya percaya kebanyakan dari kita (terutamanya ibu Yaya) berpendapat biar tak ada eletrik tapi jangan tak ada air! Tanpa air, tergendalalah semua kerja rumah seperti memasak, membasuh dan sebagainya. Teringat pula kenangan masa air dicatu dahulu. Gigih dengan jiran tetangga tunggu lori air datang. Masa tu kemain penjimat air semua orang. Mandi segayung pun cukup! Fuhh. Tapi bila ada air, kebanyakan kita ni bazirkan pula air tu sampai melimpah-limpah dan mandi pun berejam. Ish Ish. *pesanan untuk diri sendiri ke apa ni ^^'

IWK - Looking After Public Health in a responsible manner

Untuk pengetahuan korang, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) adalah sebuah syarikat pembetungan nasional di Malaysia. IWK adalah keseluruhannya syarikat milik kerajaan yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisyen untuk semua rakyat Malaysia. Maka dengan itu, ayuh ucapkan terima kasih kepada mereka kerana membekalkan air bersih kepada setiap satu rumah di setiap pelosok negara wahh gitu. 



Berita baik buat mereka yang suka join contest dan juga suka bergambar! Jom korang join " Indah Water Selfie & Wefie Photo Contest 2015" yang bertemakan kan IWK & I yang mana korang berpeluang untuk memenangi Hadiah mingguan berupa RM300 Aeon Voucher dan juga Nikon Waterproof Compact Camera bagi anugerah People Choice Award


Pemenang minggu pertama pertandingan 'Selfie & Wefie' IWK 2015! Tahniah awak! Seronoknya dia!

Nak tahu caption dia disebalik gambar yang menarik ni?

"Terima kasih Indah Water Konsortium kerana menyelenggara sisa kumbahan di kawasan perumahan saya."

Haa kat atas ni contoh untuk korang okay! Yaya percaya korang boleh buat lebih power lagi dari dia! Apa lagi? Join lah! Kacang sangat pun haa! Yaya pun rasa nak join ni. Haha!



Pertandingan ini khas buat seluruh rakyat Malaysia kecuali kakitangan Indah Water. Dengan bertemakan ‘IWK & I’ peserta dikehendaki ‘selfie’ atau ‘wefie’ di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas. 
Pertandingan akan bermula pada 1 Disember sehingga 28 Disember ini. Pemenang mingguan akan dipilih dan seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan akan dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’. 


Penyertaan hendaklah dihantar melalui email dan sertakan bersama Nama, Nombor Telefon, Alamat, Lokasi gambar, Email dan 'Caption' yang bersesuaian dengan gambar yang diambil. Gambar penyertaan haruslah menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hantar ke iwkcontest@gmail.com


Tempoh Contest :
1 Disember sehingga 28 Disember 2015

Week 1 : 1 – 7 Disember 2015
Week 2 : 8 – 14 Disember 2015
Week 3 : 15 – 21 Disember 2015
Week 4 : 22 – 28 Disember 2015

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan :
Laman Web : Indah Water Konsortium 
Facebook Fanpage : Indah Water Konsortium 
Twitter : @iwkcomms


Jom korang sertai "Indah Water Selfie & Wefie Photo Contest 2015" ini sebagai tanda sokongan kita kepada Indah Water Konsortium yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk merawat air  bersih demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat Malaysia!

 Jangan lupa hashtag #iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen tau! ^_^



Terima kasih sudi baca 

No comments:

Post a Comment