Oct 26, 2015

Keunggulan Empayar Nike Malaysia

Assalamualaikum semua 


Bagi mereka yang aktif bersukan, Yaya percaya mesti kalian ada salah satu dari koleksi barangan sukan Nike kan? Hee 


Tiada siapa dapat nafikan kedudukan Nike sebagai jenama sukan terkemuka dalam dunia sukan. Malah selepas bertahun-tahun lamanya mereka masih berjaya mengekalkan prestasi menjadi antara jenama  sukan yang  paling disukai ramai dalam kalangan peminat sukan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia juga! Pengalaman yang mereka kumpulkan selama ini menjadi antara resipi kejayaan Nike. Malah pembuatan produk mereka yang semakin moden dengan penggunaan teknologi yang canggih telah menjadi titik tolak dalam penguasaan Nike dalam industri ini.


Nike bukan sahaja menjadi pilihan orang biasa, malah produk sukan Nike menjadi kegemaran ramai selebriti terkenal di seluruh dunia. Jenama ini menyediakan koleksi produk sukan yang bergaya untuk lelaki dan wanita yang gemar bersukan. Nike adalah sebuah jenama sukan yang sangat popular dan barangkali ianya adalah label yang terbaik kita ada dalam pasaran sekarang ini. Koleksi produk sukan Nike Malaysia telah diakui sebagai antara yang terbaik kerana kualitinya yang sangat tinggi. Ini tidak menghairankan kerana Nike sangat mengutamakan ketelitian dalam pembuatan dan penghasilan produk mereka. Selain itu semua bahan yang digunakan juga terdiri daripada material yang terbaik sahaja.



Antara produk Nike yang paling popular sudah tentu rangkaian kasut sukan Nike terkini yang dipasarkan di banyak negara di seluruh dunia. Kasut Nike sangat tahan lama dan memberikan peluang buat sesiapa yang memakainya bersukan atau melakukan aktiviti senaman dengan rasa selesa.  


Rangkaian produk Nike adalah sangat meluas buat lelaki dan wanita. Ternyata ianya adalah jenama terbaik untuk mereka yang suka bersukan dan membuat aktiviti lasak ataupun bersenam. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan apatah lagi jika dibeli secara online. Apa tunggu lagi? Pergi dapatkan produk Nike hari ini juga agar prestasi anda dapat ditingkatkan ketika bersenam! Sambil bersukan, sambil bergaya dengan koleksi barangan Nike! Weewit! ^_^



Terima kasih sudi baca 


Oct 24, 2015

GIVEAWAY Dove Volume & Nourishment : Inovasi baharu untuk masalah rambut nipis

Assalamualaikum semua 



Hai wanita cantik yang sedang membaca! Yes awaklah! Yaya percaya uols pasti peka dengan penjagaan rambut masing-masing kan? Maklumlah, rambut kan mahkota wanita. Walaupun bertudung, kecantikan rambut kena jaga selalu tau! 


Jujurnya, Yaya merupakan peminat setia syampu dan perapi Dove sejak berumur 19 tahun lagi.   Sebelum tu, Yaya pernah pakai produk R, tapi rambut Yaya berubah jadi kasar dan kering. Cuba pula produk P, memang wangi tapi rambut Yaya berkelemumur pula. Geram betul. Dahlah kita busy dengan kelas, kalau kelemumur mesti kepala rasa gatal sangat. Sampailah hati terdetik memakai produk Dove. Time tu ada potongan harga untuk syampu dan perapi Dove. Alhamdulillah, semua masalah rambut Yaya beransur pulih dan produk penjagaan rambut Dove merupakan pilihan Yaya sehingga sekarang. Yayy! ^_^


Kalau sebelum ini Yaya setia dengan Straight and Silky (Dove botol pink), sekarang Yaya teruja nak cuba Dove Volume & Nourishment pula! Result? Memang best!


Dove Volume & Nourishment baharu ini merupakan breakthrough dan antara legasi terbaik untuk produk penjagaan rambut Dove. Nak tahu kenapa? Ianya diformulakan dengan Teknologi Oxyfusion yang mengandungi unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan secara mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* tanpa membuatkan rambut terasa berat. 


Selain itu, ia juga memberikan perlindungan dari rambut kita menjadi kering atau flat! Rambut flat ni memang masalah utama Yaya sekarang sebab bila bertudung sepanjang hari, selain masalah rambut gugur, rambut yaya juga semakin nipis huhuhu. Yaya harap Dove Volume & Nourishment akan membantu Yaya mengatasi masalah rambut Yaya yang semakin menipis kerana Dove Volume & Nourishment juga berfungsi untuk menyuburkan rambut secara mendalam dengan kuasa 95% gituhh! Mana taknya, dengan sekali cucian sahaja Yaya memang rasa rambut Yaya sangat sangat wangi, lembut dan lebih kuat! Yang penting, kena gunakan syampu dan perapi tau! Wajib! Barulah nutrien dalam kandungan syampu dan perapi tu menyerap sepenuhnya di rambut kita! Hihi



Dove Volume & Nourishment Shampoo RM15.00 (340ml)

Syampu Dove Volume & Nourishment yang mengandungi Teknologi Oxyfusion berfungsi untuk memberikan khasiat khusus kepada rambut dan menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%*. Khas untuk mereka yang sangat mementingkan kecantikan rambut, syampu untuk kegunaan setiap hari ini berinovasi untuk menyegarkan rambut yang kering dan nipis selain membersih dengan lembut dan menyuburkan rambut pada setiap kali cucian. 


Gunakan syampu pada rambut yang telah dibasahkan, urut perlahan pada rambut dan kulit kepala, kemudian bilas sehingga bersih sehingga tiada baki syampu. 


Dove Volume & Nourishment Conditioner RM15.00 (330ml)

Perapi Dove Volume & Nourishment pula dicipta untuk melengkapi Syampu Dove Volume & Nourishment tadi. Perapi ini menyuburkan rambut dan mengembalikan kelembutan serta kelicinan rambut pengguna tanpa menjadikan rambut terasa berat. Selain merawat masalah rambut kering dan nipis ia juga memberikan kesan positif supaya rambut pengguna kelihatan lebih tebal dan bermaya.


Gunakan pada rambut yang basah selepas memakai syampu tadi dan fokuskan pada pertengahan dan penghujung rambut. Tunggu beberapa minit kemudian bilas sehingga bersih. Selalunya dalam beberapa minit tu Yaya akan sabun badan atau buat skrub sementara menanti perapi rambut menjalankan tugasnya. Hihi :p


Kebanyakan wanita mahukan rambut yang subur dan juga kelihatan sihat dan bermaya. Tapi tak semua produk syampu pada hari ini memberikan keduanya. Apatah lagi bagi wanita bertudung. Kita pun nak nampak cantik dengan rambut lawa bila di rumah takpun untuk bakal suami eccewah! Dah lepas ni tak payah risau lagi keh! Sila berterima kasih kepada Dove Volume & Nourishment  kerana bakal menyelamatkan anda dari masalah rambut yang tak semenggah tu. Semoga kita semua akan mendapat khasiat rawatan penjagaan rambut secara menyeluruh selepas ini! Yayy! ^_^


Kalau uols nak cuba Dove Volume & Nourishment ni, Yaya dengan berbesar hati nak bagi secara percuma! Ada 5 hamper tau uols! Semuanya bernilai RM100! Fuhh best gila. Jomlah join mana tahu ada rezeki boleh feeling feeling pelakon Korea dengan rambut yang tampak lebih sihat, bersinar, bermaya dan juga tebal! 


SOALAN GIVEAWAY

Soalan pertama : Apakah teknologi yang digunakan dalam penghasilan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment ?

Soalan kedua : Sebutkan 3 manfaat kepada pengguna apabila menggunakan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment .


Giveaway ini akan berlangsung sehingga 7 November 2015. Senarai nama pemenang yang bertuah pula akan diumumkan 2 hari selepas tarikh tamat. Harap kalian akan alert dengan nama pemenang di entri ini nanti. Jemput follow Instagram @yayanatsumi tau. Senarai nama pemenang juga akan diumumkan disana.

Selamat menjawab dan semoga bertuah! ^_^



Feeling lepas seminggu menggunakan Dove Volume & Nourishment  . Bau bunga pun tak dapat menandingi bau wangi dari syampu dan perapi Dove Volume & Nourishment . Kalau nak tahu sebab kenapa Yaya suka Dove, walaupun pakai tudung semasa rambut sedikit basah sebab tak sempat keringkan, rambut Yaya langsung tak berbuah atau berbau kepam. Malah, bila dah pulang ke rumah, rambut masih wangi dan berbau segar. Sebab tulah Yaya pencinta syampu dan perapi Dove dari dulu. Hihi. Sekian rahsia penjagaan rambut dari Yaya Natsumi. Harap korang sudi join Giveaway dan tinggalkan jawapan di ruangan komen dibawah ya. Sayang korang! :*




Untuk maklumat lanjut :

Website : 

Facebook :

Talian Pengguna :
1800 88 1315


--------------------------------------------------------------------------------

Senarai Nama Pemenang GIVEAWAY Dove Volume & Nourishment


Tahniah kepada :

1. Izyan Yan Cinnamon 
(digantikan kerana Julia Johari merupakan pemenang awal untuk blogger lain bertuah betul hihi)
2. Nur Alja
3. Riana LittleCuties
4. Yumida Huda
5. Siti Rohaida Yusof


Sila emaikan butiran diri seperti Nama, Alamat dan No tel ke roxxy_yaya@yahoo.com selewatnya sebelum 11 November 2015 . Jika tidak, Yaya akan buka peluang kepada pemenang lain pula. ;)



Terima kasih sudi baca 

Oct 23, 2015

Remedy Serene Serum : Pakar Kulit Muka Sensitif

Assalamualaikum semua 

Sihat ke semua harini? Harap semua dalam keadaan sihat lah ye. Jerebu teruk sangat kan haritu sampai Yaya yang duduk rumah ni pun rasa perit tekak dan pedih mata. Mata rasa lesu je haa. Sebenarnya baru elok dari sakit mata. Balik dari kampung mata kiri merah je sampai kena stop pakai contact lens. Huhu. Harap semua sentiasa pakai mask setiap kali jerebu okay! Buat mereka yang mempunyai kulit muka yang sensitif, jangan lupa pakai serum muka untuk hindarkan asap jerebu or even asap kenderaan yang kotor tu makin merosakkan tekstur kulit muka anda.


Pilihan serum untuk penjagaan kulit muka Yaya? Haruslah Remedy Serene Serum. Sepanjang 2 minggu Yaya gunakan serum ni, Alhamdulillah jerawat muka acah acah je nak naik tapi kecut semula lepas sapu Remedy Serene Serum . Parut akibat jerawat juga dah beransur pulih sedikit demi sedikit. Biarlah lambat asalkan hilang dengan sihat ye para parut sekalian. Hehe


Photo from remedyserum.official
Bagi Yaya, Remedy Serene Serum ni sangat sesuai dengan Yaya. Pantang kena habuk sikit, kulit Yaya memang senang kena gatal-gatal. Lagipula muka selalu terdedah dengan habuk semasa menyapu sampah dan mengemas bilik. Yaya pakai pada 2-3 titis dan sapu di kulit muka pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. 


Selain daripada memudarkan parut jerawat, ianya juga turut membantu untuk mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit serta mengecutkan jerawat yang baru nak muncul. Yaya memang mudah dapat jerawat di muka kalau tak jaga dengan betul. Silap sikit, bangun pagi tu terus naik jerawat. Sedih tau. Huhu. Jadi, rutin wajib Yaya setiap hari mesti apply Remedy Serene Serum sebelum tidur.


Jom lihat testimoni pelanggan lain ^_^

Photo from remedyserum.official


Seronok tengok testimoni pelanggan yang berpuas hati. Kita pun rasa gembira bila lihat keadaan kulit sensitif mereka makin pulih selepas menggunakan Remedy Serene Serum ni kan? Banyak lagi testimoni pelanggan yang telah menggunakan Remedy Serene Serum ni tau! Sila rujuk dan klik link di akhir entri ini ya. :)

Malulah nak tunjuk muka sebelum dan selepas Yaya. Hihi. Parut kat muka Yaya semakin memudar. Kalau sebelum ni pakai concealer pun parut still nampak juga bila dah berpeluh. Tapi apa apapun yang paling penting, kenalah jaga pemakanan juga. Minum banyak air mineral/air masak/air tapis. Bergelen pun tak apa. :p


Selepas 2-3 minggu menggunakan Remedy Serene Serum secara istiqomah. Hihi


Terima kasih Remedy Serene Serum kerana membaiki tekstur kulit muka Yaya. Muahciked. :*


 Remedy Serene Serum berharga RM79 sebotol


Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online :

Belian online :

Instagram :

Email :
loveremedy.hq@gmail.com

No tel :
016-4224180 / 019-7722059




Terima kasih sudi baca 

Oct 21, 2015

Yaya Natsumi di Harian Metro

Assalamualaikum semua 


Amboi ni kalau orang baca tajuk ni memang buat orang loya je kang cakap kita poyo ke lupa diri ke berlagok ke nauzubillah janganlah ye meh sayam ciked. Kalau Yaya macam tu cubit je Yaya ni. Huhu. Yaya cuma sekadar berkongsi pengalaman manis je. Izinkan saya ya? :')


Alhamdulillah pada 11 September 2015 Yaya diberi peluang oleh editor Harian Metro untuk disiarkan sedikit sebanyak perihal diri sebagai blogger. Dah lebih sebulan baru nak cerita sebab Yaya utamakan mana yang lebih utama dahulu. Menjirus pokok di koridor contohnya. :p


Apa-apa pun Yaya sangat berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu Yaya dari awal pembabitan sehingga sekarang. Secara terbuka mahupun belakang tabir, terima kasih atas sokongan semua ya. Kalau boleh baca artikel di atas, banyak Yaya bebel dalam tu. Harap-harap jelas lah ya :')


Kalau nak tahu, surat khabar kat atas tu dah kedut seribu. Adik Yaya ingat surat khabar lama kat atas meja bilik lepas tu dia kedutkan jadi bola. Hahaha sayu betullah.


Buat masa sekarang Yaya mula nak perlahankan aktiviti berblog. Kurangkan aktiviti turun ke event atas sebab-sebab tertentu. In sya Allah ada rezeki dalam dunia blog, Yaya akan teruskan dengan sehabis daya cuma slowdown je bukan hilang terus doakan yang baik-baik ya :') . Alhamdulillah dari rezeki berblog juga Yaya dapat beli laptop, bayar hutang PTPTN, bayar petrol, tol, beli itu ini dan belanja family makan sedap. Hihi Alhamdulillah.


Semoga satu hari nanti semangat diri ini akan kembali berkobar-kobar sebab penulisan itu memang jiwa seorang Yaya Natsumi. Sehingga itu, Yaya akan sentiasa doakan rakan-rakan blogger yang lain berjaya dalam bidang masing-masing. Semoga ukhwah silaturahim sesama kita akan terus berkekalan sampai bila-bila. Aamiin ya rabb ^_^



Terima kasih sudi baca 

Oct 18, 2015

TeddyPrank : Your Secret Surprise Planner

Assalamualaikum semua 


Saja saja nak throwback benda maneh di malam yang hening ini. Memori sebegini haruslah diabadikan walaupun telah sebulan lebih berlalu. Hahah. Busy tahap apa tatau teghuk nau baru nak update pun haa. Takpe yang penting tetap update dan simpan kemas-kemas untuk bacaan kenangan di masa tua. ;)


Ceritanya Yaya telah berpakat untuk buat kejutan kepada birthday girl dan birthday boy. Birthday ibu 1 September dan birthday boy 15 Ogos. Mula-mula kami pergi surprise birthday boy dulu kat rumah dia. Dia jarang balik rumah so bila time tu mengena, cepat-cepat pakat dengan TeddyPrank untuk surprisekan dia. :')


Inilah birthday boy itu. Hahaha rilek je berkain pelikat masa kena terjah. Barulah surprise kan? Gigih tau hakak Yaya korang ni sorok belakang kereta orang sementara TeddyPrank surprise dia dulu. Lepas tu baru hakak ni keluar bajet princess surprise kan dia. Terkejut dia dan nampak dia happy sangat tengok hakak ada kat situ sambil nyanyikan dia happy birthday to you. *sebenarnya lupa. Betul ke nyanyikan dia hahaha ^^v


Bersama owner TeddyPrank. Hihi thank you sebab sporting dan layan je permintaan pelanggan cerewet macam hape ni. Kad pun ada tau tapi korang tak payah lah baca nanti kantoi la Yaya Natsumi ni seorang jiwang.

Okay next! Jom surprise kan ibu tersayang pula! :D


Yaya surprisekan ibu di tempat kerja dia. Hehe. Kalau siapa nampak haritu ada video Yaya terjah ibu sambil nyanyi happy birthday to you. Yang ni Yaya yakin sebab ada video Yaya nyanyi. Hihi ^^'


I love you Ibu. Always have always will. :')



MMMMMMmmmmmmuahhhhhhhhhh!!! :*



Ada pakej macam-macam tau! Teddy bear, bunga, coklat, belon, sticker dan macam-macam lagi. Untuk majlis harijadi atau keraian pun boleh. Memang best. 


Mereka juga boleh printkan ucapan dan gambar uols untuk diletakkan di bunga. Hehe


Terima kasih TeddyPrank kerana membantu dalam merealisasikan kejutan ini. Kepada sesiapa yang nak surprisekan orang tersayang, Yaya cadangkan korang untuk dapatkan khidmat dari TeddyPrank. In sya Allah mereka akan sentiasa buat yang terbaik demi kepuasan hati pelanggan. Memang sangat berpuas hati bila dapat buat orang tersayang kita happy dan rasa dihargai. ^_^


Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang disediakan :

Instagram :

No tel :
019-7564019





Terima kasih sudi baca 

Oct 15, 2015

Hotel Murah, Cantik dan Selesa di Melaka | RamaRama Hotel

Assalamualaikum semua 

Haritu ada yang pm Yaya dan tanya mengenai RamaRama Hotel yang Yaya pergi masa jalan-jalan ke Melaka tempoh hari. Memang Yaya suggest kat dia cukup-cukup untuk datang kesini. Mana taknya, dah la murah, cantik, selesa, wifi laju gila pulak tu! Haa teruja la tuh bagitahu wifi laju. Macam dapat nyawa kan bila pergi ke hotel yang ada wifi laju. Haha :p


Excited teghuk bila touchdown depan RamaRama Hotel ni. Dari luar je dah tersergam kecomelan dia. Memang comel sangat.


Meet my roomate, mekonie.com :>

Bagi Yaya, ini kali pertama Yaya menginap di hotel yang berkonsepkan industrial. Unik gila reka bentuk hotel ini yang kebanyakannya berasaskan kayu pallet, batu bata, paip, besi dan sebagainya. Hiasan dinding pula hasil seni yang sangat vintage gitu. Senang cerita bagi Yaya, Yaya panggil hotel hispter je. Hihi. Memang style dan idea sepenuhnya dari pemilik hotel ini sendiri! 



BIlik Superior ini cuma berharga RM110/ per night. Boleh memuatkan sebuah keluarga dari 4 ke 5 orang. Nak buat persinggahan bercuti bersama kawan-kawan pun elok sangatlah dapat bilik yang besar dan selesa ni. Murah pulak tu. Memang berbaloi!



Bilik air pun besar dan selesa untuk bilik superior ni. Boleh mandikan anak-anak sekaligus. Haha. Pemanas air, tuala, sabun dan syampu juga disediakan untuk pengunjung yang menginap di hotel ini.


Ini pula bilik Yaya dan Mek onie. Sangat comel dan selesa. Sesuai untuk backpackers. Cuma ruang solat agak terhad dan muat-muat untuk solat berpandukan arah kiblat yang disediakan so kena jaga kebersihan bilik dan letak kasut elok-elok supaya tak terpijak sana sini. Hehe


Katil yang bersih, lembut dan empuk. Dan yang bestnya, ada suis seorang satu. Tak adalah berebut nak charge phone uols. Hee



Sangat selesa dan berpatutan untuk pelanggan hotel dengan bajet yang murah. 





Uniknya, ada dorm disediakan untuk mereka yang datang secara berkumpulan seramai 7-8 orang. Bagi Yaya memang best la bilik ni. Katil dua tingkat yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai langsir jika nak privasi masa tidur. Sesuai sangat untuk bujang-bujang yang bercuti bersama kawan-kawan. Boleh bergosip tentang masa depan sebelum tidur. Hehe



Di ruang lobi juga terdapat pelbagai permainan untuk pengunjung. Ada Jenga, Uno, Chess dan lain-lain. Memang best la okay. Riuh rendah je bergelak ketawa sambil menguji kemahiran berfikir masing-masing.



Terdapat cafe untuk korang chillax. Sarapan pagi tidak disediakan secara khusus tetapi boleh layan diri dengan makanan ringan yang disediakan. Tetapi kebanyakan pengunjung pagi-pagi dah check out pergi terjah tempat dan makanan yang menarik di Melaka. Lepas tu depan belakang semua ada restoran untuk memudahkan pengunjung. Hee





Antara bilik yang ada di RamaRama Hotel. Harga memang sangat berpatutan la toksah cerita! :p






Bagi Yaya? Sangat recommended untuk uols yang mencari hotel dengan bajet yang rendah tetapi selesa dan ada wifi laju! Muehehe. Jangan lupa singgah bila melawat ke Melaka nanti! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram:


Alamat:
No.15, Jalan Lagenda 3,
Taman 1 Lagenda,
Melaka.


No.Tel:
06-288 0022


Email:
inquiry@ramaramahotel.com




Terima kasih sudi baca