Sep 6, 2015

Samsung Galaxy Note5 - Next Is Now

Assalamualaikum semua 




Pada 3 September 2015 lepas, Samsung telah meraikan perasmian Samsung Galaxy Note5 di Orange Concourse di Sunway Pyramid. Jujur kata, Yaya memang teruja nak tahu apa kelebihan Samsung Galaxy Note5 kali ini berbanding generasi sebelumnya. Lagi lagi bila berpeluang menjadi orang terawal yang melihat dan mencuba sendiri Samsung Galaxy Note5 secara live. Dan semalam, Yaya berkesempatan untuk hadir ke roadshow di Sunway Pyramid. Memang best dan meriah tau! ^_^



Serba sedikit mengenai sejarah Samsung Galaxy dari Note keluaran pertama seterusnya Samsung Galaxy Note II, Samsung Galaxy Note3 dan juga Samsung Galaxy Note4, setiap generasi mempunyai kelebihan dan versi tersendiri . Contohnya seperti Samsung Galaxy Note yang dilancarkan pada tahun 2011, mempunyai paparan skrin dengan saiz 5.3'' dan kamera 8MP. 


Manakala untuk Samsung Galaxy Note II yang dilancarkan pada tahun 2012 pula mempunyai paparan skrin yang lebih besar iaitu bersaiz 5.5'' . Fuhh masa ni kalau selfie memang nampak jelas la muka dalam tu! Kemudian pada tahun 2013, Samsung Galaxy Note3 pula hadir dengan paparan skrin 5.7'' dan fungsi kamera yang jauh lebih baik iaitu 13MP.


Sekitar tahun 2013 memang tengah hot telefon pintar bersaiz besar kan? Semua orang tak mahu ketinggalan masa tu untuk memiliki Samsung Galaxy Note3 termasuklah Yaya! Tapi telefon pintar Yaya hilang masa pergi Jom Heboh di Putrajaya. Sedih kita tau. Huhu


Dan pada tahun lepas, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy Note4 yang mempunyai fungsi kamera yang lebih canggih iaitu 16MP. Bagi Yaya, Samsung Galaxy Note4 ni dah kira terbaik sangat dah! Memang best sebab telefon pintar ini sangat pick-up dan juga berkebolehan mengecas telefon pintar dengan lebih cepat. Tak adalah buang masa nak tunggu bateri penuh kan. 



Tahniah kepada Samsung yang telah mengeluarkan generasi kelima untuk Samsung Galaxy Note! :D


Mesti tak sabar nak tahu apa fungsi terbaru yang telah di inovasikan kepada Samsung Galaxy Note5 ni kan?

Selain cantik, nipis dan mudah dipegang, ianya juga merangkumi segala kebaikan telefon pintar yang dikehendaki oleh pengguna. Fungsinya yang pelbagai dan memang terbaik telah membuatkan Yaya jatuh hati sangat! Kagum sungguh Yaya semasa menggodek Samsung Galaxy Note5 ni! Haha


Antara kelebihan dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note5 :

  • OS Android 5.1 (Lollipop)
  • Dimensi 153.2 x 76.1 x 7.6mm, 171g
  • Processor Octa core (2.1GHz Quad + 1.5GGHz Quad), 64 bit, 14 nm process
  • Paparan besar bersaiz  5.7" Quad HD Super AMOLED
  • Gambar yang lebih sharp dan lebih cerah pada apa jua keadaaan dengan 16MP kamera belakang
  • Kamera depan yang lebih cantik, soft dan auto beauty function dengan 5MP (memang best bila selfie! Hehe), dan juga mempunyai fungsi wide camera untuk memuatkan lebih ramai orang ke dalam skrin!
  • Prosesor 4GB RAM 
  • S-Pen automatik yang lebih baik dari generasi Samsung Galaxy Note yang sebelumnya
  • Penjimatan kuasa dengan 3,000 mah bateri
  • Keupayaan mengecas dengan lebih cepat (berwayar - 90 minit untuk cas penuh, tanpa wayar - 120 minit untuk cas penuh)
  • Mengecas secara wireless dengan pengecas tanpa wayar
  • Sentiasa bersedia untuk fungsi memo walaupun skrin dimatikan 

Dan macam-macam lagi fungsi best yang terdapat pada Samsung Galaxy Note5. Kalau nak tahu kena terjah http://www.samsung.com/my/galaxy/note5/



Memang terbaik okay! Fuhh nak beli nak beli! 

Jom dapatkan Samsung Galaxy Note5 hari ini juga!

Pengalaman Yaya mencuba sendiri Samsung Galaxy Note5 ini membuatkan Yaya tersangatlah kagum dengan fungsi baru dan keunikan telefon pintar ini . Memang terbaik sungguh. 





Cantik terus Yaya Natsumi! Haha *perasan



Taking wefie is my favorite ever! :p



Nak tambah kawan bila ber-wefie? Tiada masalah. Kita guna fungsi wide camera! Kini semua orang muat di dalam 1 frame! Hehe


Kalau nak tahu, fungsi S Pen untuk Samsung Galaxy Note5 kali ini juga telah diberi penambahbaikan. Sudah pasti lebih baik dari generasi sebelumnya iaitu sangat seimbang dan sungguh selari dengan pergerakan pengguna. Sesuai dengan mereka yang berkerjaya, fungsi memo kali ini sentiasa dalam keadaan sedia walaupun skrin dimatikan. Kalau ada idea yang terlintas, pengguna boleh terus menulis di skrin. Tak adalah terlupa perkara penting kan! Hee


Bestnya lahai Samsung Galaxy Note5 ni. :'D

Samsung Galaxy Note5 datang dalam 2 warna  iaitu Gold Platinum dan White Pearl. Ia dijual pada harga runcit RM 2,699 untuk storage 32GB.


Nak trade-in Samsung Galaxy Note yang lama? Boleh sangat. Jemput hadir ke roadshow yang dinyatakan dan bawa sekali Note anda untuk dinilaikan semula sebelum ditukarkan kepada Samsung Galaxy Note5! Yahuuu!

Senarai harga untuk Trade-in :

- Note 1 – RM 200
- Note 2 – RM 600
- Note 3 – RM 800
- Note 4 – RM 1150



Fuhh memang meriah dan ramai yang beratur untuk Trade-in Note lama mereka kepada Samsung Galaxy Note5 baharu! 


Jadi, cepat-cepat hadir ke roadshow di :
  • Kuala Lumpur - LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid (4-9 Sept 2015)
  • Pulau Pinang - Concourse Utama, Gurney Plaza (4-6 Sept 2015)
  • Johor - Aras 3, Concourse, Sutera Mall (4-6 Sept 2015)

Untuk roadshow pada pukul 2 petang semalam di Orange Concourse Sunway Pyramid, tetamu telah dihiburkan oleh artis jemputan iaitu Thomas & Jack.








Fuhh memang ramai sungguh peminat Thomas&Jack. Semua berebut untuk bergambar dengan mereka! Hee


Nak jumpa artis kegemaran anda juga? Jangan lupa hadirkan diri di roadshow Samsung tau! Berikut adalah jadual untuk artis yang seterusnya. 


Jangan lupa untuk trade-in atau membuat pembelian untuk Samsung Galaxy Note5 idaman anda di roadshow berikut :

  • Kuala Lumpur - LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid (4-9 Sept 2015)
  • Pulau Pinang - Concourse Utama, Gurney Plaza (4-6 Sept 2015)
  • Johor - Aras 3, Concourse, Sutera Mall (4-6 Sept 2015)

Peace yaww! ^_^

Untuk maklumat lanjut, layari :





Credit pictures : RBA

Terima kasih sudi baca 

2 comments: