Mesti ramai dah tahu mengenai produk Mary Kay kan? Mana taknya, Mary Kay merupakan jenama antarabangsa yang telah bertapak lebih 50 tahun dan mempunyai penggunanya yang setia. Tapi tahu tak Mary Kay sekarang sedang melancarkan Dream Beautiful Contest 2015 untuk mencari wajah baru bagi Mary Kay Asia Pasifik? Fuhh memang berita baik bagi mereka yang ingin menimba pengalaman tentang dunia kosmetik dan juga modelling! :D
Kalau kalian mempunyai bakat terpendam untuk menjadi model dan rakan kalian merupakan make up artis Mary Kay yang hebat, bolehlah ajak kawan tu berpasangan untuk menyertai contest ni! Peraduan ini menggalakkan peserta untuk berpasangan dengan Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay dan bersama-sama mengejar impian!
Kesemua peserta akan bertanding di peringkat antarabangsa yang melibatkan 9 buah negara iaitu Australia, China, Hong Kong, Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Taiwan. Penilaian berdasarkan kredibiliti peserta yang akan berpasangan dengan Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay dan mereka akan bersaing dengan pasangan lain untuk menjadi pemenang di negara sendiri. Pemenang dari setiap negara akan berkumpul di Hong Kong selama seminggu untuk acara kemuncak pada Febuari 2016. Disana nanti mereka akan menyertai latihan bengkel dan juga melalui cabaran individu dan juga berpasukan sebelum dinilai secara profesional.
Menariknya, peserta akan mendapat peluang mencipta nama mereka di media tempatan dan juga antarabangsa. Mereka juga akan diajar tentang cara catwalk, make up, fesyen dan cara bergaya dari mereka yang pakar dalam industri masing-masing. Tiga peserta akan dinobatkan sebagai wajah baru Mary Kay di Rantau Asia Pasifik manakala Perunding Bebas Kecantikan mereka akan mendapat gelaran Perunding Bebas Kecantikan Unggul Mary Kay Rantau Asia Pasifik. Selain itu, satu daripada Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay juga akan dipilih sebagai Artist Beauty Mary Kay Rantau Asia Pasifik.
Cara menyertai Mary Kay's Dream Beautiful Contest 2015 yang kini dibuka sehingga 22 November 2015
- Terbuka kepada semua wanita yang berumur 18 tahun ke atas
- Hubungi Perunding Bebas Kecantikan anda di talian 03-7711 7500 atau melalui http://www.marykay.com.my/beautyConsultantLocator.aspx
- Dapatkan solekan percuma dari Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay dan gambar anda akan dimuat naik di http://mkdreambeautiful.com.my/view/
- Penilaian dari pihak juri akan dibuat bagi menentukan pemenang untuk mewakili Malaysia di acara kemuncak Dream Beauty Contest Mary Kay Asia Pasifik yang diadakan di Hong Kong nanti.
Pemenang akan memenangi trip selama 6 hari 5 malam ke Hong Kong untuk menghadiri Acara Kemuncak pertandingan ini pada 19 hingga 24 Februari 2016. Selain itu, mereka juga akan berpeluang mengambil bahagian dalam pengambaran secara profesional dan menjadi muka depan bagi majalah Mary Kay.
Antara produk Mary Kay yang terbaru dan boleh menambah seri si pemakai ^_^ :
MARY KAY® LIQUID EYELINER PEN (RM65)
Eyeliner Pen ini mudah untuk dipegang, berfungsi untuk menggaris mata dengan kemas dan juga tahan lebih lama. Ianya bebas wangian dan sesuai dipakai untuk semua termasuk mereka yang mempunyai mata sensitif dan pemakai kanta sentuh.
MARY KAY® MINERAL EYE QUAD (RM49)
Untuk mereka yang ingin tampil dengan mata yang menawan tidak kira pada waktu siang atau malam. Smokey eye pada malam hari dan neutral eye pada waktu siang dengan menggunakan gabungan warna diatas. Mineral Eye Quad ini berupaya memberi kesan solekan yang lebih lama untuk solekan mata anda. Sesuai untuk mereka yang mempunyai mata yang sensitif dan pemakai kanta sentuh.
MARY KAY® TRUE DIMENSIONSTM LIPSTICK (RM64)
Mempunyai khasiat minyak biji bunga matahari dan Jojoba yang akan membuatkan bibir anda sentiasa kekal lembap dan segar. Vitamin E yang terkandung di dalamnya juga melindungi bibir dari radikal bebas. Pilihan warna Yaya ialah Wild About Pink Folle Du Rose. Warnanya juga lembut dan tidak mengeringkan bibir seperti kebanyakan lipstik.
MARY KAY® MINERAL CHEEK COLOUR DUO (RM60)
Comel kan warna ni? Terdapat dua pilihan warna yang menarik iaitu Ripe Watermelon dan Juicy Guava yang akan memberi keyakinan dan menaikkan lagi seri muka si pemakai dengan warna ceria dan comel keluaran Mary Kay ini. ^_^
Terima kasih sudi baca