Apr 29, 2015

KBBA Blogger's Day Out di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Assalamualaikum semua 






Fuhh masa taip entri ni badan masih terasa sengal sengal lagi. Orang jarang berlasak tiba tiba berlasak. Bangun pagi terus rasa tak tergerak badan. Haha. But still, memang happy dan enjoy gila KBBA Blogger's Day Out yang berlangsung di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni. Perancangan selama 1-2 bulan ternyata berjalan dengan jayanya. Tahniah untuk semua yang terlibat.



Pagi tu Yaya dan Sis Allene sampai awal walaupun sesat tah mana mana haha lawak weyy tapi finally sampai juga. :') 


Selepas mendaftar, kami mulakan dengan senamrobik. ^_^


*gambar eksklusif yaya angkat tiyak



Habis senamrobik, kami diberi taklimat mengenai aktiviti yang dijalankan dan bacaan doa oleh Abang Huszaini serta ucapan dari wakil Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) iaitu Lan Careno .



Semua bergerak untuk aktiviti pertama iaitu Golf Ala Bloggers. Bagi yaya memang ala ala style kami sebab kebanyakannya memang pertama kali nak cuba main golf. Termasuklah yaya. Mujur kena walaupun gambar ni mendapat kontroversi hebat sebab cara yaya pegang kayu golf salah. Haha chill wey chill :p





Ni eksyen je lebih. Lepas eksyen yaya dah diperbetulkan cara untuk memukul bola tu :)
Memang la gelak je masa game ni bermula. Sebab ada yang kemain hebak gaya tapi bola tak kena. Yaya yang kena pun acah acah berapa kaki je pun bola tu pergi. Ni kalau Tiger Woods tengok memang dia menangis ler. Menangis gelakkan kami. 



Seterusnya, aktiviti kedua ialah Badminton Ala Heboh. Bukan heboh je. Kecoh gegak gempita habis dewan badminton tu. Nak main ke nak gelak. Haha



Team merah sedang berpadu tenaga menentang pihak lawan. Jyeahh!



Badminton Lee Chong Wei katanya. Tapi tak terer pun. Hahaha. Btw, badminton Yonex ni memang ringan tau best dan sedap je main. Sempat promote tu.

Aktiviti seterusnya, kami bermain Go -Kart. Yang ni memang yaya suka sangat. Sebenarnya dah lama nak cuba main go kart tapi belum berkesempatan. Jadi kesempatan ni yaya ambil dengan memotong semua barisan wanita yang berada di hadapan yaya. Fuhh memang lepas geram habis bila tekan minyak tu. Tapi habis main memang tangan shaking oii. Tapi memang best la. Seronokkk ^_^


Semua orang kena cuba aktiviti Go Kart ni! Memang sesuatu betul!



Dan kemudian, bersedialah kami untuk aktiviti terakhir iaitu PaintBall. Mulanya yaya memang taknak main sebab takut dengar cerita orang kalau kena tembak sakit. Jadi yaya cuma duduk tepi jela main dengan baby baby KBBA yang datang. Bagi yaya gomoi dorang lagi best dari main paintball sekadar untuk sedapkan hati. Tapi lepas first game tengok macam best je dorang berperang. Yaya beranikan diri untuk  join game kedua yang lebih adventure. Memang best weyyyy. Ya Allah best sungguh sampai tak sedar bila masa kena tembak kat kepala (hahaha bengong kejap) lepas tu sambung je main dan menang. Captain pulak tu. Apa apa pun, paintball memang la seronok. Kalau tak kena tembak tu bukan paintball la namanya. Ye dak?



image




Pahlawan Yaya Natcumi cumi.


Selepas itu, kami mula bergerak ke lobi semula untuk acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Betapa bertuahnya yaya hari tu Alhamdulillah. Yaya menang Lucky Draw barangan Cosmoderm dan juga Telekung Nanees. Terima kasih :')





Tak lupa juga kepada semua penaja yang terlibat iaitu , Yeos Malaysia , Stamp N Print Enterprise , Azwar Kamaruzaman, Natalia dan Monster Crazy Crunch.


Sesi bergambar bersama ahli keluarga KBBA. Semua baiknya. Yaya sayang semua sekali. Aktiviti begini memang merapatkan jalinan ukhwah dan kasih sayang diantara kami. :'D

Alhamdulillah :'D


Kelab Komuniti Cyberjaya

Yeos Malaysia

Cosmoderm

Crazy N Crunchy

Natalia

Stamp N Print

Cyberview Cyberjaya




Terima kasih sudi baca 



4 comments:

  1. yeah.. muka kita ada dalam ni.. hahahah

    ReplyDelete
  2. TQ for coming memeriahkan BDO 2015 hope next event KBBA lagi meriah !

    ReplyDelete
  3. tu laaa..yaya bawak go-kart laju gilaa.abes tapau semua orang.. hahaha..enjoy yaya

    ReplyDelete