Oct 12, 2016

Pelancaran EyePCL yang Pertama di Malaysia | OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam



Pada 8 Oktober 2016 lalu, Yaya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran EyePCL yang pertama di Malaysia yang berlangsung di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini bermula seawal 10 pagi dengan ketibaan para tetamu. Yaya hadir bersama dengan BFF Yaya, Echa (dia tolong drive untuk Yaya sebab Yaya tak boleh pakai spec atau contact lens demi untuk mempersiapkan keadaan mata Yaya untuk Eye Examination hihi). Memang meriah bila nampak kelibat belon berwarna biru dan maskot yang sangat comel! Excited kita tengok dari jauh! Hehe


Tadaa! Selfie dulu dengan maskot OPTIMAX yang comel ni! :p

Kalau nak tahu, senang sangat nak cari OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam ni. Memang strategik sungguh kawasannya dan senang nampak. Lagi senang, korang guna je Waze. Terus sampai depan bangunan. Kalau dari Cheras dalam 28minit je ikut laluan Federal Highway ;)


Sementara menunggu majlis bermula, Yaya tertarik dengan maklumat yang diletakkan di sekeliling khemah. Sambil menunggu, kita boleh membaca tentang info, pengenalan dan servis yang ditawarkan di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam.


Pengenalan Optimax Eye Specialist Sdn Bhd

Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd adalah perintis terulung di Malaysia yang di iktiraf dalam industri penjagaan mata serta pembedahan laser refraktif. Sejak tahun 1995, Optimax telah merawat lebih 100,000 pesakit yang ingin mempunyai kebebasan visual atau melihat tanpa memakai kaca mata. Optimax juga mempunyai rangkaian yang sangat luas di bawah satu bumbung seperti Surface Advance Ablation (ASA), disesuaikan Femto-LASIK, Relex SMILE, Diimplan Phakic Contact Lens (EyePCL), Biasan Lens Extraction (RLE), Ortho-k dan RGP.

Oleh kerana sentiasa konsisten dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, Optimax kini menjadi Pusat Pakar Mata yang terunggul selepas dianugerahkan ISO 9001:2008 Certificate for Refractive Surgery in July 2008. Optimax adalah Pusat Pakar Mata yang pertama menjalankan Clinical Performance Audit by an independent auditor (HPMRS). Ini mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk semua. Akhir sekali, Pakar Bedah Optimax juga telah diaudit dan mencapai keputusan 99% dalam ketajaman fungsi penglihatan dan 100% dalam keselamatan.

Didorong oleh komitmen untuk menyampaikan perkhidmatan di seluruh negara, Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd kini telah berkembang baik di Malaysia dalam tempoh hanya beberapa tahun. Optimax mempunyai rangkaian terbesar di Malaysia dengan meliputi bandar yang paling utama dengan hampir 100 kakitangan di Malaysia. Optimax juga mempunyai pasukan yang berdedikasi terdiri daripada doktor, optometris, perunding visual dan jururawat di 9 cawangan seluruh Malaysia. Selain berkemahiran tinggi, mereka juga dilatih dengan pengalaman bertahun-tahun dan komited untuk menyampaikan standard yang paling tinggi untuk penjagaan mata pesakit mereka.


Pengenalan Excimed Sdn Bhd

Excimed Sdn Bhd adalah pembekal khusus untuk produk penyelesaian yang berinovatif untuk diagnostik dan teknologi pembedahan untuk rawatan ophthalmology di Malaysia. Dengan pengalaman secara kompleks menggunakan kaedah ophthalmology selama bertahun-tahun, Excimed telah mempunyai rangkaian yang luas, pengetahuan yang tinggi dan kepakaran yang teknikal dari pengasasnya.

Excimed cemerlang dalam menongkah arus teknologi dan mencari penyelesaian yang tidak terdapat sebelum ini. Sama ada dalam bidang pemeriksaan, diagnosis atau pembedahan, Excimed mempunyai hasrat yang mendalam untuk menyumbang kepada objektif tertinggi ophthalmology iaitu menyelamatkan dan memulihkan penglihatan.


Jom baca mengenai servis top terbaharu yang ditawarkan di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam selain daripada rawatan lasik.

Pengenalan EyePCL

The Implantable Phakic Contact Lens yang lebih dikenali sebagai EyePCL adalah sekeping kanta lembut yang diletakkan di dalam ruang mata yang mana ianya berfungsi untuk memberikan penglihatan yang jelas buat mereka yang mempunyai masalah rabun mata. EyePCL langsung tidak mengubah keadaan dan fisiologi mata si pemakai malahan memberikan keselesaan yang maksima selepas beberapa hari pemakaian. EyePCL adalah seperti kanta sentuh lembut, yang boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2.8mm untuk membetulkan penglihatan mata. Mampu menangani masalah mereka yang rabun sehingga +15D to -30D with cyl up to 8D, ianya di perbuat daripada bahan akrilik Hibrid untuk memastikan prestasi penglihatan sentiasa di tahap yang terbaik dalam jangka panjang. 

EyePCL akan diimplan di dalam mata iaitu di antara Iris dan kanta semula jadi. Ianya juga boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2,8 mm bagi membetulkan sfera, silinder atau masalah mata yang lain di dalam sistem optik mata. Apabila ia ditanam ke dalam mata, EyePCL akan kekal selama-lamanya tanpa memberi kesan negatif kepada si pemakai. EyePCL juga boleh dikeluarkan atau diganti dengan EyePCL yang lain jika penglihatan si pemakai berubah dalam suatu tempoh masa. Contohnya, power si pemakai makin bertambah dan hendak diganti dengan lensa yang baru.

Lensa yang digunakan juga akan disesuaikan mengikut bentuk dan saiz setiap mata. Tidak perlu menunggu lama, lensa si pemakai akan siap dalam tempoh 2-3 minggu dari tarikh tempahan. Menariknya, proses mengimplan EyePCL kedalam mata ini tidak mengambil masa lebih dari 15 minit. Memang terbaik! 


Breakdown / Kejayaan disebalik Teknologi EyePCL

-EYEPCL adalah seperti kanta sentuh lembut, yang menggunakan posterior chamber phakic IOL, yang boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2.8mm.

-Diperbuat dari Reinforced Hybrid Acrylic Material untuk memastikan prestasi jangka masa panjang.

-Keluasan power range dari + 15D to -30D with cyl up to 8D

-Setiap kanta lensa disesuaikan mengikut bentuk dan saiz setiap mata pesakit

-Phakic IOL yang digunakan mempunyai banyak kelebihan termasuk pembetulan keluasan Myopia, Hypermetropia, Astigmatism dan Presbyopia di dalam mata.

-Menggunakan bahan yang selamat dan Halal.

-Dijamin tidak mempunyai komplikasi yang berbahaya dan lensa boleh dibuang pada bila-bila masa mengikut kemahuan si pemakai.

Menarik kan?

Lepas ni tak payah susah-susah pakai spec atau contact lens . Dengan teknologi EyePCL, si pemakai akan merasai penglihatan yang menakjubkan seperti memakai dua alat tersebut! Jom kumpul duit dari sekarang! Hihihi


Disekitar Majlis Pelancaran EyePCL yang bertempat di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam


Ucapan dari Dr Nor Zainura Zainal dari OPTIMAX


Ucapan dari Mr. Wolfgang Bloss dari ExciMed


Sesi soal jawab dan perkongsian dari pesakit yang telah menggunakan teknologi EyePCL. Kini beliau tidak lagi berkaca mata dan bebas melakukan aktiviti lasak yang beliau cintai. Tahniah awak! :D


Majlis pelancaran yang meriah ketika di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam


Bersama orang kuat dan kakitangan OPTIMAX 


Jom jalan-jalan di bangunan OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam. 





Terdapat bahan bacaan yang disediakan sementara menanti keterangan dari pakar mata anda.



Yaya dah bersedia untuk membuat pemeriksaan mata. Wehuu!


Ini adalah Encik Izwan yang merupakan pegawai optometrist yang akan memeriksa keadaan mata Yaya. Beliau memang peramah dan sentiasa menjawab soalan Yaya dengan tenang dan lancar. Terbaik! Hehe


Ini adalah bilik pertama untuk pemeriksaan mata. Seperti biasa, pemeriksaan ini diambil untuk menguji sejauh mata ketajaman mata pesakit. 


Sama juga dengan alat pemeriksaan mata yang seterusnya, Yaya cuma ikut je arahan Encik Izwan bagi memudahkan beliau melakukan ujian kepada mata Yaya. Hee



Masa ini mata Yaya dititiskan dengan tiga jenis cecair yang berlainan. Cecair ini berfungsi untuk memberikan gambaran jelas terhadap mata Yaya untuk pemeriksaan yang seterusnya. Sementara menunggu cecair itu meresap sepenuhnya kedalam mata, Yaya harus menunggu selama beberapa minit.


Inilah mesin yang terakhir yang memberi gambaran jelas tentang keadaan mata Yaya yang sebenar. Silau dia jangan kata. Tapi kena tahan sebab kita nak dapatkan keputusan yang tepat untuk mata kita. Uzu pun ada masa ni. Menjerit dia tahan silau. Hihi

Ini adalah keputusan akhir bagi keadaan mata Yaya. Risau juga bila power semakin bertambah ni. Lepas tu Yaya di beritahu terdapat sedikit pendarahan di dalam mata Yaya tetapi ianya tidak mengganggu penglihatan. Yaya yang risau, terus stop kejap pemakaian contact lens. Hahaha! Apa-apapun, Yaya sarankan kepada korang semua untuk buat Eye Examination Test ni sebab ia akan berikan keputusan yang tepat! Lepas tu boleh decide untuk sentiasa menjaga kesihatan mata okay? Lagi best kalau dapat buat lasik atau EyePCL. Fuhh!


Bersama orang kuat dan kakitangan OPTIMAX yang sporting! ^_^



Untuk maklumat lanjut :

Email: shahalam@OPTIMAX.com.my
Tel: +603-5510 2535
Fax: +603-5512 0092 

Address:
50G & 52G, Blok 3, 
Jalan Pahat G15/G,
Dataran Otomobil, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.

Waktu Berkerja:
9.00am - 6.00pm
Selasa hingga Sabtu




Terima kasih sudi baca

Sep 23, 2016

Eau Thermale Avène | Meredakan Masalah Eczema




Psst psst! Rasanya mesti ramai dah familiar dengan produk yang popular ni kan? Tapi kebanyakan dari kita masih tak tahu apakah fungsi dan kebaikannya. Kalau ada antara pembaca yang mempuyai anak, isteri, suami atau diri sendiri mempunyai masalah alahan kulit atau eczema, Yaya mohon semua baca sehingga habis okay!  


Antara produk Eau Thermale Avène yang berada dipasaran.

Sebelum tu, jom baca sejarah dan asal usul Avène  ! ^_^


Secara ringkasnya, penemuan air ajaib ini terjadi apabila ada seekor kuda yang mempunyai masalah kulit telah meminum air tersebut dan tuan kepada kuda itu terkejut kerana masalah kulit yang dihadapi kuda beliau telah pulih. Beliau mencari punca air minuman kuda tersebut dan akhirnya membawa kepada pembukaan Avène Hydrotheraphy Centre. Pusat ini telah merawat beribu pesakit setiap tahun untuk mereka yang mengalami masalah kulit dengan menggunakan rawatan semula jadi. Sehingga kini, pusat ini masih beroperasi di daerah Avène yang terletak di Perancis.


Inilah air ajaib yang pertama sekali dikomersialkan untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah kulit iaitu Avène Thermale Spring Water.


Formula baharu Avène Extremely Gentle Cleanser Lotion Eau Thermale Avène dan Skin Recovery Cream Eau Thermale Avène ini pula telah dirumus dengan paten terkini iaitu Parcerine® . Kedua-duanya berfungsi untuk menenangkan kerengsaan kulit dengan serta-merta serta memberi perlindungan yang berpanjangan.


Tahu tak? Ramai lelaki dan wanita mempunyai kulit yang sensitif. Terdapat banyak jenis sensitiviti yang berbeza mengikut tahap masing-masing. Intolerant / hypersensitive dalam kebanyakan kes lebih memberi kesan trauma kepada pesakit akibat dari penggunaan produk yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Oleh itu ,  kita harus menggunakan produk yang sesuai serta kandungan yang minimun dan semula jadi.



Produk Avène yang bakal Yaya review ialah Eau Thermale Avène Extremely Gentle Cleanser LotionEau Thermale Avène Thermale Spring Water dan Eau Thermale Avène Skin Recovery Cream. Ketiga-tiga produk ini sangat bersesuaian untuk meredakan kulit mereka yang mempunyai masalah Allergic dan juga Hypersensitive Skin.


Extremely Gentle Cleanser Lotion
Bagi Yaya, pembersih-tanpa-bilas ini sangat sesuai digunakan pada waktu pagi kalau korang nak dapatan kesan efektif apabila mencuci muka kerana teksturnya yang ringan berfungsi untuk membersihkan wajah yang bebas make up sekaligus melembutkan kulit wajah kita. Kita akan merasa kulit muka kita lebih segar dan bersih selepas menggunakan Extremely Gentle Cleanser Lotion ini. Ianya di khaskan untuk membersihkan kulit wajah dan juga kulit dikawasan mata.

Cara guna :
Titiskan Extremely Gentle Cleanser Lotion di cotton pad, kemudian sapukan di kawasan kulit yang anda mahu sehingga rata dan bersih.

Review dari Yaya :
Pastikan wajah bebas dari make up sebelum menggunakan Extremely Gentle Cleanser Lotion ini. Risau nanti tak bersih pula kesan dari sisa make up yang korang pakai. Sebab tu bagi Yaya kalau nak jadikan sebagai pencuci muka, utamakan penggunaannya pada waktu pagi sebab sah sah muka kita tengah bersih dan bebas dari make up kan? Paling kuat pun korang pakai krim malam je hihi. Btw memang best! Kulit muka kita akan rasa lembut sangat dan dalam masa yang sama mendapat khasiat semula jadi yang terkandung di dalamnya. ^_^


 Avène Thermale Spring Water


Yang paling best dan terpaling glamour dalam produk Avène haruslah Avène Thermale Spring Water hihi. Sebenarnya Yaya memang pakai Avène Thermale Spring Water ni tapi tak tahu pula fungsinya lebih dari sekadar bagi muka kita fresh. Haha noob betul Yaya ni kan. Sebab tu bila tahu khasiat dan fungsinya, habis satu badan Yaya nak spray. :p Mana taknya, ia boleh disembur selepas make up untuk membuatkan make up lebih fresh, mengurangkan kemerahan kulit akibat sunburn, melegakan luka, melegakan ruam bayi, membantu mengatasi kulit yang sangat kering, alahan, kulit sensitif, eczema dan lain-lain lagi.

Cara guna :
Korang bebas nak semburkan dimana-mana anggota badan yang korang mahu terutama di kawasan kulit yang sensitif dan mempunyai masalah eczema. Yang penting, jangan goncang Avène Thermale Spring Water ni sebab ianya memang bersifat alam semula jadi takut nanti bila goncang akan mengurangkan kualitinya dan merosakkkan pemacu spray tu. Hihi

Review dari Yaya :
Betapa Yaya amaze dengan Avène Thermale Spring Water ni, ceritanya jerawat kat dahi Yaya tumbuh 4-5 ketul mungkin kerana belum terbiasa dengan suasana di tempat baru ini. Mungkin juga jerawat tumbuh sebab hormon Yaya yang kurang stabil dan juga asyik terdedah dengan persekitaran yang berdebu di luar rumah dan asap masakan. Yaya memang alah dengan debu dan habuk cepat je muka ni gatal. Magic nya, lepas sembur Avène Thermale Spring Water ni sebelum tidur, bangun pagi keesokannya tengok jerawat dah kecut dah! Memang syukur sangat! Yaya juga ada masalah eczema yang tak serius (seperti gegata) bila kena habuk memang miang dan naik bintik macam kena gigit nyamuk. Sembur je terus rasa lega dan surut. So far, memang Yaya recommend kat suami dan juga ayah sebab mereka juga ada alahan gatal di bahagian keting kaki. Yang bestnya, alahan suami juga semakin mengecut dan pulih. Tak sabar nak tengok hasilnya dalam masa jangka panjang nanti. Yang penting kena konsisten ;)


Skin Recovery Cream 
Betapa Avène sangat menitik-beratkan kualiti produk mereka, Skin Recovery Cream ini telah di steril mengikut piawaian D.E.F.I (Device for Exclusive Formula Integrity) yang mana ianya berfungsi sebagai pengedap udara untuk menjaga kualiti produk dari tercemar. Skin Recovery Cream ini juga diperkaya dengan Parcerine yang pantas melegakan kerengsaan pada kulit dan memberi perlindungan yang berpanjangan kepada kulit sensitif. Ianya juga bebas dari bahan pewangi mahupun pewarna. 

Cara guna :
Oleh kerana ia telah di sterile, pastikan korang memicit Skin Recovery Cream ini dari arah belakang dan kemudiannya ke depan. Ini bagi memastikan kualiti dan kandungan Skin Recovery Cream ini terjaga dan sentiasa dalam keadaan baik. Sapukan di kawasan kulit yang sensitif dan biarkan ianya meresap kedalam kulit seketika.

Review dari Yaya :
Teksturnya yang sangat ringan dan lembut membuatkan daya serapan Skin Recovery Cream ini menjadi lebih cepat serta tidak melekit. Ianya juga memberi kesan lembapan, melegakan dan melembutkan bahagian kulit sensitif. Menariknya, selepas disapu dengan Skin Recovery Cream ini, bahagian kulit yang disapu itu akan menjadi lebih licin dan tidak mudah diserap oleh air melainkan bahagian itu dicuci. Dengan penggunaan yang konsisten, ianya akan terus membantu, menyihat dan memberi pertahanan semula jadi kepada kulit.


I Love Eau Thermale Avène dan akan terus menjadi pengguna setia produk Avène ! ^_^


Untuk maklumat lanjut : 



No Tel : 03-5569 4588

#MoreThanJustWater #UnderstandYourSkin #AveneMalaysia #AveneMY


Terima kasih sudi baca