Siapa yang pernah berurusan dengan Fad Ali Photography mesti tahu betapa awesomenya hasil seni yang dihasilkan oleh seorang Fad. Beliau bukan sahaja pakar dalam seni fotografi perkahwinan tetapi juga arif dalam photoshoot modeling. Kemain tau kalau tengok dia shoot model-model tah kat gurun ceruk mana dah macam kat luar negara tapi kebanyakan tempat tu dalam Malaysia je. Tu yang Yaya berkenan dengan hasil fotografi dia. Penuh unsur artistik.
Buat pasangan yang masih belum mendapatkan khidmat fotografi untuk majlis bahagia, meh la jemput usha artwork dari Fad Ali Photography. Dari tunang, nikah sanding semua dia boleh cover. Kot nak buat majlis-majlis lain baby shower ke, akikah ke apa ke, boleh terus berunding dengan dia. Fad Ali Photograpy ni dari Seremban, Negeri Sembilan so orang sana boleh la usha Fad Ali Photography ni jimat sikit belanja kos perjalanan ye dak. Hihi
Maunya tak jaw drop ke tengok gambar cecantik gini? :O
Sebenarnya Yaya paling kagum dengan hasil artwork dia bila shoot modeling atau portraiture. Setaraf profesional dan antarabangsa America Next Top Model kateko. Kadang-kadang bila lalu kat timeline Yaya, memang susah nak move on gambar cantik-cantik gila dengan model tu pose fuhh macam nak patah pinggang dia lentok lepas tu kena pula dengan photographer handal dalam ambil shoot terbaik lepas tu pandai edit dan main warna lagi. Memang pedepow la gambar dia. Itulah antara kelebihan Fad Ali Photography ni dari pandangan Yaya. Pernah dia ajak Yaya buat photoshoot sesaja tapi tulah Yaya ni yang segan sebab kita ni pandai pose tangan sebelah pegang pinggang je pastu kibas skirt. Tu jelah kita reti pun. Hahaha!
Jom tengok dan ambil feel gambar dari hasil lensa Fad Ali Photgraphy :)
Penuh penceritaan dan sangat kemas ketelitian yang dihasilkan oleh Fad Ali Photography ni.
So untuk korang yang nak gunakan servis dari Fad Ali Photography sila 'nego' sampai jadi dengan beliau okay! Beliau seorang yang sangat mesra pelanggan jangan risau. Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi Fad Ali Photography di :
Tahu tak serum muka ni tersangatlah penting untuk perempuan. Lagi-lagi yang selalu duduk dalam air cond mahupun sentiasa terdedah dengan cuaca panas dan sinaran UV. Terus terang kata, kulit muka Yaya memang tersangatlah sensitif. Silap sikit, terus meriah muka dengan jerawat. Makanya, walaupun Yaya tak pakai make up ke office, tapi paling wajib at least Yaya mesti pakai toner, serum muka dan moisturizer lepas tu buh sikit bedak baby dan pelembab bibir. Kebetulan serum muka lama Yaya dah habis dan sekarang pilihan serum muka Yaya ialah Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Memang lepas ni nak pakai serum ni je! Kulit muka Yaya yang berminyak di kawasan zon-T dan sedikit kering di bahagian muka yang lain pun terus jadi lembut sekaligus mengecutkan jerawat Yaya! Mejik betul! Nak tahu macam mana Yaya dapat masalah diatas? Teruskan baca okay!
Yaya paling suka tekstur serum ini yang mudah meresap serta berbau wangi dan lembut.
Cara pakai serum ni mudah je. Letakkan di check point kawasan muka iaitu dahi, pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu, lepas tu urut lembut kawasan muka sehingga rata dari bawah ke atas. Ala senang je macam tak biasa pula kan. Hee
Maafkan muka polos saya. Nak tunjuk keberkesanan serum je. Hihi *gambar sewaktu balik dari kerja
Untuk pengetahuan, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.
BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. Paling suka dan senang hati apabila serum ini bebas dari bahan kimia sebab kita tahu yang kita cuma berikan yang terbaik untuk penjagaan kulit muka kita. Yayy!
10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
1. Mengecutkan jerawat
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur
4. Menghilangkan bintik-bintik hitam
5. Mencerahkan kulit kusam
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah
8. Menghilangkan lebam bawah mata
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn )
10. Memberikan efek kilauan pada wajah
.... dan Yaya nak tambah kelebihan No. 11. Bila pakai serum ini sebelum apply foundation/make up, korang akan dapat rasa make up korang takkan pecah atau berbelak. Ianya memberi kesan make up yang rata dan tahan lama! Sebab tu kena pakai serum muka tau sebelum pakai make up lagi-lagi serum muka Ephyra Skin Nano. Yang lagi best, ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit. Lelaki pun boleh pakai juga tau! ^_^v
BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT
Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit iaitu :
MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.
MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.
MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.
Nak baca cerita sedih tak? :(
Haritu masa busy dengan shooting Sediakan Payung Sebelum Rumah, hari-hari sepanjang shooting tu Yaya kena bermake up. Shooting habis lewat malam dan paling teruk balik tu Yaya ingat nak baring kejap je sebab tak larat sangat tapi end up tertidur sampai pagi :'O Jadi korang dapat bayangkan tak kat sini betapa tak sihatnya penjagaan muka Yaya masa tu? Terlupa cuci make up adalah kesalahan yang paling tak dapat dimaafkan. Jerawat naik tanpa belas kasihan terutama di kawasan yang jelas nampak seperti hidung dan pipi. Shooting dah lama habis tapi jerawat tak sembuh-sembuh juga.
Boleh nampak tak jerawat degil dalam gambar kiri tu? Haa tulah jerawat degil kat hidung dan pipi yang tak mahu kecut. Lepas guna serum Ephyra Skin Nano ni selama seminggu, dia dah mula kecut dan sekarang selepas 2 minggu, tinggal nak hapuskan parut je! Yayy :D
Testimoni dari pengguna lain :
Kenapa Yaya suka Ephyra Skin Nano Advanced Serum ni? Haa jemput tengok video 15 saat ni. Hihi
Harap dapat maintain untuk terus istiqamah menjaga kesihatan kulit muka ini sebelum naik pelamin >.<
Terima kasih serum mejik Ephyra Skin Nano :)
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM - 15ml
RM 88 (Semenanjung.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak)
Harga Promosi :
RM 68 (Semenanjung Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak)
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779
Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu.