Oct 26, 2015

Keunggulan Empayar Nike Malaysia

Assalamualaikum semua 


Bagi mereka yang aktif bersukan, Yaya percaya mesti kalian ada salah satu dari koleksi barangan sukan Nike kan? Hee 


Tiada siapa dapat nafikan kedudukan Nike sebagai jenama sukan terkemuka dalam dunia sukan. Malah selepas bertahun-tahun lamanya mereka masih berjaya mengekalkan prestasi menjadi antara jenama  sukan yang  paling disukai ramai dalam kalangan peminat sukan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia juga! Pengalaman yang mereka kumpulkan selama ini menjadi antara resipi kejayaan Nike. Malah pembuatan produk mereka yang semakin moden dengan penggunaan teknologi yang canggih telah menjadi titik tolak dalam penguasaan Nike dalam industri ini.


Nike bukan sahaja menjadi pilihan orang biasa, malah produk sukan Nike menjadi kegemaran ramai selebriti terkenal di seluruh dunia. Jenama ini menyediakan koleksi produk sukan yang bergaya untuk lelaki dan wanita yang gemar bersukan. Nike adalah sebuah jenama sukan yang sangat popular dan barangkali ianya adalah label yang terbaik kita ada dalam pasaran sekarang ini. Koleksi produk sukan Nike Malaysia telah diakui sebagai antara yang terbaik kerana kualitinya yang sangat tinggi. Ini tidak menghairankan kerana Nike sangat mengutamakan ketelitian dalam pembuatan dan penghasilan produk mereka. Selain itu semua bahan yang digunakan juga terdiri daripada material yang terbaik sahaja.



Antara produk Nike yang paling popular sudah tentu rangkaian kasut sukan Nike terkini yang dipasarkan di banyak negara di seluruh dunia. Kasut Nike sangat tahan lama dan memberikan peluang buat sesiapa yang memakainya bersukan atau melakukan aktiviti senaman dengan rasa selesa.  


Rangkaian produk Nike adalah sangat meluas buat lelaki dan wanita. Ternyata ianya adalah jenama terbaik untuk mereka yang suka bersukan dan membuat aktiviti lasak ataupun bersenam. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan apatah lagi jika dibeli secara online. Apa tunggu lagi? Pergi dapatkan produk Nike hari ini juga agar prestasi anda dapat ditingkatkan ketika bersenam! Sambil bersukan, sambil bergaya dengan koleksi barangan Nike! Weewit! ^_^



Terima kasih sudi baca 


Oct 24, 2015

GIVEAWAY Dove Volume & Nourishment : Inovasi baharu untuk masalah rambut nipis

Assalamualaikum semua 



Hai wanita cantik yang sedang membaca! Yes awaklah! Yaya percaya uols pasti peka dengan penjagaan rambut masing-masing kan? Maklumlah, rambut kan mahkota wanita. Walaupun bertudung, kecantikan rambut kena jaga selalu tau! 


Jujurnya, Yaya merupakan peminat setia syampu dan perapi Dove sejak berumur 19 tahun lagi.   Sebelum tu, Yaya pernah pakai produk R, tapi rambut Yaya berubah jadi kasar dan kering. Cuba pula produk P, memang wangi tapi rambut Yaya berkelemumur pula. Geram betul. Dahlah kita busy dengan kelas, kalau kelemumur mesti kepala rasa gatal sangat. Sampailah hati terdetik memakai produk Dove. Time tu ada potongan harga untuk syampu dan perapi Dove. Alhamdulillah, semua masalah rambut Yaya beransur pulih dan produk penjagaan rambut Dove merupakan pilihan Yaya sehingga sekarang. Yayy! ^_^


Kalau sebelum ini Yaya setia dengan Straight and Silky (Dove botol pink), sekarang Yaya teruja nak cuba Dove Volume & Nourishment pula! Result? Memang best!


Dove Volume & Nourishment baharu ini merupakan breakthrough dan antara legasi terbaik untuk produk penjagaan rambut Dove. Nak tahu kenapa? Ianya diformulakan dengan Teknologi Oxyfusion yang mengandungi unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan secara mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* tanpa membuatkan rambut terasa berat. 


Selain itu, ia juga memberikan perlindungan dari rambut kita menjadi kering atau flat! Rambut flat ni memang masalah utama Yaya sekarang sebab bila bertudung sepanjang hari, selain masalah rambut gugur, rambut yaya juga semakin nipis huhuhu. Yaya harap Dove Volume & Nourishment akan membantu Yaya mengatasi masalah rambut Yaya yang semakin menipis kerana Dove Volume & Nourishment juga berfungsi untuk menyuburkan rambut secara mendalam dengan kuasa 95% gituhh! Mana taknya, dengan sekali cucian sahaja Yaya memang rasa rambut Yaya sangat sangat wangi, lembut dan lebih kuat! Yang penting, kena gunakan syampu dan perapi tau! Wajib! Barulah nutrien dalam kandungan syampu dan perapi tu menyerap sepenuhnya di rambut kita! Hihi



Dove Volume & Nourishment Shampoo RM15.00 (340ml)

Syampu Dove Volume & Nourishment yang mengandungi Teknologi Oxyfusion berfungsi untuk memberikan khasiat khusus kepada rambut dan menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%*. Khas untuk mereka yang sangat mementingkan kecantikan rambut, syampu untuk kegunaan setiap hari ini berinovasi untuk menyegarkan rambut yang kering dan nipis selain membersih dengan lembut dan menyuburkan rambut pada setiap kali cucian. 


Gunakan syampu pada rambut yang telah dibasahkan, urut perlahan pada rambut dan kulit kepala, kemudian bilas sehingga bersih sehingga tiada baki syampu. 


Dove Volume & Nourishment Conditioner RM15.00 (330ml)

Perapi Dove Volume & Nourishment pula dicipta untuk melengkapi Syampu Dove Volume & Nourishment tadi. Perapi ini menyuburkan rambut dan mengembalikan kelembutan serta kelicinan rambut pengguna tanpa menjadikan rambut terasa berat. Selain merawat masalah rambut kering dan nipis ia juga memberikan kesan positif supaya rambut pengguna kelihatan lebih tebal dan bermaya.


Gunakan pada rambut yang basah selepas memakai syampu tadi dan fokuskan pada pertengahan dan penghujung rambut. Tunggu beberapa minit kemudian bilas sehingga bersih. Selalunya dalam beberapa minit tu Yaya akan sabun badan atau buat skrub sementara menanti perapi rambut menjalankan tugasnya. Hihi :p


Kebanyakan wanita mahukan rambut yang subur dan juga kelihatan sihat dan bermaya. Tapi tak semua produk syampu pada hari ini memberikan keduanya. Apatah lagi bagi wanita bertudung. Kita pun nak nampak cantik dengan rambut lawa bila di rumah takpun untuk bakal suami eccewah! Dah lepas ni tak payah risau lagi keh! Sila berterima kasih kepada Dove Volume & Nourishment  kerana bakal menyelamatkan anda dari masalah rambut yang tak semenggah tu. Semoga kita semua akan mendapat khasiat rawatan penjagaan rambut secara menyeluruh selepas ini! Yayy! ^_^


Kalau uols nak cuba Dove Volume & Nourishment ni, Yaya dengan berbesar hati nak bagi secara percuma! Ada 5 hamper tau uols! Semuanya bernilai RM100! Fuhh best gila. Jomlah join mana tahu ada rezeki boleh feeling feeling pelakon Korea dengan rambut yang tampak lebih sihat, bersinar, bermaya dan juga tebal! 


SOALAN GIVEAWAY

Soalan pertama : Apakah teknologi yang digunakan dalam penghasilan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment ?

Soalan kedua : Sebutkan 3 manfaat kepada pengguna apabila menggunakan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment .


Giveaway ini akan berlangsung sehingga 7 November 2015. Senarai nama pemenang yang bertuah pula akan diumumkan 2 hari selepas tarikh tamat. Harap kalian akan alert dengan nama pemenang di entri ini nanti. Jemput follow Instagram @yayanatsumi tau. Senarai nama pemenang juga akan diumumkan disana.

Selamat menjawab dan semoga bertuah! ^_^



Feeling lepas seminggu menggunakan Dove Volume & Nourishment  . Bau bunga pun tak dapat menandingi bau wangi dari syampu dan perapi Dove Volume & Nourishment . Kalau nak tahu sebab kenapa Yaya suka Dove, walaupun pakai tudung semasa rambut sedikit basah sebab tak sempat keringkan, rambut Yaya langsung tak berbuah atau berbau kepam. Malah, bila dah pulang ke rumah, rambut masih wangi dan berbau segar. Sebab tulah Yaya pencinta syampu dan perapi Dove dari dulu. Hihi. Sekian rahsia penjagaan rambut dari Yaya Natsumi. Harap korang sudi join Giveaway dan tinggalkan jawapan di ruangan komen dibawah ya. Sayang korang! :*




Untuk maklumat lanjut :

Website : 

Facebook :

Talian Pengguna :
1800 88 1315


--------------------------------------------------------------------------------

Senarai Nama Pemenang GIVEAWAY Dove Volume & Nourishment


Tahniah kepada :

1. Izyan Yan Cinnamon 
(digantikan kerana Julia Johari merupakan pemenang awal untuk blogger lain bertuah betul hihi)
2. Nur Alja
3. Riana LittleCuties
4. Yumida Huda
5. Siti Rohaida Yusof


Sila emaikan butiran diri seperti Nama, Alamat dan No tel ke roxxy_yaya@yahoo.com selewatnya sebelum 11 November 2015 . Jika tidak, Yaya akan buka peluang kepada pemenang lain pula. ;)



Terima kasih sudi baca