Aug 22, 2014

Pengalaman cemas yang sangat cemas semalam.

Assalamualaikum semua 



Semalam akan menjadi salah satu penanda aras bagi aku untuk sentiasa alert dan tak ambil mudah sesuatu perkara. 


Ceritanya, lepas balik dari office semalam, aku decide nak teman member sekerja aku pergi cari baju dinner. Aku memang rapat la dengan dia kat tempat praktikal ni. Leeda nama dia. Semalam dia menangis tersedu sedu kena sakat dengan senior haha comel betul dah la putih chubby. Merah habis muka dia. Lepas happykan dia teman beli baju dengan tudung dekat Bangi Gateway, kitorang balik.



Aku ni memang lemah betul bab jalan. Lepas keluar dari parking, aku terus ikut je belakang kereta Leeda macam masa pergi tadi. Lupa dia nak balik Senawang. Sekali tah masuk tol mana. Aku punyalah panik. Panik teghuk. Dan secara tiba-tiba, minyak dah berkelip-kelip. Nak meleleh air mata dah sebab lalu highway dengan minyak berkelip. Tanya abang tol tu macam mana ni bang saya sesat ni saya nak balik Cheras saya nak ikut mana bla bla bla.. sampai abang tu pun panik nak explain. Sekali orang belakang dah hon hon. Lepas isi minyak, orang yang hon tadi baik gila tunjuk jalan. Haha. Mungkin dia serba salah kot kebetulan isi minyak muka nak nangis. 



At last ikut jela arahan macam dia kata sampai masuk jalan yang benar semula. Berbuka puasa makan roti yang beli kat bakeri semalamnya. Haha belasahhh.


Moral of the story, bagi perempuan,
  • Make sure internet sentiasa ada untuk Encik Waze korang berfungsi. 
  • Make sure rancang perjalanan sebelum memandu. Kang kalau panik lagilah apa pun tak boleh.
  • Minyak sentiasa terisi. Tak payah nak tunggu esoknya sebab nak lalu laluan yang ada Shell la apalah. Bila dah sesat ke apa dengan minyak kelip kelip, petrol palm apa pun dah tak kisah dah. Kan?




Saya mengaku bersalah Yang Arif. Saya berjanji perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. 
*srott srott bunyi sedut hingus







Terima kasih sudi baca  


Aug 21, 2014

Pemenang Ujibakat #masukdramaseludup

Assalamualaikum semua 


Ingat lagi tak pertandingan ujibakat #masukdramaseludup yang yaya bagitahu sebelum ni? Klik SINI




Kalau nak tahu, mereka dah dapat pemenangnya whoaa best gila tahniah kepada dua pemenang peraduan #masukdramaseludup iaitu Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang telah memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000 ! Double wowwww! Ingat senang ke nak kumpul 15k tu dengan buat video je? Excited pulak bila tahu diorang menang. Boleh buat belanja kahwin dah dengan duit tu. Hihi. Selain tu, mereka juga berpeluang untuk berlakon dengan nama-nama besar dalam industri hiburan seperti Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. 






Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran. 


Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’.  Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.


“Berdasarkan karakter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.

-

-

-



Sila klik Drama Seludup dan hashtag #Seludup untuk mendapatkan info yang lebih lanjut! 




Macam dapat rasa kegembiraan dia. Hehe



Hmm.. Kalau yaya menang, Jehan pun confuse nak bagi yaya watak apa. Paling layak pun penjual nasi lemak pakai tudung sarung senget kat tepi jalan kampung. Ayu gitchews. Haha



Terima kasih sudi baca