Jul 17, 2014

Sertai Uji Bakat Drama Seludup dan Berpeluang untuk Memenangi RM15,000 !

Assalamualaikum semua 




Berita baik untuk mereka yang mahu menjadi pelakon dan sekaligus memenangi wang tunai RM15,000! Haa sekarang Astro tengah mencari bakat baru untuk diserapkan ke dalam drama Seludup yang bakal bersiaran pada akhir tahun ini di Astro Prima saluran 105 dan juga Astro Maya HD saluran 135.


Sinopsis untuk drama SELUDUP.


 "Amran, 25, merupakan seorang nelayan dan usahawan muda di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Beliau amat dihormati oleh orang kampung lain, dan memiliki staf serta bot-bot sendiri.

Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup kini mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara.
Walaupun berdepan dengan bahaya, Amran bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih menjadi mangsa".




Antara pelakon yang bakal membintangi drama ini juga bukan calang calang orangnya. Semua pelakon hebat tanah air. Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip, Raja Ilya dan mungkin juga anda yang membaca ini bakal jadi pelakon terkenal sebaris dengan mereka? 

                                                                          

Cuma ikuti langkah langkah berikut dan anda berpeluang berlakon disamping mereka.
Sekaligus memenangi RM 15,000! 



1. Pergi ke Laman Facebook Fanpage "Seludup", dan LIKE page Seludup untuk mengetahui info seterusnya


2. Kemudian KLIK tab UJI BAKAT di bahagian atas menu bar


SELUDUP juga telah menyediakan skrip pendek untuk lelaki dan perempuan yang mana akan memudahkan korang hafal dan lakonkan semula. Tak payah pening pening nak buat skrip sendiri. Cuma kalau nak buat tambahan skrip sendiri pun boleh asalkan jangan lari dari maksud asal skrip. Tapi memang senang sangat la cuma tinggal rakam dan upload sahaja video korang. Hee

Salah satu contoh video yang penuh ekspresi. Daebak!





Untuk info yang lebih lanjut, korang boleh klik link di bawah ni ye :

Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup




Terima kasih sudi baca 


Jul 14, 2014

Program Titian Serasa Ramadhan Anjuran Yeo's Malaysia

Assalamualaikum semua 

Alhamdulillah yaya dah habis semester pertama tahun akhir sebagai penuntut UiTM Shah Alam. Lepas ni tunggu pratikal je yang akan bermula dari 4 Ogos 2014 nanti. Harap lulus semua subjek final exam hari tu. Aamiin untuk yaya. Hee

Habis paper hari khamis 10hb tu, yaya stay dekat kolej sebab nak join Program Titian Serasa Ramadhan Anjuran Yeo's Malaysia di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari. Yaya ajak my gegirl si Echa. Excited dia siap balik tu gigih tau angkat air sekotak! Lepas tu dia menang lucky draw juga! Hee


Pagi pagi tu sebenarnya dah terlewat bangun, sahur pun terlepas aduhai tapi tetap semangat nak jumpa kawan kawan blogger di SACC Mall dan anak anak yatim di rumah kebajikan yang dipilih oleh pihak penganjur. :')

So sila jamu mata dengan entry bergambar dari yaya natcumi cumi. hehe


Yang tengah tu Fatin. Macam dah lama kenal je bila jumpa. hee. Yang kiri tu kawan yaya Echa. Say hai to Echa. Dia single.


Masa perasmian dari orang kuat dan artis artis. muehehe

Lepas tu kami di bahagikan kepada 6 kumpulan dimana kami akan pergi ke 6 buah rumah kebajikan yang dipilih dan melakukan aktiviti disana. Yaya mewakili Group C2 dan seluruh ahli kumpulan C termasuk Ben Ashaari , ditugaskan untuk melakukan aktiviti amal di Rumah Tumpangan & Sekolah Anak-anak Yatim & Miskin Sungai Pinang, Klang. Tak kira kaum Melayu, Cina atau India, kami semua berpuasa. Walaupun puasa, semua tetap bersemangat! Respect!


Macam macam aktiviti yang dijalankan. Tugasan diberikan seperti mengemas rumah anak yatim, sapu, mop, lap tingkap basuh itu ini, anyam ketupat dan juga menceriakan anak yatim yang comel comel semuanya. Bila lihat mereka ni semua, terdetik rasa bersyukur dihati kerana dibesarkan dengan kasih sayang ibu ayah :')


Sesi pemberian duit raya kepada anak anak yatim. Seronok semuanya! hee

Dalam pukul 4 petang, kami mula beransur ke SACC Mall semula dimana ada aktiviti lain akan diadakan. Terima kasih kepada pengacara yang tetap menceriakan walaupun semua dah kehabisan tenaga, tapi tetap ceria dengan lawak spontan. Sesi lucky draw diteruskan dan... yaya dapat powerbank Yoobao! hehe Alhamdulillah! Hadiah lain pun menarik juga okay. Ada Ipad, Tab, Hp Lenovo dan lain lain gajet. Semua masa ni nampak nau muka berdoa dalam hati. Hehe


Clapping Hello Kitty animated emoticon


 Aktiviti fashion show dan catwalk. Meriah habis masa ni duk kejar masa nak balut ahli kumpulan dengan tag Yeo's tu! Fatin. Angah Judin. Kak hanim. Super sporting and terbaik punya pose time catwalk!



Masa berbuka tiba. Syahdan yang pengacara tu laungkan azan dan sedap sangat alunan azan dia masa tu. Lepas tu masing-masing beratur nak amik dessert apa semua. Semua makanan yaya rasa. Sesuai dengan yaya yang suka makan. hehe. Terima kasih pihak penganjur yang menyediakan makanan yang sedap sedap sangat. Alhamdulillah :')




Dari kiri Ben Ashaari, Heliza Helmi , Shahdan yang super funny dan Amelia AF3 selaku pengacara.


Sayang semua aduhai. Baik gila walaupun first time jumpa. Sebelum ni bersembang dalam group whatsapp je. Hee :')


Ramai gila kateko. Spot me. (even me myself can't spot myself) 


Terima kasih kepada pihak Yeo's kerana sudi menjemput kami dan juga tak lupa buat Kelab Blogger Ben Ashaari yang memang super awesome. Terimalah piala FIFA sebagai penghargaan dari yaya dan fatin. 



Terima kasih sudi baca