Oct 8, 2018

Birthday surprise from husband by TeddyPrank surprise delivery



Ye wakk.. Kita dah tua T_T.. Dah 28 tahun umur kita Alhamdullillah. Semoga dengan pertambahan umur ini kita menjadi hamba Allah yang lebih baik, jadi isteri yang lebih solehah dan jadi anak yang lebih baik kepada kedua ibu ayah dan juga ibu dan bapa mertua kita. Terima kasih husbaby kita sudi buat surprise. Love you :* Kalau nak tahu, sebelum kami kahwin, Yaya pun gunakan khidmat TeddyPrank untuk buat surprise birthday Shawn dan juga Ibu hihi. Boleh baca kat


Kalau korang nak buat surprise untuk yang tersayang, tak payah susah dah okay lepas ni boleh terus contact TeddyPrank sebab diorang ni memang terer buat apa-apapun seperti yang korang minta. Mereka sentiasa ready untuk tempahan uols yang penting uols sediakan sahaja fulusnya hihi. Lagi best sebab staff depa memang helpful dan friendly sangat! Semoga orang tersayang kalian juga akan merasa gembira bila mendapat penghargaan sebegini. Siapa tak happy weh? Berbunga-bunga tau hati ni bila dapat surprise hihi.


Ni Yaya sediakan contact untuk korang hubungi. Jom surprisekan orang tersayang! ^_^

🎈 Facebook: @teddyprank4u
🎈 Instagram: @teddyprank
🎈 019-7564019

Oct 6, 2018

Syoknya! Kini R&R PLUS Berkerjasama Dengan 10 Jenama Makanan Terkenal



Hai korang! Nak tau tak, Yaya kalau time kecik-kecik dulu suka sangat kalau ayah singgah kat R&R PLUS. Syok sebab boleh tapau duit ayah beli aiskrim la, kacang kuda la, buah tembikai la aiskrim la dan macam-macam lagi! Seronok betul bila dapat ikut turun kereta tu. Selain daripada kemudahan tandas, surau, tempat berehat dan yang lain-lain PLUS sediakan, kemudahan gerai makanan antara yang paling utama sekali diperlukan bagi mereka yang dalam perjalanan jauh dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.

Terbaharu, PLUS Malaysia Berhad telah memeterai perjanjian bersama 10 rangkaian makanan dan minuman dari jenama terkenal pilihan rakyat Malaysia. 

10 jenama terkenal tersebut ialah :

1. Starbucks 
2. Krispy Kreme
3. Harold’s Bread
4. Mohd Chan 
5. Famous Amos
6. A&W
7. Dunkin Donuts
8. MyNews
9. Kenny Rogers
10. Nasi Kandar Line Clear

Keputusan PLUS memeterai perjanjian bersama 10 jenama ini adalah sebagai salah satu langkah untuk merevolusikan kawasan R&R di sepanjang lebuh raya dalam memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan masakini.



Menurut Datuk Azman Ismail, yang merupakan Pengarah Urusan PLUS, “Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa.  Kami telah mengenal pasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya. Strategi kami pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap jenama-jenama yang mempunyai jumlah pengikut yang besar dan akan lebih banyak jenama lain akan beroperasi di R&R kami”.


Antara kawasan rehat yang terlibat dalam proses pengubahsuian ni adalah R&R Rawang (Arah Utara), R&R Machap (Arah Selatan), R&R Gelang Patah (Arah Selatan), Restoran Jejantan Sungai Buloh, R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan). 


Ketika majlis memeterai perjanjian diantara PLUS bersama rakan niaga yang terlibat









Menariknya, PLUS juga telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi Aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) dan juga pembayaran tanpa sentuh menerusi Visa PayWave di R&R Dengkil (Arah Utara). Yaya memang paling suka kalau ada kemudahan ni! Sebab selalunya Yaya memang guna debit card sahaja bila buat pembayaran dimana-mana yang menyediakan khidmat pembayaran secara paywave atau debit card.


Sebelum slot makan tengah hari, Yaya sempat singgah di booth jenama makanan dan minuman yang terlibat dengan kerjasama ini. Wee jom makan!


Yaya pertama kali cuba pastri dari jenama Harold’s Bread ni. Memang semuanya sedap gilaaaa! Confirm lepas ni kalau singgah R&R Yaya akan cari Harold’s Bread ni dahulu :p




Krispy Kreme ni Yaya suka donut original dia sebab tu yang paling tak manis sangat hoho


Jenama Mohd Chan ni mempunyai pelbagai rangkaian makanan seperti dim sum, pau dan lain-lain. Memang menarik dan best bila dimakan panas-panas ;)


Famous amos yang tak perlu diperkenalkan lagi. Favorite dari semenjak kali pertama Yaya suap kedalam mulut! Hahaha


Kenny Rogers Roaster juga bersedia untuk menjamu selera anda ketika singgah berehat di R&R nanti wohoo!


Muka happy lepas ni boleh singgah R&R PLUS lepas tu makan semua makanan favourite dalam perjalanan ke destinasi. Tahniah PLUS atas kerjasama bersama jenama terkenal diatas.



Terima kasih sudi baca