Dec 21, 2016

Mary Kay | Botanical Effects Review



Hai korang! Tak sabar nak cerita tentang kebaikan Mary Kay Botanical Effects baharu ni. Kalau nak tahu, selain dari warna pinknya yang comel, dari luar korak lagi dah boleh bau betapa wanginya produk Botanical Effects yang berasaskan kandungan semulajadi ni. Nak tahu kenapa wangi sangat? Sebab kandungan utama set penjagaan muka dari Mary Kay kali ini ialah dari buah naga atau dragon fruit dan juga dari pokok lidah buaya atau aloe vera. Yaya percaya ramai di antara pembaca yang tahu tentang khasiat dari kedua-dua tumbuhan ini. Hee


Set Mary Kay Botanical Effects ini mempunyai 5 produk utama iaitu Botanical Effects Gel Cleanser, Botanical Effects Exfoliating Scrub, Botanical Effects Toner, Botanical Effects Moisturizer dan juga Botanical Effects Moisturizer SPF 30.


Jom kita tengok khasiat Dragon Fruit atau Buah Naga ini.


(Sumber : Google)
  • Juga dipanggil sebagai  pitaya
  • Mengandungi asid lemak dan beberapa vitamin B-kompleks yang dipanggil sebagai "vitamin anti-stress" B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan B3 (niacin).
  • Penuh dengan khasiat mineral seperti besi, kalsium dan fosforus.
  • Kaya dengan antioksidan untuk membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.


Khasiat Aloe Vera atau Daun Lidah Buaya.


(Sumber : Google)
  • Salah satu tumbuhan yang paling berkhasiat di dunia, gel aloe vera mengandungi lebih daripada 75 nutrien, termasuk 20 mineral dan 12 vitamin.
  • Aloe vera juga membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi dan antioksidan yang popular untuk penjagaan kulit.
  • Aloe vera menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat dan juga perolehan sel untuk kulit.
  • Ekstrak aloe vera mampu memberikan antioksidan tambahan kepada kulit.


Cara pemakaian set Mary Kay Botanical Effects sebagai panduan.

Pagi :
Step 1 : Cleansing Gel
Step 2 : Refreshing Toner
Step 3 : Moisturizing Gel
Step 4 : Moisturizing Lotion SPF30 Sunscreen

Malam :
Step 1 : Cleansing Gel
Step 2 : Refreshing Toner
Step 3 : Moisturizing Gel

Gunakan Invigorating Scrub selepas mencuci muka (2-3 kali seminggu)


Botanical Effects Gel Cleanser RM 75 - 127g

Pencuci muka bersifar gel ini berfungsi untuk membersihkan kulit wajah secara mendalam dan juga menanggalkan minyak berlebihan di muka kita. Teksturnya yang lembut, tidak terlalu banyak buih tetapi sangat berkesan untuk membersihkan wajah dari jenis normal dan juga sensitif.


Review dari Yaya : Yaya sangat suka pencuci muka ni! Yaya rasa kulit wajah Yaya memang sesuai dengan kebanyakan produk dari Mary Kay mungkin kerana kandungan semulajadi yang digunakan. Lepas mencuci muka menggunakan Botanical Effects Gel Cleanser, kulit wajah terasa lembut dan segar. So far ianya lansung tidak mengeringkan muka walaupun kulit muka Yaya berminyak di Zon-T.


Botanical Effects Exfoliating Scrub RM 75 - 88ml

Siapa yang jarang skrub muka tu, meh sini nak bagitahu. Skrub sangat penting tau! Lagi-lagi buat mereka yang suka mengenakan solekan, korang wajib skrub muka korang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ianya penting untuk menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan liang pori yang tersumbat.


Review dari Yaya : Selain baunya yang wangi dan lembut, Yaya mula rasa whitehead di hidung Yaya semakin berkurangan dan hilang dari pandangan mata (at least for me haha) . Best gila bila lepas skrub muka dengan Botanical Effects Exfoliating Scrub ni. Memang muka terasa licin lepas cucian. Yang penting bila pakai skrub, jangan tonyoh muka tu macam nak bergaduh. Karang terluka pula. Urutkan skrub di keseluruhan wajah secara lembut supaya dalam masa yang sama kita boleh melancarkan sekali peredaran darah. Hee


Botanical Effects Toner RM 75 - 147ml

Selepas cuci muka, penting untuk mengenakan toner bagi membersihkan sisa baki kotoran dan juga sel kulit mati yang tertinggal bagi menyempurnakan kebersihan wajah. Selain itu, ianya juga memberi kesan segar dan lembapan kepada kulit wajah. 


Review dari Yaya : Yaya paling suka toner yang tidak mengeringkan kulit wajah. Ada sesetengah toner yang mengandungi kandungan alkohol yang tinggi dan ianya sangat tak elok tau. Selain baunya yang wangi, ia mampu membersihkan sisa make up di wajah dan juga langsung tidak mengeringkan kulit wajah kita. Lagi best, muka terasa segar dan sejuk hihi


Botanical Effects Moisturizer RM 85 - 85g

Krim Moisturizer dari Mary Kay ini berfungsi untuk memberi lembapan selama 12 jam dan juga tidak memberi kesan berminyak kepada kulit wajah kita. Sesuai di pakai pada waktu siang dan juga malam sebelum tidur. 


Review dari Yaya : Mempunyai tekstur yang ringan dan juga tidak melekit walaupun ianya dalam bentuk gel. Selain dari mudah menyerap, memang kulit muka terasa lembut dan wangi selepas menggunakan moisturizer ini. Sesuai digunakan sebelum tidur. Esok pagi bila bangun rasa kulit muka lembut sangat. Wee


Botanical Effects Moisturizer SPF 30 RM 65 -50ml

Mengandungi SPF 30 dan perlindungan matahari selama 12 jam, krim ini sangat sesuai kepada mereka yang jarang bermake up tetapi masih mahu memberi lembapan semulajadi kepada kulit wajah. Bagi mereka yang bermake up, wajib pakai moisturizer kalau taknak liang pori korang tersumbat okay!


Review dari Yaya : My most favorite! Omg Yaya paling suka dengan moisturizer ni! Nak pergi breakfast pagi-pagi kat kedai pun Yaya cuma pakai ni dan bedak tabur sahaja. Sebelum make up wajib pakai dan juga kadang-kadang pakai sebelum tidur walaupun sesuai untuk disiang hari hihi. Lagi best muka dah berkurangan naik jerawat dan terasa kulit muka lebih bersih dan lembut tu of course la kan. Yang paling penting, wangi dan tidak menyakitkan hidung. 


Yaya bawa kemana-mana sahaja Botanical Effects Moisturizer SPF 30 ni. Senang kalau lepas solat pun boleh terus pakai ni dan bedak compact. Siap! Krim Moisturizer yang wajib ada bagi semua perempuan. Wee ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook Page: Mary Kay Malaysia
Instagram: @MaryKayMySg

Atau hubungi Mary Kay Independent Beauty Consultants di talian 03-7711 7500.


Terima kasih sudi baca

Dec 10, 2016

Cari Langsir Murah di Sarah Hughes Globe Jalan TAR, KL


Hai korang! Dah plan nak cari langsir baru untuk rumah ke tu? Maklumlah musim cuti sekolah ni seronok kalau nak jalan-jalan ke KL kalau tak balik kampung sebab KL tak sesak sangat. Hihi. Nak cerita ni haritu kebetulan Yaya, ibu dan adik sempat singgah ke kedai langsir popular Sarah Hughes Globe di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau orang panggil Jalan TAR je. 


Follow @moonpunyerblog di instagram okay!

Siapa yang tak kenal kakak blogger comel yang ramah sangat iaitu Kak Moon yang selalu bagitahu kat laman sosial media beliau kalau ada sale di Sarah Hughes Globe . Sebelum ni, dalam tahun lepas sebenarnya Yaya pernah borong langsir untuk satu rumah dari bilik ke ruang tamu, kemudian ke ruang dapur dan juga ruang makan. Memang puas hati sangat! Kadang-kadang bila pergi Jalan TAR pun memang singgah ke Sarah Hughes Globe untuk cari kain buat alas meja dan sebagainya. Kalau uols nak cari Sarah Hughes Globe ni senang je. Betul-betul berhadapan dengan Muaz Textile tapi diseberang jalan. Sebelum lintas memang korang akan nampak Sarah Hughes Globe. Yaya selalu park kereta belakang tu je sejam dalam RM3.50 tapi memang selamat dan dekat nak jalan. Hee


Dah berkesempatan untuk update blog ni, Yaya teruja nak tunjuk kat korang kain langsir yang Yaya dah beli kat sana. Maklumlah kebetulan promosi memang tengah kaw-kaw masa inilah ambil peluang untuk beli langsir dari jenis kain yang diidamkan. Tapi sebelum tu jom jalan-jalan dulu tengok langsir di Sarah Hughes Globe . Korang naik lif ke Tingkat 7 kalau terus nak cari langsir okay! ^_^


Jangan kata mak-mak, Yaya yang baru kahwin ni pun rambang mata bila masuk ke Sarah Hughes Globe ni. Langsir disini kebanyakannya memang cantik dan berkualiti tinggi.


Paling Yaya suka sebab susun atur disini memang kemas dan mudah untuk pelanggan mencari langsir mengikut citarasa mereka. Kalau ramai orang dalam satu masa pun masih terkawal sebab ruang memang luas dan selesa. Sejuk pun sejuk. Hihi


Nak cari langsir bilik tidur anak pun boleh. Lawa-lawa comel-comel sangat! Kalau nak buat sarung bantal pun boleh sebab kain cotton ni sangat sejuk dan lembut.


Nak cari langsir yang terus siap jahit? Tak payah bersusah payah lagi nak cari tukang jahit bila dah jumpa kain langsir idaman. Disini juga menyediakan perkhidmatan untuk langsir pasang siap. Pilih langsir, pilih design yang anda mahu dan terus ambil dalam masa kurang 3 minggu! Senang, mudah dan pantas! :D


Lawa-lawa okay design langsir yang telah siap digantung. Macam-macam jenis scallop ada. Kreatif sungguh staf disini.


Harga langsir semeter pula bermula serendah dari RM5 ke RM8 sahaja. Yaya pernah borong kain langsir semeter RM5 berpuluh-puluh meter di Sarah Hughes Globe! Kain tebal tau bukan jenis nipis tu. Hihi




Berkenan pula dengan kain corak bunga ni. Minah bunga la katakan. Tapi langsir dirumah kebanyakannya corak bunga jadi kali ni Yaya nak pilih langsir yang kurang corak. Hihi



Hmm cantik niii.... 


Jumpa pula dengan padanan kain yang sesuai. Warna gold lembut dan petak-petak comel ni. Yaya suka! Hehe


Kalau nak tahu, staf disini memang baik dan peramah. Kalau tak ada idea nak design macam mana, mereka akan tolong kita untuk dapatkan design yang kita inginkan. Yaya memang suka yang simple sahaja. Hehe


Nak tengok langsir yang dah siap? Sebelum tu Yaya tunjuk langsir rumah Yaya yang sebelum ni ya. 


Langsir di ruang makan dan juga ruang tamu.


Ayuh bertukar!


Terima kasih encik suami tolong panjat dan pasangkan. Lebiu. Muehehe



Yayy dah siap!


Beginilah rupa dan keadaan langsir baru di ruangan makan ni. Ada tiga layer gitu, Macam kek lapis :p


Ni langsir di bahagian ruang tamu.


Memang Yaya sangat berpuas hati dengan kualiti kain langsir dan juga jahitan yang sangat kemas. Takde satu pun benang terkeluar okay! Memang terbaik dan sangat ekslusif.




Siapa kata tak boleh dapat langsir rumah yang cantik walaupun harganya berbaloi? Korang cuma perlu pergi ke Sarah Hughes Globe untuk dapatkan langsir idaman! Tapi paling penting jangan lupa ikuti update dari Blogger Kak Moon tau. Dalam masa terdekat ni mesti ada sale lagi! Tak sabarnya nak bagitahu mak mertua pula. Nak ajak dia shopping langsir kat sini. Nanti boleh update blog pergi mencari langsir bersama mak mertua pula. Hehe


Jangan lupa singgah ke Sarah Hughes Globe bila berkunjung ke Jalan TAR nanti okay!


Alamat : 
Sarah Hughes Globe Sdn Bhd,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Email : shglobe185@gmail.com
Tel : 03-2691 1185



Terima kasih sudi baca