Nov 7, 2016

Ephyra Collagen Drink | Khasiat Semulajadi Untuk Kekal Cantik dan Sihat


Salam semua! Rasanya ramai dah tahu tentang khasiat Ephyra yang tidak terbatas ni. Yaya sendiri merupakan pengguna tegar Ephyra Collagen Drink sejak setahun dua ini. Jujur kata, Ephyra merupakan minuman kegemaran Yaya. Bukan sebab khasiatnya sahaja tetapi rasanya yang memang sedap dan menyegarkan. Siapa kata leceh kalau nak kena bancuh bagai? Nak cantik kenalah rajin! Entri kali ni Yaya akan kongsikan khasiat yang terkandung dalam Ephyra Collagen Drink dan juga pengalaman Yaya sendiri sepanjang mengambil suplemen ini.  ^_^


Percaya tak Yaya dah nak masuk kotak yang ke tujuh? Serius memang Yaya jatuh cinta dengan Ephyra Collagen Drink ni sejak dari kotak pertama lagi. Nak tahu kenapa Yaya suka sangat dengan Ephyra Collagen Drink? Baca testimoni Yaya sendiri dibawah nanti okay! Tapi sebelum tu jom kita kenal lebih mendalam dengan Ephyra Collagen Drink.


Rasa ajaib betul bilamana 9 bahan antioksida di dalam setiap sachet Ephyra Collagen Drink mampu memberi khasiat menyeluruh kepada seluruh anggota badan kita. 

Formulasi 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida itu ialah :
  • Kolagen Ikan Laut Dalam
  • Acai Beri
  • Gam Akasia
  • Salmon Ovari Peptida / Salmon Plasenta
  • Ekstrak Bunga Marigold
  • Acerolla Ceri
  • Serbuk Tomato
  • Superberi
  • Astaxanthin
Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
  • Lelaki dan perempuan.
  • Umur 4 tahun dan ke atas.
  • Ibu menyusu & hamil.

10 Hasil Yang Nyata Apabila Anda Mengamalkan EPHYRA :

1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri.
2. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah.
3. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.
4. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
5. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan.
6. Mengurangkan kadar kolesterol.
7. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
8. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
9. Mengawalkan berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma.
10.Mengurangkan kesakitan sendi dan arthritis.


Manfaat Ephyra kepada Ibu Mengandung / Menyusu Badan / Dalam Pantang :

1. Mempercepat penyembuhan luka bersalin dengan pantas
2. Memberi tenaga agar boleh melakukan rutin harian
3. Menambahkan susu badan
4. Mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan serat
5. Menjadikan kulit cantik, tidak kusam dan berseri
6. Bayi juga mendapat manfaat melalui penyusuan badan 


3 Cara Mudah Penyediaan Ephyra Collagen Drink :


1. Sediakan 180ml air biasa atau sejuk dan 1 sachet Ephyra Collagen Drink


2. Tuangkan serbuk Ephyra Collagen Drink ke dalam air, tutup ketat penutup shaker dan goncangkan sehingga larut.


3. Sedia untuk diminum! Yaya suka letak 180ml air sebab baru terasa buah oren ala-ala sugus tu. Sedapnya minum sejuk-sejuk!

Perkara Penting Mengenai Ephyra Collagen Drink :
  • Dilarang bancuh Ephyra menggunakan air panas kerana khasiatnya akan terbantut
  • Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk hasil optimum 
  • Kurangkan minum cafien, bagi mereka yang suka minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra
  • Ambil Ephyra ketika perut kosong adalah digalakkan kerana ia meningkatkan kadar penyerapan nutrien dalam badan
  • Tindak balas terhadap badan adalah berbeza-beza mengikut kadar metabolisme seseorang
  • Minum secara konsisten adalah digalakkan 
  • Ephyra mempunyai PREMIUM PACK mempunyai 30 sachet berharga RM197 (beserta shaker) untuk penggunaan selama sebulan , dan TRIAL PACK mempunyai 10 sachet berharga RM60 untuk penggunaan selama 10 hari (tanpa shaker)



Testimoni dari Yaya :


Sebelum & Selepas

Korang boleh nampak keadaan muka Yaya yang penuh jerawat di dahi, hidung dan pipi tu? Tak tahulah salah makan apa atau salah guna produk apa tapi masa tu memang kalau boleh taknak keluar rumah dan nak bagi muka rehat je dari sebarang produk sebab takut bertambah teruk. Terus konsisten balik gunakan Ephyra Collagen Drink dan tak sampai seminggu keadaan muka Yaya pun semakin pulih. Nak pergi event pun bertambah yakin lepas jerawat semakin kecut dan parut semakin pudar hihi. Kalau nak tahu, Yaya bermula minum Ephyra sebab terbaca yang ianya boleh membantu melegakan masalah eczema. Serius kata memang masalah eczema yang Yaya hadapi time tu agak teruk. Lepas minum Ephyra Collagen Drink, masalah ezcema Yaya terus berkurang dan terus hilang! 


Yaya berharap eczema tu tak datang lagi sebab kita je tahu peritnya nak menahan gatal dan miang. Lagi sedih bila parut eczema tu lambat baik. Tapi lepas mengamalkan Ephyra Collagen Drink, Yaya memang selalu yakin dengan produk ni kalau kawan-kawan ada masalah eczema ke apa, Yaya memang suggest produk ni kat diorang. 


Selain tu, 3 minggu sebelum majlis kahwin Yaya, Yaya memang konsisten mengamalkan Ephyra untuk pastikan kulit sentiasa dalam keadaan sihat dan terhindar dari penyakit macam demam bila penat sangat nak uruskan persiapan majlis. Yang lagi best, pagi-pagi nikah tu Yaya minum Ephyra je untuk persediaan majlis yang sangat sibuk satu hari tu. Mana taknya, pagi nikah, tengah hari bersanding dan petang pula terus outdoor photoshoot. Alhamdulillah tenaga Yaya masa tu sentiasa konsisten dan Yaya percaya itu juga berkat mengamalkan Ephyra. Fuhh harap korang baca pengakuan ikhlas ni. Sesungguhnya Ephyra Collagen Drink memang sangat-sangat bagus. Siapa belum cuba, wajib cuba okay! ❤ 

Jom tengok testimoni dari pengguna Ephyra Collagen Drink yang lain :




Wow! Memang terbaik! Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, produk Ephyra Collagen Drink ini sebenarnya mempunyai beratus testimoni positif yang mana sangat memberi kepuasan kepada penggunanya. Korang juga jangan risau kerana kesemua produk di bawah jenama Ephyra mempunyai kelulusan KKM dan juga Halal JAKIM.

- Telah disahkan oleh KKM : Ruj (10) dlm KKM-163/s/25 jld.172
- Diperakui HALAL oleh JAKIM
- Mempunyai sijil GMP (Good Manufactured Product)
- Dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan


Tahniah Ephyra kerana telah diiktiraf sebagai Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017! 
Dah bertaraf antarabangsa tau produk keluaran Ephyra ni. Tumpang bangga sekali. Wee~

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Whatsapp : 019-3999 238 / 03-4141 7889




Terima kasih sudi baca

Nov 4, 2016

Hidangan Laut Segar di KL Seafood Market, Taman Tasik Perdana



Hai korang! Dah bersedia nak lihat hujan bergambar-makanan-sedap? Muehehe. Sebenarnya nak bagitahu tentang kewujudan sebuah restoran yang menyajikan makanan laut segar untuk korang! Baru sahaja dibuka beberapa bulan lalu, KL Seafood Market ini terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Siapa yang suka jogging dan buat photoshoot di sana confirm akan nampak bangunan KL Seafood Market ni. 


Masuk-masuk je restoran yang gah ni, mata terpaku melihat banyak akuarium ikan dan hidupan laut yang lain. Hihi. Jom jalan-jalan dalam KL Seafood Market ni. 



Memuatkan lebih 200 orang dalam satu masa, KL Seafood Market menyediakan ruangan yang sangat selesa dan ekslusif untuk pencinta makanan laut. Nak indoor boleh, nak outdoor pun boleh. Menariknya, disini turut terdapat bilik khusus untuk mereka yang ingin hadir bersama rakan, keluarga mahupun rakan sekerja. Yang lagi best, lepas buat meeting, boleh terus enjoy makan ketam dan udang! Sedapnyaa~! 





Jangan risau ya. Di KL Seafood Market, mereka hanya menyajikan hidangan laut segar untuk anda. Fresh dari akuarium! Wee



Hepp nak lari mana tu :p


Yang bestnya, untuk mereka yang ingin bersantai, terdapat bilik yang mempunyai set karoeke untuk tetamu. Memang layan habis weh sementara tunggu menu yang kita order sampai, boleh la menyumbangkan suara sampai bergema satu restoran hahaha! Okay jom tengok menu menarik yang terdapat di KL Seafood Market ^_^


Ikan Tilapia Goreng Bersama Sos Belacan
Harga bermula dari RM59

Boleh dimakan 3-4 orang. Serius kegaringan ikan ni memang sangat nice! Tak rasa hanyir langsung malahan rasa manis ikan segar tu buatkan kita rasa nak makan slow-slow takut habis cepat. Hihihi


Bihun Goreng Lala
Harga : Kecil RM20 / Sederhana RM30 / Besar RM40

Penuh berselerak dengan lala, bagi Yaya yang pertama kali cuba memang rasanya unik dan sedap! Cuma mungkin sebab Yaya bukan peminat sayur taugeh, Yaya makan bihun dan lala sahaja hehe sedap juga.


Sotong Masak Telur Masin
Harga : Kecil RM24 / Sederhana RM36 / Besar RM48

OMG OMG kalau pergi KL Seafood Market jangan miss untuk cuba Sotong Masak Telur Masin ni okay! Serius sedap rasa taknak share! Hahaha. Sotong dimasak lembut dan langsung tak ada hanyir sotong macam kebanyakan kedai makan. Wajib try!


Nasi Goreng Chef Signature
Harga : Kecil RM40 / Sederhana RM60 / Besar RM80

Yaya suka sangat nasi goreng ni. Tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. Kalau rasa tekak korang jenis nak nasi juga baru rasa puas hati lepas makan, boleh cuba nasi goreng ni okay!


Nasi Goreng Petai Pedas & Udang
Harga : Kecil RM24 / Sederhana RM36 / Besar RM48

Untuk mereka yang suka pedas pula, menu ni memang sesuai untuk korang pulak tu ada udang nyumss. Petai pula bukan sebarang petai, petai ni besar dan puas hati bila makan tau. Siapa tak makan petai boleh asingkan hihi. 


Ketam Indonesia Masak Masam Pedas
Harga : Dari RM79

Kini tibalah sajian yang dinantikan. Bagi peminat masam pedas, korang wajib cuba menu ni sebab sos yang digunakan amat istimewa dan memang tak pernah rasa kat mana-mana. Cukup segala rasa masam dan pedasnya (tapi tak adalah pedas sangat just nice! Hee). Ketam 2 ekor ni boleh makan untuk 3 orang tau. Besar dia memang puas hati!


Ketam Indonesia masak Krim Mentega
Harga : Dari RM79

Aduhai. Rasa nak peluk gambar ketam butter creamy ni. Rasa nak masuk dapur tanya chef resepi nak buat macam mana. Serius memang sedap sangat korang sumpah tak tipu. Yaya rasa nak datang balik untuk makan menu ni bila balik KL lagi. Antara menu yang Yaya sangat-sangat recommend untuk korang cuba. Sedap gilossss.


Kailan 2 Rasa 
Harga : Kecil RM20 / Sederhana RM30 / Besar RM40

Rasa macam makan keropok sayur! Hee garing sangat memang sedap makan dengan nasi goreng tadi. Tapi jangan risau bahagian batang sayur tu lembut je dia dah stimkan dulu hehe


Ikan Bawal Steam bersama Sos Asam
Harga : Dari RM79

Untuk mereka yang suka cara sihat dan makanan steam, boleh cuba resepi yang cukup pedas dan mengaum ni. Sos Asam tu kalau makan sambil pejam mata rasa macam asam pedas yang pekat dan memenuhi seluruh ruang mulut bila memakannya. Sesuai untuk yang hantu pedas. Hee


Udang Harimau masak Mentega dan Serunding Telur
Harga : Dari RM45

Ini pula lagi satu menu kegemaran Yaya sampai rasa nak sorok bawah meja nak makan sorang-sorang. Hahaha. Tapi udangnya besar betul memang kalau makan 2-3 ekor dan kenyang! Sedap sangat udang ni dah la segar sungguh! Serunding telur tu pun halus sangat sedap sangat lahai. Menu wajib cuba untuk pencinta udang macam Yaya! 


Bila tengok ni rasa tak sabar nak bawa dak Shawn pergi makan sini. Hihi


See? Sedap sangat. Lagi-lagi kat bahagian pengetip tu memang isi kat situ sedap sungguh!


Jangan lupa datang ke KL Seafood Market. Dijamin memang sedap tersangat! ^_^

Untuk maklumat lanjut :

KL SEAFOOD MARKET
Restoran 1,Aras 5,Ruang Letak Kereta Bertingkat,Jalan Tanglin,Taman Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Facebook : KL Seafood Market
Instagram : @klseafood
+603 - 2276 0066
*Waktu operasi : 11:00pagi - 3:00petang / 6:00petang - 10:00mlm (Isnin - Ahad)



Terima kasih sudi baca