Apr 8, 2016

SEGOBUGO Homemade Vanilla Coffee Scrub | Tanggalkan sel kulit mati secara semulajadi


Alo alo comeynya logo iye ^_^


SEGOBUGO Homemade Vanilla Coffee Scrub

Siapa yang kat sini suka manjakan diri dengan skrub? Yaya dulu rajin gila tau buat skrub bagai ni. Lepas sental-sental tu rasa seronoknya wanginya hihihi. Lepas tu sel-sel kulit mati pun tertanggal dengan sendirinya. Memang best bila tengok kulit kita bersih dan sihat. Makanya hari ni Yaya nak perkenalkan kat korang salah satu skrub yang menggunakan 100% bahan semulajadi yang berkhasiat untuk kulit and of course tidak membahayakan malahan mencantikkan dan membuatkan kita rasa SEGOBUGO(segar bugar)! Wehuuu!


Yang ini trial pack 50gram tapi tak puas sebab kalau nak lumur 1 badan boleh pakai 1 pek je. So kalau nak harga promosi 150gram, baca sampai habis tau :*


Tekstur skrub yang merupakan campuran coffee dan vanilla. Rasa nak makan je. Omnomnom! Bukan dekat muka je boleh sapu tau. Dekat celah bedah semua boleh. Dekat bibir pun boleh. Alah memang multitasking la SEGOBUGO Homemade Vanilla Coffee Scrub ni. Suka tau!


Boleh dikoyak dan ditutup semula untuk pek trial ni. Kalau nak pergi travel sambil ber-honeymoon untuk pasangan suami isteri yang nak spend time together tu memang sesuai sangat la bawa pek ni. ;)


Nak terus letak di tapak tangan dan ratakan dengan air pun boleh atau nak bubuh dalam mangkuk lepas tu larutkan sebati pun boleh. Hee


Yaya suka buat skrub time malam sebelum tidur. Bagi Yaya lebih efektif sebab nanti muka kita terus rehat masa tidur tu dan tak payah dah pakai krim yang berat melainkan pelembab (tapi bila dah buat skrub macam ni Yaya tak pakai apa pun sebab nak bagi muka rehat masa tidur). 


Memang seoronok main skrub ni. Kalau kena masa mood tak okay, jangan pulak sental muka tu macam sental pinggan mangkuk ye kawan-kawan. Kang lecet ke apa, hampa salahkan Yaya pulak :p. Cuma buat urutan lembut keseluruhan muka dan biarkan sehingga kering. Bau dia memang buat kita rasa nak kunyah muka sendiri tau. Geram je. Mana taknya, campuran coffee + vanilla ni memang sweet-sweet sungguh. Adik Yaya siap tanya ni boleh makan ke tak sebab dia asyik nak bau je. Kot boleh tambah air panas mungkin dia dah bancuh sementara tunggu skrub kat muka Yaya kering.


Kalau kat rumah korang ada adik beradik perempuan atau housemate yang kau tak segan nak tadah badan bagi diorang skrubkan, lagilah bagus dah jimat duit nak pergi spa tu. Kita ber-spa dari rumah aje! Jimat pun jimat. Nak lagi epic, pasang lagu ala bali dan panaskan aromaterapi. Fuhh layan.



Oleh kerana adik Yaya yang bernama Siti Angah segan nak bergambar, Yaya culik kawan dia ajak pakai sesama lepas tu selfie. Comel je si Wani ni! Budak TESL okay jangan memain. Suka dia dapat main skrub sesama. Thank you darling!

Antara testimoni hebat dari pengguna SEGOBUGO Homemade Vanilla Coffee Scrub





Selain dari coffee + vanilla, SEGOBUGO Homemade Vanilla Coffee Scrub ini juga mengandungi minyak kelapa dara yang mana ianya membantu memberikan kelembapan menyeluruh dan khasiat kepada kulit. Ianya langsung tidak merengsa atau mengeringkan kulit selepas skrub. Ianya cuma memberi kesan kulit muka lembut sangat secara automatik . Hee

Fuyoh ada SALE! :O


Dan yang bestnya, ianya juga boleh membantu memudarkan stretchmarks tau! Lepas mandi tu, gosokkan secara membulat di kawasan stretchmarks dan bilas semula tanpa sabun. Sebab SEGOBUGO Homemade Vanilla Coffee Scrub ni dah ada kandungan minyak kelapa dara. So kena biarkan ia meresap dan berkerja untuk melembutkan kulit kita. Kita cuma perlu rilex dan lepak makan kuaci lepas skrub badan. Senang benau kerja nak dapat kulit yang cantik ni kan? Yang penting kena rajin je. Hee

Sekarang ni tengah ada promosi SEGOBUGO Homemade Vanilla Coffee Scrub untuk 150gram yang cuma berharga RM30 dan FREE postage ke seluruh Malaysia! Fuhh dapat jimat duit postage lepas tu beli aiskrim cumi. :D



Nak jadi agent atau dropship? Keuntungan sehingga 20%-40% tau! Cepat daftar sebab owner kita tengah tak menang tangan terima order. Muehehe

Untuk maklumat lanjut :

Facebook Fan Page : SegoBugo
Instagram : SegoBugo

Founder :
Facebook : Aimie Mokhtars
Instagram : AimieMokhtars

No Telefon (prefer Whatsapp) : 014-5391470

Email : segobugo@gmail.com



Terima kasih sudi baca 

Apr 5, 2016

Cek Lawa Pemutih Ketiak



Ehem ehem. Straight to the point gitu tajuk entri kita ye. :p

Siapa kat sini ada masalah ketiak tak cantik, berdaki, berparut, berbau dan macam-macam 'ber' lagi, memang molek sangatlah uols semua cuba Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak ni. Ianya berfungsi sebagai agen penghapus daki-daki degil di bawah lengan kita dan dalam masa yang sama, merawat kulit bawah lengan kita menjadi lebih cerah dan sihat.



Cek Lawa Pemutih Ketiak juga boleh dijadikan sebagai pengganti deodoran sekaligus bertindak sebagai pemutih ketiak. Jimat baq ang! Tak payah beria nak beli banyak-banyak benda untuk merawat masalah bawah lengan awak tu. Dengan Cek Lawa Pemutih Ketiak, semuanya All in One sahaja. ;)



Tekstur Cek Lawa Pemutih Ketiak yang sangat lembut, tidak melekit dan meresap dengan cepat apabila disapu.



Kebanyakan pengguna termasuk Yaya sendiri memang berpuas hati dengan Krim Cek Lawa Pemutih Ketiak ni. Jujur kata, memang nampak perubahan bawah lengan Yaya dalam masa seminggu Yaya guna. Tu yang sebab seronok sangat nak update review ni. Hihi. 


Yang bestnya, bukan setakat boleh pakai kat bawah lengan sahaja, ianya juga boleh disapu di bahagian tersorok yang lain seperti siku, buku lali, punggung (untuk melembutkan kawasan punggung dan mencerahkan selulit), lutut dan kawasan celah pelipat peha. 


Cek Lawa Pemutih Ketiak ini sangat sesuai untuk golongan isteri yang sentiasa ingin menjaga penampilan di mata suami tersayang dan juga untuk mereka yang bakal berkahwin. Tahu jelah zaman sekarang ni bukan macam zaman kita dulu, orang tua dulu selalu jaga penampilan dengan pelbagai cara tradisional yang merumitkan lepas tu nak cari bahan-bahan tu lagi bukan senang. Seiring dengan arus pemodenan, kesemua bahan tersebut telah diolah dalam bentuk krim dan memudahkan kita sebagai wanita untuk menjaga kecantikan diri. Gittew! :p



KELEBIHAN Cek Lawa Pemutih Ketiak

- 100% ekstrak herba semulajadi
- Kaya dengan vitamin c dan mineral
- Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
- Mencerna sel-sel kulit lama
- Menjadikan kulit semakin cerah dengan tona yg sekata
- Merangsang lapisan kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat dan lembut
- Dapat melembabkan kulit
- Bau yang wangi

Dan juga mengandungi :

- Vitamin C
- Estrak Buah-buahan
- Aloe Vera
- Lemon
- Estrak Timun
- Estrak Green Tea

Jom tengok testimoni dari pengguna :D










RM 30 (Semenanjung Malaysia) RM 35 (Sabah & Sarawak)
(Tidak termasuk postage)

Semua testimoni di atas Yaya juga telah mengalami kesannya tau. Memang positif! Kalau boleh tunjuk, Yaya nak tunjuk dah! Haha! kalau nak tahu kenalah beli dan cuba sendiri okay. Semoga terus kekal cantik dan istiqomah ye semua! ^_^v



Angkat tiyak ciked! Pis yaw! :p

Untuk maklumat lanjut dan pembelian :

Whatsapp :
+60135892721

Facebook Fanpage:
Cek Lawa HQ
Cassia Leaf Malaysia

Instagram :
https://www.instagram.com/hatiwanita_vee/

Alamat :
Cassia Leaf Marketing,
No. 42, Lorong BLM 1/4,
Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani, Kedah


Terima kasih sudi baca