Mar 12, 2016

Corvina Chong dari Malaysia Pemenang Mary Kay Dream Beautiful Contest

Corvina Chong, Malaysia, winner of 3rd Annual Asia Pacific Grand Finale, Mary Kay, Dream Beautiful Contest

Tahniah kepada Corvina Chong dari Malaysia yang telah memenangi 3rd Anual Asia Pacific Grand Finale : Mary Kay Dream Beautiful Contest yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini.

Tertarik dengan jawapan beliau apabila ditanya apakah maksud "Dream Beautiful " dari perspektif beliau,

"Dream Beautiful means I can be comfortable with my own skin and still feel beautiful and confident regardless of what the media dictates. Dream Beautiful Contest gives  me the opportunity to learn the necessary make up skills to enhance my natural  beauty, as well asto allow my inner beauty to shine through. It boosts my confidence level and I believe that itispossible for meto achieve all my dreams, with style and beauty."

Yaya rasa ramai yang sudah mengenali jenama Mary Kay yang hebat ini. Even, Yaya sendiri pun merupakan pengguna produk Mary Kay tau. Untuk pengetahuan semua, Mary Kay Dream Beautiful telah membuat satu pertandingan yang mana ia menggabungkan pakar kecantikan Mary Kay bersama model mereka untuk pencarian “Face of Mary Kay Asia Pacific” dan juga “Beauty Artist of Mary Kay Asia Pacific”.


Lebih daripada 500 Pakar Kecantikan Mary Kay , media dan orang kenamaan yang hadir bagi menyaksikan 22 pasangan akhir dari seluruh Asia Pasifik yang berentap sesama sendiri dalam pertunjukan ini. Panel hakim termasuk supermodel antarabangsa Karolina Kurkova, jurusolek selebriti Sunjin Kim dari Korea, jurusolek terkenal Mary Kay Luis Casco dan jurugambar fesyen dan kecantikan Jason Capobianco.

Zhang Ying dari China, Crystal Fung dari Hong Kong, dan Corvina Chong dari Malaysia telah diumumkan sebagai 3 Pemenang Grand Final untuk solekan mereka yang cemerlang. Prestasi mereka yang bagus dan meyerlah pula dikira berdasarkan tiga ciri yang dikehendaki iaitu, "Confidence, Passion, and Elegance". Mary Kay Beauty Consultant dari Hong Kong, Vicky Lai telah dinobatkan sebagai "Beauty Artist of Mary Kay Asia Pasifik" untuk kemahiran dan kreativiti beliau dalam solekan yang memukau juri.


Pemenang akan menghadiri sesi bergambar/photoshoot  Mary Kay di New York. Pakar kecantikan Mary Kay yang mewakili peserta yang menang juga akan diiktiraf sebagai Mary Kay Applause Magazines in the Asia Pacific Region. Mereka juga akan diberi peluang untuk menjadi jurucakap di seminar anjuran Mary Kay yang akan diadakan di negara masing-masing.


Lebih daripada 100,000 wanita dari Australia & New Zealand, China, Hong Kong, Korea, Malaysia dan Singapura, Filipina dan Taiwan, telah bekerjasama dan mengambil bahagian dalam Mary Kay Dream Beautiful Contest ini. Tahniah diucapkan kepada semua :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Mary Kay Dream Beautiful Contest :

Website : Mary Kay 
Instagram : @MKDreamBeautiful 
#MaryKay & #MKDreamBeautiful



Terima kasih sudi baca 


Mar 5, 2016

Yaya Natsumi di Majalah Wanita


Beberapa bulan lepas Yaya mendapat jemputan dari Kak Lizarissaadam_mw  yang merupakan editor Majalah Wanita untuk menghiasi satu slot untuk halaman make over. First time pergi Karangkraf, Shah Alam ni sebenarnya. Memang cantik dan kreatif betul hisasan dalaman di pejabat Karangkraf ni. 



Sampai-sampai terus pergi make up dulu. Make up Yaya dari MUA terkenal Vee Muhamad. Banyak dah artis tersohor yang mendapat sentuhan beliau termasuklah Yuna. Masa dia make up tu fuhh terkesima kejap. Memang pro sungguh lahai. Pengalaman beliau dalam industri ni lebih kurang 14 tahun dah tau. Kalau nak booking dia untuk majlis korang, pergi usha Instagram dia okay! ^_^


Bersama Uzu ku sayang yang selalu mengada tapi baik hati hihi



Dua muka surat penuh okay! :p
Dalam ni ada tunjuk step-step untuk make up make over dan idea untuk menyerlahkan penampilan korang. Baju yang disediakan adalah surprise gitu daripada sponsor. Hakak pun sarung jelah. Haha



Posing skek. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Smooth je walaupun iols belasah posing memacam. Muahaha



Terima kasih pihak Karangkraf, Majalah Wanita dan Kak Lizarissaadam_mw  yang sudi menjemput kami untuk menjadi sebahagian muka surat di dalam Majalah wanita. Ada rezeki jumpa lagi. Love you. Hihi


Magazine : @mingguanwanita 

Penulis dan Penyelaras : @lizarissaadam_mw 

MUA : @veemuhamad  +60123430229


Terima kasih sudi baca