Aug 3, 2015

Grand Opening : Butik Emas Pesona Shah Alam

Assalamualaikum semua 


Pada Sabtu lepas, Yaya berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran Butik Emas Pesona di Seksyen 7, Shah Alam. Dah 3-4 bulan yaya tak jejak Shah Alam lepas konvo di Uitm tempoh hari. Rindu hokay. Hihi. 


First, lemme take a selfie first. :p


Senang je nak cari Butik Emas Pesona ni. Sederet dengan Wong Solo. Hee


Ada jamuan makan untuk mereka yang hadir pada hari itu. Memang sedap semuanya! Yaya datang awal pagi tau sebab tak sabar nak tunggu pelancaran ni. Hihi ^^


Yaya bersama blogger Melastik Bintang dan Uzu Emas Putih .


Ketika majlis pelancaran yang dirasmikan oleh pemilik Butik Emas Pesona.


Untuk pengetahuan semua, Butik Emas Pesona merupakan antara butik pengantin yang terkenal dan memberikan servis untuk jahitan baju perkahwinan, makeup, tailoring dan ready to wear outfit. Memang cantik dan kemas jahitan mereka. Sesiapa yang nak kahwin tu, bolehlah dapatkan khidmat dari Butik Emas Pesona. :)






Mereka juga telah menambah satu lagi cabang perniagaan mereka iaitu pakaian dan busana muslimah seperti Jubah, Dress, Blouse, Skirt, dan Basic Shawl . Memang terbaikk! 

Walaupun ketika majlis pelancaran terdapat diskaun yang diberikan, Yaya percaya kalau korang lihat sendiri kualiti kain yang menggunakan jenis kain terbaik dari Jakel, setakat diskaun RM10+ apalah sangat kan? Kalau tak sempat hadir ke majlis pelancaran, korang boleh je datang pada hari biasa ke Butik Emas Pesona. Cantik sangat okay Jubah, Dress, Blouse, Skirt, dan Basic Shawl ekslusif dari mereka. Memang tak menyesal untuk memiliki salah satu koleksi dari Butik emas Pesona ni. 









Yaya suka baju ni! Ada kupu kupu putih di baju. Comel dan kreatif sangat! Hihi

Uniknya, korang boleh dapatkan servis untuk baju perkahwinan dan busana muslimah di bawah satu bumbung! Basic Shawl, Dress, Blouse, Skirt, Jubah dan yang ekslusif semuanya ada dalam pelbagai saiz. Harga berpatutan sesuai dengan kualiti harganya. Memang berbaloilah! Jangan lupa singgah di Butik Emas Pesona Shah Alam tau! Hee ^_^


Pemilik butik, Atita Haris dan bloggers yang hadir bergambar kenangan bersama. ^_^ 


Contact :
Instagram : @emaspesona
Tel: +603 – 5524 2470
HP: +6019 – 572 1180
Email: emaspesona09@gmail.com

Alamat :
EMAS PESONA SHAH ALAM
26B, Jalan Plumbum Q7/Q,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi :
Tuesday - Sunday 
10am - 6pm 
Monday (Closed)




Terima kasih sudi baca  

Aug 2, 2015

Menu Fusion Baharu di Magnum Cafe Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua 

Yaya tahu ramai peminat aiskrim Magnum kan? Yaya sendiri pun merupakan die-hard-fans aiskrim Magnum! Suka sangat sampai makan sambil pejam mata. Haha. Tapi selain tu, korang kena cuba juga makanan yang disediakan oleh chef yang berkemahiran di Magnum Cafe. Nak tahu menu baharu di Magnum Cafe? Scroll bawah dan bersedia untuk terliuq macam yaya. Teringat ingat kesedapannya.


Jalan jalan di tingkat atas Magnum Cafe Midvalley, Kuala Lumpur.





Chicken Toasties - RM20.00


Sedap sangat. Memang pembuka selera yang baik. Roti garing yang dibakar bersama salutan ayam. Cicah bersama sos. Nyum nyum. Lazatttt!



Oxtail Soup with Sushi Rice - RM35.00

My favorite! Nasi bersama sup ekor tu memang padanan yang baik. Sedapnya sup ni korang kena cuba okay. Dihidangkan panas panas dan sup masih menggelegak lagi tau! Nak lagi pedas, letak cili kicap lebih lagi! Hihi


Chicken Rendang Pasta - RM36.00

Special tau yang ni. Spaghetti dihidangkan bersama rendang! Kuah rendangnya padat dengan isi ayam segar. Memang kenyang dan puas hati. Kalau nak kelainan, boleh cuba hidangan ini ye korang. 


 Aglio Olio with Shrimps - RM 40.00

Rasanya kalau perasan, dalam IG yaya selalu yaya upload gambar Aglio Olio. Sebab yaya memang sukaaaaa Aglio Olio! Suka suka suka lagi kalau chef guna minyak sedikit je and just nice untuk seimbangkan ia. Dan untuk menu ini, yaya memang sukalah nak kata apa lagi. Udang gemuk pulak tu. Haha


Carbonara Pasta - RM46.00

My ever favorite pasta. Selain aglio olio, Yaya sangatlah pencinta Carbonara. Sorry kata, tapi inilah Carbonara terbaik di alam semesta. Korang please korang pergi cuba. Rasa nak peluk chef sebab cipta resepi yang sangat bercheese, penuh cendawan dan creamy. Masterpiece betul menu ni. Meroyan ingat balik. Dah la banyak! Boleh makan share tau!


Death by Chocolate - RM32.00

Dessert yang sangat terbaik. Untuk pencinta coklat, Death by Chocolate sememangnya direka khas untuk anda. Penuh coklat kateko! 


This is mine! Yeayy heee


Bersama dengan blogger yang turut serta. Seronok jumpa semua! ^_^


Terima kasih Magnum Cafe atas hidangan yang lazat dan persembahan yang kreatif. Nak makan pun rasa sayang. Overall, memang fantastic! 





Business hours:
Sunday to Thursday (10am to 10pm),
Friday & Saturday (10am to 12am)


Terima kasih sudi baca