May 7, 2015

Maybank Go Ahead Challenge 2015 Grand Launch at Subang Skypark

Assalamualaikum semua 



Tempoh hari yaya berkesempatan untuk menghadiri Maybank Go Ahead Challenge 2015 Grand Launch di Subang Skypark. Memang meriah dan ada keunikan yang tersendiri daripada pihak penganjur. Maybank Go Ahead Challenge 2015 sudah memasuki tahun ke-4 dan terbuka kepada fresh graduate dan juga pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian. 




Puan Nora (Group Chief Human Capital Officer) sedang memberikan ucapan beliau ketika majlis pelancaran.


Untuk makluman, terdapat 14 buah negara yang terlibat untuk Maybank Go Ahead Challenge 2015 ini iaitu :

• Malaysia • Indonesia • Singapore • Vietnam • Cambodia • Laos • Thailand • Brunei 
• China• Myanmar • The United Kingdom • Hong Kong • Philippines • The United States

Maybank GO Ahead Challenge 2015 akan disertai oleh ribuan pelajar universiti dan lepasan graduan yang akan berjuang untuk memenangi lebih $72,000 USD dari hadiah yang ditawarkan! Wow banyak tu! Mereka juga berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya industri perbankan dan perkhidmatan kewangan.




#MoreThanAChallenge bukan sekadar menguji peserta dari segi mental dan fizikal sahaja. Ianya juga menguji peserta dari sudut keberanian, kecekapan dan kepintaran dalam mengatasi suatu masalah serta bagaimana peserta menonjolkan diri mereka. 


Antara hadiah yang ditawarkan ialah :




Fuh! Memang lumayan sungguh hadiahnya! Selain itu orang awam juga boleh mengundi untuk kategori 'People's Choice' award untuk team kegemaran mereka. Tak cukup dengan itu, terdapat juga hadiah istimewa untuk favorite Challenger yang juga melalui public vote! Tak sabar nak tahu siapa pemenangnya nanti! :D




Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai Maybank Go Ahead Challenge, layari http://www.goaheadchallenge.com/ . Daftar segera kerana permohonan hanya dibuka sehingga 17hb Mei 2015!


Good luck! ^_^



Terima kasih sudi baca 



May 6, 2015

[Maklumat Penting Untuk Bakal Graduan] - GRADUAN® ASPIRE Career & Postgraduate Fair 2015

Assalamualaikum semua 




Fuh fuh fuh walaupun tak sabar nak konvo pada 12hb Mei 2015 nanti, perancangan awal perlu ada untuk mencorak masa depan. Nampak tak mukadimah je dah over.


Btw, ini peluang baik untuk pelajar dalan tahun akhir, bakal graduan atau mereka yang dah graduate untuk mencuba nasib mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan anda di GRADUAN® ASPIRE Career & Postgraduate Fair 2015. Yaya tak sabar nak pergi. Manalah tahu kalau ada rezeki kan :)


Sebelum tu, kalau nak pergi, sila daftar dulu tau! http://www.graduan.com/aspire/


Confirm yaya orang yang ke 10,426 tu! Hehe

Klik SINI untuk daftar.


Pameran kerjaya yang paling terbesar ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 9hb dan 10hb Mei 2015. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk lebih memahami skop kerja yang ditawarkan dan juga berpeluang untuk berinteraksi dengan syarikat yang terlibat dalam GRADUAN® ASPIRE Career & Postgraduate Fair 2015 ini. 






Meriahnya! ^_^


Antara exhibitors yang terlibat. Memang awesome!
Untuk mereka yang berminat untuk membuat postgraduate, anda juga dialu alukan hadir kerana disana nanti terdapat pelbagai universiti dan kolej yang juga turut serta dalam pameran ini. 



Career and Postgraduate Fair
Date: 9th - 10th May 2015
Venue: KL Convention Centre (Hall 3, 4 &5)
Time: 11am - 6pm





Pada pukul 12pm-3pm pula akan diadakan GRADUAN® ASPIRE Corporate Luncheon bersama CEO yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Ini juga merupakan peluang baik bagi mereka yang mahu menimba dan mengambil inisiatif dari pengalaman mereka yang telah berjaya dalam pasaran semasa dan bidang profesional. Jika berminat untuk menghadiri sesi tertutup ini sila berhubung dengan pihak Graduan Aspire Corporate Luncheon.


Macam mana? Best kan? Untuk bakal graduan dan mereka yang mahu mencari kerja dalam bidang yang diminati, jangan lepaskan peluang ini okay! Jom sama sama serbu KLCC pada 9hb dan 10hb Mei 2015 ini! Pameran akan bermula pada pukul 11 pagi. Jangan lupa bawa salinan resume anda secara hardcopy atau softcopy tau. ^_^


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.graduan.com/aspire/




Terima kasih sudi baca