Apr 23, 2015

KBBA Bloggers Day Out

Assalamualaikum semua 


Pada 26 April 2015 ini, Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) akan mengadakan Blogger's Day Out 2015 dengan kerjasama dari Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan Cyberjayaview Sdn Bhd .




KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC) yang terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. 


Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk majlis meraikan hari bahagia, mesyuarat mahupun reunion. Keluasan serta ruang parking kereta juga mampu menampung sehingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau lihat di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.



Mengenai KBBA BLOGGER’S DAY OUT ini, lebih kurang 100 blogger akan menyertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tetapi kami diberitahu game tersebut telah diubah suai agar kami lebih teruji dan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Kalau nak tahu, meh la datang. Kita boleh beramah mesra dengan blogger lain. ^_^


Ini juga merupakan aktiviti pertama yang terbesar dari KBBA dan masih belum dibuka secara umum. Tapi kalian semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana. Kalau nak ganti yaya main badminton pun boleh sebab yaya tak terer. Haha. In sya Allah selepas ini KBBA akan mengadakan Blogger's Day Out yang lebih besar sekiranya program ini berjaya. Doakan semoga program ini berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Aamiin. 



Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my


Terima kasih sudi baca 

Apr 20, 2015

Nak cari sut atau blazer murah yang cantik dan murah? Semuanya di Kinslager Boutique And Tailor


Assalamualaikum semua 


Hello. Bajet muka confident sangat pakai blazer cantik.


Buat mereka yang mahukan blazer yang selesa dan berkualiti tinggi serta mengikut padanan susuk tubuh sendiri, boleh terus ke Kinslager Boutique And Tailor yang baru beroperasi di NU Sentral bersebelahan KL Sentral. Lepas tu boleh rambang mata dan excited tengok blazer yang cantik cantik mengikut Label yang disediakan. Blazer yang dijual memang sangat berbaloi dan sesuai untuk mereka yang mahukan penampilan diri yang sentiasa kemas dan yakin untuk berdepan dengan pelanggan mahupun ketika membuat presentation yang formal gitu. Hehe



Selain dari koleksi Kinslager And Tailor iaitu mid-range Blue Label dan high-end Black Label , syarikat ini turut memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Red Label Collection. Yaya suka sangat dengan koleksi Red Label Collection ini. Super selesa dan sesuai dengan iklim cuaca negara kita. Tidak begitu tebal dan tidak pula nipis. Just nice and sangat bestlah aduhai nak cakap pun susah korang kena cuba sendiri baru dapat perasaan best tu. Haha


Koleksi Red Label adalah seperti gambar diatas seperti yang telah diperagakan oleh model dari Kinslager Boutique and Tailor.  Red Label Collection telah didatangkan dengan 3 warna iaitu hitam, biru gelap dan kelabu dan ianya mempunyai 3 jenis line yang berbeza iaitu :


- BASIC Line ( from RM399.00 ) - availabe in Black only
- CLASSIC Line ( from RM599.00 ) - available in Black, Blue & Grey.
- PROFESSIONAL Line ( from RM799.00 ) - available in Black, Blue & Grey


Semuanya dihasilkan dalam sepasang sut dengan harga paling berbaloi iaitu RM399 untuk blazer dan seluar ataupun skirt mengikut citarasa pelanggan. So lepas ni tak payah pening nak cari sut yang murah dan cantik kerana semuanya terdapat di Kinslager Boutique And Tailor. Nampak mahal tapi mana sangka harganya sangatlah murah untuk sepasang sut yang berkualiti. Memang terbaik!!



Kingslager-red-label3
Boss yang sangat baik melayan kami. Hai boss! Thank you for the meal! :D

Antara tie berkualiti tinggi yang turut dijual

Bow tie. Alahai comelnya. Hee

Kingslager-red-label5

Yaya, Fatin Bella, Sham Hardy, Naim dan Sizzling Suzai yang sedang tekun mendengar. 
*padahal abang cameraman dah senyum senyum bagi hint :p


Kingslager-red-label1

Suka sangat gambar ni! Terima kasih Kinslager Boutique And Tailor. :D


Kingslager-11


Sesungguhnya, memang berbaloi untuk mempunyai salah satu koleksi dari Kinslager Boutique And Tailor kerana ia direka mengikut konsep dari German dan Malaysia. Semua orang boleh memakai sut hari ini tak kira anda golongan korporat ataupun profesional. Sesuai untuk semua golongan yang pastinya. ^_^



Kinslager @ NU Sentral

Lot 21, 1st Floor,
No. 201, Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waktu beroperasi :10 am – 10 pm.

Untuk maklumat lanjut :







Terima kasih sudi baca