Jul 19, 2014

Spa muka menggunakan bahan terbuang?

Assalamualaikum semua 


Sejak sejak cuti ni, masa yaya lebih banyak dihabiskan dengan kat rumah sahaja. Kalau takde invitation dari mana mana, yaya memang tak keluar rumah langsung. Nak diceritakan, pernah hampir seminggu yaya langsung tak keluar rumah. Kehidupan selama seminggu di dalam rumah sahaja. Haha. Macam kena kurung pulak tapi tulah. Memang jenis suka melekat kat rumah.


Tapi bila bulan puasa ni, paling keluar yaya jejak pun hantar ambil adik adik ke tuisyen, teman ibu pergi pasar, or beli ais sebab saudara mara nak berbuka puasa kat rumah.


Kerana terlalu banyak masaku dirumah, suka la nak manjakan diri dengan cara yang lebih organik. Gitcheww


Haritu ada habuk teh o lebih buat minum berbuka. So yaya simpan dalam peti ais. Masa simpan tu dalam hati berniat, Sahaja aku nak saje saje skrub muka esok kerana untuk nak flawless. kahkah.



Nampak tak muka macam kusam masam akibat tawaf 3-4 kali kerana kena hon sebab parking tepi kerana parking semua full dan oleh sebab menunggu ibu mengambil barang customer beliau di Avon. 
Fuhh siap satu ayat.

(Make up yang digunakan : Bedak baby. Other side of yaya is little selekeh actually alah setakat duduk dalam kereta atau beli surat khabar kat Uncle Suppaya je bukan nak jumpa Ku Hariz. #ehh)



Bila dah jarang make up sekarang, haruslah jangan malas. Skrub muka anda sekurang kurangnya 2 kali seminggu. Macam yaya sebulan sekali. Sebab yelah busy. Apa yang busy pun tatau.


Sorry tak snap muka sebelum. Sebab yelah mana sangka nak share. Tahu tahu bila tengah sental muka tu baru teringat nak snap gambo. muehehe


(Sumber Google)

Steps

1. Ambil siap siap bila air teh o dalam teko dah separa habis. Kang takut ibu terbuang. Haha

2. Koyakkan sachet serbuh teh tu dan ratakan seluruh muka. Make sure buat kat sink so habuk dia bersepah dalam sink je. Sental sambil selawat ke atas nabi.


3. Ni time nak tunggu kering. 

4. Agak agak dah rimas habuk dia dah turun, boleh la pergi cuci. Gosok dengan lembut.

.

.

.

(semua gambar diatas tidak menggunakan application 360 cuma edit watermark and letak kartun ja sbb nak tutup apa yg terbuka)


Korang boleh rasa tekstur muka korang lebih lembut lepas tu. Dan juga boleh membersihkan whitehead blackhead. Lepas tu boleh perasan flawless sekejap walhal tu cuma perasaaan yang perasan sahaja. Kalau rasa nak lebih flawless, rajin buat. 



Selain pakai serbuk teh, korang boleh juga skrub muka dengan tomato, aloevera, garam atau gula, ataupun rajin lebih sikit kentang yang dikisar dengan susu tepung. Semua kat atas yaya pernah buat. Tapi tulah. Tak rajin. Sobs. Lepas ni nak rajin semula la. (konon sangat)



Selamat Mencuba!




Terima kasih sudi baca  

Jul 18, 2014

Buffet Ramadhan at PICC Cafe Putrajaya Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah

Assalamualaikum semua 

Sihat? Macam mana puasa setakat hari ini? Semoga dipermudahkan segala urusan kita. :')

Pada tarikh 17 Julai 2014 yaya dan rakan rakan blogger berkesempatan untuk menghadiri Buffet Ramadhan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program amal bersama anak anak yatim ini memang best okay. Masa mula mula yaya sampai tu, teruja tengok budak budak kecik alahai comel sangat yang lelakinya berbaju melayu yang perempuannya berjubah siap berwarna biru awan. Sejuk dan tenang je tengok mereka. Bila solat pun behave je semuanya walaupun masih mentah lagi umurnya. Alhamdulillah.


Sementara menuggu waktu berbuka, kami diperdengarkan dengan alunan merdu suara uztaz yang dijemput. Ada alunan nasyid, berzanji dan juga doa doa mudah yang boleh diamalkan. Bila masuk je waktu berbuka, ustaz tadi terus melaungkan azan. Masa tu tengah beratur nak ambil sate tapi terus pergi tempat duduk dan berbuka dulu dengan apa yang dah ambil. Hehe. 


Makanan yang disediakan memang super awesome okay! Dah la gerai dia semua menarik, bagi yaya memang PICC Cafe berjaya dari sudut persembahan makanan yang disajikan. Memang rasa nak makan semua! Tapi yaya tengok kemampuan diri jugak lah. Takut membazir nanti. Sayang :')


Artis jemputan yang hadir ketika itu ialah Rosma dan Khai AF. Yaya ingat lagi dulu time form 1 minat gila kat Khai sampaikan potong gambar dia lekat kat dinding bilik. Hahaduhai. Kebetulan hari tu birthday anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun. Comel handsome kot anak diorang. 

Ok. Moh la tengok gambaran suasana berbuka di PICC Cafe Putrajaya ni. Lepas tu pergi dan ajak orang tersayang. Confirm berpuas hati. 
(Gambar dibawah is randomly select tak susun susun sebab ianya senang , cepat, mudah dan tangkas) HAHA




With Uzu. Geng makan banyak.








Bagi penggila buah macam yaya, tengok lah gerai dia menarik tak menarik. Siap ada tukang potong buah kat situ. Kalau tak minat buah yang dah siap potong, boleh ambil yang baru suruh dia potongkan. Tapi jangan over kau nak mengada. Makan je yang dah siap potong. 



Tawaf 2-3 kali sebab keliru nak makan yang mana. Semua lauk sedap sedap!



Dessert dia memang tiptop.






Yaya paling suka Carbonara dia. Padankan pulak dengan jenis pasta yang paling yaya suka, fettuccine. Masa suapan pertama tu rasa macam... heaven in my mouth! Boleh tak rasa sayang nak makan yang tu dulu. Siap makan dulu yang lain sebab sayang nak makan dia. Haha


Qhaliff ya Allah comel sangat pipi dia sedap gila weh! Dan kami terkiss lips masa tu. Ai is malu. >.<


Zahra nyum nyum.








All above is my new favorite people. Bersyukur dijumpakan dengan orang yang baik baik. Semakin ramai kenalan dan semakin lebar jaringan ukhwah silaturahim. I feel blessed. Alhamdulillah. :')




Hai Kaio! Yaya terjumpa dia dan tegur dia. 
"Weh ingat tak weh kita pernah pernah pergi trip sama sama masa tu aku join trip tu hang pulak jadi videographer untuk trip member aku Anis and bla bla bla ..."

Tapi tu skrip dalam hati lah. Bila kat depan terus beretika masa bercakap macam nak interview kerja.


Untuk mereka yang nak tengok video yang kaio buat silalah jenguk blog dia awesome tahu. Macam macam info boleh didapati. Dia juga mengambil tempahan untuk merakam momen indah anda. Jadi sila pergi tempah. SINI


.

.

.

Tempahan Buffet Ramadhan PICC Cafe
Bagi tempahan untuk buffet ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 6162
'Cafe @ PICC' akan terus dibuka kepada orang ramai yang ingin bertandang untuk hindangan moreh dari jam 10 malam hingga 12.30 malam pada harga RM15.00 seorang.
PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa dan rumah terbuka Aidilfitri korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa mahupun sambutan Aidilfitri bersama kakitangan mereka. Sekiranya berminat, sila hunbungi talian 03-8887 6000 atay lawati laman web PICC di http://www.picc.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai acara atau pakej yang ditawarkan dengan pantas, bolehlah menggunakan saluran media sosial rasmi Facebook PICC iaitu http://www.facebook.com/piccmalaysia atau twitter @piccmalaysia
Bagi mendapatkan maklumat korporat PICC, sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my
PICC Diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Twitter : @piccmalaysia





Motif? Sebab tertinggal nak select sekali tadi. Kbai.


Terima kasih sudi baca