Oct 6, 2011

Lembiknya

Hari lembik aku. Hari lesu aku.




Sialan gila. selalu megah macam kacang aku masuk parking yang mana depan belakang ada kereta aku masuk tengah tengah kau tahu. entah kenapa masa masuk tadi punggung mungil bibah tak dapat aku anggar.




Bibah cedera mengelupas pipi kanan dia aku gesel dengan bontot kiri wish yang megah hitam berkilat. urgh. ralat rasanya. ralat sungguh. patut aku biar sahaja dari panik segala sampai tuan empunya perasan akan aku yang gelisah berdebar lihat pipi bibah luka.




Sebak aku tahan dalam dalam dalam dada sebelum laki bini itu puas perlekeh aku.




"Ada lesen ke tak?? Kalau tak reti masuk parking jangan nak memandai parking sini lah!" Gomel suami.



"Ingat ni kereta kancil buruk ke nak langgar langgar? Ni wish tahu?" Bentak isteri.



"Hah skang ape nak buat ni?" Lelaki.



"Apa lagi. Suruh dia bayar lah. Amik nombor dia bangg. Hah misscall dia bangg."




Aku diam lesu. Aku tunduk. Tak usah bicara senang. Aku salah. Bodoh betul. Aku bentak sendiri kat aku.




Naik tangga ofis aku pegang lengan officemate aku lepaskan getar getar sebak sesak kat dada aku tahan. Masuk ofis semua senyap. Serius senyap tengok aku.




Lap hidung merah meleleh hingus. Tarik nafas. Minum air. Kerja. Masalah tadi sepatutnya aku tinggal kat rak kasut luar pintu. Baru profesional.




Berkeceramuk aku rasa masa kerja. Aku selawat banyak banyak. Lepas tu aku kumpul semula ion positif.




Mungkin Allah merajuk dengan aku.



Mungkin aku buat Dia kecil hati.



Aku rasa kalau tak baca ayatul Kursi pagi tadi sebelum keluar rumah, (sedangkan tak pernah pernah pulak aku nak baca selain bismillah) mungkin aku kena accident lain yang lebih teruk? tapi Allah kurangkan dengan geselan kecil pipi bibah sahaja.




Kalau aku ikut nasihat kawan ofis kata sepatutnya aku buat tak tahu je tak payah tengok tengok kereta dah calar sebab mungkin orang tu ada dekat dekat situ nanti dia perasan. Mungkin kalau aku buat macam tu hati aku tak tenang pulak bila dah buat orang. kau tahu. karma. apa kau bagi kau dapat balik.




Mungkin Allah merajuk dengan aku. mungkin. bila ingat balik adengan adengan sayu 5minit lagi nak masuk ofis tadi aku rasa mungkin ni balasan kecil bagi aku. mungkin aku tak cukup baik hati. mungkin aku tak dengar kata ibu ayah. mungkin kecilkan hati orang sekeliling. oh mungkin. tapi yang Allah merajuk dengan aku, aku rasa itu confirm.




Macam mana cuba muhasabah pun aku tetap geram dengan kata kata laki bini tu kat aku. Aku rasa nak bank in je ganti rugi tu. Cukuplah jumpa sekali tadi. Aku pun dah minta maaf walaupun disambut dengan muka ketat.




Habis ayat ke-83 tadi aku rasa tenang sikit. Ya Allah. Permudahkanlah segala jalan bagiku. Janganlah kau susahkan ia bagiku Ya Allah.. Amin ya rabbal-a'lamin..




Impossible. If that so, you will never learn from mistakes yaya.

Aug 8, 2011

Logik akal

Assalamualaikum. senyum.

Lamanya tak menaip panjang. senyum.


Banyaknya cerita dari akal merapu aku nak cerita tapi sengal bahu sakit pinggang penat mental menghalang. alasannya lahai.





Kau tahu sekarang aku bekerja kan. Duduk je pun. Pakai tangan aje pun dengan komputer lama di depan, mouse kat tangan kanan, telefon kat tangan kiri. Aku rasa aku cukup tak lasak. Pukul 10 aku dah tidur macam baby. Bangun pagi berasak dengan jem sambil dalam kereta pulun sabar berzikir Bismillahillazi layadhuru... ok kau sambung. Seriously kerja kau mudah ajelah hari tu kalau mindset kau pagi pagi dah positif dengan berzikir nanti Allah permudahkan jalan kau.





Sebenarnya sampai perenggan ni pun aku tak tahu nak taip apa. Banyak sangat perkara terlintas dalam kepala sampai aku stuck. Aku flow je apa kata dalam hati aku lalu.




Aku serius kan sekarang. Memang. Ini entry serius. *Tarik nafas. Senyum.


Eh kau orang perasan tak iklan syampu ape tah model bukan islam itu kata, "Dunia bakal berakhir 2012?"oh sebenarnya iklan tu dah edit. Masa aku tengok sebelum dia edit tu, sumpah aku marah. Panjang gila ayat dia kata ibarat kiamat tu benda main main. Mengucap panjang aku. Dia ingat dunia berakhir tu macam apa agaknya? Andai kau cetek idea nak tulis skrip iklan, cetek ilmu untuk approve iklan tu ditayangkan, cuba kau rasional sikit. Minta pendapat 10 orang mukmin. Astaga.





Sesungguhnya tanamlah dalam hati bahawa kiamat itu wujud. Sesungguhnya kita akan sama sama berbogel berjalan atas tanah lapang sambil menangis mendayu mengenang amal dosa kita di dunia. Sehari dijemur panas bahang pun tidak kita tahan apa lagi panjangnya sehari disana macam seribu tahun. Sesungguhnya benar segala macam hal itu.





Sesungguhnya jika apa aku kata ini berbekas di hati engkau, secebis takut menjelma bergetar sedetik, nescaya iman kau masih ada dihati. Kolam jernih dimata meniti.





Kiranya kata kata ini sepintas cuma lalu di minda kau, sepuluh minit lagi kau lupa kau cuma hidup sementara di bumi ini, mengucaplah sayang.










Andai sahaja aku setapak jatuh setapak jatuh tika mula bertatih, pimpinlah aku suluhkanlah aku. Sesungguhnya aku masih buta masih hina masih tak tahu apa lagi tentang agama.









Sayu kita bilamana graduan Universiti Al-Azhar sempurna sudah murtadnya walhal imannya dulu utuh laksana. Sedangkan dia itu pun boleh kesana terjerumus masuk haluan kiri, apa pula kita yang cetek benar tentang ilmu agama.



Sayu kita.. sayu sungguh...





“Our enemies are not the Jews or Christians, but our enemy is our own ignorance.”
Imam Ali Ibn Abi Talib (as)