Aug 2, 2011

Noli's Home Cookies ♥ (Sticky post. Sila scroll ke bawah)

Seperti yang dinyatakan di status update facebook tempoh hari, kini yaya akan promote cookies handmade by mak teh yaya yang telah bertapak di muka bumi ini hampir 10 tahun. Kesedapan yang jelas tak terhingga. Macam y'll tahu, kebanyakan orang buat kuih raya pakai majerin. Tapi mak teh yaya pakai butter okay. Dan lagi satu, setiap kuih mempunyai rasa yang berbeza. Sebab kalau uols pergi jalan TAR, kebanyakan kuih memang cantik dan menarik, tapi rasanya semua sama. Faham kan?




Cookies makteh yaya ni memang unik dan ada diantaranya sukar didapati dalam pasaran kita. Walaupun bukan hari raya, makteh yaya masih mendapat tempahan untuk hantaran merisik, bertunang, perkahwinan ataupun saje saje tempah untuk nak ambik hati bakal mak mertua. eccewah.




Dengan rendah hati, ingin saya persembahkan kuih raya yang sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga ke hari ini. :) ctrl + click untuk debab gebu ♥


Kesukaan ramai. Terutama Cik Diela. hihi



Cornflakes yang dikisar halus mulus. Sehingga dicintai oleh anak tekak.



Tahu rasa famous amos? Lebih kurang macam tu.



Kemam kemam cair dimulut. auwh~



Dengan rasa lemon di lidah. Tak hairan Kak Wa mengidam masa mengandung.





Kegemaran sepanjang zaman. Dengan rasa coklat yang tip top.




Rasa Nestum yang mengujakan. Nescaya membuatkan anda kembali ke zaman kanak kanak.

Ini laptop cookies.


Bukan taknak explain satu satu tapi takut orang kata riak pulak. Tapi seriously memang sedap uols. Kalau tak takkan bertahan hampir satu dekad kan.



Sebalang 50 biji = RM24 jee setanding kualiti ;)
Berminat?
Sila pm saya di Yaya Natsumi.
Keutamaan di sekitar Lembah Klang.
*Tempahan sehingga 1 Ogos 2012
Serious buyer only.

Jul 10, 2011

Macam ni ke layanan pihak polis kepada ahli perhimpunan haram??


Well, aku tahu tajuk aku mesti mengundang rasa bara di hati.

Semalam pagi pagi ayah aku dah bangun ketuk ketak pistol dia isi peluru. (Tapi ayah aku jadi orang yang menerima maklumat je untuk disampaikan ke pihak atasan)



Ibu aku pagi pagi dah bangun jugak masak kan kitorang adik beradik awal awal sebab satu hari diorang takde berjaga untuk perhimpunan BERSIH semalam. (aku boleh je masak tapi adik aku yang kecik tu melampau sikit cerewet dia) (ibu aku pulak menjaga mereka yang dihantar terus ke Maktab PDRM)



Kalau korang ingat semalam aku ada post status pasal student UM kena tangkap tu kan. Korang nak tahu sampai kat Maktab PDRM layanan kat diorang dan beribu lagi macam mana?




1. Turun je dari bas dan trak polis, setiap dari mereka diberikan air mineral seorang satu.

2. Setiap dari mereka diperuntukkan untuk makan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Kos satu kepala bernilai RM 25.

3. Diberikan tempat untuk menunaikan solat dengan selesa.

4. Tandas sentiasa didalam keadaan yang bersih untuk keselesaan setiap individu yang ditahan.

5. Pendek kata, untung laa boleh dapat layanan istimewa bila kena tahan(kepada yang tak puas hati semalam rasanya korang boleh buat buat kena tahan dengan polis supaya terbuka sendiri hati tu dan berfikir korang hidup dalam negara aman) Pegawai ibu aku siap kata lagi, "Kita layan diorang baik baik ye. Jentik pun jangan".



Cuba korang fikir kalau kat luar negara diorang kena tahan macam mana pulak? Terbiar kau kering lapar dahaga dekat tengah tengah panas. Ni bila polis tersembur kau sikit korang dah canang macam apa. Sabar weh. Diorang cuma jalankan tugas. Jangan nak kata diorang jahat la ape la. Cuba kau ajak diorang duduk makan sama sama diorang okay je.



Ada ke patut seorang bapa mengajak anak dia Form1 menyertai perhimpunan ni? Kang jadi apa apa, kerajaan juga disalahkan. Bila pegawai tu tanya kenapa follow bapak dia?

Dia jawab, "Tak tahu ayah kata nak ajak pergi kenduri kahwin dekat KL".

Camni kau didik anak kau kecik kecik menipu?



Dah tu yaya, camne dengan puak Patriot?

Bak kata Fafa Adnan, "Those patriot lagi super annoyed.."

Ayah aku kata menyusahkan gila patriot ni semak nak join jugak. Menyusahkan polis kot.




Pendek kata, jangan ikut naluri hati yang kononnya mahukan keadilan sedangkan tidak kau tahu agenda tersendiri setiap dari kepala yang menyeru kononnya mari kita menuntut keadilan, kebebasan dan berbagai ke- lagi.


Kau fikir apa yang kau dapat dari perhimpunan semalam? None. Kecuali basah lencun, terkena gas pemedih mata, bersesak sesak, pening kepala akibat kesesakan lalu lintas, mendapat dosa akibat maki seranah dari mulut korang sendiri. Oh mungkin bagus juga kan dapat berkenalan dengan kenalan baru. Ada perantaraan ukwah yang terjalin disitu.




Sabar abang hensem adik comel kakak lawa, aku tak sebelah siapa siapa okay? Aku cuma taknak korang dengar dari sesuatu sumber je tanpa tahu secara menyeluruh. Semua orang tak sempurna. Mesti ada cacat cela kat mana mana. Kau tak boleh terlampau mengharap kerajaan kita perfect sedangkan negara lain masih berdepan dengan masalah serupa. Cuba kau kosongkan minda, ambil yang positif pulak. *ish tak retilah aku nak cakap lepas tu nak taip dalam bentuk pemahaman kendiri.




Oleh itu, Bangunlah bangsa ku!

Makmurlah kita bersama dan hidup aman damai cukup segala di dalam negara bertuah!










err..

Okbai.