Feb 1, 2026

Bangi Golf Resort Bufet Ramadan 2026

 



Raikan Ramadan 2026 dengan Iftar Harmoni di Bangi Golf Resort

Ramadan kembali lagi dengan penuh keberkatan. Jika korang sedang mencari lokasi berbuka puasa yang lengkap, selesa dan menawarkan pelbagai pilihan hidangan, Bufet Ramadan Iftar Harmoni di Bangi Golf Resort (BGR) pastinya antara pilihan terbaik tahun ini.

Bermula 20 Februari hingga 19 Mac 2026, BGR menjemput para tetamu untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang menggabungkan keenakan sajian tradisional, citarasa antarabangsa serta sentuhan moden yang kreatif.


Assalamualaikum loves 🤍🌙

Ramadan memang bulan yang paling Yaya rasa sayang sangat… sebab waktu inilah kita dapat berkumpul dengan family, berbuka sama-sama sambil berbuka bersama. Momen simple macam ni lah yang buat hati rasa penuh.


Setiap tahun bila datang Bufet Ramadan di Bangi Golf Resort, ada satu benda yang Yaya memang confirm akan aim dulu sebelum ambil makanan lain… SUP KAMBING dia 😭🤍 Serious cakap, sup kambing kat sini memang lain macam. Kuah dia pekat, cukup rasa, tak hanyir langsung dan daging dia lembut sangat. Memang dari dulu sampai sekarang, itulah comfort food Yaya setiap kali berbuka kat sini.


Tahun ni bila dapat datang lagi untuk Iftar Harmoni, rasa macam throwback moment tau. Tengok buffet line penuh dengan pilihan makanan memang rambang mata, tapi tetap langkah kaki ni automatik pergi cari sup kambing dulu😂


So untuk korang yang tengah cari tempat berbuka puasa yang selesa, banyak pilihan dan sesuai untuk bawa family besar, jom Yaya share details dan gambar makanan yang Yaya sempat ambil dekat bawah okay🤍✨


Sup kambing my love


Kambing bakar pun ada tau!

Lebih 100 Pilihan Hidangan Menyelerakan

Bufet Ramadan kali ini menampilkan lebih daripada 100 pilihan hidangan istimewa hasil sentuhan pasukan kulinari BGR. Setiap sajian disediakan dengan penekanan terhadap kualiti, rasa dan kepuasan pelanggan.

🌟 Antara Hidangan Utama Menarik:

  • Kambing Golek dipanggang sempurna
  • Sup Kambing Mamak
  • Satay Ayam resipi istimewa
  • Nasi Kerabu
  • Ayam Masala Indian & Ayam Gulai Pedas
  • Opor Ayam
  • Spaghetti Asam Tomyam & Makaroni Keju
  • Dim Sum & Sup Cendawan bersama Roti Bulat
  • Ramen Ayam Tradisional & Ramen Dumpling Udang
  • Gyoza Dumpling & Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma
  • Turut ditampilkan sajian India Selatan seperti:
  • Ayam Pallipalayam
  • Mutton Ghee Roast
  • Sayur Kurma
  • Sambar
  • Telur Podimas
  • Gobi Manchurian

Pilihan menu yang luas ini menjadikan bufet ini sesuai untuk semua peringkat umur dan selera.

















Syurga Pencuci Mulut & Kuih Tradisional

Tak lengkap berbuka tanpa pencuci mulut! Di BGR, korang boleh menikmati pelbagai pilihan manisan klasik dan moden.

🍰 Pencuci Mulut Barat & Moden:
  • Kek Keju Onde-Onde
  • Kek Teh Hijau
  • Bertih Jagung Karamel
  • Kek Lamington
  • Churros ‘Live’ bersama sos coklat
  • Ais Krim Lembut
  • Aneka Puding & Jeli

🍮 Kuih Tempatan & Tradisional:
  • Kuih Seri Muka
  • Kuih Lapis Pelangi
  • Pulut Putih bersama Serawa Durian
  • Pulut Kuning & Serunding
  • Talang Cendol, Talang Sago Dinda & Talang Durian
  • Lemang & Rendang Daging

🥣 Bubur Tradisi:
  • Bubur Lambuk
  • Bubur Kacang Merah
  • Bubur Pulut Hitam
  • Minuman & Hidangan Ringan

Untuk melengkapkan juadah berbuka:

Minuman:
  • Teh Tarik
  • Nescafe Tarik
  • Air Mata Kucing
  • Air Tebu
  • Air Bandung

Hidangan Ringan:
  • Keropok Lekor
  • Samosa Keladi
  • Popia Pisang

Kanak-kanak juga tidak dilupakan dengan pilihan seperti mac & cheese, kentang goreng berperisa, gula-gula kapas dan ais krim. Pendek kata, memang puas hati dengan pelbagai pilihan menu berbua puasa yang ada!





Ruang makan yang selesa dan berhawa dingin, parking kereta yang banyak dan juga surau untuk lelaki dan perempuan juga turut disediakan jika anda berbuka puasa di BGR.

Harga Bufet Ramadan 2026

🎟 Harga Tempahan Awal

(1 Januari – 19 Februari 2026)

RM60.00 seorang dewasa

RM30.00 seorang kanak-kanak


🚶 Harga Walk-in

RM88.00 seorang dewasa

RM44.00 seorang kanak-kanak

*Semua harga adalah tertakluk kepada SST 6%.

Tempahan berkumpulan turut ditawarkan dengan kadar istimewa. Disarankan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan.


Terima kasih sudi baca