Seiring dengan arus pemodenan, semakin banyak teknologi canggih yang dicipta untuk mempercepat dan memudahkan segala proses yang diperlukan. Dunia kecantikan juga turut berinovasi dan secara tak langsung memberi harapan kepada mereka (seperti yaya :p) untuk dapatkan rawatan kecantikan di klinik aestetik yang kini menjadi fenomena di mana-mana.
Tidak terkecuali, The Beauty Expert Academy Spa Cheras kini antara yang terawal di Malaysia yang kini hadir dengan rawatan HIFU (High-intensity focused ultrasound) yang memberi fokus untuk menganjalkan wajah dan membetulkan jaringan kulit dalam kadar segera. Yes. You hear me. Fast result guys! Ada orang panggil 'Lunchtime Face Lift' kerana rawatannya cepat :D
Apa Itu Rawatan HIFU?
Bagi yang belum tahu, rawatan HIFU ini sangat selamat dan tidak menggunakan sebarang jarum atau suntikan tau sesuai dengan gelaran mereka 'Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection'. Rawatan ini sepenuhnya menggunakan teknologi ultrasound yang mana ianya akan merawat sehingga kedalam tisu kulit untuk menegangkan kulit, menggalakkan penghasilan kolagen baharu secara semulajadi di wajah, menipiskan sel lemak di bahagian wajah dan juga menaikkan semula kulit wajah yang kendur. Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas seperti Yaya, memang sesuai sangat kita bermula dari sekarang disamping mengamalkan gaya hidup sihat ;)
Yaya bersama bidadari di The Beauty Expert Academy Spa Cheras cantiknya diorang niii ❤
Tentang The Beauty Expert Academy (TBEA)
The Beauty Expert Academy (TBEA) mula ditubuhkan pada 19 November 2012. TBEA merupakan Pusat Aesthetic Kecantikan berfokuskan kepada bidang aesthetic di mana memberikan perkhidmatan perawatan kulit wajah kepada pelanggan. TBEA juga turut menyediakan khidmat spa therapy, rawatan badan, makeup servis serta slimming program.
Pengasas TBEA, Puan Mastura Binti Idris (Ticer Mas) yang merupakan Pakar Aesthetic juga mempunyai akademi kecantikan yang turut menyediakan khidmat tenaga pengajar untuk kursus-kursus asas kecantikan.
Pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras, Ticer Mas
Selain dari melatih para usahawan dan menjadi tenaga pengajar dalam sektor kerajaan & swasta, Ticer Mas yang merupakan The Only One Guru Aesthetic juga merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malasyia, Aesthetic Specialist Teacher, Pegawai Latihan Vokasional(VTO), Train-the-trainer(TTT), Training Provider serta Jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti.
Dapat bertentang mata dengan Ticer Mas juga merupakan satu peluang bagi Yaya untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Cantik sangat Ticer Mas ni dan tak lokek berkongsi dengan kami semua tentang dunia kecantikan.
Ticer Mas memberi penerangan dengan lebih mendalam tentang struktur wajah dan bagaimana inovasi dari teknologi yang digunakan memberi manfaat buat kecantikan semua.
Antara sijil dan pengiktirafan yang dimiliki oleh Ticer Mas dan juga The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Memang hebat 👍
Emcee cantik
Seronok time ni ketika sesi selingan bermain game hihi
Jom Yaya bawa jalan-jalan ke sekitar ruang dalaman The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Beberapa buah bilik rawatan yang terdapat di The Beauty Expert Academy Spa Cheras untuk keselesaan pelanggan
Antara pusat aesthetic muslimah terbaik yang Yaya pernah pergi. Kaum wanita pun rasa selamat nak datang. Sekiranya nak bawa suami, kena datang bersama suami tau baru boleh masuk ;)
Antara produk skincare RoyalQ Asia yang dihasilkan oleh The Beauty Expert Academy
Ketika sesi rawatan HIFU. Pelanggan akan membuat skin analysis terlebih dahulu bagi mengenalpasti bahagian wajah yang mana yang memerlukan rawatan yang dikehendaki.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang sudah berusia pastinya seperti kulit wajah yang kendur, garisan halus diwajah, lingkaran hitam di bawah mata, struktur wajah yang makin bulat atau petak (macam yaya haha). Paling ramai orang ada masalah double-chin kan? So dengan rawatan HIFU ini, ianya akan membantu merawat semula masalah yang dihadapi tadi supaya memberi keyakinan kepada kita dan of course nampak lebih muda dan berseri 😊
Menariknya, Dengan HIFU treatment ini, tiada down-time yang diperlukan. Pelanggan boleh kembali beraktiviti seperti biasa, pakai make up dan tiada pantang larang seperti kebanyakan rawatan yang menggunakan suntikan yang lain. Bagi mereka yang sukakan rawatan yang selamat, pastinya HIFU treatment tercipta khas untuk anda! :D
Hasil before dan after. Kulit Jane nampak lebih anjal, tegang secara semulajadi dan double-chin juga berkurangan. Yaya pun tak sabar nak buat rawatan HIFU ni. Nak buang double-chin juga! Sempatlah nak berwajah V-shape di hari raya nanti :p
Tadi ada kan Yaya sebut tentang skin analysis yang mana team The Beauty Expert Academy akan menganalisis dan mengenal pasti masalah wajah yang dihadapi? Haa inilah dia mesinnya
Cuma perlu letak sahaja muka di sini dan dalam beberapa saat, dah keluar result
Beautician akan explain masalah yang dihadapi sesuai dengan umur semasa. Time ni baru sedar penjagaan wajah sangat penting dan penjagaan haruslah bermula dari awal supaya ianya melambatkan lagi proses penuaan. Yang penting, faktor pemakanan juga penting. Kena banyak minum air, amalkan gaya hidup sihat, pakai pelembap wajah, pakai sunscreen dan double cleanse selepas menggunakan solekan.
Bersama Ticer Mas yang very beautiful
|
Bersama para bidadari huwaa daku terasa kerdil disitu T_T |
Harga Promosi Pengenalan Rawatan HIFU!
Berita baik buat semua yang nak cantik sebelum raya, bila balik kampung semua terpesona nampak muda haa ok sangat la tu korang dapatkan rawatan HIFU dengan harga mampu milik! Dengan cuma RM199 dari harga sebenar RM900, jom semua datang ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras! Memang sangat berbaloi buat mereka yang pertama kali nak cuba. Boleh waze je mudah kan hee tapi sebelum datang jangan lupa booking dahulu di nombor tertera ye atau boleh klik link ke whatsapp >>
https://wa.link/okxwh3
Cepat booking slot anda sekarang! (pesanan dari kami si pari-pari)
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM)
The Beauty Expert Academy Spa Cheras
No 14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras, Selangor.
03-95497094/ 013-2576447
Terima kasih sudi baca