Nov 17, 2020

5 Cara Banyakkan Susu Badan | Miezadelle

Hai korang! Macam biasa harini kita masuk topik ibu-ibu ye hihi. Yaya tahu zaman sekarang ramai ibu kat luar sana yang dah mula sedar tentang kepentingan susu ibu yang mana susu ibu adalah yang terbaik bagi anak mereka. Dengan kemudahan breastpump dan lain-lain, lebih mudah untuk kita memerah susu badan dan juga membuat simpanan stok susu terutamanya bagi ibu yang berkerjaya. Untuk suri rumah pula, tak pening kepala sangat nak buat stok susu kecuali EP mom atau Exclusive Pumping Mom kan? Kebanyakan EP mom ni struggle juga sebab anak lebih seronok guna botol susu but it's okay! Asalkan anak kita dapat khasiat yang terbaik yeayy! 

Sebelum Dahlia lahir dulu, Yaya memang bercita-cita nak beri susu badan selama yang boleh untuk Dahlia. Yela susu baby bukan murah ya! Kalau berupaya untuk beri susu ibu why bother nak try susu formula kan? Lagi pula time tu Yaya dah berhenti kerja sebab ikut Shawn sambung houseman di Temerloh so kalau boleh nak kurangkan beban dia juga. Masa Dahlia umur 6 bulan, Yaya dapat panggilan interview dan Alhamdulillah Yaya dapat susukan Dahlia secara ekslusif dalam tempoh 6 bulan sebelum dia start makan hee.


Bila dah nak start masuk kerja baru reti kucar-kacir cari barang untuk buat stok susu😂.  Rezeki Dahlia dapat menyusu badan sehingga umur dua tahun lebih. Walaupun kadang-kadang ada pasang naik turun, Yaya still kuatkan semangat walaupun nak tersandar jugaklah!😂 Yaya perasan kalau terlampau penat, stress pergi balik kerja jammed (Cheras-Putrajaya wakk), memang production susu drop. Sebab tu ibu kena bertenang, curi masa me time sekejap ke or apa-apa yang menggembirakan hati supaya minda pun dapat signal untuk produce susu dengan baik.


So Apa Tips Nak Banyakkan Susu Badan?

1. Kerap menyusu dan kerap pam! Konsepnya, supply and demand! Bila kita kerap susukan baby, production susu pun akan semakin lancar dan baik. Cuba konsep ‘smart pumping’. Lepas susukan anak, rehat 10 minit dan sambung pam susu untuk 10 minit pula. Power pumping pun berkesan! Cara ni akan create stimulation keada otak kita untuk hantar signal yang body kena prepare susu yang seterusnya ;)


2. Minum banyak air! Yes air sangat-sangat diperlukan untuk menjana susu ibu yang lebih banyak. Lepas menyusu, selain rasa lapar, ibu juga akan rasa haus. So minum je! Untuk ibu yang berpuasa, korang try bangun sahur lebih awal. Yaya kalau puasa, time sahur tu Yaya akan makan nasi, minum air Cuckoo, minum susu kurma segelas, makan kurma pastu sambung la minum air lagi selagi belum azan wakaka


3. Sentiasa positif. Kena sentiasa percaya susu korang ada. Of course ada punya sebab dah cuba 2 tips utama kat atas kan? Emosi ibu sangat penting waktu ni. Jadi mommies, pastikan emosi sentiasa terkawal okay? Yaya faham, bila kita penat dan stress, terus jadi mudah sensitif dan sangat fragile. Suami lupa belikan roti canai pun boleh menangis weh T_T . Tapi set dalam minda satu perkara, ibu yang sentiasa ceria dan positif akan menggalakkan susu ibu yang melimpah ruah! Yaya suka tengok cerita atau video kelakar fuhh terus hormon oxytoxin dan prolactin teransang dan secara automatik body akan hantar isyarat ke otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak lagi.


4. Amalkan pemakanan yang boleh menggalakkan lagi susu ibu. Bila dah lahirkan Nuha haritu memang macam biasa iltizam seperti sebelum ni nak susukan anak kita selagi mampu. So time pantang haritu Yaya konon-konon macam rajin la nak try rebus sendiri longan kering, red dates dan goji berry. Tapi payah juga nak masak selalu kan. Sebenarnya lagi bagus kalau ada 6 bahan lengkap. Selain longan kering, red dates dan goji berry, black dates, arabic gum dan juga ekstrak rosebud sangat membantu untuk banyakkan lagi susu ibu. Kalau korang rajin, boleh rebus semuanya dan amalkan selalu okay?  


5. Miezadelle. Yes. Senang, mudah dan cepat! Bancuh je satu sachet Miezadelle lepas tu dah boleh dapat kesemua khasiat dari ekstrak 6 bahan iaitu longan kering, red dates, goji berry, black dates, arabic gum dan juga ekstrak rosebud. Onz tak onz? Sesuai sangat untuk ibu yang selalu busy macam Yaya tapi dalam masa yang sama nak pastikan susu sentiasa meriah. Yang paling penting juga, susu kita berkualiti untuk anak tersayang 

Tadaaa~!



Kalau tanya Yaya macam mana rasa Miezadelle Lactation Drink ni, rasa dia macam air longan! Memang favourite Yaya sangat la air longan hihi



Dalam sekotak Miezadelle Lactation Drink ni ada 15 sachet tau. Memang sesuai sangat untuk penggunaan selama 15 hari. Yang penting Halal dan selamat diminum oleh ibu semua.


Cara penyediaan pun mudah. Tuangkan satu sachet kedalam cawan, tambahkan air panas atau air suam kemudian kacau sebati sebelum diminum. 



Aaa sedappppp! Mommies semua kena try okay! Of course rasa premium yang utama adalah red dates dan longan itu sendiri bagi menggalakkan penghasilan susu ibu. Milk booster yang bagus dan favourite Yaya sekarang ;)


The next day Yaya saja la try buat guna air sejuk pulak sebab Yaya suka air sejuk (Amaran : Jangan tiru aksi Yaya tau. Yaya dah habis pantang :p)


Surprisingly it taste 2 kali ganda lagi sedap! Feeling la minum air longan ni. Adik Yaya yang belum kahwin tu pun rasa and dia kata sedap sangat. Habis segelas air Yaya terpaksa Yaya buat lagi -.-



So lepas ni tak payah susah-susah nak masak beria longan kering semua tu segala. Miezadelle dah siapkan semua untuk bantu mommies banyakkan susu badan. Seronok tengok anak kenyang dan tidur lena lepas menyusu. Penuh je rasa hihi. Apa-apapun semoga ibu semua kekal positif dan sentiasa mencari jalan dan alternatif demi kebaikan si manja tersayang. All the best semua mommies! Let's hustle together okay? Much love! 

Untuk maklumat lanjut :

Website : https://www.miezadelle.com/

Facebook : Miezadelle

Instagram : @miezadelle.hq

Whatsapp



Terima kasih sudi baca