Aug 29, 2020

Beecomb 3D Virtual Watch Expo Bermula 29hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2020



Hai korang! Apa pendapat korang dengan situasi norma baharu yang sedang dipratikkan di seluruh dunia sekarang akibat Covid-19? Yaya percaya ramai dah mula biasakan diri dengan norma baharu beserta SOP yang telah dikeluarkan oleh WHO. Pastinya ini yang terbaik untuk kita semua kan. Yaya sendiri pun risau nak keluar rumah tak tentu hala melainkan ada urusan yang penting sahaja. Siapa je tak rindu kehidupan sebelum PKP ini dilaksanakan. Semua orang rindu tapi nak taknak kita kena teruskan kehidupan kan?


Sesuai dengan norma baharu yang dilaksanakan sekarang, pelbagai inisiatif telah diambil untuk kita semua menyesuaikan diri. Ada banyak alternatif baharu untuk pengguna membeli belah secara atas talian atau bahasa mudahnya, secara online. Yaya sendiri pun sekarang banyak beli barang keperluan secara online sahaja. Lagi mudah dan tak perlu bersusah payah nak bersiap, naik kereta, belanja minyak, tol dan lain-lain. Banyak boleh jimat kan? Hihi


Untuk pengetahuan korang, bermula 29hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2020 ini, akan berlangsung Beecomb 3D Virtual Watch Expo yang mana ini merupakan Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia! Expo jam tangan berjenama yang dianjurkan oleh Beecomb ini akan dijalankan di atas talian dengan paparan yang lebih menarik dan memudahkan pengguna. Lagi best, terdapat pelbagai promosi super gempak bagi jam tangan terpilih untuk mereka yang bertuah! Haa siapa cepat dia dapat! ;)


Tapi sebelum tu, jom download aplikasi Beecomb yang available di App Store, Google Play dan juga AppGallery secara percuma!



Sebelum tu, jom kita tengok macam mana Expo ini dijalankan. Kalau sebelum ni kita kena datang ke Expo dan penat berjalan ke semua booth, haa kali ni kita tengok semua booth dari apps je ;)


Haa macam ni la gayanya bila membeli belah secara 3D ketika expo ini berlangsung. Macam main game pun ada hee menarik sangat! Yaya pulak excited nak tengok setiap jam tangan berjenama yang terlibat dalam expo ni hee


Ni pintu masuk Expo


Bila dah jalan masuk kedalam, ada direktori yang membolehkan korang search jenama jam tangan yang terlibat dalam expo ini. Antara jenama yang terlibat ialah Ciga Design , Raymond Weil, Seiko, Citizen, Mazzucato, Rotary, Titoni, Micheal Kors, Fossil, Emporio Armani, Titan, Evox, Zoid, Nsquare, Achtung, Alba, Rotary, Casio, G-Shock, Baby-G dan Evo! Yang Yaya tahu, jenama Evo akan membuat promosi Super Gempak dengan harga bermula dari RM 52.90 sahaja! Fuhh













Terdapat banyak lagi jenama jam tangan di expo ni memang seronok dan rambang mata Yaya singgah ke setiap booth mereka hee






Yaya berkenan pulak dengan dua jam dari Michael Kors ni. Satu design untuk lelaki dan satu lagi design untuk perempuan. Cantik kan? Lagi best sebab harganya lebih murah berbanding beli di butik. So kalau ada yang nak hadiahkan untuk orang tersayang ke buat hantaran hadiah kahwin ke memang sesuai sangat untuk korang beli di Beecomb 3D Virtual Watch Expo ni! ^_^


Para pelanggan juga boleh berhubung secara langsung secara B2C (Business to Consumer) secara atas talian ketika sedang membuat pilihan jam tangan yang memikat hati. Ini bagi memastikan kepuasan hati pelanggan diutamakan ketika membeli-belah.


Pelanggan juga boleh membuat bayaran secara debit mahupun kad kredit. Ianya bagi memudahkan pelanggan untuk membuat bayaran bagi pembelian yang ingin dibuat.


Penghantaran dari shipping partner akan terus dibuat sejurus pembayaran dari pelanggan telah berjaya dilakukan. Pelanggan juga boleh memilih untuk membuat direct pick up jika mahu. Mudah dan senang kan? 


Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merebut promosi Super Gempak yang bakal berlangsung di Beecomb 3D Virtual Watch Expo yang akan bermula pada 29hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2020 ini tau! Yaya dah aim nak beli jam yang mana untuk orang tersayang hihi ^_^




Terima kasih sudi baca