Maafkan muka Dahlia yang tak tahu nak express keterujaan pertama kali ke KL Tower :p
Hai Korang! Siapa pernah makan di Restaurant Atmosphere 360? Yaya berangan tau nak pi makan candle light dinner kat sana dan kebetulan haritu berpeluang mencuba menu mewah menggunakan produk berasaskan Pacific West. Sebelum ni memang Yaya pengguna produk Pacific West dan memang tidak asing lagi jenama ini dalam kehidupan Yaya hihi so bila dapat mencuba produk baharu dari mereka, memang Yaya excited la :p
Produk Pacific West menawarkan produk makanan sejuk beku
yang boleh dimasak segera yang mana memang sesuai untuk mereka yang sentiasa
sibuk dan mahukan sesuatu yang cepat dan sedap untuk dimakan. Untuk makluman,
produk Pacific West menggunakan sumber laut seperti ikan, udang dan sotong yang
segar dan berkualiti dalam penghasilan produk mereka.
Pacific West ini berasal dari Australia dan sudah berada di
pasaran sejak tahun 1995 lagi fuhh time ni Yaya baru 5 tahun hihi. Produk Pacific
West kini boleh didapati di 20 negara termasuk Malaysia dan pada tahun 2019,
Pacific West telah memenangi kategori anugerah istimewa iaitu Convenience in
Seafood Excellence Global 2019 yang diadili oleh Chef Professional dan Culinary
Expert yang berasal dari Belgium, Perancis, Itali, Czeh Republik dan Hong Kong.
Hebat sungguh!
Jom kita tengok antara produk Pacific West yang berada di
pasaran. Yang pastinya memang sangat sedap!
Menariknya produk Pacific West ini, korang tak perlu
difrozekan sebelum masak, ianya boleh terus dimasak samada menggunakan minyak
gorengan ataupun air fryer. Untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat,
korang bolehlah guna air fryer hihi. Yang penting sangat mudah penyediaannya ;)
Kalau nak lebih kreatif, korang boleh cuba mempelbagaikan
produk Pacific West dengan resepi dan citarasa tersendiri. Macam hidangan kami
yang disediakan oleh chef dari Atmosphere tempoh hari. Memang sangat menarik
dan sedap dimakan!
Amuse Bouche: Toast Salmon Nigiri, Salt and Pepper Squid dengan Mentai Aioli
Appetizer : Popcorn Fish Satay dengan Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll dengan Breaded Torpedo Prawn dan Nuoc Cham
Kudapan yang sangat enak!
Soup : Dusted Baby Squid dengan Creamy Prawns Bisque.
Sedap sangat sup ni!
MAIN COURSE : Cod Fish Fingers dengan Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns dan Tempura Natural Calamari Rings dihidangkan dengan Vegetables Bouquet dan Parslied Crushed Potato
Untuk pengetahuan korang, Pacific West mengadakan Kempen
Ceria Raya Tampil Bergaya 2019. Nak tahu apa yang best? Korang semua berpeluang
untuk memenangi hadiah berjumlah sehingga RM40,000!
KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA
Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya yang masih berlangsung
sehingga 15 Julai 2019 ini menggalakkan kita dari pelbagai budaya untuk
bersama-sama menyambut perayaan dengan gembira disamping berkongsi makanan yang
menarik untuk dihidangkan kepada yang tersayang. Menerusi kempen ini juga,
setiap masyarakat dapat memupuk hubungan yang erat dari setiap lapisan
masyarakat tanpa mengira kaum.
Syarat nak join kempen ni senang je!
1. Beli mana-mana produk makanan laut Pacific West dalam
satu resit dimana-mana outlet di seluruh Malaysia
2. Hantarkan bukti pembelian di nombor Whatsapp, 013-737 0176
berserta Tajuk Contest , “KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA” , Nama, No IC, No
Tel, Email dan Nama Outlet Pembelian.
Mudah kan? Mana tahu ada rezeki boleh menang Motor! Woww! :D
Yaya dikelilingi amoi yang sangat cantik memakai baju tradisional melayu. I'm so in love!!
Korang boleh dapatkan produk Pacific West ini di
mana-mana Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine,
Village Grocer, Pasaraya Hero dan di mana-mana hyper atau supermarket yang
menjual produk Pacific West.
Produk Pacific West telah melepasi piawaian keselamatan dan
proses ujian makanan antarabangsa iaitu BRC, IFS, HACCP dan YUM. Paling
penting, produk Pacific West telah mendapat pengiktirafan HALAL dan selamat
untuk dimakan. Memang memudahkan bila ada makanan yang mudah dimasak dalam peti
ais rumah. Bila-bila nak sesuatu yang mudah, cepat dan sedap dimakan, kita
capai je Pacific West dalam peti yeayy! Jangan lupa join contest! J
Website:
Facebook:
Contact Number:
1800 888 389