Hai korang! ^_^ Yaya tahu ramai antara pembaca Yaya suka buat kerja amal dan sukarelawan kan? Haa, ada benda yang Yaya nak kongsi dengan korang semua mengenai Muslim Volunteer Malaysia atau lebih dikenali sebagai MVM. Ada yang biasa dengar mengenai MVM? Kalau korang pendengar setia Ikim fm korang mesti pernah dengar mengenai kerja sukarelawan dari mereka. Maklumlah mereka ni antara organisasi yang sangat terlatih dan berpengalaman dalam menjalankan aktiviti sukarelawan ni.
MVM telah melancarkan satu program yang diberi nama Pure Heart Program sejak dari tahun 2016 lagi. Program ini di anjurkan untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada penduduk Malaysia yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500. Dengan bantuan yang diberikan seperti barangan asas dapur serta latihan kemahiran menjahit dan memasak diharap dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan seharian. Program Pure Heart MVM ni juga telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri. Haa maksudnya program ni bagus dan telah dikenali ramai.
Untuk pengetahuan korang, bagi menjayakan program Pure Heart MVM ini, mereka membuat kolaborasi bersama beberapa pihak sekolah kebangsaan di sekitar Selangor bagi mengenal pasti keluarga asnaf. Selain itu, untuk memastikan sumbangan disalurkan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan, MVM juga turut menerima khidmat nasihat dari pihak Zakat Selangor.
Antara sekolah yang telah berkolaborasi bersama MVM sepanjang program ini berlangsung adalah;
• 2016 - Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam
• 2017 – Sekolah Kebangsaan Puchong Utama
• 2018 – Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
• 2019 – Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
Sepanjang empat tahun program ini berlangsung, penerima bantuan telah mencecah hampir 3790 orang.
Aktiviti cara memadam kebakaran oleh pihak Bomba di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama
Ahli Bomba menunjukkan cara memadamkan kebakaran menggunakan fire extinguisher
Pelajar sekolah turut mencuba memadamkan api
Korang mesti tertanya-tanya apa jenis bantuan yang Muslim Volunteer Malaysia salurkan kepada golongan asnaf ni kan? Ada tiga peringkat untuk program Pure Heart MVM ni, yang pertama Fasa Bantuan Asas, kedua Fasa Bantuan Kemahiran dan seterusnya Fasa Bantuan Komitmen.
Bagi Fasa Bantuan Asas, MVM fokus kepada keperluan barangan asas kepada golongan penerima bantuan. Kebiasaannya, penerima bantuan akan menerima kotak Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan. Selain itu, anak-anak keluarga asnaf ini juga akan menerima bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan persekolahan.
Fasa Bantuan Kemahiran merupakan bantuan kemahiran yang mana MVM mengambil inisiatif untuk memberi bantuan yang berbentuk skil dan kemahiran supaya golongan asnaf ini mampu berdaya saing seiring dengan cabaran ekonomi. Antara bantuan kemahiran yang disertakan termasuklah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan serta bermacam-macam lagi.
Mempelajari cara membuat roti
Peringkat yang ketiga adalah Fasa Bantuan Komitmen. Ada diantara keluarga asnaf yang dibantu oleh MVM ni mempunyai skil dan bakat tersendiri dalam menambah pendapatan keluarga mereka. Oleh itu, pihak MVM berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaan. Bagi keluarga yang komited dengan program Pure Heart sepanjang tahun akan mendapat peluang menunaikan umrah yang ditaja oleh MVM. Memang menariklah program Pure Heart MVM ni! :D
Bagi tahun 2019 ni, Muslim Volunteer Malaysia nak buat sedikit kelainan untuk Program Pure Heart ni. Korang nak tau apa kempen yang akan dorang lancarkan? Haa jom terus membaca :p
Ada tiga kempen yang MVM akan buat untuk tahun ni, yang pertama kempen lunch box junior. Kempen ni terdiri dari dua inisiatif yang bertujuan untuk memberi bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf seperti tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan, dan botol minuman. Kempen yang kedua adalah dapur berasap, keluarga bahagia. Dalam kempen ini, orang ramai yang berada di kawasan Lembah Klang, Selangor dan sekitarnya dapat membantu memberi sumbangan barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf. Antara barangan yang boleh di sedeqahkan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili.
Korang yang berminat untuk menyumbang kepada keluarga asnaf ni boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut;
➢ Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima
➢ Waze : K3 Farmasi / Luni Collection
➢ Landmark : Berdekatan stesen LRT Puchong Prima
Ataupun korang boleh hubungi person in charge iaitu En Azizi di talian 012 235 6854 untuk pertanyaan lebih lanjut. Marilah sama-sama membantu meringankan beban mereka.
Kempen khas yang dilakukan pada Februari tahun ni adalah Wakaf buku si cilik yang bertujuan untuk memupuk minat membaca sejak dari kecil dan seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya hidup dan hobi kanak-kanak tersebut. Kempen ini dibuat untuk memberi peluang kepada korang semua untuk menyumbang pelbagai jenis buku terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah. Antara buku-buku yang korang boleh wakafkan adalah;
• Buku latihan
• Kamus
• Buku agama
• Buku cerita kanak-kanak
• Al-Quran dan muqaddam
Korang yang berminat untuk mendermakan buku-buku yang dah tidak digunakan di rumah tu boleh di hantar atau di poskan ke HQ Muslim Volunteer Malaysia.
▪ Waze : Muslim Volunteer Malaysia
▪ Alamat : 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kempen ini atau jenis-jenis buku yang boleh diwakafkan, korang boleh hubungi En Azizi di talian 012 235 6854. Menarik kan kempen-kempen yang dilancarkan bagi tahun ni? Yaya harap kita sama-sama terbuka hati untuk membantu mereka yang memerlukan sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti ;)
Jika korang berminat untuk menyumbang barangan asas dapur dan keperluan harian kepada keluarga asnaf Pure Heart ni, sekarang pihak MVM membuka peluang untuk korang menaja keluarga asnaf ni. Mereka akan membungkus barangan bantuan yang korang bagi tu ke dalam kotak Pure Heart khas sebelum diberikan kepada keluarga asnaf ini.
Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut;
➢ Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/ tomato
➢ Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
➢ Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.
Kalau korang berminat nak menaja keluarga asnaf ni kan, MVM ada sediakan bermacam jenis penajaan yang korang boleh lakukan. Tajaan pula tak semestinya dalam satu masa sahaja, korang boleh membuat tajaan selama sebulan atau pun setahun (10 bulan). Bagi tajaan tahunan ni ia akan bermula dari bulan Februari sehingga November setiap tahun.
Maklumat penajaan yang diperlukan oleh MVM;
• 1 tajaan kotak Pure Heart = RM80 untuk 1 keluarga
• Sasaran = 250 keluarga
• Jumlah sasaran = RM20,000 untuk setiap bulan atau RM200,000 untuk setahun.
Pilihan tajaan yang korang boleh buat adalah seperti berikut;
1. Tajaan sebulan
a. Tajaan barangan asas untuk 1 keluarga = RM80
b. Tajaan barangan asas untuk 3 keluarga = RM240
c. Tajaan barangan asas untuk 6 keluarga = RM480
d. Tajaan barangan asas untuk 10 keluarga = RM800
2. Tajaan tahunan
a. Tajaan barangan asas untuk 1 keluarga = RM800
b. Tajaan barangan asas untuk 3 keluarga = RM2400
c. Tajaan barangan asas untuk 6 keluarga = RM4800
d. Tajaan barangan asas untuk 10 keluarga = RM8000
Sumbangan secara online juga boleh dibuat melalui website donation MVM : www.donation.mvm.org.my
Kalau korang berminat untuk penajaan korporat atau tajaan lain-lain, korang boleh hubungi wakil Muslim Volunteer Malaysia di talian 012 2356854 atau emelkan sebarang persoalan korang ke fund@mvm.org.my.
Sambutan Hari Raya Program Pure Heart MVM
Program Pure Heart ini juga mengadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai MVM, korang boleh hubungi Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia dan follow social media dorang untuk update terkini ☺
Website: http://www.mvm.org.my
Facebook: MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: @muslimvolunteermalaysia
Twitter: @volunteermvm
Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854
Terima kasih sudi baca