May 8, 2017

Steamboat Sedap Shah Alam | D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat




"Semoga baby happy dapat makan bbq steamboat & grill sedap"


Adudu bulatnya haha. Counting days beberapa minggu lagi nak bersalin dan finally dapat settlekan craving nak makan steamboat & grill sedap di D'Kayangan yang bertempat di Seksyen 13, Shah Alam. 



Lagi best bila dapat pergi bersama kedua-dua belah keluarga. Family Yaya dan juga family Shawn :)
Dalam gambar ni yang tengah tu adik ipar Yaya dengan adik Yaya.


D'Kayangan ni memang popular di Shah Alam kerana mereka menghidangkan menu yang lain dari yang lain dari kebanyakan restoran steamboat yang lain. Tapi sebelum tu jom kita tengok kawasan restoran yang cantik ni :)



Pengunjung boleh memilih samada mahu menjamu selera di bahagian indoor atau outdoor. Bagi mereka yang ingin bersantai dan free and easy, boleh pilih untuk makan di bahagian outdoor dan bagi mereka yang membawa baby mereka lebih prefer untuk makan di indoor kerana lebih senyap, kurang asap dan selesa.




Jom kita godek antara menu dan sajian yang di sediakan disini. Baby pun menendang-nendang ni bila tengok pelbagai menu yang disediakan. Memang banyak dan menarik!



Istimewanya, disini mereka menggunakan bahan perapan yang special untuk hidangan mereka.  Makanan di sini disediakan oleh Chef Shahnizam. Chef Shahnizam telah berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari dan telah membuat pembaharuan untuk menu grill perapan istimewa  untuk ayam, daging, udang, ketam, ikan, sotong dan lain-lain. Antara jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut supaya enak dimakan. Memang power la rasa dia bila kita grill hihi.


Pilihan makanan sejuk beku, bebola dan sayuran segar yang pelbagai




Syurga makanan laut! 

Udang yang disediakan disini juga sangat fresh dan besar. Memang memadai dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.



Ketam pun ada! Hihi



Pilihan sayur-sayuran untuk steamboat



Selain dari menu steamboat dan grill, terdapat juga pilihan seperti nasi putih, nasi lemak, asam laksa, kari ayam, mee goreng, spaghetti bolognese, sup kambing dan yang paling best ialah kambing bakar! Nyumssss





Pilihan sambal dan sos untuk dimakan bersama. Sos ini dibuat sendiri oleh Chef tau. Ianya terdiri dari Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan lain-lain.


Aneka buah-buahan segar sebagai pencuci mulut



Sudut minuman dan boleh DIY cendol sendiri wee!


Pinggan mangkuk yang tersusun kemas dan teratur untuk kemudahan pengunjung. Yang penting jangan membazir makanan masa ambil tau! Dicadangkan untuk ambil yang mahu dimakan sahaja. Kalau tak cukup masih boleh tambah :)


Mak mertua dan adik ipar sedang rambang mata nak pilih makanan pilihan hihi


Aiskrim pun ada ;)


Persembahan dari clown yang menarik minat peminat kecil disini.

Ok jom masak dan makan! :D


Disini terdapat 2 pilihan sup iaitu sup ayam atau sup tomyam sebagai kuah rebusan untuk dimakan bersama makanan sejuk beku, sayur-sayuran dan juga makanan laut yang segar


Memang sangat sedap dan padu!


Wajah-wajah kesayangan yang happy hee


Bagi Yaya, memang puas hati sangat dapat makan bersama keluarga disini. Hopefully akan datang boleh berkumpul macam ni lagi sambil menikmati Grill & BBQ Steamboat dari D'Kayangan yang sangat sedap ni. Yaya recommend sangat kat korang untuk datang bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Memang menarik sangat hidangan yang disediakan disini :)


Bersama Aina yang merupakan orang kuat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat. Baik sangat dia layan pengunjung yang datang :)


Perut dah kenyang. Jom balik hihi


Harga untuk Dewasa:
Isnin – Khamis : RM 28.90 (Net)
Jumaat – Ahad : RM 33.00 (Net)
‘Sunday Brunch’ : RM 24.30 (Net)
Harga untuk Kanak-Kanak:
Isnin – Ahad : RM 9.90 (Net)
Warga Emas:
Isnin – Ahad : RM 24.00 (Net)

Restoran dan tempahan
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.

Untuk bulan Ramadhan D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet berharga RM44.90 untuk dewasa. Jangan lupa booking awal dan berbuka puasa bersama yang tersayang di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat


Untuk tempahan : 0355234979 / 012-2971091
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
Alamat : Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi






Terima kasih sudi baca

May 7, 2017

Pakej Murah Pulau Perhentian dari Perhentian Kravers


Hai korang! Sekarang ni Yaya tengok tengah musim orang suka bercuti kat pulau-pulau kan? Scroll je FB ke IG ke mesti terselit gambar kat laut sekeping dua. Subhanallah tenang je rasa walaupun dapat tengok gambar orang je. Last Yaya bercuti kat pulau cuma kat Krabi je. Lepas ni nak terjah pulau-pulau cantik kat Malaysia pulak. Siapa kata kat Malaysia tak ada pulau cantik air biru dan bebas dari segala pencemaran? Lagi Yaya teruja sebab ada yang kata Pulau Perhentian di Terengganu antara pulau yang tercantik yang ada di Malaysia. Yaya sendiri tak berkesempatan lagi nak pergi ke sana. In sya Allah ada rezeki nanti nak sangat pergi :') Tapi sebelum tu sempat juga Yaya usha-usha Pakej Murah di Pulau Perhentian dari Perhentian Kravers. Khabarnya pakej dari Perhentian Kravers ni antara yang termurah dan sangat memuaskan hati.


“KEINDAHAN PULAU DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU” 

Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam dan luar negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.


Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers ini pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.


Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.


Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget” masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.


Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.


“ Bot Laju Perhentiankravers ”

Untuk makluman umum, bahawasanya bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini. Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja. 


Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.


Hari Pertama

Khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.



Selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.


Hari Kedua

Hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Ya, sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan. 


Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.


Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian. 
Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :

1. Turtle Beach atau Tiga Ruang
2. Turtle Point
3. Shark Point
4. Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5. Lighthouse
6. Romantic Beach


“Fish feeding” di Turtle Beach


Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”


Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.


Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.


Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.


Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang. Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.


Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.


Pemandangan matahari terbenam di pantai Coral Bay.


Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar.


Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.


Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach

Hari Ketiga

Kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :

- 8.00 pagi
- 12.00 tengahari
- 4.00 petang

Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.



Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. 


Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh. 


Sebarang tempahan sila hubungi :
019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)

Emelkan tempahan anda ke :

Untuk maklumat lanjut mengenai Perhentiankravers :
Facebook : PerhentianKravers
Instagram : @perhentiankravers

Pakej Perhentian
Pakej Pulau Perhentian
Pakej Pulau Perhentian Murah
Pakej Pulau Perhentian 2017
Pakej Pulau Perhentian Kecil
Pakej Murah Pulau Perhentian

Bercuti di Pulau Perhentian
Pulau Perhentian Kecil
Pulau Perhentian Besar
Perhentian Island
Perhentian Islands
Pulau Perhentian
Perhentian Kecil

Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
Pakej Bajet Perhentian 2017
Pakej Percutian Pulau Perhentian
Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
Pakej Perhentian Berkumpulan
Promosi Pakej Pulau Perhentian

pulau perhentian package
pulau perhentian blog
tempat menarik di pulau perhentian
pulau perhentian chalet murah
pulau perhentian hotel
pulau perhentian resort
perhentian islands hotel



Terima kasih sudi baca