Nov 27, 2016

Rawat Kulit Wajah Sensitif dengan Bluebell Radiance Skincare Series



Hai korang! Pernah tak rasa fed up gila nak kemas barang-barang penjagaan muka bila nak travel atau kemana-mana dalam tempoh singkat? Sejenis Yaya yang memang rimas bila banyak benda nak kena angkut terutama sekali barang penjagaan muka. Bayangkan kadang-kadang tertinggal toner lah, serum lah, pencuci mukalah, krim malam lah, blusher, lipstik favorite dan lain-lain. Lagi-lagi bila Yaya sekarang selalu ulang-alik Pahang-KL-Pahang. Kalau boleh nak semuanya cepat, kemas dan se-simple mungkin bila nak mengemas tu. 

Sekarang, rasa bersyukur gila bila terjumpa produk Bluebell Radiance Skincare Series masa tengah scroll IG haritu. Bila tengok, eh mudahnya. Senang betul nak boh dalam beg. Nak pi jalan-jalan pun senang. Semua dalam satu. Beg dia pun comel sangat! Lagi best bila usha ramai yang mempunyai kulit wajah sensitif macam Yaya, bagi feedback positif lepas guna set Bluebell Radiance Skincare Series ni. 


Dari kiri Bluebell Cleanser Radiance, Bluebell Night Moisturiser Radiance, Bluebell Daily Defence Moisturiser Radiance, dan Bluebell Serum Radiance. 

Kandungan dan Fungsi Utama Bluebell Radiance Skincare Series :

Bluebell Radiance Skincare Series diformulasikan dari ekstrak semulajadi yang suci lagi Halal, Collagen & Stem Cells seperti Olive Oil, Argan Oil, Aloe Vera, Hamamelis Virginia Witch Hazel, Fruit Oil, Collagen, Shea Butter dan banyak lagi.

Bluebell Radiance Skincare Series dapat membantu dan merawat masalah kulit, dalam masa yang sama juga menyihatkan lagi kulit kita supaya cerah berseri :)


Antara kelebihan menggunakan Bluebell Radiance Skincare Series ialah :
  • Merawat jerawat & jeragat 
  • Mengatasi masalah kulit berminyak 
  • Membuang blackheads 
  • Merawat kulit kusam
  • Menjadikan muka glowing
  • Melembapkan kulit
  • Merawat sunburn
  • Merawat kulit sensitif
  • Melindungi dari sinar UVA & UVB
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menghilangkan tompok hitam 
  • Menganjalkan kulit
  • Mengelakkan liang roma tersumbat
  • Mencerahkan kulit 
  • Menjadikan kulit bebas cela.
Rawat
Untuk pengetahuan semua, produk Bluebell mempunyai kelulusan KKM dan juga telah diuji πŸ”¬oleh makmal SIRIM QAS bagi memastikan selamat digunakan oleh pengguna & terbukti bebas dari bahan yang memudaratkan.😊


Cara Penggunaan Bluebell Radiance Skincare Series


Bluebell Cleanser Radiance
Harga : RM 17

Bluebell Halal Cosmetic’s Cleanser adalah Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. la mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid yang membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel mati di kulit anda tanpa mengakibatkan liang roma tersumbat pada kulit muka. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih, berseri dan tidak berminyak.


Cara penggunaan dan testimoni dari Yaya : Tuangkan di tapak tangan, gosokkan sedikit dan sapukan ke muka secara lembut serta bilas sehingga bersih. Baunya Yaya memang suka sangat sebab lembut dan wangi. Lepas cuci muka memang terasa lembut, bersih dan wangi je. Mudah kalau nak pergi shopping dan solat di surau sebab botol dia comel dan mudah dibawa.


Bluebell Serum Radiance
Harga : RM 35

Serum yang diformulakan bagi menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit secara dalaman dan semulajadi. Rumusan dari “Stem Cell” don “Collagen” ini dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.


Cara penggunaan dan testimoni dari Yaya : Sebelum tu, korang tahu tak serum sangat penting untuk muka? Tips nak make up tak crack atau pecah, korang wajib sapu serum muka dahulu untuk make up yang tahan lebih lama. Titiskan 2-3 titik dan sapu dan urut secara lembut sehingga serum menyerap di wajah. Yaya memang pakai serum sebelum pakai apa-apa krim di muka tak kira krim siang ataupun krim malam. Even kalau malas make up pun, Yaya akan pakai serum dulu baru pakai bedak tabur lepas tu tetap confident pergi dinner dengan husband. Hihi. Serum ni best okay! Duta Bluebell sendiri iaitu Reen Rahim pun paling suka serum. Wangi dan sangat sesuai dengan semua jenis kulit.


Daily Defence Moisturiser
Harga : RM37.00

Direka khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta tekstur warnanya yang menyerupai warna kulit orang Asia. la dlperkaya dengan Licorice yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari. la juga bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda dart sinar UVA serta UVB.

Cara penggunaan dan testimoni dari Yaya : Selepas muka dicuci dengan Bluebell Halal Cosmetic Cleanser dan penggunaan Serum Radiance, titiskan pelembap di dahi, pipi dan dagu. Kemudian sapu rata ke seluruh muka. Jujurnya, Yaya suka dengan Daily Defence Moisturiser ni. Dia macam foundation tapi ringan je memang best bila kita malas nak make up berat pada siang hari dan cuma nak keluar sekejap je. Lagi best ianya mengandungi SPF 30 PA+++. Teksturnya juga sangat lembut serta mudah menyerap dan terasa macam tak pakai apapun. Muka memang rasa ringan je tapi tetap nampak muka dah siap. Hihi


Bluebell Night Moisturiser
Harga : RM 39

Pelembap malam yang diperkaya dengan “Stem Cell” dan “Collagen” ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. Stem Cell yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan adalah agen anti-penuaan yang amat efektif untuk merangsang sel-sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Kulit anda akan sentiasa kelihatan tegang dan anjal.


Cara penggunaan dan testimoni dari Yaya : Selepas muka dicuci dengan pembersih muka Bluebell dan selepas pemakaian Serum Radiance, sapu dan urut pelembap malam secara perlahan ke seluruh wajah. Memang sangat mesra dengan kulit Yaya dan tidak meninggalkan kesan atau rasa panas seperti sesetengah produk lain. Kalau rasa tak selesa memang Yaya stop terus tapi krim malam Bluebell memang serasi dengan Yaya. Nak bangun tidur dengan muka yang lembut dan sihat? Jangan lupa guna Bluebell Night Moisturiser okay!

Jom tengok testimoni dari pengguna Bluebell Radiance Skincare Series 





Nak tengok testimoni lain yang gempak semuanya? Jemput tengok di website Bluebell/testimonial


Harga PACK RM85 ( tanpa serum )
Harga SET RM113 ( dengan serum )

Yaya cadangkan kat korang untuk terus beli dengan harga jimat. Macam mana? Belilah pack terus! Senang semuanya dalam satu! Harganya pun memang berbaloi sungguh. Make sure beli yang ada serum sekali. Barulah lengkap set penjagaan wajah uols. Hihi

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Bluebell Halal
Instagram : @bluebellhalal
Twitter : @BlueBellHalal

Alamat : Unit 26 Level 16, Plaza Azalea, 
No. 6 Persiaran Bandaraya, Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia

No Tel : 019-356 8850



Terima kasih sudi baca

Nov 24, 2016

Percutian Yang Menjimatkan Bersama TouristGuide.com.my



Hai semua! Pernah dengar nama TouristGuide.com.my? Kebetulan haritu Yaya berkesempatan menghadiri Grand Launching mereka yang bertempat di Hotel Westin, KL. Acara gilang gemilang ini dirasmikan oleh Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab yang merupakan Director General dari Tourism Malaysia.


Telahpun ditubuhkan pada tahun 2011, TouristGuide.com.my kini boleh berbangga apabila telah mendapat sambutan baik dan kerjasama dari hotel, pengusaha pelancongan tempatan dan juga syarikat penerbangan selama lima tahun beroperasi. Hubungan baik ini telah memberi kelebihan kepada kedua belah pihak dan juga kepada TouristGuide.com.my sendiri untuk menawarkan lebih banyak tawaran pelancongan dan percutian jimat yang menarik kepada semua ahlinya. 



Suka bercuti tetapi risau dengan perbelanjaan yang mahal? Jangan risau okay! Lepas ni korang semua boleh bawa orang tersayang ke tempat percutian impian yang dah lama dalam wishlist tu! Bila lagi nak gembirakan mereka yang selalu berkorban untuk kita kan? Hehe amboi ayat meminta sangat (harap Shawn baca. Bahaha!) Yang penting, kita tetap kena lihat keadaan kewangan dan seboleh-boleh nak pergi bercuti dengan bajet yang paling rendah tetapi tetap selesa dan menggembirakan. Betui dak? Maka dengan itu, TouristGuide.com.my sendiri telah menawarkan pakej percutian dengan harga yang lebih rendah berbanding agensi lain. Pakej ini termasuk dengan harga tiket penerbangan, hotel untuk menginap dan juga pakej menarik yang lain. Jangan risau, korang boleh buat pilihan terbaik sebelum memilih pakej terbaik dengan mendapatkan khidmat rundingan dari staf TouristGuide.com.my sendiri. 


6 Kelebihan Menggunakan TouristGuide.com.my

1. Tempahan Hotel Lebih murah daripada yang lain
TouristGuide.com.my telah berkerjasama dengan kebanyakan hotel di seluruh dunia untuk menyediakan perkhidmatan hotel di portal TouristGuide.com.my. Selain itu, TouristGuide.com.my juga mampu menampilkan kira-kira 75,000 bandar di seluruh dunia dan menyediakan ia pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan pesaing utama mereka.

2. Tempah Penerbangan, Mendapat mata, Menebus tiket secara percuma
Untuk tempahan penerbangan, TouristGuide.com.my masih dalam fasa rundingan dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia. Selepas ini, tempahan penerbangan boleh dilakukan di laman web TouristGuide.com.my sekaligus pengguna akan mendapat point atau mata ganjaran dan boleh mendapatkan tiket penerbangan secara PERCUMA apabila menebusnya di masa akan datang.

3. Tawaran Diskaun Percutian (Sehingga 75%)
Yang paling best bila kita semua orang boleh bercuti dengan kadar yang paling tak masuk akal iaitu dengan harga yang murah dan sangat menjimatkan! Haa tak sabar la tu! Kalau nak tahu scroll sampai bawah tau! Jangan lupa rebut peluang bercuti dari 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2017 nanti! Promosi sah dari sekarang sehingga 30 November 2016. Jangan lupa layari TouristGuide.com.my .

4. Pangkalan Travellers
TouristGuide.com.my akan mewujudkan pangkalan data pelancong dan menyasarkan 10,000 pelancong dari Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain. Dengan pangkalan data yang lebih luas pelancong, TouristGuide.com.my mempunyai kelebihan untuk tawar-menawar harga pakej dan mendapatkan kadar diskaun untuk percutian yang lebih murah.

5. Hubungkan Semua Travellers di Dalam Satu Network
TouristGuide.com.my akan mewujudkan satu rangkaian pelancong dan menyambung setiap pelancong yang telah mendaftar di www.touristguide.com.my kepada 3000++ pelancong lain supaya mereka boleh mendapat mata ganjaran dan boleh digunakan untuk menebus percutian secara percuma dengan mata ganjaran yang dikumpul.

6. Bukan MLM dan Tiada Yuran Keahlian
Ops. Mesti korang dah mula rasa lain macam kan kenapa macam best sangat je TouristGuide.com.my ni takut juga ada agenda tersembunyi. Tapi korang jangan risau. TouristGuide.com.my ni bukan macam MLM tau! Tiada yuran keahlian dan semuanya PERCUMA. Jadi jangan lupa mendaftar keahlian di TouristGuide.com.my okay!


Okay jom kita tengok pakej percutian yang tengah HOT dari TouristGuide.com.my 






Amboi ternganga kejap kita tengok harga pakej yang ditawarkan ni. Memang berbaloi dan murah sangat kalau nak dibandingkan dengan harga pakej dari agensi lain. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej percutian dengan harga hebat ini okay!  

Promotion Period: Now until 30th November 2016
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday)

Jangan lupa daftar keahlian korang dahulu di http://touristguide.com.my/register untuk mendapatkan pakej percutian di TouristGuide.com.my tau! Dah boleh plan bercuti dengan tersayang dah! Wehuuu!


Untuk maklumat lanjut :

Website : http://www.touristguide.com.my/
Instagram : @touristguide.com.my

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)

Suite A25-3A,
Sentral Business Park, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang,
 Selangor Darul Ehsan
Toll Free : 1800 38 3338
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)
Email : contact@touristguide.com.my



Terima kasih sudi baca

Nov 23, 2016

THEFACESHOP Pavilion Kuala Lumpur | 5th Generation Flagship Store



Untuk peminat produk kecantikan terkenal di Korea iaitu The Face Shop, lepas ni kalau pergi Pavilion boleh singgah di cawangan utama yang kelima The Face Shop okay! Teruja sungguh Yaya dengan pembaharuan yang dibuat untuk cawangan utama yang baharu ni. Lagi teruja bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan beauty bloggers. Yela bukan selalu Yaya dapat turun KL sejak ikut Shawn pindah ni. Hihi


Yaya sendiri pun merupakan peminat barangan The Face Shop. Kalau dah masuk kedai depa, terus rasa terawang-awang dalam dunia sendiri kejap. Kalau boleh nak cuba semua tester tu! Mana taknya, selain dari menggunakan kandungan utama yang semulajadi dan bebas kimia, The Face Shop juga terkenal dengan pelbagai inovasi produk kecantikan berasaskan air, mutiara, ginseng, tanah liat, bunga sakura dan macam-macam lagi!


Selain daripada barangan penjagaan muka, The Face Shop juga menyediakan barangan kosmetik yang pelbagai. Haa ni yang buat paling rambang mata. Baik dari eyeshadow, lipstick, lipgloss aduhai semuanya Yaya geram gila cantik-cantik sangat! Warna pula sentiasa up to date dan memenuhi citarasa sanubariku. Lagi best bila dalam masa yang sama produk ini juga memberi khasiat dan penjagaan kulit wajah kita walaupun menggunakan solekan. Sebab tu jangan senang-senang terpedaya dengan produk kecantikan yang murah kat pasar malam tu tau. Rosak muka korang nanti kalau pakai produk yang tidak terjamin kualitinya.  


Masuk sahaja ke dalam cawangan baru yang ekslusif ni, mata Yaya terus tertumpu kepada produk baru dari The Face Shop iaitu  Disney x THE FACE SHOP Cushion Collection . Sungguh lahai jiwa kanak-kanak Yaya ni belum pudar rupanya. Excited sampai lama gila Yaya lepak kat bahagian ni. Hahaha comelnyaaa geram >.<


Ini adalah 3 koleksi terbaru Disney x THE FACE SHOP Cushion Collection . Setiap dari watak ini mempunyai fungsi yang berbeza tau. 


TFS - Disney (Monster, Inc) CC Long Lasting Cushion
Berfungsi untuk menutup liang pori yang terbuka dan memberi perlindungan SPF50+ PA+++ selama 12 jam.


TFS - Disney (Mickey) Power Perfection BB Cushion
Berfungsi untuk memberi perlindungan SPF50+ PA+++ serta kemasan sempurna terhadap cela di wajah.


TFS - Disney (Pooh) CC Cooling Cushion
Selalu melakukan aktiviti luar? Boleh cuma yang ini kerana ianya berfungsi untuk melegakan kulit wajah dan memberi kelembapan menyeluruh kepada kulit wajah yang kering kerana ianya mengandungi SPF42+ PA+++ dan juga 4 jenis bunga (damask rose, chamomile, cornflower, lotus).


Paling tak move on dengan kecomelan Pooh! Sambil tu doa-doa dalam hati semoga dapat Pooh untuk dibawa balik. :p


Menariknya di The Face Shop, kesemua produk begitu kemas dan disusun dengan teratur mengikut label dan produk dibawahnya. Senang nak cari produk yang bersesuaian dengan kemahuan kita. Tak pun panggil je staf The Face Shop yang mesra dan sedia membantu. Hihi




Produk penjagaan lelaki pun ada tau. Boleh beli untuk suami dan bapa tersayang. Yaya sendiri pun suka buat facial kat Shawn. Dia pun seronok tapi nak kena buatkan untuk dialah! Haha


Rambang mata tengok hand cream yang wangi sangat niii


Jangan lupa singgah ke sini untuk promosi barangan kosmetik The Face Shop yang meletup-letup! :D



Antara produk premium yang terdapat di sini ialah The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream . Nak baca review Yaya sebelum ni? Jemput klik SINI ya! :)


Jom main make up! :D


Bersama rakan blogger yang tengah khusyuk mencuba lipstik yang cantik-cantik disini. Rambang mata oii!


Istimewanya, di The Face Shop Pavilion, ada menawarkan khidmat Skin Analysis yang mana staf disini akan membantu kita untuk mengenal pasti keadaan kulit kita sebelum memilih produk The Face Shop yang sesuai. Syoknyaaa~!


Antara rakan blogger yang membuat Skin Analysis. Memang menarik sangat session ni. Semua memberi perhatian penuh. Hihi



Ok jom main game! Tak sabar je muka semua. Hihi


Hai! Kami iaitu Yaya, Uzu, Yuyu dan Aida Sue dari kumpulan Saranghae! Game yang disediakan adalah kami diberikan sejumlah amaun dan dikehendaki memilih barangan The Face Shop yang sesuai dan cukup dengan amaun tersebut. Masa yang diberi cuma beberapa minit sahaja. Memang kelam kabut tapi seronok! Lagi seronok bila kami menang tempat ketiga! Alhamdulillah hehe


Nak balik pun tetap tak move on lagi dengan Pooh hahaha


Masa buka kotak hadiah, ternampak Pooh. Nak menangis rasa sebab memang nak sangat! Alhamdulillah rezeki seorang kanak-kanak ini :'D


Jangan lupa datang ke The Face Shop Pavilion tau! Jangan risau staf kat sini semua peramah dan baik hati :)

Untuk maklumat lanjut :

THE FACE SHOP 
Pavilion 5th  Generation Flagship Store
Lot 4.52.01, Level 4 @ Pavilion Kuala Lumpur
Instagram : @thefaceshopmalaysia



Terima kasih sudi baca


Nov 16, 2016

Passion D'tox | Kenapa perlu singkirkan toksin di dalam badan?




Hai korang! Bila kali terakhir korang buang toksin dalam badan? Tahu tak apa kepentingan membuang toksin yang terkumpul di dalam badan kita? Kalau ikutkan secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal. Siapa kat sini jarang buang air besar? Yaya sendiri tak buang air besar hari-hari tau sedangkan Yaya makan banyak! Tak sihatnya saya :(


Maka dengan itu, Yaya mengambil alternatif untuk mencuba Passion D'tox (PDX) yang mana ianya mengandungi pelbagai buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan E seperti khasiat buah lemon, pic dan hampir sepenuhnya khasiat dari buah markisa. Minuman kesihatan ini mengandungi banyak serat yang menghalang karbohidrat berlebihan di dalam tubuh badan dan juga menghalang kalori dari terus bertambah dan tinggal di dalam tubuh badan kita akibat dari pengambilan makanan harian yang tidak sihat. Nyahtoksin atau detox-kan badan dengan Passion D'tox akan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus sekaligus melancarkan lagi sistem pencernaan kita. Yang penting TIADA KESAN SAMPINGAN! Passion D'tox juga langsung tidak menggunakan gula, laxative(julap) atau pewarna tiruan. Ianya 100% menggunakan khasiat semulajadi ;) 

Kenapa perlu singkirkan toksin di dalam badan?

# 1
Toksin ini datangnya daripada pencemaran udara, air, penggunaan bahan pengawet dalam makanan, baja kimia dan pembuangan bahan industri. Toksin ini jika tidak disingkirkan, ia akan kekal dalam tisu dan sel seluruh badan termasuklah otak.

# 2
Mengelakkan penyakit kronik – Toksin di persekitaran kita menyumbang kepada penyakit seperti kanser, penyakit saraf, penyakit jantung dan juga strok. Walaupun tubuh badan kita ada sistem yang mampu menyingkirkan toksin, namun ia dah tak mampu nak tampung dengan keadaan pencemaran sekarang ni.

# 3
Menurunkan berat badan – Toksin yang berlebihan akan menjadi penghalang kepada tubuh badan membakar lemak berlebihan secara semulajadi. Bila berat berlebihan, ia membawa kepada penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.

# 4
Meningkatkan metabolisma badan – Dengan detoks, toksin yang ada dalam sel lemak akan disingkirkan dan akan meningkatkan metabolisma badan. Maka lebih banyak makanan dapat ditukarkan kepada tenaga.

# 5
Meningkatkan dan merangsang sistem imun – Detoks secara berterusan membantu sistem imun badan berkerja dengan lebih efektif untuk menghalang jangkitan dan penyakit.

# 6
Memperlahankan proses penuaan – Apabila toksin disingkirkan, radikal bebas dan sisa logam juga akan tersingkir. 3 bahan ini lah yang membuatkan badan kita lebih tua dari usia sebenar. Bukan sekadar nampak tua di kulit tetapi seluruh fungsi badan juga.


Tanda-tanda anda perlu DETOX :
  • Mempunyai Masalah Penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit Kepala
  • Jerawat
  • Penuaan Pra-Matang
  • Sentiasa Letih
  • Berat Badan Yang Berlebihan
  • Insomnia



Kebaikan Passion D'tox

  • Kaya dengan serat Vitamin C dan E
  • Dapat melarutkan serat di dalam sistem penghadaman untuk mengeluarkan kotoran dan toksin
  • Membantu mengurangkan sembelit
  • Mengurangkan lemak yang tidak sihat dengan menyekat karbohidrat dan kalori yang berlebihan
  • 100% semulajadi - tiada tambahan gula, julap dan pewarna tiruan
  • Tiada kesan sampingan - semua bahan-bahan adalah semulajadi dan telah diuji secara klinikal
  • Meningkatkan bilangan bakteria sihat
  • Membaikpulih dan menjaga kesihatan kulit
  • Mencegah penuaan kulit
  • Meningkatkan kelembapan pada kulit
  • Menggalakkan pemutihan kulit



Passion D'tox juga telah mendapat kelulusan daripada KKM dan Halal untuk diminum. Untuk pengetahuan korang, Passion D'tox ini juga telah mendapat kelulusan daripada KKM dan juga disahkan Halal serta mempunyai insurans produk bernilai 2,000,000.


Jom ikuti cara mudah penyediaan Passion D'tox :)


1. Sediakan 150 ml air suam atau air bersuhu bilik. 


2. Tuangkan 1 sachet Passion D'tox kedalam cawan yang berisi air tadi.


3. Kacau sehingga larut dan terus minum.


Untuk kesan yang lebih maksimun, minum banyak air kosong terutamanya pada setiap pagi selepas bangun tidur. ;)


Pastikan pengambilan air putih bersama dan minum secukupnya untuk menyokong proses detox. Sebaiknya minum Passion D'tox sebelum tidur kerana ketika itu tubuh badan kita berehat dari mengambil sebarang makanan. 


Passion D'tox tidak digalakkan untuk ibu yang sedang hamil dan juga kanak-kanak tetapi ianya selamat untuk mereka yang sedang menyusukan anak. 


Testimoni dari Yaya :

Masa buka sachet tu aduhai sedapnya bau buah markisa dia! Tapi bila dah minum, memang terasa sungguh seperti air detox! Perlu diingatkan, Passion D'tox tidak mengandungi gula atau sebarang pewarna tambahan. All natural gitu. Yang penting, sistem perkumuhan menjadi bertambah baik dan boleh 'pupu' setiap hari! Nak kurus secara sihat? Jom minum Passion D'tox untuk menyingkirkan toksin di dalam badan sekaligus memberikan kesihatan menyeluruh kepada sistem usus dan tubuh badan kita. Yayy! ^_^


[GIVEAWAY : Passion D'tox PERCUMA!]

Psstt! Korang nak juga tak Passion D'tox ni? Yaya nak bagi percuma kepada 2 pembaca bertuah. Caranya senang sangat. Cuma bagitahu Yaya 1 sebab kenapa kita perlu singkirkan toksin di dalam badan dan kemudian letak hashtag #LiveEatSlim diakhir jawapan di bahagian komen post di Facebook. GA akan berakhir pada 19 Nov 206. Semoga bertuah! :)


Untuk mereka yang nak beli pula, Yaya ada tawaran istimewa untuk pembaca blog Yaya. Korang berpeluang mendapat FREE GIFT untuk setiap pembelian tau! Masukkan code YAYANATSUMIPDXMY semasa membuat pembelian di PassionD'toxMalaysia nanti okay!


Untuk maklumat lanjut : 


#PassionDtoxMalaysia #LiveEatSlim



Terima kasih sudi baca