Hai hello. Harini yaya nak review produk yang fofuler ni. Kalau uols pergi The mines boleh tengok escalator kat sana dibalut dengan produk dari Neesya Skin Essentials. Memang berbesar hati sangat nak review produk ni lepas baca kandungannya yang terdiri dari bahan yang tidak berbahaya. Hee
Ada 5 produk. Yaya review Brightening Eye Contour Gel and Eye & Lip Makeup Remover dulu okay! ^_^
Neesya Eye & Lip Makeup Remover
RM49
Khas untuk mereka yang selalu menggunakan eyeliner, mascara yang waterproof susah nak hilang tu, Yaya sangat rekomen uols untuk gunakan Eye & Lip Makeup Remover dari Neesya ni. Kenapa? sebab mudah sangat nak tanggalkan make up mata korang. Kalau tak betul betul bersihkan eyeshadow, eyeliner atau mascara tu, nanti akan terbentuk lingkaran gelap bawah mata macam mata panda tahu? So bersihkan make up mata korang sebelum cuci muka kalau taknak mata berkedut okay!
Selain dari eyeliner atau mascara waterproof, ianya juga berkesan untuk membersihkan lipstik tebal malahan yang waterproof juga. Kan sekarang banyak yang Kiss Proof la apalah tu, boleh bersihkan pakai Neesya Eye & Lip Makeup Remover okay! Dijamin korang akan puas hati. Zass zass sekejap je kat bahagian mata atau lips, terus hilang macam mejik. Hihi
Yeay hilang semua kotoran! ^_^
Dan yang bestnya, Eye & Lip Makeup Remover ini diperbuat daripada Sunflower oil untuk melembapkan kulit, Pro Vitamin B,Vitamin E,A dan D.
Cara Penggunaan
Neesya Brightening Eye Contour Gel
RM119
Haa next ialah Brightening Eye Contour Gel . Suka okay! Bila sapu kat bawah mata korang akan nampak ada macam serbuk berlian gitu tengah berlumba lumba untuk meresap kedalam kulit mulus uols. Haa sampai gitu hakak explain. Haha. Basically, ia boleh menghilangkan dark circles, bertindak sebagai anti-puffiness dan paling penting semestinya anti-fatigue and aging.
Banyak produk lain cuma fokus untuk buang dark circles sahaja tapi Brightening Eye Contour Gel telah dirumus dengan teknologi LumiScience® yang mana ianya adalah salah satu teknologi yang digunakan untuk melindungi kulit daripada oxidative stress dan berfungsi untuk mengurangkan tanda tanda awal penuaan. Light diffusers yang digunakan pula akan refract cahaya untuk memberi kesan optical brightening. Fuhh. Yang pastinya, kenalah pakai secara konsisten okay! ^_^
Zoom habis bagi uols nampak butiran macam berlian tu. Hihi
Kandungan yang terdapat di dalam Neesya Brightening Eye Contour Gel
Yang bestnya, ia tak melekit! Terus meresap ke bawah kulit mata uols. Pakai pada waktu pagi dan malam diselangi dengan bacaan doa semoga mata kekal cantik bersinar walaupun berjaga tengah malam dok pulun update blog. Haha.