Apr 29, 2015

Cara makan Monster's Crazy Crunchy

Assalamualaikum semua 



Hari ni Yaya nak share kegembiraan apabila coklat mencair di dalam mulut dan menyentuh nadi rasa kalian sehingga membuatkan kalian secara spontan kata, "Bapak sedap weh!" -inilah ucapan daku ketika pertama kali makan. Ampun. Wuwuwu



Rasanya ramai tahu dah tentang Monster's Crazy Crunchy ni. Tapi kalau korang rajin sikit, korang akan mendapat dua kali ganda kegembiraan kalau ikut cara dibawah :



1. Selfie atau tangkap gambar 'mangsa' 

Gambar 'mangsa' dua ketul. Yang terbaru ialah versi Rainbow yang sebelah kanan tu.


2. Terbalikkan dan Rendam Monster's Crazy Crunchy di bahagian penutup sehingga suku permukaan. *Sidai baju diampaian sementara menunggu coklat di dalam jar mencair dengan sabar.



Pakai komputer berteknologi canggih untuk melihat kepulan asap comel yang sedang mencairkan coklat.


3. Tunggu sebentar sebelum terkocoh kocoh buka takut baki air panas tadi melecurkan tangan. Lap dengan kain. Dannnn ............


-




-




-




-






Tadddaaaaa~!! Step seterusnya cuma Bismillah dan Sedia untuk dinikmati sambil menonton TV. Suap suap tengok dah habis. Lupa nak selfie tau tau dah habis. Haha. Tunggu nak baham lagi seketui mangsa lagi then boleh selfie. *yes dah selfie! Haha


Overall, Yaya bagi doploh bintang. Super sedap. 

Tahniah anak muda bumiputera. Semoga maju jaya semuanya.




Untuk pembelian / tempahan secara pukal atau ingin menjadi agen :

Hotline : 013 889 0044 ( whatsapp )









Terima kasih sudi baca 

Bayou CoffeeHouse memenuhi citarasa selera melayu kampung

Assalamualaikum semua 


Yaya taip entri ni sambil terkenang makanan sedap, enak, lazat di Bayou CoffeeHouse. Yaya jujur kata memang makanan kat Bayou CoffeeHouse semuanya sedap belaka. Kena pulak dengan kami yang memang tengah lapar dan kepenatan. Rasa bertenaga semula bila dapat makanan sedap. Hehe




Jemput datang semua! ^_^





Ruang makan yang sentiasa dalam keadaan bersih. 


Ok jemput cuci mata dan terliuq tengok gambaq makanan sedap sangat ni.




Rendang daging power. 


Sambal tempe kegemaran ramai. 





Ulam ulaman dan sambal belacan ya Allah sedap sungguh. :'D


Credit : Lan Careno


Pencuci mulut yang beraneka. Ada bubur pulut hitam juga. Tak lupa cekodok yang sentiasa dalam ingatan. Walaupun cuma cekodok, yaya yakin tukang masak memasaknya dengan penuh kasih sayang. Cekodok pun sedapnya lahai. Makanan lain apatah lagi. Semuanya tiptop. Terima kasih daun keladi Bayou CoffeeHouse. ^_^


Kalau nak buat apa apa majlis tak kiralah majlis kahwin, hari jadi, akikah, hari keluarga, kursus atau makanan pagi, tengah hari dan malam, boleh hubungi Bayou CoffeeHouse yang juga menawarkan khidmat katering. Ni nanti nak bulan puasa dah boleh lah datang bawa keluarga tersayang berbuka puasa bersama. Memang berbaloi sebab kesemuanya sedap sedap belaka. 



Untuk tempahan sila hubungi :


Tel : 03-8318 0008 / 019- 330 5848

Email :  bayoucateringcyberjaya@gmail.com





Terima kasih sudi baca 

KBBA Blogger's Day Out di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Assalamualaikum semua 






Fuhh masa taip entri ni badan masih terasa sengal sengal lagi. Orang jarang berlasak tiba tiba berlasak. Bangun pagi terus rasa tak tergerak badan. Haha. But still, memang happy dan enjoy gila KBBA Blogger's Day Out yang berlangsung di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni. Perancangan selama 1-2 bulan ternyata berjalan dengan jayanya. Tahniah untuk semua yang terlibat.



Pagi tu Yaya dan Sis Allene sampai awal walaupun sesat tah mana mana haha lawak weyy tapi finally sampai juga. :') 


Selepas mendaftar, kami mulakan dengan senamrobik. ^_^


*gambar eksklusif yaya angkat tiyak



Habis senamrobik, kami diberi taklimat mengenai aktiviti yang dijalankan dan bacaan doa oleh Abang Huszaini serta ucapan dari wakil Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) iaitu Lan Careno .



Semua bergerak untuk aktiviti pertama iaitu Golf Ala Bloggers. Bagi yaya memang ala ala style kami sebab kebanyakannya memang pertama kali nak cuba main golf. Termasuklah yaya. Mujur kena walaupun gambar ni mendapat kontroversi hebat sebab cara yaya pegang kayu golf salah. Haha chill wey chill :p





Ni eksyen je lebih. Lepas eksyen yaya dah diperbetulkan cara untuk memukul bola tu :)
Memang la gelak je masa game ni bermula. Sebab ada yang kemain hebak gaya tapi bola tak kena. Yaya yang kena pun acah acah berapa kaki je pun bola tu pergi. Ni kalau Tiger Woods tengok memang dia menangis ler. Menangis gelakkan kami. 



Seterusnya, aktiviti kedua ialah Badminton Ala Heboh. Bukan heboh je. Kecoh gegak gempita habis dewan badminton tu. Nak main ke nak gelak. Haha



Team merah sedang berpadu tenaga menentang pihak lawan. Jyeahh!



Badminton Lee Chong Wei katanya. Tapi tak terer pun. Hahaha. Btw, badminton Yonex ni memang ringan tau best dan sedap je main. Sempat promote tu.

Aktiviti seterusnya, kami bermain Go -Kart. Yang ni memang yaya suka sangat. Sebenarnya dah lama nak cuba main go kart tapi belum berkesempatan. Jadi kesempatan ni yaya ambil dengan memotong semua barisan wanita yang berada di hadapan yaya. Fuhh memang lepas geram habis bila tekan minyak tu. Tapi habis main memang tangan shaking oii. Tapi memang best la. Seronokkk ^_^


Semua orang kena cuba aktiviti Go Kart ni! Memang sesuatu betul!



Dan kemudian, bersedialah kami untuk aktiviti terakhir iaitu PaintBall. Mulanya yaya memang taknak main sebab takut dengar cerita orang kalau kena tembak sakit. Jadi yaya cuma duduk tepi jela main dengan baby baby KBBA yang datang. Bagi yaya gomoi dorang lagi best dari main paintball sekadar untuk sedapkan hati. Tapi lepas first game tengok macam best je dorang berperang. Yaya beranikan diri untuk  join game kedua yang lebih adventure. Memang best weyyyy. Ya Allah best sungguh sampai tak sedar bila masa kena tembak kat kepala (hahaha bengong kejap) lepas tu sambung je main dan menang. Captain pulak tu. Apa apa pun, paintball memang la seronok. Kalau tak kena tembak tu bukan paintball la namanya. Ye dak?



image




Pahlawan Yaya Natcumi cumi.


Selepas itu, kami mula bergerak ke lobi semula untuk acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Betapa bertuahnya yaya hari tu Alhamdulillah. Yaya menang Lucky Draw barangan Cosmoderm dan juga Telekung Nanees. Terima kasih :')





Tak lupa juga kepada semua penaja yang terlibat iaitu , Yeos Malaysia , Stamp N Print Enterprise , Azwar Kamaruzaman, Natalia dan Monster Crazy Crunch.


Sesi bergambar bersama ahli keluarga KBBA. Semua baiknya. Yaya sayang semua sekali. Aktiviti begini memang merapatkan jalinan ukhwah dan kasih sayang diantara kami. :'D

Alhamdulillah :'D


Kelab Komuniti Cyberjaya

Yeos Malaysia

Cosmoderm

Crazy N Crunchy

Natalia

Stamp N Print

Cyberview Cyberjaya




Terima kasih sudi baca 



Apr 23, 2015

KBBA Bloggers Day Out

Assalamualaikum semua 


Pada 26 April 2015 ini, Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) akan mengadakan Blogger's Day Out 2015 dengan kerjasama dari Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan Cyberjayaview Sdn Bhd .




KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC) yang terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. 


Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk majlis meraikan hari bahagia, mesyuarat mahupun reunion. Keluasan serta ruang parking kereta juga mampu menampung sehingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau lihat di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.



Mengenai KBBA BLOGGER’S DAY OUT ini, lebih kurang 100 blogger akan menyertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tetapi kami diberitahu game tersebut telah diubah suai agar kami lebih teruji dan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Kalau nak tahu, meh la datang. Kita boleh beramah mesra dengan blogger lain. ^_^


Ini juga merupakan aktiviti pertama yang terbesar dari KBBA dan masih belum dibuka secara umum. Tapi kalian semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana. Kalau nak ganti yaya main badminton pun boleh sebab yaya tak terer. Haha. In sya Allah selepas ini KBBA akan mengadakan Blogger's Day Out yang lebih besar sekiranya program ini berjaya. Doakan semoga program ini berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Aamiin. 



Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my


Terima kasih sudi baca 

Apr 20, 2015

Nak cari sut atau blazer murah yang cantik dan murah? Semuanya di Kinslager Boutique And Tailor


Assalamualaikum semua 


Hello. Bajet muka confident sangat pakai blazer cantik.


Buat mereka yang mahukan blazer yang selesa dan berkualiti tinggi serta mengikut padanan susuk tubuh sendiri, boleh terus ke Kinslager Boutique And Tailor yang baru beroperasi di NU Sentral bersebelahan KL Sentral. Lepas tu boleh rambang mata dan excited tengok blazer yang cantik cantik mengikut Label yang disediakan. Blazer yang dijual memang sangat berbaloi dan sesuai untuk mereka yang mahukan penampilan diri yang sentiasa kemas dan yakin untuk berdepan dengan pelanggan mahupun ketika membuat presentation yang formal gitu. Hehe



Selain dari koleksi Kinslager And Tailor iaitu mid-range Blue Label dan high-end Black Label , syarikat ini turut memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Red Label Collection. Yaya suka sangat dengan koleksi Red Label Collection ini. Super selesa dan sesuai dengan iklim cuaca negara kita. Tidak begitu tebal dan tidak pula nipis. Just nice and sangat bestlah aduhai nak cakap pun susah korang kena cuba sendiri baru dapat perasaan best tu. Haha


Koleksi Red Label adalah seperti gambar diatas seperti yang telah diperagakan oleh model dari Kinslager Boutique and Tailor.  Red Label Collection telah didatangkan dengan 3 warna iaitu hitam, biru gelap dan kelabu dan ianya mempunyai 3 jenis line yang berbeza iaitu :


- BASIC Line ( from RM399.00 ) - availabe in Black only
- CLASSIC Line ( from RM599.00 ) - available in Black, Blue & Grey.
- PROFESSIONAL Line ( from RM799.00 ) - available in Black, Blue & Grey


Semuanya dihasilkan dalam sepasang sut dengan harga paling berbaloi iaitu RM399 untuk blazer dan seluar ataupun skirt mengikut citarasa pelanggan. So lepas ni tak payah pening nak cari sut yang murah dan cantik kerana semuanya terdapat di Kinslager Boutique And Tailor. Nampak mahal tapi mana sangka harganya sangatlah murah untuk sepasang sut yang berkualiti. Memang terbaik!!



Kingslager-red-label3
Boss yang sangat baik melayan kami. Hai boss! Thank you for the meal! :D

Antara tie berkualiti tinggi yang turut dijual

Bow tie. Alahai comelnya. Hee

Kingslager-red-label5

Yaya, Fatin Bella, Sham Hardy, Naim dan Sizzling Suzai yang sedang tekun mendengar. 
*padahal abang cameraman dah senyum senyum bagi hint :p


Kingslager-red-label1

Suka sangat gambar ni! Terima kasih Kinslager Boutique And Tailor. :D


Kingslager-11


Sesungguhnya, memang berbaloi untuk mempunyai salah satu koleksi dari Kinslager Boutique And Tailor kerana ia direka mengikut konsep dari German dan Malaysia. Semua orang boleh memakai sut hari ini tak kira anda golongan korporat ataupun profesional. Sesuai untuk semua golongan yang pastinya. ^_^



Kinslager @ NU Sentral

Lot 21, 1st Floor,
No. 201, Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waktu beroperasi :10 am – 10 pm.

Untuk maklumat lanjut :







Terima kasih sudi baca