Feb 26, 2011

I just love the way you cries kids.

Teringat kat abang cina SB Johnson Ng punye entry, yaya pun memang nak post topik yang sama. Cuma malam ni baru kelapangan.

Petang semalam time beli barang kat parit baru, yaya terpandangkan 2 orang kanak2 lelaki yang comel dalam lingkungan umur 2 tahun kot. Sorang pakai spek oren sorang lagi tak pakai. Diorang pakai baju sama. Dalam fikiran, "Budak dua ekor nih kalau aku dapat memang aku cium kuat2". Sebab confirm diorang baru lepas mandi. Bedak bertepek lagi kat pipi pastu dah standby pakai baju tidur siap2. (Budak kecik memang diorang selalu mandi petang siap2 kan).

Fahami cerita dibawah mengikut turutan gambar dan caption yang disediakan.



1 : Dua kanak kanak peka terhadap kebersihan persekitaran mereka.


2. Salah seorang dari mereka mengutip sampah sampah halus dan membuangnya ke dalam longkang. Perbuatan dah bagus cuma tak ada orang guide dia untuk buang ke dalam tong sampah dibelakangnya.


3 : Manakala yang seorang lagi kusyuk menyapu sampah sampah halus di balik lengkungan simen yang tidak rata.


4 : Yang berspek tadi datang ke situ dan mengutip sampah halus menggunakan jari comel beliau..


5 : Lantas menuju beberapa langkah dan melakukan..


6 : Step kedua tadi..


7: Sel sel otak kanak2 mula berlaku. Yang tidak berspek tadi juga melakukan aksi yang sama. Mengutip sampah2 halus itu. Buang kedalam longkang.
Kemudian lap lap kat baju. -__-


8: Ibu mereka yang dari tadi merenung tempat lain mula merasa berang melihat baju seluar si anak anak yang kotor. Lantas menarik tangan salah seorang dari mereka. (tidak berspek). Dan ayah juga memainkan peranan memujuk yang berspek tadi masuk kedalam.


9: Lalu menutup pintu kedai.


10 : Tetapi masih ada yang tertinggal diluar. (Rupanya yang pakai spek tadi tak nak masuk wehh. time ni yaya sumpah gelak. XD ) Dia ketuk2 pintu kedai tu gaya2 macam nak masuk.

11 : Ayah mithali buka sedikit.

12 : Rupanya kembar dia yang lagi sorang tadi menangis kat dalam tengok lagi sorang takde kan. Dan dan ayah dia letak diorang kat luar. Dan masih menanti kat belakang pintu kedai tu kalau2 diorang menangis nak masuk dua dua.


13 : Tapi rupanya sangkaan meleset. Yang pakai spek tadi meneruskan kerja amal beliau. Pastu tetibe yang lagi sorang tu pulak menangis. Mesti yang tak pakai spek tu adik. Manja sikit. Dia ketuk2 pintu kedai tu.

14 : Last2 bapak dorang dah tak peduli ape dah. Dia dukung dua dua kiri kanan bawak masuk. Menangis nangis macam kena pukul pulak tangisan diorang tu. hahadoyy. XD


15: I stopped to take pictures lahh. He noticed me taking his both children pictures. So I pretended to put my head on the steering wheel. End of story. =.=


Moral value : Sedangkan kanak kanak ni pun berlumba lumba menangis nak buang sampah punya pasal, yang hang plak dok buang anak sampah sana sini, haih. sigh betul lah. Bila kau tengok orang lain buang, eh kau pun sama nak ikut dia. Bagi kau takpe sebab dia pun buat. Tapi kalau ada lagi 10 orang macam kau, darab dengan 15 ibu negara dalam Malaysia ni darab lagi dengan kat negara negara luar negara punya ibu negara. Haa camne tuh? cu citee cu citee.. *yuyu lar punya gaya



Feb 23, 2011

Hah baru kau tahu. 2 baldi pun dah memadai.

Dari tadi sampai skang sumpah rasa freshh gila sebab dapat syampu rambut yang gatal berat berminyak dua hari tak basuh ni lama2 berbekalkan 2 baldi penuh yang aku dok takung dari petang tadi masa tengok Begitukah Cinta kat TV3. Hensem sungguh hero dia macam hby akuh. XD

So iktibar yang dapat diambil oleh saya, yaya flanella natsumi whatever bukan nama sebenar dari kejadian diatas dan awak pun kena tahu ialah :

1. Jimatkanlah penggunaan air. Kerana air sangat berharga. Biar takde karenn. Jangan takde air weh. Gila kau camne nak mandi solat semua. Nak tayamun pun kau tak pass. kan kan?

2. Bila ada 2 baldi air, kau akan mandi dengan sejimatnya takut pedih mata time syampu tengok2 air dah habis. Sedangkan dengan 2 gayung air pun, orang kat negara miskin boleh hidup ape cite an an.

3. Time kau mandi tu kau akan sedar betapa pentingnya air dalam kehidupan nih. Terfikir camne la orang kat negara yang terkena musibah kering kontang tu. Pastu terfikir kenapalah diorang campak sampah, anak, bayi, janin dalam sungai tuh. Karang banjir besar kau salahkan kerajaan sebab tak ambik berat, tak buat empangan sebagai persediaan tapi kau yang buang sampah merata2 sampai tersumbat kau tak fikir? *aku sakit hati gila kalau orang buang sampah merata padahal tong sampah tu lagi sejengkal dengan dia. T_T

4. So kau boleh ke mandi maximun dua baldi air sahaja? Tak? nak buat cammane. Tak kena kat batang hidung lagi.

5. Tak kira lah air ke, pokok ke, atau secara tepat alam sekitar ni. Ia bukan diwarisi kepada kita untuk digunakan sepuas hati. Tapi kita cuma pinjam khazanah alam ni dari anak cucu, keturunan kita nanti. Am i right?

*Encik Air, I love you. Maaf kerana selalu membazirkan awak.