Aug 13, 2015

Koleksi Sembonia Baharu & Special Giveaway Voucher

Assalamualaikum semua 


Hai semua! Yaya tahu ramai antara uols peminat Sembonia kan? Sekarang ni Sembonia telah mengeluarkan koleksi musim baharu mereka iaitu The Revolution of Leather Accessories . Untuk koleksi kali ini lebih kepada wallet dan clucth. Nak panggil wallet boleh, clutch pun boleh sebab setiap dari satu koleksi mempunyai pelbagai guna. Yang pastinya, revolusi barangan kulit dari Sembonia kali ini memang cantik dan meletops gitu! 



1- SEMBONIA’s The Discerptible Fold


SEMBONIA’s The Discerptible Fold memberikan pelbagai fungsi kepada pengguna. Bi-Fold Continental Wallet ini disertakan bersama ruangan untuk mengisi kad dan juga asingan ruangan sebesar saiz bil. Warna yang ditawarkan juga sangat lembut dan menyejukkan hati sesuai dengan sifat wanita yang penuh kelembutan. Hihi

Selain itu, koleksi ini juga didatangkan bersama satu lagi beg kecil yang boleh dikeluarkan atau disimpan didalam dan dibahagian belakang wallet. Ianya bertujuan untuk memudahkan pengguna yang ingin keluar sebentar tanpa membawa keperluan yang tidak penting. Mungkin ada sesetengah pengguna yang hanya ingin keluar makan tengah hari jadi tak perlulah bawa satu wallet yang penuh tu. ;) 




2- SEMBONIA’s Continental Wristlet


SEMBONIA’s Continental Wristlet dihasilkan dengan gabungan dua bahagian iaitu bi-fold dan tri-fold. Koleksi ni memberikan ruang yang lebih besar supaya pengguna boleh letak hp sekali tau! Dengan koleksi ini, si pemakai boleh letak hp, duit, kad dan lain lain. Senang la tak payah nak pegang banyak- banyak kan. Siap ada tali pemegang lagi. Bravo!



Comel sangat gambar burung dekat wallet ni! Yaya asyik belek je sebab comel. Hihi



3- SEMBONIA’s Slim Accordion


SEMBONIA’s Slim Accordion pula merupakan rekaan wallet yang berkonsepkan corner zip dan juga lebih nipis berbanding wallet yang lain.  Sesuai untuk mereka yang tidak suka mengisi banyak barang di dalam wallet. Walaupun nipis, ianya masih mempunyai ruangan poket untuk menyimpan wang, kad dan sebagainya. Wallet yaya sekarang pun nipis dan berkonsep corner zip. Suka wallet jenis macam ni so tak adalah wallet nampak kembung kan. Hihi


4- SEMBONIA’s  The Detachable – Double Accordion


Koleksi Double Accordion ini pula mempunyai dua ruangan berzip dan lebih tebal. Setiap ruangan memudahkan pengguna untuk mengasingkan keperluan mereka. Di bahagian yang lebih besar pengguna boleh meletakkan keperluan penting dan ruangan satu lagi boleh letakkan hp. Senang bila semuanya dalam satu wallet sahaja. Selain itu, ianya juga boleh dipakai sebagai beg sisi ataupun secara silang. Cuma pasang sahaja rantai yang diberikan bersama koleksi ini.

SEMBONIA's Double Accordion


5- SEMBONIA’s  The Detachable – The Clutch


Yaya suka yaya suka! Hehe. Clutch semua dalam satu ni comel sangat. Warna pink lembut dia telah memikat hatiku. Warna lain pun ada juga tau! ^_^


Yang bestnya, ia mempunyai pelbagai kegunaan juga seperti ruang untuk mengisi duit, kad dan hp. Kalau rasa nak pakai secara silang atau gantung disisi, pasang sahaja rantai tali yang disediakan. 


Comel ke idok? Haruslah comel! Warna pink is my favorite okeh! Haha


6- SEMBONIA’s  The Detachable – To The Nine Double Accordion


SEMBONIA’s  The Detachable – To The Nine Double Accordion pula mempunyai ruangan yang agak besar dan boleh memuatkan Ipad Mini atau Tab. Ruangan kad juga disediakan. Koleksi ini juga boleh dibuat sebagai beg sisi dan disilangkan. Bagi Yaya, rekaan ni memang sangat eksklusif. Walaupun cuma ada dalam warna hitam, terserlah betapa menawan dan elegannya koleksi ini.

Sembonia To The Nine



6- SEMBONIA’s  The Oversize Wristlet


SEMBONIA’s  The Oversize Wristlet pula didatangkan dalam tiga warna iaitu jingga, kuning dan coklat gelap. Mempunyai ruangan yang agak besar dan boleh memuatkan barangan sehingga sebesar saiz tab 10 inci. Boleh letak barang make up ni. Senang nak jalan-jalan dari pagi hingga petang. Hehe 



Haaa.. Nak juga macam ni? Kalau nak, kena scroll sampai habis entri ni sebab Yaya nak buat Giveaway Voucher Sembonia. Boleh juga tampung harga dari bayar full kan? Hihi


Iklan kejap bersama rakan blogger di Butik Sembonia, Pavilion. Memang happening sungguh jumpa diorang! ^_^



With Norfa :)


Suka sangat clutch yang ni. Asyik bergambar je dengan dia. Haha


Are you ready? 

Okay senang je. Kalau kalian sudi, jemputlah Repost gambar dibawah ni di Instagram Yaya.

Follow Yaya Natsumi dan Repost gambar ni. :)




Setiap satu sampul mengandungi 4 baucer Sembonia. Bolehlah belanja diri sendiri atau orang tersayang barangan dan koleksi Sembonia. ;)


Terima kasih kepada yang sudi join dan repost. Pemenang akan dipilih selepas tarikh tutup penyertaan. Thanks tau korang! Muahciked! 




Terima kasih sudi baca 

2 comments: