Dec 21, 2021

Astrum Ampang : Miliki Hartanah di Tengah Bandar KL dengan Ansuran Serendah (RM8xx) Berserta 62 Fasiliti Menarik

 

Seronok sangat kalau ada rumah atas nama sendiri kan? Dapat pula rumah di tengah bandar Kuala Lumpur. Lagi syok kalau rumah tu dekat dengan kemudahan pengangkutan, mudah akses nak kemana-mana, banyak fasiliti dan paling penting selamat untuk didiami. Berangan tak salah kan? Sebenarnya Yaya dah jatuh hati dengan rumah mampu milik Astrum Ampang by Setia Awan. Harga untuk setiap unit bermula dari RM230,000 sehingga RM270,000. Kebetulan hari tu Yaya berkesempatan untuk hadir ke showroom mereka di Phileo Damansara.


Memang terkesima sungguh dengan kepelbagaian fasiliti unik yang disediakan untuk pemilik dan penghuni yang bakal menginap nanti. Untuk pengetahuan korang, projek ini dihubungkan dengan stesen LRT Jelatek dengan jarak 150 meter berjalan kaki ke Stesen LRT Jelatek yang hanya 4 stesen kereta api dari KLCC. Projek ini juga telah mencipta sejarah sebagai pembangunan pertama berkonsepkan Transit Oriented Development (TOD) dan SOHO Transit di negara ini. Hebat bukan?

Apa itu Transit Oriented Development (TOD)?

Transit Oriented Development (TOD) atau Pembangunan Berorientasikan Transit merupakan solusi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kereta dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan berjalan kaki sebagai satu gaya hidup di bandar.


Selain konsep TOD, inspirasi moden Astrum Ampang merangkumi konsep “City Within City”, yang mana ianya akan mewujudkan ruang kepada penduduk untuk menjalani kehidupan mereka dengan tenang dan gembira kerana semua yang diperlukan semuanya berada di dalam persekitaran tempat tinggal mereka. 

Terletak di sepanjang kawasan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek, pembangunan seluas 6.8 ekar itu akan menyerlah dengan tarikan utama seperti lokasi, kebolehcapaian, kemudahan, mampu milik dan gaya kehidupan di bandar yang diidamkan oleh golongan muda profesional. 


27 unit kedai yang bakal didirikan nanti akan diserapkan dengan elemen yang turut dirancang untuk memberi kelebihan kepada penghuni untuk menikmati gaya hidup bandar yang lebih kaya dan menarik.


Reka bentuk yang sangat praktikal dan sesuai dengan keperluan golongan muda 20-an sehingga 30-an dengan keinginan untuk tinggal dalam persekitaran bandar, SOHO Transit di Astrum Ampang mempunyai keluasan binaan 280 kaki persegi, SOHO Suites berkeluasan 450 kaki persegi dan Mampu Milik Service Apartments yang terdiri daripada seluas 450 kaki persegi dan 550 kaki persegi. Jom kita tengok gambaran Astrum Ampang yang bakal berdiri teguh dan indah di tengah bandar Kuala Lumpur nanti.

Terletak hanya 4km dari Menara Berkembar Petronas, Astrum Ampang yang akan dibangunkan dengan baik ini terletak berhampiran dengan mercu tanda bandar yang popular di sekitarnya. Ini termasuk Pusat Perubatan Gleneagles, Great Eastern Mall, sekolah awam dan swasta serta macam-macam lagi! Sesuai sangatlah dengan maksud nama Astrum (bermaksud 'Bintang' dalam bahasa Latin) yang sekaligus akan menjadi bintang yang paling terang di tengah ibu kota ^_^

Tak sabar nak lihat Astrum Ampang berdiri gah nanti! Projek ini dijangka siap pada tahun 2026.

Kalau nak tahu apa yang buat Yaya begitu tertarik dengan Astrum Ampang ini selain dari kemudahan pengangkutan dan kemudahan untuk mengakses ialah, terdapat 62 fasiliti menarik dan premium yang disediakan untuk penghuni yang bakal menetap disini.

Antara kemudahannya ialah :

  • Mini theater/ audotarium
  • Private party room
  • Spa & Onsen Space
  • Pool side seating area
  • Outdoor playground
  • BBQ Pavillion
  • Kid's Pool
  • Futsal court
  • Jacuzzi
  • dan banyak lagi!


Cuba teka berapa bayaran untuk maintanence bulanan untuk kesemua 62 fasiliti? RM84 sahaja.


Tapi paling best bagi Yaya ialah kemudahan Gym mereka yang sangat berteknologi tinggi dan high-end.



Kalau suka berzumba tapi malu nak joget depan orang lagi-lagi di musim pandemik ni jangan risau sebab di Gym yang pintar ini ada disediakan layar untuk korang berzumba sepuasnya hihi. Pilih je nak jenis cardio apa. Boleh feeling ada instructor gitu. 




Yang ni pun best!! Harga equipment ni lebih RM30k tau! Tapi boleh guna free kalau beli unit Astrum Ampang ni hee

Ini pula adalah Floor Plan untuk unit di Astrum Ampang untuk rujukan korang.

Yaya memang amaze dengan teknologi yang digunakan dalam projek ni. Seiring dengan arus modenisasi, kita juga haruslah seiring untuk terus kekal relevan dengan teknologi semasa. Contohnya bila nak buka pintu hanya perlu guna cap jari. Bila dah masuk rumah ada pembantu kecil Google mini. Jerit je Google mini please switch on the aircond wah today so hot ah! Terus dia bukakan air cond untuk korang haha iye Google mini tu nanti dapat sekali dalam pakej ya!


Jom kita tengok ruman contoh. Memang sangat sesuai untuk golongan muda yang bujang dan berkerjaya yang inginkan privasi atau mereka yang baru berkahwin. Nak jadikan investment pun syok!







Pakej termasuk water heater, air cond, Google mini, basic kitchen top sink/cabinet. Booking serendah RM500 sahaja!






Paling penting, jangan risau dengan sistem keselamatan mereka kerana ianya sangat berteknologi tinggi. Segala aktiviti di Astrum Ampang nanti kebanyakannya akan menggunakan aplikasi komuniti pintar yang mana akan menghubungkan penduduk dengan bandar serta aktiviti mereka yang aktif dengan cara hidup yang lebih bijak

Antara 3 kelebihan serta  untuk menguatkan lagi sistem keselamatan mereka ialah :

- Keselamatan pengecaman wajah 5G
- WiFi percuma di kawasan umum
- Keselamatan 24 jam dengan pengawasan CCTV








Seronok ye hadir ke showroom ni. Boleh dapat info dan gambaran yang lebih jelas sebagai panduan. Tapi ramai yang dah booking slot unit rumah tau. Kalau korang tengah nak cari hartanah sebagai long-term investment pun boleh sangat untuk memiliki satu unit Astrum Ampang Soho Transit ni! Yang paling penting, lokasi memang strategik. "Golden circle" la bak kata orang! ;)


Nak bodek Shawn belikan satu unit untuk kita lah! :p

Galeri jualan dan unit pameran Astrum Ampang di Phileo Damansara 1 kini dibuka untuk tontonan. Anda boleh membuat temujanji dengan menghubungi 018-371 2888.


Untuk maklumat lanjut :

Website : https://www.astrumampang.com/

Facebook : Astrum Ampang

Instagram : @astrumampang


Terima kasih sudi baca  

Oct 29, 2021

Sanitizer Tanpa Alkohol dan Tanpa Bahan Kimia Serta Mesra Kanak-Kanak | ELECLEAN Disinfectant Device


Hai korang! Seronok kan dah boleh dine in kat restoran? Walaupun dah ada pelepasan untuk dine in, korang kena selalu make sure untuk pastikan persekitaran tu tak terlalu sibuk dan sentiasa tengok samada premis selesa dan bersih sebelum decide untuk dine in okay? Sekarang ni, face mask dan hand sanitizer dah jadi benda wajib untuk dibawa bersama kan? Sebelum duduk kat meja dan kerusi, Yaya yang sejenis paranoid ni akan bersihkan dulu apa yang patut sebelum duduk hihi. Bukan apa, untuk keselematan diri dan orang tersayang juga termasuk anak kecil yang menunggu kita pulang aagitchew.


Untuk mereka yang ada masalah kulit sensitif dan sentiasa alah dengan sanitizer beralkohol, korang tahu tak sekarang dah ada advance technology yang mampu mengubah air biasa kepada sanitizer yang sangat efektif membasmi dan membunuh bakteria, kuman dan virus sehingga 99%? Hebat bukan? 


Nak tahu sanitizer jenis apa? Yaya sendiri pun dah jatuh cinta dengan ELECLEAN Disinfectant Device.


Confident gituh pegang muka haha yang penting dah spray tangan dengan ELECLEAN Disinfectant Device hihi.




Apa itu ELECLEAN Disinfectant Device?

ELECLEAN merupakan produk yang dicipta oleh sekumpulan saintis dari Taiwan yang menggunakan teknologi elektrokimia dengan inovatif eksklusif yang termaju dan pertama di dunia yang mana 100% menggunakan bahan mentah iaitu air, tanpa bahan tambahan seperti bahan kimia atau ubat pengawet.


Dengan teknologi ini, molekul air dapat dielolisis menjadi Reactive Oxygen Species (ROS) iaitu sanitizer dalam masa 15 minit sahaja! Teknologi ELECLEAN dapat menghapuskan sehingga 99.9% semua jenis bakteria dan virus. Paling penting, ianya tidak beracun pada kulit dan selamat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang ada masalah kulit sensitif dan anak-anak eczema, sangat sesuai gunakan sanitizer seperti ELECLEAN Disinfectant Device.


Kebaikan ELECLEAN Disinfectant Device

1. Eleclean ini merupakan teknologi canggih pertama di dunia yang mampu menukar air menjadi sanitizer dan mempunyai lebih daripada 34 paten. Teknologi canggih ini sepenuhnya dimiliki oleh Eleclean secara ekslusif dan merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai teknologi canggih ini.



2. Sanitizer yang selamat, tidak menggunakan alkohol, tidak menggunakan bahan kimia, tanpa bahan pengawet dan juga tanpa penstabil dalam menghasilkan sanitiser. Ini bermakna tiada toksik dan sisa kimia yang tertinggal pada kulit apabila kita menggunakan Eleclean Disinfectant Device ini. Apa yang diperlukan hanyalah air bersih, aktifkan peranti, tunggu selama 15 minit dan sanitizer selamat untuk digunakan!



3. Lebih membanggakan, ELECLEAN telah diiktiraf dan juga telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah Pertubuhan Kesihatan Sedunia / World Health Organization (WHO)yang telah menyenaraikan ELECLEAN sebagai teknologi inovasi dalam usaha global menentang Covid-19. Sanitizer ELECLEAN juga berkesan membunuh 99.9% virus dan bakteria bahaya lain seperti H1N1, E.coli dan lain-lain. 




4. Oleh kerana sanitizer ini dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia dan alkohol, maka ianya sangat selamat digunakan pada kulit manusia, terutamanya mereka yang mempunyai bayi dan anak yang baru lahir atau mereka yang mempunyai kulit sensitif. ELECLEAN tidak merengsa dan tidak berbahaya pada kulit dan mata serta diluluskan SGS. Selain itu, ianya senang nak dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan juga ringan. Mak-mak confirm jatuh cinta dengan sanitizer ni. 



Senang je nak buat sanitizer sendiri! Cuma masukkan Activated Carrier yang yelah disediakan serta 2 cup kecil air kedalam device, tunggun 15 minit dan kemudian dah siap dan selamat digunakan!




5. Yaya paling suka dengan fungsi dan kelebihannya yang mesra alam! ELECLEAN dikelaskan sebagai peralatan elektrik rumah yang boleh digunakan untuk bertahun-tahun dan paling penting ianya selamat untuk pelbagai usia! Oleh itu, dengan peranti ELECLEAN, kita semua boleh mengurangkan penggunaan botol sanitizer pakai buang dan juga menjimatkan duit dari beli sanitizer selalu. Kiranya macam one-off gitu! Boleh guna sampai bila-bila hihi ;)


Kalau korang nak beli ELECLEAN Disinfectant Device ni, jangan lupa gunakan kan Promo Code YAYA15% untuk penjimatan dan diskaun sebanyak 15%!


Untuk maklumat lanjut :






Terima kasih sudi baca