Feb 13, 2018

GoodKredit Malaysia | Kini lebih mudah untuk berbelanja!




Hai korang! Pernah dengar tentang GoodKredit? Kalau nak tahu, GoodKredit adalah platform mudah alih yang memudahkan kita membuat transaksi tanpa tunai. Ianya juga merangkumi tawaran istimewa, baucer dan juga sebagai medium pinjaman untuk membantu kita apabila melalui keadaan atau fasa yang sukar untuk berbelanja barang keperluan.


Menariknya, lepas ni korang tak perlu risau lagi bila tertingal dompet di rumah semasa keluar membeli-belah dan juga makan di restoran bersama yang tersayang hihi. Cuma download GoodKredit atau dompet mudah alih yang membolehkan kita membuat transaksi tanpa tunai pada bila-bila masa, di mana sahaja! 


Psst.. Bukan itu sahaja tau! GK juga memberi akses untuk bantuan tunai yang cepat dan mudah pada masa-masa yang diperlukan. Contohnya, bila hujung bulan dan gaji tak masuk lagi, haa time ni la korang boleh gunakan GK untuk beli barang keperluan dapur dan sebagainya ;)



Caranya mudah sahaja. Korang cuma perlu download aplikasi GoodKredit di Google PlayStore di http://bit.ly/goodkredit. Yaya pun dah download aplikasi GoodKredit di smartphone Yaya tau! Untuk masa sekarang, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Android sahaja. Bagi pengguna ios, bawa bertenang sebab korang juga boleh akses tak lama lagi! Wee :D





Yeayy Yaya juga dah ada akaun GoodKredit! Lagi best untuk pengguna yang memuat turun aplikasi ini sekarang, korang akan dapat angpow 8 mata atau kredit secara automatik! Dompet GK boleh di top up menggunakan Jompay. Lepas ni lebih mudah dan selamat bila guna sistem cashless macam ni. Tak adalah risau nak bawa duit banyak-banyak bila keluar berjalan. 


Bagaimana cara bayaran apabila ingin berbelanja?

STEP 1 : Buka aplikasi GoodKredit apabila anda mahu untuk membuat pembayaran di mana-mana "GK Merchants" atau peniaga GK

STEP 2 : Pilih untuk membayar mengikut Kod QR dan scan sahaja Merchant QR Code 

STEP 3 : Teruskan dan sahkan transaksi anda. Merchant atau peniaga akan mengesahkan pembayaran telah dibuat. Settle! :D






GOODKREDIT PROSPERITY!

Mulai 08 sehingga 15 Februari 2018, 3 pengguna akan dipilih setiap hari untuk memenangi GK 888 angpow. Kredit ini akan segera ke aplikasi pengguna yang memenangi angpow itu. Cuma pada masa ini hanya untuk pengguna Android sahaja ya dan semua pengguna baru akan mendapat GK 8 Angpow macam Yaya wee! Kalau nak terpilih sebagai pemenang, jangan lupa download GoodKredit di smartphone korang okay! Lagi best, terus topup GK korang menggunakan JomPay. 


Selain itu, kalau nak tahu semua aplikasi pinjaman GoodKredit cuma dikenakan interest 8% sahaja per annum mulai 8hb sehingga 28 Februari! Memang rendah sangat tau! So untuk pertanyaan dan makluman yang lebih lanjut, korang boleh email ke help@goodkredit.it


Jom tengok video ringkas GoodKredit dibawah untuk meningkatkan lagi pemahaman korang tentang GoodKredit.


Google Playstore : http://bit.ly/goodkredit


Terima kasih sudi baca



Feb 12, 2018

Shopee : Carian Online Shopping Paling Top Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina


KUALA LUMPUR, 12 FEB 2018 - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:

Pakaian Wanita, Mobil & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:
Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. 


Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

#WangWithShopee

Jan 20, 2018

Tasneem Naturel Balm Untuk Bayi dan Keluarga



Hai korang! Musim hujan baru-baru ni sejuk betul kan? Dalam masa yang sama macam musim demam juga bagi anak-anak kecil. Dahlia haritu demam panas Allahu Yaya sebagai ibu memang tersangat risau la kalau boleh setiap 1 minit nak pantau suhu dia. Sekarang Alhamdulillah dah sihat kembali ceria anak solehah Dahlia Safiya. Sejak dah 7 bulan lebih ni macam-macam perangai bijak dia buat. Yang terbaru lepas demam ni dia dah macam seriau taknak makan ubat. Kalau dulu bukan main suka sekarang ni meronta-ronta minta lepas ^^' Kita ni risau kalau demam dia tak kebah atau selesema dia makin teruk haa tapi nak tahu tak Yaya syukur sangat Dahlia tak kena selesema yang sampai susah dia nak bernafas tu. Alhamdulillah.


Time ni masa Dahlia demam nak tumbuh gigi tu yang muka dia takdak mood ala cian anak ibu. Mostly Yaya perasan kalau baby demam mesti dia dapat selesema sekali. Yaya paling risau kalau Dahlia kena selesema teruk sebab baby ni tak pandai hembus hingus macam kita so Yaya takut hingus tu nanti jadi kahak dan buat dia susah nak bernafas dan tidur dengan selesa. Yaya ada baca pasal Tasneem Naturel Balm sebelum ni so selepas dah tahu kebaikannya memang Yaya teruja nak sapukan pada Dahlia.

Balm Tasneem Naturel ini mempunyai 4 jenis iaitu :
  1. CoughFlu Time 
  2. Tummy Time 
  3. Calm Time
  4. Sleep Time
Kesemua jenis balm ini menggunakan ramuan unik dengan fungsi tertentu. Yang penting bagi Yaya selain ada kelulusan KKM, ianya bebas dari kandungan kimia yang berbahaya dan tiada campuran SLS atau Paraben yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit bayi yang halus mulus.

Antara kandungan dan khasiat utama Tasneem Naturel Balm ialah Beeswax, Shea Butter, Minyak Kelapa Dara dan juga Essential Oil atau pati minyak.

Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.

Shea butter
Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.
Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.

Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Nature. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.
Minyak kelapa sangat lembut dan halus dalam merawat kulit bayi. Malah ia mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kulit anak anda seperti ekzema, kulit melecet dan kulit kering. Ia juga bagus diletakkan di rambut.

Minyak Pati / Essential Oil
Kekuatan produk Balm Tasneem Nature ini adalah pada Essential Oil yang digunakannya. Essential Oil yang digunakan adalah daripada Young Living. Antara produk yang berkualiti tinggi ketika ini dalam menyembuhkan penyakit dan mengatasi masalah-masalah tertentu secara semulajadi.

CoughFlu Time
  • Membantu mengurangkan selesema dan mencairkan kahak
  • Membantu melegakan asthma dan pernafasan
  • Melegakan demam dan selesema

Kandungan yang terdapat dalam CF-RUB ini ialah euclyptus oil, cypress, tea tree dan lemon. Yaya suka dengan baunya yang lembut dan mesra dengan hidung bayi.

Cara Guna : Sapukan sedikit pada batang hidung, laluan tulang belakang badan, laluan tekak, dada dan tapak kaki.




Tummy Time 

  • Membantu membuang angin di dalam perut
  • Membantu melegakan perut bayi yang kembung atau sebu
  • Melega dan melancarkan sembelit atau bayi yang sukar membuang air besar
  • Orang dewasa / kanak-kanak yang mempunyai masalah sakit perut

Antara ramuan yang terdapat pada Tummy Time balm ialah Fennel, Ginger, Wild Mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Juniper. Selain dari sesuai bagi bayi, orang dewasa juga boleh menggunakan balm ini. Yaya pun tumpang sekaki kalau perut rasa tak sedap hihi :p

Cara guna : Sapukan pada tapak kaki dan juga pada perut bayi dengan urutan ‘love’



Calm Time

  • Memberi keselesaan kepada bayi
  • Menenangkan bayi yang meragam/menangis/tantrum
  • Melegakan keletihan dan tekanan

Antara kandungan Calm Time ialah Lavender, Naval Orange, Marjoram, Targerine, Geranium, Frankinsense, Bargamot. Balm ini menjadikan anak kita lebih tenang dan ceria serta kurang meragam atau menangis. Ibu-ibu yang berdepan dengan masalah anak yang sedang beralih bulan dan meraganmboleh cuba balm calm time ya!

Cara Guna : Sapukan di laluan tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan.



Sleep Time

  • Membantu bayi tidur mudah tidur dan juga tidur lena 
  • Menjadikan anak bangun tidur dengan mood ceria
  • Meningkatkan kualiti tidur bayi 

Ianya mengandungi ramuan Cedar, Vetiyer, Roman Chamomile, Sweet Orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang Ylang. Kesemua bahan ini berupaya membantu bayi untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti di malam hari.

Cara guna : Sapu di nadi belakang telinga, tapak kaki, laluan tulang belakang dan juga pergelangan tangan.


Jujurnya Yaya suka dengan Tasneem Naturel Balm yang comel ini dan mudah dibawa kemana-mana. Paling penting ianya sangat mesra dengan kulit bayi dan tidak melekit. Teksturnya yang mudah meresap dengan baik menjadikan Yaya terus jatuh cinta dan sememangnya akan terus menggunakan Tasneem Naturel Balm selepas ini. Kalau korang berminat nak beli, boleh beli dengan harga promosi yang sedang berlangsung sekarang iaitu cuma RM49 untuk sebotol Tasneem Naturel Balm. Kalau beli 4 botol, boleh dapat harga lagi murah tau. Jangan lupa dapatkan okay! Memang berbaloi sangat ^_^


Bila dah masuk 7 bulan ni kadang2 Dahlia tidur malam tak lena asyik2 terjaga. So sekarang sebelum tidur kena sapu Sleep Time balm @tasneemnaturel dulu baru ibu ayah boleh lena sekali๐Ÿ˜‚✌๐Ÿป๐Ÿ’• . Yang bestnya, balm Tasneem Naturel ni menggunakan bahan semulajadi dan sesuai digunakan dari sekecil bayi sehingga orang dewasa kerana ianya : . ๐Ÿ‘‰๐ŸปFree Paraben ๐Ÿ‘‰๐ŸปFree SLS ๐Ÿ‘‰๐ŸปKKM approved . @tasneemnaturel mempunyai 4 jenis balm iaitu : . 1. Sleep Time - Untuk anak yang mempunyai masalah tidur tak lena 2. Calm Time - Untuk anak yang tantrum, kerap menangis 3. T-Rub - Untuk menangani masalah kembung, sembelit, sakit perut 4. CF-Rub - Untuk demam, batuk dan selesema . So yang mana pilihan korang?๐Ÿ˜˜✌๐Ÿป . #tasneemnaturel #tasneembabybalm #tasneemnaturelhq #parentingblogger #malaysianblogger #yayanatsumi
A post shared by Malaysian Blogger (@yayanatsumi)



Untuk maklumat lanjut :

Instagram: @tasneemnaturel

Alamat : 15-1, Jalan Putra Kajang, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor

No Tel: 011-20964665 / 010-8453469




Terima kasih sudi baca

Jan 17, 2018

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy
-->