Dec 13, 2018

Mari Belajar Mengawal Ekzema bersama Dr. Kartini Farah Rahim

Hai ibu dan bapa penyayang atau ada diantara ahli keluarga tersayang yang mempunyai masalah ekzema. Mereka yang pernah menjaga baby yang ada masalah ekzema sahaja yang tahu betapa peritnya perasaan apabila melihat sekujur tubuh kecil yang tak berdaya menahan gatal dari menggaru kawasan ekzema di anggota badan. Pengalaman Yaya menjaga Dahlia yang mempunyai ekzema seawal 44 hari selepas pantang iaitu selepas Yaya mula makan udang. Hahaha Yaya tak tahu kenapa Yaya rasa udang adalah penyebab utama ekzema Dahlia mula naik. Sebab sebelum tu memang Yaya berpantang makan dan Dahlia cuma direct breastfeeding sahaja tanpa campuran susu lain. Atau mungkin perasaan Yaya sahaja?


Masa tu ada yang kata ruam susu, ruam panas dan macam-macam lagilah. Bila ada yang kata Dahlia mungkin ada eczema, bersungguh-sungguh Yaya nafikan dan minda Yaya memang tak mahu dan taknak terima kenyataan kalau Dahlia ada eczema. Ibu mana yang tak sedih bila melihat bayi pertama kesayangan ada masalah kulit seperti eczema?


Yaya mula banyakkan membaca tentang eczema sejak dari tu. Yaya mula pantang makan segala jenis seafood, ayam, daging walaupun kadang-kala terbabas juga dan andai termakan jenis makanan tadi, Dahlia lah yang menjadi mangsa :( Kita sedih sangat ok sampai Yaya pun menangis sebab nak pastikan Dahlia sentiasa di bedung kalau tak dia garu muka dia T_T Kat bawah ni antara gambar kenangan yang masih ada dalam hp Yaya sekarang. Bila tengok balik gambar Dahlia masa kecil ya Allah memang rasa sebak sebab dapat tempuhi episod tu sampailah ekzema Dahlia mulai berkurangan.




Nampak macam biasa tapi gundah gulana hati Yaya ni bila pipi Dahlia mula merah dan meradang. Ada gambar yang luka eczema Dahlia sangat teruk sehingga berair dan hanyir baunya tapi Yaya simpan dalam pendrive tak ingat mana satu huhu 



Termasuk di bahagian tangan dan kaki. 


Keluar jalan pun pakai baju lengan panjang sebab kalau Dahlia garu atleast tak direct dengan luka eczema :')


I love you baby

Untuk pengetahuan semua, time tu Yaya memang join group mak mak yang sama-sama struggle jaga anak eczema. Kebanyakan mereka memang terapkan kaedah rawatan secara semulajadi. Macam-macam jenis produk berunsur organik Yaya beli. Tapi mungkin eczema Dahlia jenis tak makan saman haha (nangis dalam hati). Akhirnya klimaks dari segala rawatan yang tak juga makin elok, Yaya nekad bawa Dahlia jumpa pakar kulit dan doktor sahkan yang Dahlia ada mild eczema. 


Yang pasal udang tu? Doktor gelak je dia kata bukan sebab udang. Mungkin dari keturunan, ibu ayah yang ada sejarah asma, resdung dan alahan. Shawn ada resdung sikit mungkin tu juga salah satu faktor. Tapi Yaya masih bersyukur sebab eczema Dahlia masih ditahap yang terkawal. Alhamdulillah dengan segala ubat krim (yang sesuai untuk baby) eczema Dahlia mula menampakkan perubahan positif sehingga hari ini.


Bagi Yaya, masa tu tak ada pendedahan khusus untuk ibu baru seperti Yaya yang ada anak eczema. Kalau andai kata ada kelas mengenai cara mengawal ekzema mesti Yaya orang pertama yang pergi sekurang-kurangnya Dahlia dapat jalani rawatan yang betul dari awal dan lebih cepat sembuh dari awal.


Panjang betul mukadimah tadi ek? Hahaha :p Nak share dengan korang haritu Yaya hadir ke Talk Mari Belajar Mengawal Ekzema bersama Dr. Kartini Farah Rahim yang merupakan Pakar Dermatologi yang kini bertugas di Hospital Avisena Shah Alam. Cantik sangat doktor Kartini ni aduhai *girl crush kejap. Masa mula-mula dapat tahu tentang talk ni Yaya memang excited nak pergi sebab nak tahu betul ke takleh pakai steroid etc? Dah tu kenapa steroid untuk rawatan kulit wujud kalau bahaya? Macam mana penjagaan ekzema yang betul? Ibu yang breastfeeding kena pantang segala jenis makanan ke?


Berita baik untuk semua, Dr. Kartini bagi tahu, 60% anak eczema menjalani kehidupan normal selepas meningkat remaja jika mereka mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat serta dengan penjagaan yang betul dari kecil. Masa ni memang semua muka ibu bapa bersinar-sinar penuh harapan :')


Atopik ekzema adalah ekzema yang paling lazim. Antara punca dan pencetus ekzema ialah :
  • Peluh
  • Udara kering
  • Hama rumah
  • Bulu haiwan
  • Debunga
  • Bakteria dan virus
  • Pemakanan (telur, gandum, susu lembu, soya, kekacang, makanan laut dll)




Tips Kurang Atau Cegah Ekzema Secara Semulajadi
  1. Mandi dan bersihkan badan secepat mungkin sekiranya terdedah kepada situasi yang boleh menyebabkan Ekzema.
  2. Selepas mandi, sapu badan dengan bahan semulajadi seperti tea tree oil, calendula dan echinacea. Pastikan tea tree oil dicairkan terlebih dahulu.
  3. Pastikan bahan sapuan yang digunakan itu selamat dan tidak berkuman.
  4. Sebelum bersih bilik/rumah yang berhabuk, guna kain basah yang sudah dicelup Kloroks supaya kuman akan mati dan habuk tidak bertebangan.
  5. Jika menggunakan vacuum cleaner, pasti bahagian yang keluarkan udara panas ditutup dengan kain basah. Atau guna sahaja vacuum cleaner yang menggunakan air.


Tips Kurangkan Ketidakselesaan Ekzema Pada Anak:
  1. Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  2. Elakkan mandi air panas/suam.
  3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  5. Elakkan dari fabrik yang kasar.
  6. Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  8. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Untuk ibu-ibu yang tak pasti anak alah kepada makanan jenis apa, boleh buat food diary seperti contoh yang diberi oleh Dr. Kartini Farah Rahim ini. Food diary ini akan membantu ibu bapa mengenal pasti alahan anak mereka dengan lebih mendalam dan tepat. Elakkan makanan yang mungkin menyebabkan alahan kepada anak kita. Macam Dahlia Yaya hampir yakin yang dia alah gandum terutama roti sebab ada gluten. Bila dia makan walaupun pada umur sekarang, terus naik gatal-gatal kat pipi dia. Sejak tu memang tak bagi dia roti. Biskut pun beli yang jenama mesra baby atau jenis vegetarian.




Cara menggunakan krim untuk sapuan juga diajar ketika seminar ini.



Jom kita belajar serba sedikit Teknik Mengawal Ekzema jenis kering terutama dari segi cara mandian dan juga pemakaian pelembap.

1. Cara Mandian
Mandi menggunakan bahan pencuci yang tidak berbuih. Jangan menggunakan sabun. Lepas mandi, tekapkan tuala bersih perlahan-lahan dan bukan mengelap dengan cara menggosok. Tekap sahaja ok!


2. Cara Pemakaian Pelembap selepas mandi
Selepas lap secara tekap, lumurkan pelembap diseluruh anggota badan. Pastikan anggota badan masih basah-basah lembap kerana ia lebih mudah diratakan.




Salah seorang ibu yang memakaikan pelembap kepada anak tersayang. Comel anak dia gebu je geram! ^_^


Ni antara jenis pelembap yang selamat digunakan mengikut keserasian masing-masing. Dahlia serasi pakai sabun mandi dan pelembap sebamed, cetaphil baby, himalaya baby, little innoscents dan beberapa jenis lagi. Yaya mula pakaikan sabun mandian lepas luka ekzema Dahlia pulih sepenuhnya.




Air ni boleh di beli di farmasi sebagai ganti air garam bagi melembapkan eczema yang kering dan mencuci bagi melegakan eczema yang basah sebelum sapuan krim.



3. Cara pilih pelembap
Untuk kulit yang sangat kering, pakaikan pelembap yang lebih tahan lama iaitu yang jenis ointment

Formula pelembap untuk ketahanan yang lebih lama:

Air -> Lotion -> Cream -> Ointment - > Vaseline

Pemilihan pelembap ini juga bergantung pada :
- Tahap kekeringan kulit
- Cuaca persekitaran
- Kesesuaian bayi
- Kos dan kemampuan


So ini yang ditunggu-tunggu. Yaya tahu ramai mak-mak mula meloncat omak kaw aku taknak sapu steroid kat anak haku please no! Yes korang. Yaya juga macam korang dulu. Tapi Yaya sampai dah kering air mata tengok Dahlia tak sembuh-sembuh juga akhirnya jumpa juga doktor pakar kulit and of course la dia bagi krim steroid kan?


Untuk pengetahuan semua, steroid adalah selamat bila korang gunakan dalam kuantiti yang betul dan dengan ilmu yang betul.


Di seminar ini, Dr. Kartini Farah Rahim juga mengajar cara mengenal pasti steroid yang sesuai untuk jenis umur. Haa time ni baru terbuka mata Yaya yang ada jenis steroid yang selamat digunakan untuk bayi dengan syarat kita arif dalam penggunaanya.


So korang boleh baca kan info dalam kertas tu? Untuk baby yang paling sesuai ialah kandungan steroid yang Sangat Rendah iaitu kandungan Hydrocortisone 0.5% or 1% bagi lotion/cream/oitment. Sebab tu bila kita beli apa-apa ubat please baca dulu ingredients dia samada selamat atau tidak untuk kegunaan baby kita.


Kalau kita tengok ingredients krim ini ialah Clobetasol Propionate. Haa pi check dalam kertas tu dia yang mana? Alah malas la tu nak check meh Yaya cakap yang kandungannya ialah Ultra Tinggi yang mana hanya sesuai untuk kegunaan orang dewasa sahaja dengan keadaan eczema yang sangat teruk. Kat baby is a big no okay!


Krim steroid yang sesuai untuk baby haruslah dipakai nipis-nipis. Banyakkan pelembap bagi memastikan kulit baby tidak kering. (Krim steroid dan pelembap yang dilumur adalah dua jenis yang berbeza).


Kesan sampingan steroid jika pemakaian secara melampau dan tidak mengikut piawaian. Ibaratnya, apa-apa pun yang berlebihan akan memudaratkan betul tak? Jadi tuntutlah ilmu dan gunakan akal secara berhemah.


Ini adalah ubat jenis non steroid yang boleh digunakan selepas luka eczema hampir pulih dan ianya berfungsi untuk melindungi dari kehadiran eczema kembali. Tapi harganya mahaiiii


4. Cara memastikan pelembap kekal lama
Lepas lumurkan pelembap, tutup dengan ointment


Tips : 
  1. Untuk ekzema basah, gunakan lotion / KMNO4
  2. Untuk ekzema kering, gunakan pelembap krim/minyak
  3. Untuk ekzema tebal, gunakan pelembap minyak


Pernah dengar fungsi wet wrap bagi melegakan eczema dan mengurangkan jari anak dari direct menggaru?

5. Pembalut  fabrik elastik (wet wrap)
Lumurkan pelembap, sapu ointment dan guna wet wrap. Tahan selama 4 jam.

Kebaikan wet wrap
- Menyejuk dan melegakan keradangan pada kulit
- Meningkatkan kelembapan pada kulit
- Mengurangkan gatal dan menghalang dari menggaru

Jom tengok cara yang betul pemakaian wet wrap

  1. Pakaikan pelembap pada anggota badan
  2. Ukur stoking dengan ukuran dua kali ganda panjang
  3. Basahkan setengah permukaan stoking
  4. Masukkan permukaan yang basah dahulu dan sambungkan baki panjang tadi menjadi dua lapis


Boleh cari kat farmasi atau Shopee :p Pastikan ukuran dahulu ya.



Antara tips lain untuk mengurangkan kegatalan ekzema.


Anak yang ada masalah eczema ni kebanyakan mereka akan kurang keyakinan diri dan sentiasa tantrum atau tak selesa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ibu bapa kena selalu positif dan sentiasa bagi galakan pada anak mereka. Yang penting, dengan usaha dan doa insyaAllah ibu bapa semua akan berjaya menempuhi episod ini :')

Ingat!
  • Ekzema boleh dikawal dengan baik
  • Ekzema TIDAK berjangkit
  • Berjumpa dengan doktor pakar kulit




Kalau ada Talk yang seterusnya, Yaya menyeru semua ibu bapa yang nak tahu lebih lanjut, daftarkan diri dan sedut ilmu dari Dr. Kartini Farah Rahim ni. Banyak ilmu baru yang Yaya pelajari hasil dari sesi perkongsian ini. Boleh tengok di IG @yayanatsumi Yaya ada simpan story Eczema Talk sebagai highlight semasa talk ini. Boleh la kalau nak tahu sikit-sikit lagi kan. Nak lagi best korang pergi juga tau! Shawn sendiri sebagai doktor pun turut sama belajar sesuatu yang baru dan dia puji seminar ni memang bagus. Semoga anak-anak kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit dan membesar dengan sihat. Aamiin ya rabb ^_^

Untuk maklumat lanjut :

Website : https://avisena.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/AvisenaSpecialist/


Terima kasih sudi baca


3 comments:

  1. Terima kasih atas ilmunya Yaya. Sangat2 berguna sebab memang tak tau nak rujuk ke mana lagi. Me n my baby both ada mild eczema. Belajar nak kawal pun dari support group di FB. Kadang-kadang kesian juga sedangkan kita yang dewasa pun tak tahan, inikan pula baby. Thanks again and I'll share this at FB.

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat bagus! Thanks yaya!

    ReplyDelete
  3. NOORLAILATULRUMZANI BINTI AZIR11:59 AM

    terima kasih ats perkongsian yg diberikan. Sangat2 berguna.

    ReplyDelete