Sep 13, 2017

Membeli belah barangan bayi di Babydash.com.my




Pernah dengar mengenai laman web babydash.com.my? Rasanya ramai dah tahu kewujudannya. Maklumlah sekarang ni semua orang lebih suka membeli barang keperluan mereka secara dalam talian sahaja. Teknologi di hujung jari. Yaya sendiri pun kebanyakannya membeli barang keperluan Dahlia secara online je sebab nak pergi kedai barangan baby bukannya dekat lepas tu tak semua barang yang kita nak ada dalam sebuah kedai sahaja. Teruja juga bila Babydash menyediakan platform untuk ibu bapa bagi memudahkan kami mencari barangan keperluan si kecil.


Babydash menawarkan pelbagai barangan keperluan ibu dan juga bayi mereka. Dari pilihan lampin, makanan formula, barangan menyusu, produk mandian, permainan yang berbentuk ilmiah, pakaian dan pelbagai lagi terdapat di lawan web Babydash. Babydash juga mempunyai komuniti keibubapaan yang sentiasa menjalankan aktivit seperti ceramah konsultasi bagi ibu yang menyusu, ceramah berkonsep keibubapaan dan pelbagai lagi. Bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli Babydash, mereka juga secara automatik akan mendapat poin percuma apabila mereka login, membuat pembelian, membuat review dan poin atau mata itu boleh digunakan sebagai diskaun untuk pembelian yang seterusnya!





Memang rambang mata sungguh apabila menerjah ke laman web Babydash ini. Yaya boleh leka sampai berejam sebab seronok tengok barang keperluan yang ada disini. Pendek kata, kesemua barangan keperluan bayi dan ibu boleh didapati di laman web Babydash.


Yaya telah dijemput untuk melawat ke warehouse Babydash yang bertempat di Petaling Jaya. Babydash yang telah mula bertapak sejak 6 tahun lalu menawarkan pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi pada harga yang sangat berpatutan. Untuk pengetahuan, pada setiap hari rabu, kita boleh membida barangan di Babydash pada harga yang sangat berbaloi.


Yaya telah melihat sendiri ruangan stok barang di warehouse Babydash. Kesemua barang ditempatkan di rak mengikut spesifikasi masing-masing. Adoi rasa nak cekau je semua bestnya lahai bila melihat sendiri kebanyakan barangan keperluan bayi. Kebetulan Dahlia baru 3 bulan lagilah Yaya teruja bila tengok kesemua barangan bayi ni.


Disini juga terdapat staf yang sudi memberi nasihat dan pendapat tentang pilihan barangan yang Yaya perlukan. Kami diberi masa 10min untuk membeli belah barangan yang kami inginkan. Sambil-sambil tu kami boleh melihat barangan yang terdapat di laman web Babydash sambil dibantu oleh staf Babydash. Seronok betul pengalaman berada di warehouse Babydash ni hihi.




Taraa! Ini pilihan barangan yang Yaya beli masa ni. Jumlah kesemuanya lebih dari RM250. Yaya beli wipe tissue Drypers serius best gila wipe tissue ni lembut je, baby safe bath net dan juga baby food processor jenama Autumz. Seronok pula dapat beli baby food processor tu pada harga runtuh. Tak sabar nak buat pelbagai menu puree dan bubur untuk Dahlia Safiya nanti ^_^


Antara aktiviti semasa lawatan ke warehouse Babydash. Terhibur sungguh semua dengan keletah badut ni. Hihi


Ni kalau Dahlia dah besar seronoknya mesti dia buat lagi sepah hahaha. Comel sangat anak Fadzi Razak dan anak Kak Diya Nadia :)


Ketika aktiviti lucky draw dijalankan. Gigih iols tunggu rupanya iols tak dapat nombor lucky draw masa daftar hahahaha! Tapi thank you Kak Diya yang bagi hadiah lucky draw dia berupa rompers baby kat Yaya. Irreviuuuu < 3 Haa korang jangan lupa dapatkan barangan keperluan dan penjagaan bayi di Babydash tau! Selamat rambang mata :p


Untuk maklumat lanjut :

Website : https://www.babydash.com.my/
Facebook : Babydash
Instagram : @babydash.com.m




Terima kasih sudi baca

Sep 11, 2017

Femilac Milkbooster bercirikan makanan sunnah dan semulajadi




Penghasilan susu ibu yang konsisten sememangnya sangat penting untuk si bayi. Yaya sendiri risau sungguh kalau susu untuk anak solehah Dahlia Safiya tak cukup. Macam-macam cara Yaya buat bagi memastikan susu sentiasa mencukupi untuk dak tecik tu contohnya makan banyak :p Selain itu, setiap ibu juga harus minum banyak air bagi membolehkan badan kita memproses dan membekalkan susu ibu untuk si anak.


Yaya perasan kan, kalau Yaya makan kurma, madu atau kismis, fuhh melimpah limpah susu badan. Tapi tulah, nak disiplinkan diri untuk sentiasa amalkan makanan sunnah ni Yaya selalu terlupa. Kadang-kadang dah kenyang makan nasi lemak pastu terus malas nak mengunyah pelbagai makanan lagi sehinggalah perut lapar balik, nasi juga Yaya cari.


Maka dengan itu, FEMILAC MILKBOOSTER#tibetibebengkak telah mengeluarkan supplement milk booster mereka yang bercirikan makanan sunnah untuk memudahkan ibu menyusu yang sentiasa ingin memberikan khasiat yang terbaik untuk bayi mereka. Gabungan seperti kurma, susu kambing, madu, habbatus saudda, kismis dan lain-lain telah di satukan dalam satu tablet.


FEMILAC MILKBOOSTER#tibetibebengkak yang merupakan milkbooster berbentuk tablet produk keluaran saudara islam ini berupaya untuk memberi sepenuh kebaikan dalam penambahan susu ibu. Ianya jauh lebih berkhasiat dengan penggunaan bahan sunnah yang terbukti bagus untuk pemakanan ibu yang sedang menyusukan anak mereka. 


Antara bahan sunnah yang terkandung dalam satu tablet ialah susu kambing, madu, kurma dan habbastusauda manakala bahan semulajadi yang sememangnya berupaya menambah susu ibu itu ialah spirulina, fenugreek, alfafa dan kacang soya.


Dengan adanya FEMILAC MILKBOOSTER#tibetibebengkak, ibu tidak perlu bersusah payah lagi untuk menyediakan setiap satu makanan yang disebutkan. Cuma ambil 2 biji setiap hari iaitu 1 biji di waktu pagi dan 1 biji di waktu malam. Ibu hanya perlu kunyah sahaja okay. FEMILAC MILKBOOSTER#tibetibebengkak juga mempunyai kandungan Vitamin C yang boleh mencerahkan kulit ibu dan anak.


Pastikan ibu sentiasa minum air yang banyak bagi memudahkan proses penghasilan susu dan juga sentiasa set kan di dalam minda untuk memberi yang terbaik kepada anak. Susu ibu sememangnya sangat mempengaruhi emosi si ibu dan kalau ibu stress susu juga akan berkurangan. FEMILAC MILKBOOSTER#tibetibebengkak boleh diambil samada sebelum atau selepas makan kerana ianya bukan ubat tetapi ianya adalah makanan tambahan untuk merangsang pengeluaran susu ibu #tibetibebengkak gitu hihi. Penyediaan yang mudah juga membolehkan FEMILAC MILKBOOSTER#tibetibebengkak ini mudah dibawa kemana sahaja. 


Antara testimoni dari pengguna FEMILAC MILKBOOSTER#tibetibebengkak



Jom LIKE PAGE dan FOLLOW instagram (FEEDMILK) untuk maklumat lanjut :)
FACEBOOK :  Femilac HQ
INTAGRAM : @femilac
Website    : www.feedmilk.com .

ALAMAT BOUTIQUE : Feedmilk Boutique - H50-1, 
Jalan Serai Wangi, M16/M,
Alam Avenue 2, 40200,  Shah Alam. 

BUKA :SELASA-AHAD  ( 11.00 AM - 8.00 PM )
Waze : Feedmilk Boutique 

Alamat Hq: FEEDMILK BOUTIQUE SDN. BHD. (1160172-U) 
No 9A Tingkat 1,Jalan Keluli AK7/AK 
Seksyen 7,40 000,Shah Alam,Selangor

HOTLINE HQ : 03-33626516 
                            

Terima kasih sudi baca

Sep 8, 2017

Kawal Kolestrol, Tekanan Darah dan Gula Dalam Darah Dengan Air STEM



Hai korang! Siapa kat sini ada masalah kolestrol, darah tinggi, diabetes dan seangkatannya? Tak ada? Check balik ada tak ibu bapa kita mempunyai salah satu penyakit di atas? Ada? Fuhh apa kata korang suruh mak ayah korang cuba Air Minuman STEM ni. Yang bestnya, macam tak percaya pula bacaan tekanan darah Yaya boleh turun dalam masa 30 minit sahaja :O Yaya sendiri dah cuba dan keputusan bagi ujian tekanan darah Yaya. Nak tengok? Takpe nanti scroll bawah okay!


Air Minuman STEM yang Yaya sebutkan tadi sebenarnya trend yang dibawa dari Europe yang mana masyarakat disana lebih suka menggunakan natural medicine dalam mengubati penyakit yang mereka hadapi. Telah mula bertapak di Malaysia sejak 2015, Air Minuman STEM telah mendapat ribuan testimoni dari pesakit mereka yang sangat berpuas hati dengan penggunaan teknologi unik Wave Energy Water ini. 

Air Minuman STEM mengandungi 1732 kod tenaga teraputik dan melalui pelbagai proses sebelum diluluskan oleh badan-badan yang berkuasa terutamanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Telah diserapkan dengan kadar oksigen yang tinggi, mempunyai saiz molekul yang halus, kapasiti redox yang tinggi, kebersihan dan kesuciannya terjaga serta pengalkaliannya juga melalui proses ionisasi demi memastikan air minuman STEM ini sentiasa di tahap yang berkualiti tinggi.


Jom lihat testimoni daripada mereka yang telah mencuba Air Minuman STEM

Ujian Keberkesanan High Blood Pressure - 30 min 

Ujian Keberkesanan Mengawal Gula Dalam Darah - 30 min


Ujian Keberkesanan Diabetes - 30 min


Ujian Keberkesanan Kolestrol - 60 min


Ujian Keberkesanan yang pelbagai ini telah dijalankan di seluruh negeri di Malaysia dan juga di luar negara. Yaya sendiri telah mencuba tahap keberkesanan Air Minuman STEM ini kepada diri sendiri. Mula-mula nervous juga tah ye ke tak kan tapi tulah tak kenal maka tak cinta. Jom tengok testimoni Yaya pula hihi.


Doktor akan mengambil sampel darah kita terlebih dahulu di hujung jari sebelum membuat ujian.


*ala macam kena gigit semut je kahkah*


Fuhh apak tinggi weh tekanan darah Yaya ni. 8.5 !! Maklumlah sebelum tu dah pekena roti canai 2 keping dengan barli suam :p


Paling tinggi antara orang lain hahaha omg. Selepas bacaan sebelum ujian diambil, Yaya minum segelas air STEM dan menunggu untuk tempoh 30 minit.


Sementara tu, kami diberi penerangan oleh Doktor Zahari tentang permasalahan penyakit yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Orang muda pun dah dapat sakit macam-macam. Ish ish. Beliau juga menunjukkan pelbagai testimoni yang telah beliau jalankan ketika di luar negara. 


Selepas cukup tempoh 30 minit, sampel darah Yaya diambil semula untuk memeriksa keberkesanannya setelah Yaya minum Air Minuman STEM ini.


Taraa! Dah turun bacaan tekanan darah Yaya kepada 5.3 (but still tinggi daripada orang lain hahahah). Yang pasti, memang terbukti berkesan la lepas Yaya minum Air Minuman STEM ni. 

Mana nak dapatkan Air Minuman STEM ini?

Korang boleh dapatkan di pasaraya besar dan juga farmasi yang mengambil bahagian.

Berapa harga sebotol?

Harga asal untuk sebotol besar ialah RM90 tapi sekarang ada promosi sebotol cuma berharga RM50 sahaja.

Nak test minum free boleh tak?

BOLEH! Kebetulan mereka akan adakan KEMPEN MALAYSIA SIHAT pada 16 SEPTEMBER 2017 nanti. So bolehlah korang nak minum free siap boleh buat ujian keberkesanan secara percuma tau. YES! Secara percuma! Jangan lupa bawa ibu ayah kakak abang yang ada masalah seperti yang Yaya sebutkan di atas dan check sendiri tahap kesihatan korang okay! 


Lagi best, kalau bacaan korang tak turun, korang boleh dapat RM200 sebagai jaminan! Fuhh. So jangan lupa join okay! Rugi kalau tak join. Cepat daftarkan diri di nombor yang tertera sebab tempat adalah terhad. In sya Allah mereka cuma berikhtiar dalam membantu menyelesaikan permasalahan kesihatan korang. Call / whatsapp 018-2696161 untuk pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut. Nak lagi bagus, save as poster diatas dan sebarkan kebaikan dalam group family korang :)



Terima kasih sudi baca

Sep 6, 2017

Amante Wellness Beauty l Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment



Hai korang! Seronok tak dapat cuti panjang tempoh hari? Bukan main sakan beraya ye hihi mesti banyak makan daging kan? Cuba check kat perut dengan peha tu entah-entah dah bertambah seinci opsss Yaya saja je menyakat :p Bukan apa sejak lepas bersalinkan anak bertuah Dahlia Safiya tu, Yaya perasan yang Yaya ada masalah buncit sedikit dan juga masalah strecth mark di bahagian peha hmm dok fikir juga nak guna produk apa lagi sebab dah macam-macam krim parut Yaya tenyeh tapi tak hilang juga.


Kebetulan ada kawan perkenalkan kat Yaya dengan Amante Wellness Beauty yang sememangnya cukup dikenali dan mempunyai beberapa buah cawangan di sekitar Lembah Klang. Yaya pun apa lagi terus buat appoinment di cawangan mereka yang bertempat di USJ Taipan. Dengar kata cawangan disini baru dibuka dan diberikan nafas dan konsep baharu. Teruja pulak Yaya nak pergi ke cawangan ni. Tapi sebelum tu, Yaya nak ingatkan kat korang kawasan disini memang sibuk tau. Prefer untuk korang gunakan perkhidmatan Uber atau Grab. Hihi


Nampak tak rawatan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment dekat flyers tu? Haa Yaya nak buat rawatan tulah. Kedatangan Yaya disambut dengan baik oleh staf mereka. In fact, semua staf disini sangat baik dan peramah. Yaya yang nervous ni pun jadi seronok dan tak sabar nak buat rawatan yang dah ditempah.


Tapi sebelum tu jom Yaya tunjukkan kepada korang sekitar ruang dalaman Amante Wellness Beauty Center ini. Untuk makluman, pusat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan juga perempuan. So, jangan risau kalau muslimah semua nak pergi kesini. Takkan bercampur dengan lelaki. Lagi best kan, ada bilik untuk mereka yang hadir bersama pasangan dan korang boleh dapatkan rawatan di bilik yang sama.








Terdapat beberapa buah bilik yang mana setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi yang bersesuaian untuk rawatan yang akan dijalankan. Sampai sahaja di spa, korang akan diberikan tuala, serkup rambut dan juga seluar dalam pakai buang. Memang kena tanggalkan semua pakaian termasuk barangan kemas bagi memudahkan proses yang akan dijalankan oleh pakar terapi disini. Barangan peribadi akan terjaga dengan baik sebab rawatan akan dijalankan di bilik yang sama juga. 


Kebaikan Amante’s Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment ialah :

- Detoksifikasi kulit
- Membantu mengurangkan berat badan dan juga memberi kesan langsing
- Mengurangkan Selulit dan Air yang berlebihan
- Memulihkan dan membaiki keadaan kulit 
- Memberi kesan tona kulit yang lebih baik dan menambah keserian kulit
- Meningkatkan kelancaran perjalanan darah di dalam badan
- Meningkatkan kadar metabolik pada kulit


Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai servis dan rawatan yang ditawarkan tau! Harganya pula memang sangat berbaloi untuk mereka yang mementingkan kualiti dan juga hasil yang tip top. Ada rawatan penjagaan badan, rawatan kulit muka, waxing dan juga lain-lain. Yaya pun terkejut harga untuk setiap servis boleh dianggap sederhana dan tidak terlalu mahal untuk spa yang begitu ekslusif ini.


Untuk mereka yang membawa teman atau ahli keluarga sementara menjalani proses rawatan, mereka yang hadir boleh menunggu di ruangan menunggu yang disediakan. Memang sangat luas dan selesa!





Nak tahu tak? Hanya selepas 1 kali rawatan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment, perut Yaya dah rasa tak buncit macam kebiasaan. Terasa lebih tegang dan firm gitu. Lagi best, strecth mark yang Yaya ada juga semakin pudar. Huwaaa sukanya! Yaya ada bagitahu dekat pakar terapi yang Yaya ni lenguh bahu (maklumlah bila kita breastfeeding anak ni kan) so dia urutkan bahu Yaya ni sampai tak lenguh dan rasa ringan sangat badan! Bukan nak puji ke apa tapi layanan pakar terapi dari Kak Emelda memang sangat terbaik dan terpuji. Yaya suggest kalau korang nak kesini, sila booking appoinment dengan Kak Emelda okay! Beliau juga sangat peramah dan berpengalaman tau. Kita pun tak rasa kekok bila bersembang dengan beliau.


Inilah Kak Emelda tu. Cantik kan dia. Cuba teka umur dia berapa? Mesti korang tak percaya hehe


*Feeling sangat hahaha*


Yaya memang recommend sangat untuk korang cuba sendiri rawatan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty ni. Memang terasa kelainannya tau. Seluruh badan terutama bahagian punggung Yaya rasa tegang je hihi :p. Memang terbaik alatan yang digunakan semasa proses rawatan ini. Berbaloi sangat Yaya tadah badan dibawah lampu yang agak panas suam dalam proses pembakaran lemak di bahagian perut dan juga peha tu. Serum yang disapu diseluruh badan kita juga akan diserap dan bertahan dalam masa 24 jam. Untuk mereka yang mempunyai masalah selulit, boleh sangat reward diri sendiri dan cuba rawatan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment ni. Luangkan masa 90 minit untuk manjakan diri selepas penat berkerja. Cantik untuk diri sendiri apa salahnya kan? ;)


Secara jujur, Yaya memang sangat berpuas hati dengan layanan, servis dan rawatan yang diberi. Tak sabar nak datang lagi untuk rawatan yang lain pula. Mungkin lepas ni kita boleh cuba rawatan spa di cawangan Amante Wellness Beauty yang lain? Hihi


Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @amantewellnessbeauty
Customer Careline : 012-3769911
Alamat : USJ Taipan Outlet
1st Floor, No.14, Jalan USJ 10/1,
47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
(Above Guardian)
Waktu Berkerja: (Selasa – Ahad) 10am – 8pm Cuti Hari Isnin


Nak pergi cawangan Amante Spa yang lain? Boleh rujuk dibawah ye :) 


   PJ @ Jaya One
Lot 007 & 009,Level P1
The School @ Jaya One,
72A, Jalan Universiti, 46200
Petaling Jaya,Selangor.
Tel No: 03 - 5879 9954 / 012 – 678 3722
11.00am - 09.00pm
Bangsar @ Telawi
28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm

Kepong @ Metro Perdana
61A, Jln Metro Perdana Barat 2,
Taman Usahawan, Kepong Utara,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 6259 0884
10.00am - 08.00pm
Puchong @ Bandar Puteri
1st Flr, No 22-1,
Jalan Puteri 1/2.
Tel No: 03 – 8062 2652
11.00am - 09.00pm
Mont Kiara @ Solaris
1st and 2nd floor
No.17-1, Jalan Solaris 4,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 – 6203 0221
11.00am - 09.00pm
PJ @ Aman Suria
No. C-G-5, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria, 47100
Petaling Jaya,
Selangor.

Tel : 03 - 7803 4664
11.00am - 09.00pm



Terima kasih sudi baca