Jul 27, 2017

Against24 Rubber Duck & Power Panda | Dapatkan Hanya di Watsons



Hai semua! Hari ni bagi chance kat Yaya jadi kanak-kanak ribena sekejap boleh? Bukan apa, Yaya teruja gila dengan karakter comel Against24 Rubber Duck dan Power Panda yang telah dilancarkan pada 25 Julai 2017 lepas di Sunny Ducky Baby Spa & Gym. Produk rangkaian mandian baharu dari Against24 kini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh Malaysia.


Kalau nak tahu, Against24 merupakan jenama mandian yang top-selling di Taiwan, China dan juga Hong Kong tau! Menariknya, Against24 menawarkan produk yang bebas alkohol, bebas bahan pengawet dan juga bebas buih yang mana ianya tetap mengekalkan perlindungan 99.99% anti bakteria yang sangat selamat, efektif dan sesuai digunakan seisi keluarga. Yang bestnya, ia menggunakan bahan organik APG yang disahkan oleh ECOCERT EU.


Sebelum tu, nak jamu mata korang dengan kecomelan pemanis mulut yang diolah menjadi Duck dan juga Panda. Comel sangat sampai Yaya tak sampai hati nak makan tau tapi sedap sangat aduhai kita pun makanlah jugak T_T




Semua yang Duck, semua sedap! Sebab ada unsur jagung hee nyumsss


Untuk Rubber Duck, ianya terbahagi kepada 4 jenis  produk iaitu :

Against Rubber Duck Bodywash 1000ml (RM25.90)
Mengandungi pelbagai bahan botanikal seperti Peony, Bodhi, Chrysanthemum, Marsh Mallow dan juga campuran hyaluronic acid dan ekstrak aloevera. Memberikan kelembapan secara menyeluruh dan juga sesuai untuk semua jenis kulit baik lelaki mahupun perempuan. 


Against Rubber Duck Handwash 300ml (RM15.90)
Sabun cucian tangan yang sangat lembut dan wangi ini dilengkapkan dengan formula anti bakteria yang mana akan melindungi tangan anda dari kuman yang tidak dapat dilihat. Yang penting, ianya menggunakan formula bebas alkohol dan juga bebas tricolsan.


Against Rubber Duck BabyBath 1000ml (RM29.90)
Keutamaan kepada bayi dan juga kanak-kanak, Against Rubber Duck Babybath ini sangat sesuai digunakan kepada mereka kerana ianya mempunyai kandungan PH yang sangat memadai untuk kulit bayi dan juga kanak-kanak. Diformulakan dengan Hyaluronic acid dan juga ekstrak aloevera, ianya berfungsi untuk melindungi kulit lembut mereka dari kekeringan, ruam merah mahupun ketegangan selepas mandi. 


Against Rubber Duck Baby Shampoo 650ml (RM29.90)
Menggunakan bahan protein premium dari gandum yang berasal dari Europe yang mana ianya berfungsi untuk melembutkan rambut bayi dan juga memberikan kesegaran selepas cucian. Against Rubber Duck Baby Shampoo juga mengelakkan rambut bayi rosak dari akar dan membuatkan ianya kekal lembut dan rambut bayi akan tumbuh secara sihat. Mengandungi ekstrak palm oil, coconut oil, sweet almond dan juga avocado oil yang mana ianya juga sesuai digunakan oleh orang dewasa.




Untuk Power Panda pula, ianya turut mempunyai 4 jenis produk iaitu :

Against Power Panda Body Wash 1000ml (RM25.90)
Mengandungi pelbagai bahan botanikal seperti Peony, Bodhi, Chrysanthemum, Marsh Mallow dan juga campuran hyaluronic acid dan ekstrak aloevera. Memberikan kelembapan secara menyeluruh kepada seluruh anggota badan dan sangat sesuai digunakan seisi keluarga. 

Against Power Panda Handwash 300ml (RM15.90)
Sabun cucian tangan yang sangat lembut dan wangi ini dilengkapkan dengan formula anti bakteria yang mana akan melindungi tangan anda dari kuman yang tidak dapat dilihat. Ianya menggunakan formula bebas alkohol dan juga bebas tricolsan. Yaya dapat hadiah Against Power Panda Body Wash semasa main game memancing itik. Hihi. Yang penting, lindungi kebersihan tangan anda dengan handwash dari Against24 okay!

Against Power Panda Babybath 650ml (RM29.90)
Menggunakan ekstrak Bambusa Vulgaris, ianya membantu untuk memberikan lembapan kepada kulit dan meningkatkan perlindungan diri dari bakteria. Kandungan bahan organik APG yang telah disahkan oleh ECOCERT telah digabungkan dengan 4 jenis bahan lain yang mesra dengan kulit seperti palm oil, coconut oil, sweet almond dan juga avocado oil untuk memastikan kulit sentiasa bersih, lembut dan sihat.

Against Power Panda Baby Shampoo 650ml ((RM29.90)
Keunikan bahan polyphenols dari daun buluh memberikan kebersihan secara menyeluruh kepada kulit kepala bayi. Rumusan yang tidak memedihkan mata ini sangat mesra kepada bayi dan kanak-kanak. Ianya juga mengandungi ekstrak palm oil, coconut oil, sweet almond dan juga avocado oil yang mesra dengan kulit kepala dan tidak akan menimbulkan kesan ruam atau kekeringan kepada kulit kepala bayi.


Meskipun Against24 Rubber Duck dan Power Panda mempunyai rangkaian mereka yang berlainan jenis dan fungsinya, tetapi setiap satu jenis Against24 Rubber Duck dan Power Panda mempunyai kelainan mereka yang tersendiri. Unik kan? Dari syampoo, handwash, babybath dan bodywash, setiap satu jenis mempunyai bau wangi dan lembut yang tersendiri tak kira samada ianya Rubber Duck ataupun Power Panda. Yang pasti, semua produk Against24 telah dipatenkan dengan formula SDC Ag+ yang merupakan agen anti bakteria yang paling selamat dan juga ringan dan lembut kepada kulit.


Ketika Duck Fishing Game. Kalau 1 point dapat tisu tetapi kalau lebih 2 point kita boleh pilih samada nak Handwash Rubber Duck atau Power Panda. Sempat Yaya main game sebelum pelancaran bermula. Hihi


Yeayy Yaya dapat 2 point! Yaya pilih Handwash Power Panda walaupun confuse sebab Handwash Rubber Duck pun comel dan wangi sangat. Nampak tak kolam renang untuk bayi tu? Excited Yaya nak bawa Dahlia ke sini nanti hihi.


Venessa Heng yang merupakan Head of Key Account of Against24 memberikan gambaran tentang keunikan produk rangkaian mandi Rubber Duck dan Power Panda dari Against24.


Sesi perkongsian dan demo dari Yann Lim yang merupakan Product Specialist dan juga pengguna produk Against24.


Ketika sesi pelancaran dari Danny Hoh (Customer Director, Watsons Malaysia), Caryn Loh (General Manager (Country Head), Watsons Malaysia) dan juga Lee Joyce (Marketing Director of Against24) bersama produk Against24 Rubber Duck & Power Panda.

Kalau nak tahu bagaimana gambaran di Sunny Ducky Baby Spa & Gym, terus scroll okay :) 


Ada mini gym untuk kanak-kanak disini. Yaya pun rasa nak terjun je dalam kolam bola tu :D


Comel hensem sangatlah Adam anak Kak Ruby ni hee :*


Bergambar bersama rakan blogger. Tak sabar nak tunggu Liz dan Kak Ayue bersalin < 3


(tak boleh move on tengok dessert comel-comel tu lagi)


Tak sabar nak datang lagi ke Sunny Ducky Baby Spa & Gym dan bawa Dahlia kesini. Tunggu baby 3-4 bulan nanti okay :)


Dalam beg goodies Yaya ada Against Rubber Duck Bodywash dan juga Against Rubber Duck Baby Bathing. Against Power Panda Handwash pula Yaya dapat masa main game memancing itik. Yang pasti, semuanya mempunyai bau yang sangat lembut dan wangi. Jangan lupa dapatkan produk Against24 Rubber Duck & Power Panda di cawangan Watsons berhampiran ^_^


Dahlia Safiya pun suka tau! < 3


Untuk maklumat lanjut :

Facebook page : Against24 Duck & Panda
Facebook page : Watsons Malaysia

Website :


#Against24
#WatsonsMalaysia




Terima kasih sudi baca

Jul 22, 2017

Keropok Mony | Menangi Sehingga RM1400 dengan Peraduan Mony Creative Contest




Siapa pernah dengar lagu Keropok Mony? Mesti terngiang-ngiang lagu tu dalam kepala korang kan? Hee teringat zaman kanak-kanak dulu kalau dengar perkataan Keropok Mony ni. Dari dulu sampai sekarang memang wajib ada keropok Mony ni kat rumah Yaya samada dimakan begitu selepas digoreng ataupun dimakan bersama nasi dan dicicah bersama sos cili.


Kerangupan Keropok Mony memang tak dapat disangkal lagi. Nak goreng pun mudah dan sekejap sahaja! Sesuai sangat dihidang ketika rumah terbuka dalam musim raya ni sebagai kudap-kudapan ketika bersembang hihi. Lagi best kalau minum petang tu digabung bersama teh o panas. Memang layan! :D


Pilihan Yaya dari dulu? Haruslah Sipcy Vege dan juga Prawn! Nyum nyum! Memang sedap dan rangup! Ingat lagi masa mengandung haritu teringin sangat nak makan yang Spicy Vege tapi susahnya nak cari di Temerloh. At last, ibu Yaya beli dari KL dan bawa ke Temerloh masa melawat kami disana. Fuhh Yaya dengan Shawn layan gila makan dengan nasi panas. Krup krap gitu.

Jom Yaya kenalkan dengan variasi Keropok Mony keluaran Mony Crackers ni

Sari Udang
Sari Ikan
Ceriping Pedas
Bawang Tersanjung
Bawang Bibir


Keropok Mony memang mudah didapati samada di pasaraya besar seperti Giant, Mydin, Econsave, NSK, UO dan lain-lain. Produk keluaran Mony Crackers yang telah mula dikeluarkan sejak tahun 2009 ini mula mendapat tempat dihati kebanyakan ibu-ibu kerana penyediaanya yang mudah dan juga lebih berkhasiat daripada makanan ringan lain. Keropok Mony dihasilkan dengan mengunakan resepi tradisi dan menggunakan teknik yang moden untuk memastikan ia berkualiti baik. Sesuai dengan tagline "Rangup Nyer" , Keropok Mony memang sedap dan boleh dimakan oleh semua golongan. Yang penting, dijamin Halal ^_^



Sedapnya bila dimakan bersama nasi goreng! Hihi favorite Yaya sangat ni :p


Menangi Sehingga RM1400 dengan Peraduan Mony Creative Contest


Istimewa untuk peminat Keropok Mony, sambil-sambil korang makan Keropok Mony tu apa kata korang buat video atau bergambar dengan aksi yang paling kreatif bersama Keropok Mony. Mana tahu ada rezeki boleh menang hadiah lumayan yang berjumlah sehingga RM1400! :D

Cara-caranya? Mudah sahaja!

1. Pastikan korang "Like" page rasmi Keropok Mony.

2. Selepas Like page, sila Like post INI dan Share dekat Facebook anda.

3. Hasilkan gambar atau video mengenai Keropok Mony - Selfie bersama Keropok Mony, Video goreng Keropok Mony dan sebagainya.

Jangan Lupa muat naik Gambar / Video anda bersama hashtag #monycrackers #monychallange #monycreativecontest . Ini WAJIB ya!


*Untuk gambar di Facebook korang kena tag Facebook  : Indani Utama 

Contest bermula pada 17 Julai 2017 sehingga 31 Julai 2017
Pemenang akan dihubungi melalui 'Direct Message'.



Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Keropok Mony
Instagram : @monycrackers.my






Terima kasih sudi baca

Jul 21, 2017

Street Churros | National Churros Eating Championship



Siapa ada bakat boleh makan banyak dalam satu masa? Kalau awak orangnya, wajiblah awak semua join pertandingan makan Churros yang diadakan oleh Street Churros! Mana tahu ada rezeki menang, boleh makan Churros selama setahun secara percuma tau! :O


Korang kalau belum pernah rasa Street Churros, boleh baca entri review Yaya pasal menu-menu yang terdapat di Street Churros kat SINI. Serius memang sedap gila dengan menu mereka yang pelbagai. Kawan Yaya baca entri Yaya yang ni terus dia ajak suami dengan anak-anak dia makan Street Churros lepas tu hihi


Pada 15 Julai 2017 lepas, Yaya berkesempatan untuk menyaksikan 1st round bagi National Churros Eating Championship yang diadakan di Berjaya Times Square. Kalau korang pergi Times Square, lokasinya berada di LG okay. Masa Yaya sampai Yaya tengok semua peserta tengah bersedia sebelum pertandingan bermula. Mana taknya, pertandingan ini melibatkan 50 batang Churros iaitu 20 perisa cinnamon , 20 chocolate dan 10 lagi perisa cheese yang perlu dihabiskan dalam masa 15 minit bagi setiap kumpulan. Jika 50 batang Churros tadi habis sebelum masa tamat, mereka akan topup lagi Churros kerana setiap 1 Churros mewakili 1 mata. Selain itu juga, terdapat kategori "Man of The Match" bagi peserta yang happening ketika pertandingan berlangsung.


Staf di Street Churros semua bertungkus lumus menyiapkan Churros sebelum pertandingan berlangsung.

Jom Yaya kenalkan dengan 3 team yang terpilih untuk 1st round National Churros Eating Championship ni. Siapalah agaknya yang akan ke final kan? Hehe


Team Budget Good Good


Team Legends Of Food


Team Sisterhood


Semua muka dah ready sebelum pertandingan. Agaknya diorang puasa sehari sebelum pertandingan makan ni tak? :p


50 batang Churros pun dah bersedia. On your mark, get set, GO!!





Memang gamat sungguh suasana masa ni. Orang yang lalu lalang semua berhenti nak tengok battle makan Churros diantara 3 team yang berentap. Banyak adengan lucu sewaktu pertandingan berlangsung. Hihi


So siapa yang menang? Tettt! Masa 15 minit dah tamat!


Juri sedang mengira Churros yang berjaya dihabiskan oleh setiap kumpulan.


Pemenang bagi 1st round National Churros Eating Championship ialah Team Budget Good Good dengan markah sebanyak 21 mata dan berjaya membawa pulang RM200 Street Churros Gift Voucher + RM100 Softfree Cash Voucher. Bagi kategori "Man of the Match" juga turut dimenangi oleh anggota kumpulan ini iaitu Mohd Abd Rahim Abu Bakar yang mendapat kipas dan juga botol Street Churros limited edition yang sangat cantik. Tahniah!






Siapa pula pemenang untuk 2nd round dan seterusnya nanti untuk melayakkan diri ke Final? Korang nak try nasib juga mana tahu ada rezeki sambil makan Churros percuma? Boleh join dengan mengisi details di SINI


Locations of Preliminary Rounds:
1) Street Churros @ Berjaya Times Square       
- 3pm, 15th of July 2017 
(Submit application by 9th of July 2017)

2) Street Churros @ 1 Utama     
 - 3pm, 22nd July 2017 
(Submit application by 16th of July 2017)

3) Street Churros @ Empire Shopping Gallery, Subang                                                                        
 -3pm, 29th July 2017 
(Submit application by 23rd of July 2017)

4) Street Churros @ IOI City Mall, Putrajaya     
- 3pm, 5th August 2017 
(Submit application by 30th of July 2017)

5) Street Churros @ MyTOWN Shopping Centre, Cheras                                                                                  
 - 3pm, 12th August 2017 
(Submit application by 6th of August 2017)

6) Street Churros @ Sky Avenue, Genting Highlands      
 - 3pm, 19th August 2017 
(Submit application by 13th of August 2017)


GRAND FINALS:
LOCATION: STREET CHURROS @ BERJAYA TIMES SQUARE
DATE : 16TH SEPTEMBER 2017
TIME : 3PM


Please note of the closing dates of the submission of application above. Late applications will not be entertained.

Please contact Ms Izzati: 017-4905098 or Ms Choco: 018-6699290 for any inquiries.

You may be the 1st National Churros Eating Competition Winner, Good luck and JOM CHURROS with us!

Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram :

Terima kasih sudi baca