Jul 27, 2017

Against24 Rubber Duck & Power Panda | Dapatkan Hanya di Watsons



Hai semua! Hari ni bagi chance kat Yaya jadi kanak-kanak ribena sekejap boleh? Bukan apa, Yaya teruja gila dengan karakter comel Against24 Rubber Duck dan Power Panda yang telah dilancarkan pada 25 Julai 2017 lepas di Sunny Ducky Baby Spa & Gym. Produk rangkaian mandian baharu dari Against24 kini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh Malaysia.


Kalau nak tahu, Against24 merupakan jenama mandian yang top-selling di Taiwan, China dan juga Hong Kong tau! Menariknya, Against24 menawarkan produk yang bebas alkohol, bebas bahan pengawet dan juga bebas buih yang mana ianya tetap mengekalkan perlindungan 99.99% anti bakteria yang sangat selamat, efektif dan sesuai digunakan seisi keluarga. Yang bestnya, ia menggunakan bahan organik APG yang disahkan oleh ECOCERT EU.


Sebelum tu, nak jamu mata korang dengan kecomelan pemanis mulut yang diolah menjadi Duck dan juga Panda. Comel sangat sampai Yaya tak sampai hati nak makan tau tapi sedap sangat aduhai kita pun makanlah jugak T_T




Semua yang Duck, semua sedap! Sebab ada unsur jagung hee nyumsss


Untuk Rubber Duck, ianya terbahagi kepada 4 jenis  produk iaitu :

Against Rubber Duck Bodywash 1000ml (RM25.90)
Mengandungi pelbagai bahan botanikal seperti Peony, Bodhi, Chrysanthemum, Marsh Mallow dan juga campuran hyaluronic acid dan ekstrak aloevera. Memberikan kelembapan secara menyeluruh dan juga sesuai untuk semua jenis kulit baik lelaki mahupun perempuan. 


Against Rubber Duck Handwash 300ml (RM15.90)
Sabun cucian tangan yang sangat lembut dan wangi ini dilengkapkan dengan formula anti bakteria yang mana akan melindungi tangan anda dari kuman yang tidak dapat dilihat. Yang penting, ianya menggunakan formula bebas alkohol dan juga bebas tricolsan.


Against Rubber Duck BabyBath 1000ml (RM29.90)
Keutamaan kepada bayi dan juga kanak-kanak, Against Rubber Duck Babybath ini sangat sesuai digunakan kepada mereka kerana ianya mempunyai kandungan PH yang sangat memadai untuk kulit bayi dan juga kanak-kanak. Diformulakan dengan Hyaluronic acid dan juga ekstrak aloevera, ianya berfungsi untuk melindungi kulit lembut mereka dari kekeringan, ruam merah mahupun ketegangan selepas mandi. 


Against Rubber Duck Baby Shampoo 650ml (RM29.90)
Menggunakan bahan protein premium dari gandum yang berasal dari Europe yang mana ianya berfungsi untuk melembutkan rambut bayi dan juga memberikan kesegaran selepas cucian. Against Rubber Duck Baby Shampoo juga mengelakkan rambut bayi rosak dari akar dan membuatkan ianya kekal lembut dan rambut bayi akan tumbuh secara sihat. Mengandungi ekstrak palm oil, coconut oil, sweet almond dan juga avocado oil yang mana ianya juga sesuai digunakan oleh orang dewasa.




Untuk Power Panda pula, ianya turut mempunyai 4 jenis produk iaitu :

Against Power Panda Body Wash 1000ml (RM25.90)
Mengandungi pelbagai bahan botanikal seperti Peony, Bodhi, Chrysanthemum, Marsh Mallow dan juga campuran hyaluronic acid dan ekstrak aloevera. Memberikan kelembapan secara menyeluruh kepada seluruh anggota badan dan sangat sesuai digunakan seisi keluarga. 

Against Power Panda Handwash 300ml (RM15.90)
Sabun cucian tangan yang sangat lembut dan wangi ini dilengkapkan dengan formula anti bakteria yang mana akan melindungi tangan anda dari kuman yang tidak dapat dilihat. Ianya menggunakan formula bebas alkohol dan juga bebas tricolsan. Yaya dapat hadiah Against Power Panda Body Wash semasa main game memancing itik. Hihi. Yang penting, lindungi kebersihan tangan anda dengan handwash dari Against24 okay!

Against Power Panda Babybath 650ml (RM29.90)
Menggunakan ekstrak Bambusa Vulgaris, ianya membantu untuk memberikan lembapan kepada kulit dan meningkatkan perlindungan diri dari bakteria. Kandungan bahan organik APG yang telah disahkan oleh ECOCERT telah digabungkan dengan 4 jenis bahan lain yang mesra dengan kulit seperti palm oil, coconut oil, sweet almond dan juga avocado oil untuk memastikan kulit sentiasa bersih, lembut dan sihat.

Against Power Panda Baby Shampoo 650ml ((RM29.90)
Keunikan bahan polyphenols dari daun buluh memberikan kebersihan secara menyeluruh kepada kulit kepala bayi. Rumusan yang tidak memedihkan mata ini sangat mesra kepada bayi dan kanak-kanak. Ianya juga mengandungi ekstrak palm oil, coconut oil, sweet almond dan juga avocado oil yang mesra dengan kulit kepala dan tidak akan menimbulkan kesan ruam atau kekeringan kepada kulit kepala bayi.


Meskipun Against24 Rubber Duck dan Power Panda mempunyai rangkaian mereka yang berlainan jenis dan fungsinya, tetapi setiap satu jenis Against24 Rubber Duck dan Power Panda mempunyai kelainan mereka yang tersendiri. Unik kan? Dari syampoo, handwash, babybath dan bodywash, setiap satu jenis mempunyai bau wangi dan lembut yang tersendiri tak kira samada ianya Rubber Duck ataupun Power Panda. Yang pasti, semua produk Against24 telah dipatenkan dengan formula SDC Ag+ yang merupakan agen anti bakteria yang paling selamat dan juga ringan dan lembut kepada kulit.


Ketika Duck Fishing Game. Kalau 1 point dapat tisu tetapi kalau lebih 2 point kita boleh pilih samada nak Handwash Rubber Duck atau Power Panda. Sempat Yaya main game sebelum pelancaran bermula. Hihi


Yeayy Yaya dapat 2 point! Yaya pilih Handwash Power Panda walaupun confuse sebab Handwash Rubber Duck pun comel dan wangi sangat. Nampak tak kolam renang untuk bayi tu? Excited Yaya nak bawa Dahlia ke sini nanti hihi.


Venessa Heng yang merupakan Head of Key Account of Against24 memberikan gambaran tentang keunikan produk rangkaian mandi Rubber Duck dan Power Panda dari Against24.


Sesi perkongsian dan demo dari Yann Lim yang merupakan Product Specialist dan juga pengguna produk Against24.


Ketika sesi pelancaran dari Danny Hoh (Customer Director, Watsons Malaysia), Caryn Loh (General Manager (Country Head), Watsons Malaysia) dan juga Lee Joyce (Marketing Director of Against24) bersama produk Against24 Rubber Duck & Power Panda.

Kalau nak tahu bagaimana gambaran di Sunny Ducky Baby Spa & Gym, terus scroll okay :) 


Ada mini gym untuk kanak-kanak disini. Yaya pun rasa nak terjun je dalam kolam bola tu :D


Comel hensem sangatlah Adam anak Kak Ruby ni hee :*


Bergambar bersama rakan blogger. Tak sabar nak tunggu Liz dan Kak Ayue bersalin < 3


(tak boleh move on tengok dessert comel-comel tu lagi)


Tak sabar nak datang lagi ke Sunny Ducky Baby Spa & Gym dan bawa Dahlia kesini. Tunggu baby 3-4 bulan nanti okay :)


Dalam beg goodies Yaya ada Against Rubber Duck Bodywash dan juga Against Rubber Duck Baby Bathing. Against Power Panda Handwash pula Yaya dapat masa main game memancing itik. Yang pasti, semuanya mempunyai bau yang sangat lembut dan wangi. Jangan lupa dapatkan produk Against24 Rubber Duck & Power Panda di cawangan Watsons berhampiran ^_^


Dahlia Safiya pun suka tau! < 3


Untuk maklumat lanjut :

Facebook page : Against24 Duck & Panda
Facebook page : Watsons Malaysia

Website :


#Against24
#WatsonsMalaysia




Terima kasih sudi baca

34 comments:

  1. Banyaknya itikkkkkk...

    Anak-anak mesti suka bila dapat benda ini.

    ReplyDelete
  2. Menariknya botol panda tue, harga produk pun berpatutan

    ReplyDelete
  3. Ala kita suka yang botol pandan tu comel sangat hehehehe. Wangi tak kalau boleh nak juga guna hehehehe..

    ReplyDelete
  4. comelnyeeee!! memang sesuai utk baby comel awak tu..yang penting selamat digunakan..

    ReplyDelete
  5. Kanak-kanak mesti suka produk ni sbb rekaan botolnya cute sgt. Kku kita pun suka apa lagi kanak2 kan ?

    ReplyDelete
  6. comelnya semua! nampak masa Sherry, kak Ayue upload kat IG pun MasyaAllah geram je tgk semua benda..hahaha!

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh cutenye duck duck tu

    ReplyDelete
  8. nak try cari nanti .. comelll botol tu hahaha

    ReplyDelete
  9. Alahaii..kenapalah cute sangat semua tu..ni yang nak dapatkan jugak

    ReplyDelete
  10. I love the Panda packaging. So cute And will grab one of it.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah comelnyaa.... Ni bukan budak2 je suka. Mak budk pon suka. Hehehe harga pun berpatutan boleh ni beli

    ReplyDelete
  12. We take utmost care when it comes to our baby. Will check if the products are available in my area.

    ReplyDelete
  13. Comelnya warna kuning. Ceria ja..

    ReplyDelete
  14. Thats a cute buy! Good to know that there are products which are safe for babies!

    ReplyDelete
  15. Alaaa tomei la yg duck tuuu

    ReplyDelete
  16. I love the products at Watsons. Anything got to do with ducks and pandas is so cute. Cheers!!

    ReplyDelete
  17. So cute sangat.. all those products and food...I pun teringin nak

    ReplyDelete
  18. Cute sangat produk ni. Tapi yang paling cute seketul Dahlia Safiya tu ☺

    ReplyDelete
  19. it was a very fun event with the duckie ya.... Racheal

    ReplyDelete
  20. Ya Auloh... comeynye Dahlia kena bungkus gitu. Meh sini bagi geget sket pipi tu!

    ReplyDelete
  21. Comelnya anaknya...
    Mama Ee suka corak botolnya yang bertajuk kartoon.
    Mesti anak anak suka mandi dengannya.

    ReplyDelete
  22. Comeinya.. Produk pun best. Saya memang suka yang organik2 nih.

    ReplyDelete
  23. Bestnya spa tu, comel je. Dekorasi pon cantik. Tadi check address, dekat sangat dengan rumah. In future boleh bawak baby datang sini, hehehehe

    Dahlia pon suka, alahai comelnya. hehehe

    ReplyDelete
  24. Cute weh , rasa nak je kumpul semua hahah

    ReplyDelete
  25. Comelnya Dahlia! Kena buli jadi prop ya.. hihihi. Salma nak produk panda! Comellll

    ReplyDelete
  26. I am completely sold with these rubber ducky products. However it is sad that it is not available here in Manila.

    ReplyDelete
  27. Love the products because the packaging is so cute and price wise it's really affordable!

    ReplyDelete
  28. Cantiknya semua rubber duck Tu. Mak budak pun suka juga ni

    ReplyDelete
  29. This is such a cute theme with matching desserts! I love the Panda products and plan to buy them!

    ReplyDelete
  30. The collection is super cute!! I can't believe is for body shower use =) Definitely will check it out!

    ReplyDelete
  31. Omggg i think adult pun boleh pakaikan? I love all their packaging, nak gi Watsons beli juga.

    ReplyDelete
  32. Packaging dia tu cantik

    ReplyDelete
  33. Comel sangat Duck n Panda tu. Macam menarik ja produk2 selamat mcm ni. Boleh usha2 kat Watsons ni :)

    ReplyDelete