Jul 21, 2017

Street Churros | National Churros Eating Championship



Siapa ada bakat boleh makan banyak dalam satu masa? Kalau awak orangnya, wajiblah awak semua join pertandingan makan Churros yang diadakan oleh Street Churros! Mana tahu ada rezeki menang, boleh makan Churros selama setahun secara percuma tau! :O


Korang kalau belum pernah rasa Street Churros, boleh baca entri review Yaya pasal menu-menu yang terdapat di Street Churros kat SINI. Serius memang sedap gila dengan menu mereka yang pelbagai. Kawan Yaya baca entri Yaya yang ni terus dia ajak suami dengan anak-anak dia makan Street Churros lepas tu hihi


Pada 15 Julai 2017 lepas, Yaya berkesempatan untuk menyaksikan 1st round bagi National Churros Eating Championship yang diadakan di Berjaya Times Square. Kalau korang pergi Times Square, lokasinya berada di LG okay. Masa Yaya sampai Yaya tengok semua peserta tengah bersedia sebelum pertandingan bermula. Mana taknya, pertandingan ini melibatkan 50 batang Churros iaitu 20 perisa cinnamon , 20 chocolate dan 10 lagi perisa cheese yang perlu dihabiskan dalam masa 15 minit bagi setiap kumpulan. Jika 50 batang Churros tadi habis sebelum masa tamat, mereka akan topup lagi Churros kerana setiap 1 Churros mewakili 1 mata. Selain itu juga, terdapat kategori "Man of The Match" bagi peserta yang happening ketika pertandingan berlangsung.


Staf di Street Churros semua bertungkus lumus menyiapkan Churros sebelum pertandingan berlangsung.

Jom Yaya kenalkan dengan 3 team yang terpilih untuk 1st round National Churros Eating Championship ni. Siapalah agaknya yang akan ke final kan? Hehe


Team Budget Good Good


Team Legends Of Food


Team Sisterhood


Semua muka dah ready sebelum pertandingan. Agaknya diorang puasa sehari sebelum pertandingan makan ni tak? :p


50 batang Churros pun dah bersedia. On your mark, get set, GO!!





Memang gamat sungguh suasana masa ni. Orang yang lalu lalang semua berhenti nak tengok battle makan Churros diantara 3 team yang berentap. Banyak adengan lucu sewaktu pertandingan berlangsung. Hihi


So siapa yang menang? Tettt! Masa 15 minit dah tamat!


Juri sedang mengira Churros yang berjaya dihabiskan oleh setiap kumpulan.


Pemenang bagi 1st round National Churros Eating Championship ialah Team Budget Good Good dengan markah sebanyak 21 mata dan berjaya membawa pulang RM200 Street Churros Gift Voucher + RM100 Softfree Cash Voucher. Bagi kategori "Man of the Match" juga turut dimenangi oleh anggota kumpulan ini iaitu Mohd Abd Rahim Abu Bakar yang mendapat kipas dan juga botol Street Churros limited edition yang sangat cantik. Tahniah!






Siapa pula pemenang untuk 2nd round dan seterusnya nanti untuk melayakkan diri ke Final? Korang nak try nasib juga mana tahu ada rezeki sambil makan Churros percuma? Boleh join dengan mengisi details di SINI


Locations of Preliminary Rounds:
1) Street Churros @ Berjaya Times Square       
- 3pm, 15th of July 2017 
(Submit application by 9th of July 2017)

2) Street Churros @ 1 Utama     
 - 3pm, 22nd July 2017 
(Submit application by 16th of July 2017)

3) Street Churros @ Empire Shopping Gallery, Subang                                                                        
 -3pm, 29th July 2017 
(Submit application by 23rd of July 2017)

4) Street Churros @ IOI City Mall, Putrajaya     
- 3pm, 5th August 2017 
(Submit application by 30th of July 2017)

5) Street Churros @ MyTOWN Shopping Centre, Cheras                                                                                  
 - 3pm, 12th August 2017 
(Submit application by 6th of August 2017)

6) Street Churros @ Sky Avenue, Genting Highlands      
 - 3pm, 19th August 2017 
(Submit application by 13th of August 2017)


GRAND FINALS:
LOCATION: STREET CHURROS @ BERJAYA TIMES SQUARE
DATE : 16TH SEPTEMBER 2017
TIME : 3PM


Please note of the closing dates of the submission of application above. Late applications will not be entertained.

Please contact Ms Izzati: 017-4905098 or Ms Choco: 018-6699290 for any inquiries.

You may be the 1st National Churros Eating Competition Winner, Good luck and JOM CHURROS with us!

Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram :

Terima kasih sudi baca

13 comments:

  1. sedapnyaaaaa,ari tu try churros sedap kat depan wong solo bangi je huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try street churros punya lagi sedapp Hihi

      Delete
  2. I love chorus, it's so delicious. I always visit their One Utama branch. I would have join if I know they have a competition 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. It still openlah! Go register :)

      Delete
  3. Payahnya nak jumpa kt sini..uih..terror la diorang ni eh dapat habiskan semua churos tu..kalau akak memang kalah la..haha

    ReplyDelete
  4. wow...hebatlah diaoraang ni...besar jugak churos ni...pengsan nak makan banyak2 haha

    ReplyDelete
  5. churros sangat sedap! lagi sedap bila ada filling dia tu.. atau cicah saja dengan eskremm.. wallaaa!!

    ReplyDelete
  6. Churros mmg sedap..mmg fav sis. Tapi kalu nk join rasanya tak mampu kot, boleh masuk sekurang2nya 2 3 ketoi je dlm satu masa

    ReplyDelete
  7. uih kalau la dekat memang nak join jgk. sape je xsuka makan hehe

    ReplyDelete
  8. Churros is my favourite food. Going there this weekend to try it out.

    ReplyDelete
  9. Sally boleh je makan churros banyak tapi satu je..kena panas..hahahaha

    ReplyDelete
  10. Tak pernah try churros lagi.

    ReplyDelete
  11. Alamak.. kena join nie.. xleh tgk dorang menang hahahhaa

    ReplyDelete