Dec 28, 2020

Resepi Mudah Spaghetti Bolognese | Kimball


Hai korang! Masih ramai ke yang work from home lagi? Bagi kawasan yang dilanjutkan PKPB, mohon semua jaga SOP ya. Kalau boleh terus kekal berada dirumah dan hanya keluar bila perlu sahaja. Putrajaya memang dah tamat PKPB so kita pun dah kena masuk kerja seperti biasa. Kadang-kadang rindu nak seronok-seronok makan kat luar tapi risau pun ada dan tak boleh beramai-ramai macam dulu. So apa nak buat bila teringin nak makan sedap macam kat restoran? Kalau malas, boleh food delivery tapi bila rajin tu datang dan nak makan ramai-ramai dengan family kat rumah, kita masak jelah! Lagi mudah bila ada produk Kimball ;)


Produk Kimball ni memang dah jadi pilihan utama Yaya sekeluarga sejak dari dulu lagi. Senang, cepat dan mudah nak sediakan. Bila mood taknak makan nasi datang, memang dalam kepala masak spaghetti bolognese paling mudah dan yang paling penting mengenyangkan.


Terdapat banyak produk Kimball yang berada dalam pasaran yang selalu menjadi pilihan pengguna. Menariknya, sejak Kimball yang merupakan jenama tempatan ini diperkenalkan pada tahun 1970-an, semakin hari semakin banyak produk menarik yang lahir dari jenama Kimball. Rasanya memang tak perlu nak diperkenalkan lagi sebab korang semua pun dah tahu kan selain pelbagai jenis sos, Kimball juga mempunyai pilihan produk makanan dalam tin dan juga pelbagai jenis pasta.  

So harini Yaya nak share dengan korang cara mudah dan senang untuk masak spaghetti bolognese menggunakan produk Kimball (cara Yaya hihi).


Watak utama of course produk dari Kimball. Yaya gunakan Kimball Sos Spageti Kimball, Kimball tomato puree dan juga Kimball Spaghetti. Yaya memang selalu guna spaghetti Kimball sebab kekenyalan dia just nice sangat bila dimakan bersama sos. Even kalau nak buat laksa Johor pun boleh guna spaghetti Kimball.


Selain dari 3 bahan utama diatas, kita juga memerlukan :

2 keping daging kisar yang telah dilembutkan
1 biji bawang holland 
5 ulas bawang putih 
4 batang sosej 
5 ketul cendawan butang
Lada hitam dan garam secukup rasa



Untuk bawang, Yaya potong dadu dan cincang halus. Untuk sosej dan cendawan, boleh hiris nipis mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing




Kali ni Yaya guna setengah paket spaghetti. Tapi kalau nak makan 5-6 orang, boleh masak sepaket terus.


1. Panaskan minyak dan bila dah panas, boleh masukkan bawang Holland.


2. Masukkan bawang putih dan kacau sehingga naik bau. (api kecil tau)


3. Masukkan daging kisar



4. Kacau daging sehingga empuk sedikit dan sehingga bertukar warna


5. Masukkan cendawan dan kacau rata



6. Masukkan lada hitam. Yaya masukkan banyak lagi sebenarnya hihi



7. Kacau dalam seminit lepas tu dah boleh masukkan setengah tin Kimball Tomato Puree


8. Kemudian masukkan 3/4 Kimball Sos Spageti Tradisional


9. Masukkan garam agak-agak dan kacau sehingga cantik dan nampak sedap hihi


Siap! Yaya memang suka yang simple macam ni. Baru terasa sos spageti yang sebenar hee


Serius sedapppppp sangatttttt bila korang guna sos spageti Kimball ni. Lagi sedap dari jenama lain bagi Yaya hihi yang penting telah diiktiraf Halal oleh Jakim Malaysia dan selamat dimakan. Makan tak boleh berhenti sebab sedap sangat mengalahkan kat restoran :p. Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia! Selamat mencuba!


Kalau nak dapatkan resepi lain menggunakan produk Kimball, boleh layari website Kimball Malaysia di https://www.kimball.com.my/recipe.html.

Untuk maklumat lanjut :

#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia


Terima kasih sudi baca

Dec 15, 2020

Atasi Masalah Kulit Kering dan Berjeragat dengan Prettian Skincare



Hai korang! Hampir kebanyakan tempat kini dah mula ditamatkann PKPB termasuklah W.P Putrajaya dan ini bermakna tiadalah lagi istilah "Work From Home" buat Yaya. Walaupun kes semakin hari tetap sama dengan 4 atau 3 angka, hopefully kita semua tetap terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh KKM bagi memutuskan rantaian Covid-19. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari wabak ini.


Btw, Yaya nak share dengan korang produk skincare yang Yaya guna hampir dua minggu ni. Produk Prettian skincare yang sudah lebih setahun lalu berada di dalam pasaran Malaysia ini telah mendapat banyak sangat feedback positive ya! Paling Yaya excited nak try sebab ianya boleh membantu merawat masalah kulit wajah Yaya yang kering. Ni dah kena masuk ofis macam biasa lagilah Yaya risau. Kulit Yaya memang kurang serasi dengan pendingin hawa kat ofis. Senang kering betul walaupun Yaya selalu minum banyak air.



Prettian Skincare ini hadir dengan 3 variasi yang mampu membantu merawat dan mengembalikan seri wajah kaum wanita yang mana ianya sangat sesuai untuk kulit jenis normal sehingga sensitif.


Prettian 3 in 1 Triple Oil Cleanser (RM128.00)

Paling paling paling best! Bayangkan dalam sebotol oil cleaser ni mempunyai kelebihan untuk menanggalkan make up, membersih dan melembutkan kulit wajah dan juga sebagai toner! Please ye korang jangan guna make up remover jenis tisu. Once in a moon waktu emergency sangat maybe boleh (tapi tetap tak digalakkan). Why? Sebab ianya akan merosakkan barrier pada kulit wajah (oh no). Implikasinya, muka akan rasa kesat, kering dan menjadi lebih sensitif dan cepat rasa pedih. Please go to oil cleanser yang lebih gentle okay?


Mesti ramai yang belum tahu kebaikan oil cleanser kan? Oil cleanser ni memang sangat sesuai untuk penggunaan harian bagi mereka yang selalu menggunakan alat solek serta terdedah dengan persekitaran yang kotor dan berhabuk. Bila guna oil cleanser, dia akan totally tarik semua kotoran pada wajah secara mendalam. Sebab tu lepas guna oil cleanser kita akan rasa wajah kita lebih bersih, fresh dan more glowing!


Jom Yaya share perbezaan pencuci muka Triple Oil Cleanser dan juga pencuci muka biasa 




Cara penggunaan 3 in 1 Triple Oil Cleanser

1. Pastikan goncang terlebih dahulu 3 in 1 Triple Oil Cleanser sehingga bertukar warna jingga.
2. Ratakan pada permukaan wajah yang kering tanpa air
3. Urut perlahan-lahan secara circular motion atau membulat kepada seluruh wajah
4. Basuhkan dengan air yang bersih sehingga kesemua kotoran hilang
5. Kulit akan secara instantly terus rasa lembut tau korang! Yeayy ðŸ˜˜



Ok next we move the other two yang best jugak! 


Prettian Moisturizing Cream (RM118.00)

Moisturizing for life! As Yaya ada masalah kulit kering, Yaya memang wajibkan penggunaan moisturizer dalam skincare routine Yaya (infact memang wajib dalam skincare routine kan?). Kadang-kadang tu sampai berlapis-lapis guna ya haha sebab kat rumah pun dalam bilik always air cond sebab anak-anak Yaya ada eczema tak boleh berpeluh nanti lagi trigger the flare. So dengan kita pun terpaksa duduk dalam air cond sepanjang masa. Air cond memang musuh kulit kering melainkan kita keep reapplying moisturizer. Oleh itu, pastikan korang sentiasa pilih moisturizer yang terbaik. Bagi Yaya, Prettian Moisturizer Cream ni best gila! Tekstur dia sangat rich. Rich bagi Yaya tu dia sangat soft, mudah meresap dan paling penting tak melekit. Lepas sapu dan ratakan pada muka, auto muka rasa lembut. Lagi best, kalau nak make up, foundation pun senang nak blend dan tak bagi kesan crack pada muka. Loveeee🥰


Prettian Moisturizer Cream ni dalam bentuk jar so pastikan jari dan tangan sentiasa bersih tau ðŸ˜‰

Antara kelebihan dan kandungan utama Prettian Moisturizer Cream ialah :


Saccharide Isomerate, Erythritol, Xylitol dan Panthenol ni masing-masing ada kelebihan sendiri yang sangat membantu dalam melembapkan permukaan kulit sehingga ke dasar. Untuk mereka yang ada masalah kulit sensitif, ianya juga mampu melegakan kulit sensitif korang. Yaya suka sebab serasi dengan Yaya dan muka Yaya sentiasa lembap dalam jangka masa yang lama. Tu paling penting ðŸ˜‰


Boleh nampak tekstur Prettian Moisturizer Cream yang sangat rich ni kan? Serius korang kena try sebab best. Untuk pengetahuan korang, terdapat 12 jenis bahan-bahan semulajadi yang terdapat pada Prettian Moisturizer Cream bagi memberikan kesan kelembapan yang optimum pada kulit. Antara kandungannya ialah Mucin/lendir siput, Ekstrak pegaga, Ekstrak aloevera, shea butter & vitamin B. Bila kulit kita sentiasa lembab, parut dan jeragat pun lebih senang pudar ðŸ˜‰.



Prettian Silky Brightening Cream (RM108.00)

Wow nama pun dah silky bukan? Yes sebab selepas Triple Oil Cleanser and Moisturizing, sila masukkan Silky Brightening Cream ni dalam rutin juga untuk complete kan Prettian skincare routine uols okay!



As you can see, tekstur Prettian Silky Brightening Cream ni lebih pekat dari moisturizer. Paling favourite ramai orang and even Uyaina Arshad pun pakai ni sebab dia ada masalah kulit sensitif dan produk Prettian memang recommend by Skin Specialist and luckily Prettian suits her well.


Prettian Silky Brightening Cream sangat sesuai digunakan diseluruh badan samada bagi lelaki mahupun perempuan. Ianya juga boleh digunakan sebagai base make up. 

Antara kelebihan Silky Brightening Cream ialah :

✔️Memberi kesan "instant whitening" serta mengandungi SPF 25++ yang bertindak melindungi kulit dari sinar UVA & UVB
✔️Disyorkan untuk kulit wajah yang mempunyai masalah pigmentation/jeragat/darkspot serta parut jerawat
✔️Sesuai untuk semua jenis kulit
✔️Sesuai untuk semua peringkat umur (Wanita & Lelaki)
✔️Sesuai untuk masalah kulit; jeragat, jerawat/parut jerawat, kulit kusam & kulit sensitif


Selepas sapuan Prettian Silky Brightening Cream. 





Untuk mereka yang masih tercari-cari produk kecantikan yang lengkap dan sesuai dengan ciri kulit mereka terutamanya yang mempunyai masalah kulit kering macam Yaya, boleh try Prettian okay ðŸ˜˜ 


Sila follow rapat media sosial Prettian! Sometimes diorang ada buat promosi dengan harga diskaun. Yaya pun dah boleh standby stok la kan hehe boleh tengok testimoni dari pelanggan setia mereka juga. Memang love! ðŸ¥°


Untuk Maklumat Lanjut : 

Facebook : Prettian.my
Instagram : @prettian.my


Terima kasih sudi baca