Aug 11, 2018

Laurier Kini Berwajah Baharu




Siapa kat sini pengguna setia Laurier? Yaya sendiri pengguna Laurier dari zaman sekolah hihi. Tapi zaman dahulu kalau datang bulan mestilah guna duit ayah atau ibu untuk beli pad. Ayah Yaya pun dah tahu jenama pad yang Yaya guna tau :p. Bila dah berkerja dan ada duit sendiri, Yaya akan buat persediaan sebelum tiba waktu datang bulan dan beli siap-siap pad Laurier di Watsons sebab Yaya memang akan pergi ke sana untuk membeli barangan keperluan dan penjagaan diri.


Pilihan Yaya untuk persediaan datang bulan pula mesti Yaya beli pad Laurier night safe wing untuk pemakaian pada malam hari dan juga pada hari ketiga terawal (sebab masa ni memang senang bocor kerana aliran banyak) dan juga slim wing untuk pemakaian selepas hari ketiga dan keatas. Yaya memang selesa gunakan yang jenis wing sahaja bagi mengelakkan bocor di bahagian tepi.


Haritu kebetulan ke Watsons, macam biasa Yaya nak cari pad Laurier tapi Yaya macam tak pasti betul ke Laurier dah berubah wajah sebab Yaya memang ingat pek mereka yang sebelum ni sahaja. Rupanya Laurier dah berwajah baharu! Masa tu pula ada promosi 50% untuk belian kedua di Watsons, terus Yaya grab 2 pek Laurier perfect comfort dan juga 2 pek Laurier Night Safe ;)


Bila dapat jemputan ke pelancaran wajah baharu Laurier di Sunway Velocity Mall semalam, Yaya pun excited nak pergi sebab katanya ada pelbagai tarikan ketika pelancaran nanti :D


Mengenai Laurier
Kao Laurier dilancarkan pada tahun 1979 di Jepun sebagai satu jenama yang memenuhi keperluan wanita moden pada hari ini. Misi Kao Laurier adalah untuk memberi keyakinan kepada wanita kerana mampu menjaga diri mereka sendiri dengan baik sama ada dari segi mental dan fizikalnya. Pada tahun 1982, Kao Laurier diperkenalkan ke negara-negara Asia. Sejak itu, ia menjadi jenama kegemaran dalam kalangan wanita di Asia. Kao membawakan Laurier kepada pasaran. jadi wanita boleh menjadi diri mereka sendiri dengan selesa dan yakin pada setiap hari. Perkara ini tidak pernah berubah sejak ia dilancarkan buat pertama kalinya. Kao Laurier akan terus menyumbang ke arah kesejahteraan hidup wanita menerusi produk-produk termaju dan berkualiti tinggi. 

Mengenai Kao Malaysia
Kao (Malaysia) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah anak syarikat di luar negara milik Kao Corporation, pengeluar kelengkapan dandanan diri No. 1 di Jepun dengan sejarah lebih 130 tahun. 

Di Malaysia, jenama Kao terus berkembang dalam industri penjagaan kecantikan, rumah dan kebersihan. Ia memasarkan rangkaian produk dan jenama yang luas seperti Curél, Bioré, Liese, Attack, Magiclean, Laurier dan Merries. Kao Malaysia berpegang kepada misi Kao di seluruh dunia iaitu memberi kepuasan mutlak, memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia menerusi nilai utama syarikat seperti kebersihan, kecantikan dan kesihatan. Kao terus komited terhadap visinya untuk menjadi sebuah syarikat yang dekat dengan pelanggan, dihormati dan dipercayai oleh semua pemegang saham serta menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mapan. 


Bagi pendapat Yaya, Yaya memang suka dengan wajah baharu Laurier yang nampak lebih segar dan lebih dekat dengan citarasa masa kini. Walaupun pek sebelum ni juga warna pink untuk slim pad, tapi wajah baharu ni nampak lebih comel dan cute Yaya pun terasa remaja semula :p . Selain itu, tuala wanita serba baharu dari Laurier ini juga mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, terutamanya ciri “Ultra Absorbent Core”.  



Masa ni juga kesemua pad Laurier dijual dengan harga promosi yang sangat berbaloi! Tapi mengenangkan Yaya dah borong sampai 4 pek tempoh hari kat Watsons, Yaya cuma mampu melihat jela ^_^


Korang pun jangan lupa beli pad Laurier ni tau sebab sekarang mereka sedang jalankan contest Beli dan Menang! Untuk setiap belian minimum RM20, korang layak untuk memenangi hadiah menarik dari Laurier termasuk percutian ke Jepun.





Mr. Fujiwara Masaki yang merupakan President KAO Malaysia mengenai The All-New Laurier mencapaikan ucapan beliau ketika majlis pelancaran.

“Sejak 35 tahun lalu, Kao Laurier terus berpegang pada komitmennya – menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan yang tidak dapat dielakkan. 

“Menerusi produk yang inovatif ini, kami berusaha untuk memberi kepuasan dan memperkayakan kehidupan manusia dengan menawarkan pengalaman baharu kepada wanita dari segi keselesaan, keyakinan dan kemudahan.”


Pek dengan wajah baharu The All-New Laurier ini mencerminkan identiti terbaharu produk Laurier yang  menggunakan elemen ‘Made with Love’. Dari kiri, Ms. Tan Poh Ling (Marketing VP of Kao Malaysia), Mr. Masaki Fujiwara (President of Kao Malaysia) dan Mr. Ngo Wei Foo (Sales VP of Kao Malaysia).


Bersama artis jemputan Elfira Loy dan juga Emma Maembong ketika sesi perkongsian dan pendapat tentang wajah baharu All-New Laurier.



Barisan orang kuat dan tulang belakang Kao Laurier .

Menariknya, di pelancaran ini terdapat pelbagai aktiviti yang mana memang Yaya excited nak cuba seperti bergambar dengan deko muka depan majalah, bantal gebu sebagai adaptasi bagi pek Laurier terbaru, buaian dan juga bergambar di photobooth! Love sangat! Hee








Setiap perincian, penampilan dan pembungkusan pek baharu ini dilakukan dengan penuh perhatian dan kesungguhan. Laurier serba baharu hadir dalam Perfect Comfort (Maxi & Slim) dan Night Safe. 
Laurier Perfect Comfort Maxi (Maximum Absorbent 360°All Round Leak Guard)

Ciri anti-renyuk bagi mencegah kebocoran dan renyuk ke tengah.
Menahan darah haid dari mengalir ke bahagian tepi.

Laurier Perfect Comfort Slim (Maximum Absorbent Hyper Absorption)

Menyerap cecair 2x lebih cepat dan nikmati 5x tahap kekeringan yang tinggi
Kulit lebih selesa untuk jangka masa yang lebih lama. 


Laurier Night Safe Serba Baharu pula menampilkan Ultra Absorbent Core untuk penyerapan maksimum bagi menghalang kebocoran, walaupun pada hari dengan aliran darah yang banyak. Menyerap cecair 2x lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocoran pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur. 
Laurier Night Safe (Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention)

Menyerap darah haid 2x lebih pantas dan nikmati 5x tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran berat anda. 
Membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur 


Laurier Night With Safety Gather (Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention)
Menyerap darah haid 2x lebih pantas dan nikmati 5x tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran berat anda. 
Padan dengan baik pada badan untuk membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur. 





Sempena pelancaran ini, Kao Malaysia menganjurkan peraduan ‘Made with Love’ di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian 5D4N ke Jepun untuk dua orang dan juga lengkap bersama jurugambar peribadi! Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20, rakam idea ‘Made with Love’ bersama rakan baik dalam sekeping gambar dan muat naik ke laman Kao Laurier Facebook dengan hashtag #LaurierMadewithlove. Gambar yang menerima paling banyak Likes akan dipilih sebagai pemenang. Semoga bertuah! :)


Review Yaya mengenai Night Safe : Memang superrrrrr best! Yaya ni memang pengguna setia semua rangkaian Laurier untuk night safe. Yaya rasa semua perempuan mesti stress kalau bangun tidur tiba-tiba tengok seluar dah bocor >.< Malasnya nak rendam lepas tu nak berus lagi bagi hilang semua kesan kotoran. Penyelesaian paling mudah dan cepat haruslah pakai versi Night Safe Laurier with Safety Gather. In fact, Yaya still pakai pada siang hari juga terutama pada hari pertama dan hari kedua datang bulan. Memang recommended! 👍


Untuk maklumat lanjut :





Terima kasih sudi baca