Oct 17, 2011

Kekal segar bersama Libresse di parti! Wohoo!



Minggu lepas aku terima bungkusan comel dari pihak Libresse yang didalamnya terdapat berkeping keping tuala wanita empuk selesa berbagai jenis. Terkejut dan terharu. Terima kasih LIBRESSE! Sebenarnya tunggu barang yang diorder online, sekali dapat kotak comel kaler purple sekali. Macam tau tau je period nak datang. jimat la ye dak? hee

oh bukan ini. ini bungkusan rahsia. konon.

Jyeah. kumawaa Libresse. :D





Kenapa dapat free? aku pun tak tahu. tetibe dapat je. ngee. sebenarnya memang dah lama amalkan pantyliner Libresse sebab kalau perempuan ni kita kena sentiasa jaga kebersihan underwear kita. tahulah kadang kadang rasa tak selesa ke ape kan. hah lagi satu ramai perempuan keliru kalau cairan yang dah termelekat kat underwear tu tak sah tau korang kalau bawak solat. sebab tu dikira najis jugak. so make sure pakai dan tukar selalu pantyliner okay! Lagipun pantyliner Libresse murah je yangg. berbaloi sangat! ;) pilihan yaya of course yang kaler biru sebab dia nipis tak rasa macam pakai pantyliner pun :D (tahan segan je ni nak share dengan korang. khof khof. )





Nak menunjukkan betapa confidentnya aku ketika bersama Libresse masa pergi birthday party anak bos dekat The Club Damansara (ini serius entry bodek Libresse), sila jamu mata dengan gambar gambar selonggok dekat bawah *gaya punggah durian dari bakul rotan


Sangary baby. Sayang sangat. Bukankah dia indian yang lawa?


Datuk pun datang! hikhik


Untunglah umur setahun sambut birthday cenggini. budak lain semua jelouse je tengok. termasuk penulis.


Naran yang selalu membantu tak kira sesiapa yang noob seperti aku memerlukan pertolongan.


Artis k-pop dan pasangannya. tettt.


Manager aku. wewitt. :D


Dua dari kiri ni selalu bermanja manja baby masa kerja. Harapnya tak serius. Mengamuk miera nanti. haha. *miera if you read this kita semua rindu awak okay! :')


Ni bos besar. Birthday anak dia lah. Baik sangat okay. sangat. aku ingat lagi time kena transfer HQ sebulan dia suruh semua orang dalam bilik conference keluar kejap sebab nak bagi aku solat. aku rasa nak menangis je. sebab tu nak blah dari ofis dia cepat balik dekat branch je. menyusahkan orang je aku rasa.


Jenny baby cutie cutie.




hai hello. my name is yaya. jika awak dapat scan, saya sedang gunakan pantyliner dari Libresse.



belon ni dia tak kasi cabut dari kotak. kalau tak dah bagi anak jiran dah tau.


Jalan nak ke damansara jem gila oh. aku sampai pukul 9 lebih diorang baru nak potong kek. So faham kan kenapa terbalik lambat. ciss TER yang tak diterima oleh akal sesiapa especially ibu. Sob sob



Kami ialah family yang saling menegur dan bercakap dengan kasih sayang. :')





Akibat pulang ke rumah agak lewat, ibu memberi denda dengan menyuruh puteri kesayangan beliau menaiki teksi ke tempat kerja keesokkannya. dan tiada siapa kisah akan hal itu. tsk tsk *terserot serot hingus sendiri. kamus mana ni.



Kesimpulannya,

CUBALAH LIBRESSE! WOHOO! *terjun dari helikopter

Oct 6, 2011

Lembiknya

Hari lembik aku. Hari lesu aku.




Sialan gila. selalu megah macam kacang aku masuk parking yang mana depan belakang ada kereta aku masuk tengah tengah kau tahu. entah kenapa masa masuk tadi punggung mungil bibah tak dapat aku anggar.




Bibah cedera mengelupas pipi kanan dia aku gesel dengan bontot kiri wish yang megah hitam berkilat. urgh. ralat rasanya. ralat sungguh. patut aku biar sahaja dari panik segala sampai tuan empunya perasan akan aku yang gelisah berdebar lihat pipi bibah luka.




Sebak aku tahan dalam dalam dalam dada sebelum laki bini itu puas perlekeh aku.




"Ada lesen ke tak?? Kalau tak reti masuk parking jangan nak memandai parking sini lah!" Gomel suami.



"Ingat ni kereta kancil buruk ke nak langgar langgar? Ni wish tahu?" Bentak isteri.



"Hah skang ape nak buat ni?" Lelaki.



"Apa lagi. Suruh dia bayar lah. Amik nombor dia bangg. Hah misscall dia bangg."




Aku diam lesu. Aku tunduk. Tak usah bicara senang. Aku salah. Bodoh betul. Aku bentak sendiri kat aku.




Naik tangga ofis aku pegang lengan officemate aku lepaskan getar getar sebak sesak kat dada aku tahan. Masuk ofis semua senyap. Serius senyap tengok aku.




Lap hidung merah meleleh hingus. Tarik nafas. Minum air. Kerja. Masalah tadi sepatutnya aku tinggal kat rak kasut luar pintu. Baru profesional.




Berkeceramuk aku rasa masa kerja. Aku selawat banyak banyak. Lepas tu aku kumpul semula ion positif.




Mungkin Allah merajuk dengan aku.



Mungkin aku buat Dia kecil hati.



Aku rasa kalau tak baca ayatul Kursi pagi tadi sebelum keluar rumah, (sedangkan tak pernah pernah pulak aku nak baca selain bismillah) mungkin aku kena accident lain yang lebih teruk? tapi Allah kurangkan dengan geselan kecil pipi bibah sahaja.




Kalau aku ikut nasihat kawan ofis kata sepatutnya aku buat tak tahu je tak payah tengok tengok kereta dah calar sebab mungkin orang tu ada dekat dekat situ nanti dia perasan. Mungkin kalau aku buat macam tu hati aku tak tenang pulak bila dah buat orang. kau tahu. karma. apa kau bagi kau dapat balik.




Mungkin Allah merajuk dengan aku. mungkin. bila ingat balik adengan adengan sayu 5minit lagi nak masuk ofis tadi aku rasa mungkin ni balasan kecil bagi aku. mungkin aku tak cukup baik hati. mungkin aku tak dengar kata ibu ayah. mungkin kecilkan hati orang sekeliling. oh mungkin. tapi yang Allah merajuk dengan aku, aku rasa itu confirm.




Macam mana cuba muhasabah pun aku tetap geram dengan kata kata laki bini tu kat aku. Aku rasa nak bank in je ganti rugi tu. Cukuplah jumpa sekali tadi. Aku pun dah minta maaf walaupun disambut dengan muka ketat.




Habis ayat ke-83 tadi aku rasa tenang sikit. Ya Allah. Permudahkanlah segala jalan bagiku. Janganlah kau susahkan ia bagiku Ya Allah.. Amin ya rabbal-a'lamin..




Impossible. If that so, you will never learn from mistakes yaya.