Hari lembik aku. Hari lesu aku.
Sialan gila. selalu megah macam kacang aku masuk parking yang mana depan belakang ada kereta aku masuk tengah tengah kau tahu. entah kenapa masa masuk tadi punggung mungil bibah tak dapat aku anggar.
Bibah cedera mengelupas pipi kanan dia aku gesel dengan bontot kiri wish yang megah hitam berkilat. urgh. ralat rasanya. ralat sungguh. patut aku biar sahaja dari panik segala sampai tuan empunya perasan akan aku yang gelisah berdebar lihat pipi bibah luka.
Sebak aku tahan dalam dalam dalam dada sebelum laki bini itu puas perlekeh aku.
"Ada lesen ke tak?? Kalau tak reti masuk parking jangan nak memandai parking sini lah!" Gomel suami.
"Ingat ni kereta kancil buruk ke nak langgar langgar? Ni wish tahu?" Bentak isteri.
"Hah skang ape nak buat ni?" Lelaki.
"Apa lagi. Suruh dia bayar lah. Amik nombor dia bangg. Hah misscall dia bangg."
Aku diam lesu. Aku tunduk. Tak usah bicara senang. Aku salah. Bodoh betul. Aku bentak sendiri kat aku.
Naik tangga ofis aku pegang lengan officemate aku lepaskan getar getar sebak sesak kat dada aku tahan. Masuk ofis semua senyap. Serius senyap tengok aku.
Lap hidung merah meleleh hingus. Tarik nafas. Minum air. Kerja. Masalah tadi sepatutnya aku tinggal kat rak kasut luar pintu. Baru profesional.
Berkeceramuk aku rasa masa kerja. Aku selawat banyak banyak. Lepas tu aku kumpul semula ion positif.
Mungkin Allah merajuk dengan aku.
Mungkin aku buat Dia kecil hati.
Aku rasa kalau tak baca ayatul Kursi pagi tadi sebelum keluar rumah, (sedangkan tak pernah pernah pulak aku nak baca selain bismillah) mungkin aku kena accident lain yang lebih teruk? tapi Allah kurangkan dengan geselan kecil pipi bibah sahaja.
Kalau aku ikut nasihat kawan ofis kata sepatutnya aku buat tak tahu je tak payah tengok tengok kereta dah calar sebab mungkin orang tu ada dekat dekat situ nanti dia perasan. Mungkin kalau aku buat macam tu hati aku tak tenang pulak bila dah buat orang. kau tahu. karma. apa kau bagi kau dapat balik.
Mungkin Allah merajuk dengan aku. mungkin. bila ingat balik adengan adengan sayu 5minit lagi nak masuk ofis tadi aku rasa mungkin ni balasan kecil bagi aku. mungkin aku tak cukup baik hati. mungkin aku tak dengar kata ibu ayah. mungkin kecilkan hati orang sekeliling. oh mungkin. tapi yang Allah merajuk dengan aku, aku rasa itu confirm.
Macam mana cuba muhasabah pun aku tetap geram dengan kata kata laki bini tu kat aku. Aku rasa nak bank in je ganti rugi tu. Cukuplah jumpa sekali tadi. Aku pun dah minta maaf walaupun disambut dengan muka ketat.
Habis ayat ke-83 tadi aku rasa tenang sikit. Ya Allah. Permudahkanlah segala jalan bagiku. Janganlah kau susahkan ia bagiku Ya Allah.. Amin ya rabbal-a'lamin..
Impossible. If that so, you will never learn from mistakes yaya.
sabar ye , orang ni macam macam ragam. kalau sikit pun jadi hal besar
ReplyDeleteTuhan sengaja menduga kita dengan erti kesabaran yang ada :)
ReplyDeleteeleh, ingat dia wish dia besar la. geram betul orang berlagak macam tuu. takde moral. sabor je lah.
ReplyDeletesabarlah yaya..
ReplyDeletedugaan..
itu je termampu untuk diucapkan.. =[
sabar ye, tu semua dugaan :) ada himah-Nya dari semua tu.
ReplyDeletesabar jelah jer....
ReplyDeletesabarlah yea :)
ReplyDeleteAmin... :)
ReplyDeletesabar okay kakak. hadapi dgn senyuman .. :)
ReplyDeletethey shouldn't do that.
ReplyDeletediorg lg kaya kot, x perlu la nk ckp mcm tu.
xpe, yaya, i know how do u feel.
i've been through dis bfore, baby.
sooner or later, evrything will be alright.
i love u. :)
isy tak baik cakap mcm tu .. Allah hanya beri kamu satu ujian. ingin lihat sabar mana hambaNYA hadapi .. untuk beri satu peringatan buat hambaNYA supaya lebih berhati2 .. alhamdulillah kamu xde pape .. jgn sedih ye syg ..
ReplyDeleteeleh toyota wish konon. xsemestinya kena layan org macam sampah. benda boleh setel kenapa nk marah lebih2 sgt. sabar ye. sian awak.
ReplyDeletesabar la kayy syg. ada hikmah smua tu. i wish i were there to calm u down. :(
ReplyDeletekene byk bsbr n tabah hadapi dugaanNya.
ReplyDeleteauwh thanks sayanng2 semua :')
ReplyDeleteeyppp sabar...tu la dunia skrg...weeeee
ReplyDelete