Aug 8, 2011

Logik akal

Assalamualaikum. senyum.

Lamanya tak menaip panjang. senyum.


Banyaknya cerita dari akal merapu aku nak cerita tapi sengal bahu sakit pinggang penat mental menghalang. alasannya lahai.





Kau tahu sekarang aku bekerja kan. Duduk je pun. Pakai tangan aje pun dengan komputer lama di depan, mouse kat tangan kanan, telefon kat tangan kiri. Aku rasa aku cukup tak lasak. Pukul 10 aku dah tidur macam baby. Bangun pagi berasak dengan jem sambil dalam kereta pulun sabar berzikir Bismillahillazi layadhuru... ok kau sambung. Seriously kerja kau mudah ajelah hari tu kalau mindset kau pagi pagi dah positif dengan berzikir nanti Allah permudahkan jalan kau.





Sebenarnya sampai perenggan ni pun aku tak tahu nak taip apa. Banyak sangat perkara terlintas dalam kepala sampai aku stuck. Aku flow je apa kata dalam hati aku lalu.




Aku serius kan sekarang. Memang. Ini entry serius. *Tarik nafas. Senyum.


Eh kau orang perasan tak iklan syampu ape tah model bukan islam itu kata, "Dunia bakal berakhir 2012?"oh sebenarnya iklan tu dah edit. Masa aku tengok sebelum dia edit tu, sumpah aku marah. Panjang gila ayat dia kata ibarat kiamat tu benda main main. Mengucap panjang aku. Dia ingat dunia berakhir tu macam apa agaknya? Andai kau cetek idea nak tulis skrip iklan, cetek ilmu untuk approve iklan tu ditayangkan, cuba kau rasional sikit. Minta pendapat 10 orang mukmin. Astaga.





Sesungguhnya tanamlah dalam hati bahawa kiamat itu wujud. Sesungguhnya kita akan sama sama berbogel berjalan atas tanah lapang sambil menangis mendayu mengenang amal dosa kita di dunia. Sehari dijemur panas bahang pun tidak kita tahan apa lagi panjangnya sehari disana macam seribu tahun. Sesungguhnya benar segala macam hal itu.





Sesungguhnya jika apa aku kata ini berbekas di hati engkau, secebis takut menjelma bergetar sedetik, nescaya iman kau masih ada dihati. Kolam jernih dimata meniti.





Kiranya kata kata ini sepintas cuma lalu di minda kau, sepuluh minit lagi kau lupa kau cuma hidup sementara di bumi ini, mengucaplah sayang.










Andai sahaja aku setapak jatuh setapak jatuh tika mula bertatih, pimpinlah aku suluhkanlah aku. Sesungguhnya aku masih buta masih hina masih tak tahu apa lagi tentang agama.









Sayu kita bilamana graduan Universiti Al-Azhar sempurna sudah murtadnya walhal imannya dulu utuh laksana. Sedangkan dia itu pun boleh kesana terjerumus masuk haluan kiri, apa pula kita yang cetek benar tentang ilmu agama.



Sayu kita.. sayu sungguh...





“Our enemies are not the Jews or Christians, but our enemy is our own ignorance.”
Imam Ali Ibn Abi Talib (as)



34 comments:

  1. sy tak suke iklan tu...

    ReplyDelete
  2. orang bukan islam tak fikirkan semua tuh..
    asalkan apa yang diorng mahukan tercapai..

    ReplyDelete
  3. memang ta patut iklan syampu tue..patutnya tak payah cakap dunia kana berakhir 2012 dlm ikln tue..lgpn,apa kena mengena dgn syampu..?

    ~Hurmm, pasal isu murtad tue..sama2 lah kt berdoa & berusaha smoga akidah & iman kita semua sentiasa terpelihara..

    ReplyDelete
  4. nafsu itu lebih menakutkan dari manusia lainnya.
    jihad terbesar ialah jihad melawan nafsu.

    ya, aku juga sangat sukar melawan nafsuku. :(

    ReplyDelete
  5. kamu mmg bagus.. :)

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:52 AM

    HAI.. KITE FOLLOWER KE-707.. CANTEKK X? AHAHAHA

    ReplyDelete
  7. yes stuju!
    maya pom trkejut iklan syampu..tuh...giler tol..haaa kan marah ni...eeeiiii!

    ReplyDelete
  8. jadi tugas kite sebagai saudara se-Islam adalah untuk berpesan2 & ingat mengingati sesama kite....

    ReplyDelete
  9. iklan apa yang cakap macam tu?
    btw suke quote learn to pray tu..kena sangat lah.hhmmm

    ReplyDelete
  10. manusia.pelbagai ragam.susah untuk mengetahui yang mana berlian dan yang mana batu.manusia di akhir zaman berfikir secara logik apa yang dihidangkan di mata mereka,bukan rujuk pada Al-Quran dan As Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W.

    berfikir sejenak ;)

    ReplyDelete
  11. hurm suka that quotes ..learn to pray not because u need something ..

    ReplyDelete
  12. ignorance is bliss tp.. kalau nak terus jd ignorance memang tak jd manusia la :D

    ReplyDelete
  13. thank HIM about everything :)

    ReplyDelete
  14. musuh umat Islam adalah umat Islam sendiri

    ReplyDelete
  15. iklan shampoo tu..same je org percaye citer 2012 tu..haish.

    ReplyDelete
  16. Islam itu indah :), nice!

    ReplyDelete
  17. nice.. thanks for sharing yaya.. :)

    ReplyDelete
  18. iklan apa yaya? saya tak pernah tengok pun. n lagi satu ada ke graduan al azahar yang murtad? kalau ye, sayang nya sebab ilmu dah kuat dan tebal kt dada. cuma kekuatan iman je memainkan peranan.

    ReplyDelete
  19. banner kat atas tu chantek..
    slim giler

    ReplyDelete
  20. entry yg membuat kita berfikir...bagus! buat lagi macam ni...like!like!

    ReplyDelete
  21. tersentak hati membaca ....

    ReplyDelete
  22. nice entry yaya!
    itu iklan bodoh

    ReplyDelete
  23. suka phrase yg last tu ...
    sb tu kita disarankan mencari ilmu, belajar dan belajar!

    ReplyDelete
  24. selamat menyanbut hari raya yaya. maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  25. dengan dunia yang penuh asyik ni ramai xperasan kiamat bakal tiba. padahal dah banyak tanda2 kiamat ade.. ya allah engkau bimbinglah kami :)

    ReplyDelete
  26. ayat dalam gambar yang ada jari pegang cebisan kertas tu bes!! hehe..

    ReplyDelete
  27. Happy eid !

    jom laa jln sini n follow me ! http://hanimansor01.blogspot.com/ Love to blogwalk at your blog

    ReplyDelete
  28. iklan tu tak berapa sesuai sebenarnya.

    patut tukar idea lain kalau nak tarik orang beli syampu pun =_=

    ReplyDelete
  29. zana ta suke iklan tu ,. iklan tu menakot kan zana ,. ><

    http://syazanasani.com

    ReplyDelete