Sep 4, 2017

Idea Dekorasi Untuk Hiasan Rumah Yang Cantik dan Simple

Hai korang! Seminggu dua ni Yaya tiba-tiba suka idea dekorasi untuk hiasan rumah sendiri nanti. Maklumlah sekarang masih tinggal sebumbung dengan family Yaya jadi idea untuk menghias rumah tu terhad sikit ^^' . Tapi takpe sebab Yaya dah bayangkan hiasan rumah yang Yaya idam-idamkan. Yaya suka hiasan yang simple. tak sarat dengan barang tetapi masih selesa dan cantik. Yaya percaya ramai yang suka hiasan simple tapi tetap menarik kan?


Jom Yaya kongsikan kat korang antara  idea hiasan rumah yang boleh korang semua pratikkan di rumah sendiri nanti. Hihi. Kebetulan Yaya ada join Kelab Dekorasi Rumah di Facebook dan Yaya seronok sangat tengok hiasan rumah mereka yang cantik tetapi tidak sarat. Baik rumah apartment, kondominium. kuaters dan juga rumah sebuah, pelbagai hiasan yang mereka kongsikan. Memang seronok dan sambil-sambil tu boleh buat idea hiasan rumah sendiri nanti :)

https://2.bp.blogspot.com/-dGOrr-pGt-U/WaaHm3epP5I/AAAAAAAAHcc/6Wj9_pZi3pARIxbz7seojaZZ8Jc895wzQCLcBGAs/s640/new_1504063512_ebd992b1.jpg

https://4.bp.blogspot.com/-FbTN7uLYNTQ/WaaHkrYJuyI/AAAAAAAAHb4/M7IziCoT5fwAKV2u1M4qsWGYENYc5vy4ACLcBGAs/s640/21106531_1549773265043349_3258815824603398159_n.jpg

Simple sahaja tetapi cantik bagi pandangan mata. Tetamu datang bertandang pun sejuk je melihat hiasan rumah macam ni kan? Yang penting, hiasan bukan dari perabot mewah dan kebanyakannya boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan. Sesuai sangat untuk mereka yang baru berkahwin dan ingin hiasan rumah yang sederhana.

https://2.bp.blogspot.com/-Y_c5SEaXL8I/WaaKTkeEKLI/AAAAAAAAHcs/795LphQKrAQylwolveWXb7knO3CKwpJIQCEwYBhgL/s640/21105935_10214145264853775_7683892174372998762_n.jpg

Idea lain untuk hiasan yang simple dan sejuk mata memandang.

https://2.bp.blogspot.com/-MsaZWNSI68g/WaaKTtfGY1I/AAAAAAAAHcw/sOPcC44vjlcuttvgpMXVdbU4ZBow2ugwgCEwYBhgL/s640/18121833_1484677761564412_4027983932494003410_o.jpg

Untuk bilik tidur pula, semestinya kita sentiasa nak pastikann kawasan tidur kita sentiasa kemas dan bersih. Bagi Yaya, daripada ruang tamu dan ruang lain, kebanyakan masa Yaya lebih tertumpu di dalam bilik. Sebab tu Yaya paling suka lihat hiasan di bilik tidur hihi. Jom tengok idea hiasan untuk bilik tidur yang lain. Yang penting, cantik dan simple :)

https://1.bp.blogspot.com/-xHOQyhjI0LI/WaaHlPt02mI/AAAAAAAAHcE/bAT2pQigEqcgFXAVdxYheGcNwH746rgKgCLcBGAs/s640/21151492_10155329524269279_2364479600796284750_n.jpg

Antara contoh hiasan perabot di bilik tidur yang menggunakan warna tanah dan warna lembut. Pemilik juga bijak menyusun atur perabot dan tidak menggunakan terlalu banyak hiasan. Yaya suka bilik warna lembut macam ni. Katil dan alas cadar pun warna lembut. Hee


Untuk hiasan bilik bujang pastinya mereka suka dengan susun atur yang memudahkan mereka untuk membuat kerja pejabat mahupun assignment berdekatan dengan tempat tidur. Siap je kerja terus tidur. Hihi

https://4.bp.blogspot.com/-eijil6_b-9c/WaaHlUVvG3I/AAAAAAAAHcI/eZI1LcqBXB4MHxxSTRar6Ot-0y3e42lNQCLcBGAs/s640/21192406_1172926822874010_5130028156886809578_n.jpg

Bagi mereka yang suka warna lembut dan pastel macam Yaya, boleh cuba bermain dengan warna merah jambu untuk hiasan bilik tidur. Yang penting, nampak luas dan tidak terlalu sarat dengan perabot.

https://4.bp.blogspot.com/-ofms4fDIsRs/WaaHl08ESjI/AAAAAAAAHcU/mqTAIAYobWM3ZGoCT1ph7zZdzzPz9y8pACLcBGAs/s640/818e583f52537ea7c78fdfd35535bec9--navy-bedroom-walls-cape-cod-bedroom.jpg

Inginkan yang tampak mewah namun tetap kelihatan simple? Boleh cuba idea hiasan macam ni di bilik tidur. Yaya suka dengan permainan 2-3 warna sahaja disini. Nampak lembut dan menenangkan.

https://2.bp.blogspot.com/-roWIYRdQpx8/WaaHlabjhLI/AAAAAAAAHcM/gQhJ0qehQDUKDo7p2zo4CFvrbx8UUqclgCLcBGAs/s640/58065a4a7d94f5061346f78dfd1bb207--ikea-toddler-bedroom-ikea-kids-room-girl.jpg

Bilik untuk si anak dara. Ala tak sabarnya nak hias bilik baby Dahlia bila dia dah besar sikit nanti. Yang penting Yaya nak guna warna pink lembut macam ni. Mesti dia suka kan? 

https://3.bp.blogspot.com/-qvuNlZnYzh8/WaaHmIKwwmI/AAAAAAAAHcQ/luDNTU91e80Ks-VESSpBFEH7SD_vsKojACLcBGAs/s640/a484e1e4e8e7abcf0da23ee10f7abf0d--desk-space-decor-inspiration.jpg

Teringinnya Yaya nak ada ruang kerja macam gambar diatas. Senang dan semuanya di satu tempat. Ruang untuk perabot juga tidak digunakan terlalu luas dan sesuai untuk rumah yang tidak bergitu besar. 

https://2.bp.blogspot.com/-6LiMmzHQXnI/WaaHkZynQCI/AAAAAAAAHb0/EKDzWKEsS0oejFeQOByQWE3X3J8I0cTGwCLcBGAs/s640/21105566_2047031895322864_8444367954322952513_n.jpg

Yaya mula terfikir untuk sediakan bilik belajar dan bermain untuk baby Dahlia nanti. Biar dia sepahkan mainan di satu tempat sahaja dan juga boleh bimbing dia untuk kemas semula barang mainan selepas bermain. 

Perabot dan hiasan bilik belajar dan bermain ini juga nampak ceria dan menyeronokkan. Yaya kena jadi kreatif jugalah nanti kan? Yaya percaya ibu bapa yang lain juga bijak bermain dengan warna ceria untuk hiasan bilik bermain anak mereka. Wee tak sabar nak menghias bila dirumah sendiri nanti!

Selain  dari ruang tamu, bilik tidur, ruang berkerja dan juga bilik belajar dan bermain, Yaya juga suka tengok hiasa rumah  di bahagian balkoni. Maklumlah bila hidup di KL ni susah nak ada rumah landed kan jadi pilihan yang ada cuma aparrment sahaja buat masa sekarang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa :p . Walaupun apartment, kita masih boleh ber-eksperimen dalam menghias rumah tau ;) 

https://1.bp.blogspot.com/-h63Nc19PsaI/WaaHkFnYiYI/AAAAAAAAHbw/iLJYuzvc0DMUtnlGrHcBMLJ8B_sbnedmwCLcBGAs/s640/21032348_1121437971320112_270765630287496772_n.png

Cantik dan simple kan perabot yang digunakan untuk hiasan rumah di bahagian balkoni? Seronoknya boleh mengambil angin petang sambil hilangkan stress dan penat berkerja.

https://4.bp.blogspot.com/-daY0fb224YQ/WaaHjg8xrRI/AAAAAAAAHbo/SUuVu7rxFcgsE09kOWS8dOhiXaIm1VSIwCLcBGAs/s640/21032707_1121437997986776_9215660213912581172_n.jpg

Inilah pula antara hiasan balkoni yang menarik minat Yaya juga. Romantik kan bila wantu malam? Boleh kita feeling-feeling candle light dinner bersama yang tersayang. Yang penting hiasan rumah yang Yaya kongsikan semuanya cantik, simple, tidak memerlukan kos yang mahal tetapi tetap sedap mata memandang. Korang suka hiasan rumah macam mana? :)


Terima kasih sudi bacahttps://4.bp.blogspot.com/-BrAevlkEh94/USCMr-OaWgI/AAAAAAAAJdk/TbTj84i5xgY/s1600/b07.gif 

16 comments:

  1. bestnya kalau dapat deco rumah macamni. tapi kena tunggu ada rumah sendiri hehe

    ReplyDelete
  2. Cun..kita pun suka sep gmbar2 deko kt dlm fon sebgai inspirasi

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kita nak plan juga untuk rumah tahun depan hehehe tengah cari idea ni boleh lah cuba yang dicadangkan ni...

    ReplyDelete
  4. Bestnya tengok2 gambar2 ni. Memang mengidam nak deko yang simple dan minimalist je kalau ada rumah suatu hari nanti. InsyaAllah... Tq for sharing this, sis!

    ReplyDelete
  5. Cantik2 semua decoration kat atas tu..betul tu yaya...bila dh ada anak..dh ada rumah sendiri kita lebih cenderung pada dekorasi rumah...satu kepuasan kalau ianya menepati citarasa kita sendiri..

    ReplyDelete
  6. Akak suka deko rumah. Cuma perlukan cik abang drill dinding untuk gantung frame dan gambar. hahaha. Lepas tu beli barang deko mesti senyap-senyap. Miahahaha.

    ReplyDelete
  7. Cantik, smeua cantikk..Nona suka yang pastel..ehehe~
    Sebab kaler pink tu comel..huhu~ Nampak tenang je kaler pastel, kan

    ReplyDelete
  8. idea yg simple dan cantik. Akak suke sgt. Lepas ni boleh jd rujukan utk deco dirumah 😊

    ReplyDelete
  9. xpe kak yaya mula2 kawin memng biasa org duk rumah family dlu jadi kita survey2 la dlu dekorasi rumah. siyes semua lawa, cantik n nampak simple je. tapi cuba bagi time kita nk buat tu..... keluat rasanya huhu kecuali klau guna designer

    ReplyDelete
  10. Akak suka rustic feel, shabby chic giiitu

    ReplyDelete
  11. Cantiknya kalau dapat buat deco gini tapi free..hehehe. Baru ni mengecat rumah pun dah makan ribu riban..huhuhu kalau nak deco seluruh rumah berapa lah pulak gamaknya kan..:D

    ReplyDelete
  12. Singgah cuci mata kat sini... cantik2 nya deco tu

    ReplyDelete
  13. Onie teringin la deko deko bagai ni yaya, tapi tak boleh... rumah ni kalau deko leklok....selang sejam bersepah,kah!

    ReplyDelete
  14. teringin nak deko rumah sendiri... dok tgu gak bila owner rumah sekarang nie nak jual rumah dia

    ReplyDelete
  15. memang trend sekarang.. scandi.. hee~ kakak tak terkejar kalau nak diikutkan trend..

    ReplyDelete