Aug 25, 2017

T3 Acne Body Spray Review



Hai semua! Masih ingat lagi dengan produk penghapus jerawat masa zaman sekolah dahulu? Yaya percaya remaja zaman 80an hingga 90an semuanya kenal dengan produk T3. Mana taknya, masa ni semua pakat guna T3 sahaja bila jerawat mula menampakkan tanda kemerahan di wajah. Fuhh Yaya teringat lagi time sekolah dulu beria-ia memujuk ayah pergi Watsons sebab nak beli gel jerawat T3. Ayah pun layan jelah anak dara dia ni. Hihi.


Yang terbaru, T3 kini hadir menongkah arus dengan mengeluarkan satu lagi variasi produk dibawahnya iaitu T3 Acne Body Spray. Serius la jujur sejak mengandung haritu naik juga jerawat kat belakang badan Yaya. Mana taknya, selain faktor hormon, Yaya dah tak sampai nak skrub bahagian belakang dah. Mungkin ada bahagian yang tak kena skrub tu tak begitu bersih sehingga timbul jerawat di badan :(


Korang pun ada masalah jerawat di badan juga? Jangan risau okay lepas ni boleh guna T3 Acne Body Spray untuk selesaikan masalah jerawat tu. Selain di belakang badan, ianya juga boleh membantu menyelesaikan masalah jerawat di dada, leher, lengan dan lain-lain. Setakat ni Yaya cuma mempunyai masalah jerawat di belakang badan sahaja. Tapi kalau ada antara korang yang ada masalah jerawat di tempat lain, Yaya suggest kat korang untuk cuba T3 Acne Body Spray ni okay!


Diformulasikan dari ekstrak Canadian Willow Herb, ekstrak Willow Bark dan ekstrak Natural Australian Tea Tree Oil yang membantu melegakan jerawat yang meradang di bahagian tubuh. Bahan utama yang digunakan sememangnya sangat terkenal dalam membantu menyelesaikan masalah jerawat secara semulajadi dan tidak memberi kesan yang membahayakan kulit.


Cara penggunaan : Semburkan 2-3 kali sehari di kawasan jerawat untuk kesan positif yang optimum. T3 Acne Body Spray boleh digunakan diseluruh badan terutama bahagian belakang badan, dada, leher, lengan, dan juga bahagian badan yang lain. Nak lagi efektif? Gunakan T3 Acne Body Spray selepas mandi menggunakan T3 Acne Body Wash.


Dirumuskan dengan bahan aktif semulajadi yang terbukti boleh membantu menenangkan bahagian kulit badan yang berjerawat, liang yang tersumbat dengan kotoran, menghilangkan sebum yang berlebihan di kulit badan dan bertindak dengan pantas menghapuskan bakteria penyebab jerawat. T3 Acne Body Spray baharu adalah penyelesaian 360 darjah kepada masalah tubuh badan yang berjerawat.


Bebas dari bahan berunsur Paraben, T3 Acne Body Spray boleh didapati di semua cawangan Watsons, Aeon Wellness dan juga farmasi terpilih dengan harga RM22.15 sahaja untuk 75ml. Mudahnya, lepas ni kalau ada jerawat di anggota badan, cuma spray sahaja dengan T3 Acne Body Spray! ^_^


Review dari Yaya : Sememangnya Yaya sangat jatuh cinta dengan T3 Acne Body Spray baharu ni! Selain dari bau tea tree oil yang sangat ringan, ianya mudah meresap dan memberi kesan segar apabila kita sembur dibahagian jerawat. Yaya juga suka dengan teksturnya yang ringan dan mudah mesra dengan kulit. Jerawat pula makin mengecut dengan bantuan T3 Acne Body Spray ini. Kalau nak cepat lagi proses pemulihan jerawat di badan, jangan gatal-gatal picit jerawat tu dan selalu disiplin skrub anggota badan 2-3 kali seminggu okay! Jangan lupa dapatkan T3 Acne Body Spray :)


T3 FACEBOOK CONTEST SNAP, POST & WIN!!


Nak menang jam Daniel Wellington yang bernilai RM899 ini? Jangan lupa sertai peraduan Snap, Post & Win dari T3 Malaysia!

Caranya :

1 - Ambil selfie bersama T3 Acne Body Spray (75ml)

2- Post gambar korang ke Facebook dengan hashtag rasmi #NewT3AcneBodySpray dan #T3Malaysia (Pastikan set post tu kepada public tau! Baru admin T3 boleh nampak post korang tu!)

Pemenang akan di pilih secara random jadi semua orang ada peluang untuk menang. Yeayy!!

GRAND PRIZE X 1 : Daniel Wellington Watch worth RM899

CONCOLATION PRIZE X 20 : H&M Shopping Voucher worth RM100 each

Peraduan akan tamat pada 4hb September 2017 (tertakluk kepada terma & syarat)



Untuk maklumat lanjut :

Facebook : T3 Malaysia
Instagram : @t3malaysia

#NewT3AcneBodySpray
#T3Malaysia
#Reachable





Terima kasih sudi baca

31 comments:

  1. Dah lama rasanya tak dengar jenama T3 ni. Dulu-dulu nampak dekat iklan TV je . Nanti nak cubalah pakai. Boleh la join contest sekali kan :)

    ReplyDelete
  2. Wah.. banyaknya produk mengurangkan jerawat. Rambang mata dibuatnya... hihi. Kena betul2 pilih ni. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  3. Wahhh...Macam2 produk ada sekarang. Sis tak ada jerawat kat badan, tapi kena lah jaga jugak kan, mesti kulit licin lepas pakai ni. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Wahhh, bagus untuk si bujang akak ni. Lama dah tak keep up ngan produk anti jerawat ni sejak dah masuk 50 series hehe. Thank you yaya for sharing

    ReplyDelete
  5. Lama dah produk ni bertahan T3 ada yang sesuai dengan kulit dan ada yang kurang jadi kita kena tahu betul tak... Nak masuk contest tapi tak guna produk ni hehehehe..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak dengar pasal t3 ni tau.. btw ai baru follow sini..

    ReplyDelete
  7. Awesome la T3 ada acne body spray! Memang masa sekolah dulu semua geng guna T3..

    ReplyDelete
  8. wahhh acne spray..best ni can use for my back senangla...

    ReplyDelete
  9. Ala tak guna produk ni. Kalau tak boleh join contest mereka. Nak jam DW tuuuuuu. Yaya belanja akak pleaseeee

    ReplyDelete
  10. Dulu masa sekolah pkai gak produk T3 ni..
    Mmg ok..bau tea tree tu best

    ReplyDelete
  11. Bila baca artikle ini, tangan laju je pergi check dekat belakang badan ada jerawat ke idak.. Ok dah xde... fuhhhh

    ReplyDelete
  12. senang guna spray je lepasni licin terus badan

    ReplyDelete
  13. wahh dulu pernh guna T3 masa remaja. skrang dh berusia heehe

    ReplyDelete
  14. yaya sejak jadi mak-mak ni makin gojes, geram itew..... aah dulu masa zaman sekolah rendah gigih tau cari produk ni,hik

    ReplyDelete
  15. blikan utk awek boleh rasanye ni ...

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing this, I didn't know that this exist. I need this in my life!!

    ReplyDelete
  17. ah, dah tamat dah contest tu baru nak berhajat untuk join hehe...

    ReplyDelete
  18. This sounds so convenient!

    ReplyDelete
  19. wah tak pernah tahu ade jerawat body spray.. boleh cuba juga ni..
    tapi punca jerawat badan ni ada kaitan juga dengan kebersihan luar dan dalam badan kan..too much jerawat di badan boleh disebabkan oleh organ detox kita tak berapa efisyen dah nak buang toksin yg masuk ikut makanan, udara dan sebagainya..

    so i think to address jerawat ni lagi berkesan dari luar dan dalam..betul x?

    ReplyDelete
  20. Ah, that was really a long time ago since I used this product. Now that they are running a contest, I am going to get myself a bottle. Can spray on pimples when I see them on my body.

    ReplyDelete
  21. oh I used this many years back then. nice and affordable product

    ReplyDelete
  22. Oh my, I would so get this for my father since he has a lot of acne at that area....since using their bodyshower also helps...hopefully it will speed up the process

    ReplyDelete
  23. After so many years, they finally come out with this. Gone are the days of this acne thingy 😂 but it's good that this is finally finally here! I know a few friends with teenagers who may benefit from it

    ReplyDelete
  24. I think this product is perfect for my brother who have back pimples. Thanks for your review, will try this one!

    ReplyDelete
  25. Wahh. Bagus ni, pertama kali dengan ara produk macam ni, padahal ramai jugak orang yg ada masalah jerawat kt badan ni.

    ReplyDelete
  26. I used to heard about this cream before! Looka really good and promising, should get this for my brother as he suffer acne on skin!

    ReplyDelete
  27. First time to hear about acne spray and it looks promising. It is so easy to use which I love!

    ReplyDelete
  28. i used before T3 during primary but i think it was a different one, it didn't work for me tho :( maybe this product has improved after many years :D -Joysofyz

    ReplyDelete
  29. Wow ... Pretty impressive.. thiss should be highly recommended for all those who have body acne

    ReplyDelete
  30. huishh,, kat badan pun boleh tumbuh jerawat rupanyaa

    ReplyDelete