Aug 11, 2017

Shurah Pencerah kini Berwajah Baharu



Hai korang! Familiar dengan jenama produk kecantikan dan penjagaan muka dari Shurah? Ya sudah semestinya jenama yang tidak asing lagi bagi remaja perempuan dari zaman sekolah dahalu. Teringat pula kenangan Yaya beria ajak ayah pergi farmasi sebab nak cari pencuci muka Shurah masa Form 1 dulu. Yela walaupun masih remaja, naluri nak kelihatan cantik telah meresap di dalam sanubari haha. Kawan-kawan la yang selalunya berkongsi rutin kecantikan mereka maklumlah zaman sekolah dulu selalu berpanas kan. Muka pun jadi rentung. Jadi Yaya pun mula belajar perlahan-lahan menjaga kecantikan wajah sejak tu. Kalau dulu Shurah berwajah lain, kini ianya hadir dengan warna merah jambu yang lebih feminim dan memikat hati :)
'

Shurah Pencerah Pembersih Muka (Harga : 50ml RM7.31 , 100ml RM12.61)

Dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan lembapan semulajadi kulit. Kulit akan menjadi lebih bersih, lembut dan cerah berseri. Syok cuci muka dengan pembersih ni. Rasa muka segar dan lembut sangat selepas pertama kali cucian.


Cara penggunaan : Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosok hingga berbuih, kemudian urut lembut pada wajah sehingga semua kotoran hilang. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama Shurah Pencerah Penyegar. 


Shurah Pencerah Penyegar (120ml)   (Harga : RM10.49)

Penyegar Shurah dirumus khusus tanpa alkohol untuk membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Penggunaan toner atau penyegar memang wajib bagi Yaya bagi menghilangkan saki baki kotoran dan juga sebagai penyediaan sebelum memakai make up.


Cara penggunaan : Titiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran. Wajah akan rasa lebih lembap dan segar. Tekstur toner ini sangat watery, sejuk dan mudah meresap ke dalam kulit.


Shurah Pencerah Pelembap (120ml) (Harga : RM11.55)

Mempunyai tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit korang. Juga mengandungi Pelindung UV untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang membahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah berseri.  This one is my favorite! Best sangat wangi dan lembut. Hihi


Cara penggunaan : Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar.  Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher. 


Shurah Pencerah Krim Malam (40g) (Harga RM16.85)

Krim muka yang dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa tidur dengan lebih intensif. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Ia diserap ke dalam kulit dengan cepat untuk memelihara kulit anda agar lebih lembut, lembap dan cerah berseri.


Cara penggunaan : Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar . Digunakan pada wktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit korang semasa tidur. Gunakan sebelum Shurah Pencerah Serum. Teksturnya sangat wangi dan lembut di muka. Syok tidur rasa lena je. Hihi


Shurah Pencerah Masker Skrub 100g (Harga : RM13.25)

Mempunyai dwi-fungsi yang sangat berkesan untuk membersihkan kulit muka secara mendalam di samping mencerahkan kulit muka anda. Ia dapat menanggalkan kotoran, sel-sel kulit mati, bintik-bintik hitam serta minyak muka yang berlebihan untuk kulit yang bersih dan cerah berseri. Juga mengandungi Kompleks Lembapan Lengkap sebagai pelembap tambahan untuk melindungi kulit anda daripada kekeringan setelah penggunaan. Kulit akan menjadi lebih bersih, lembut, cerah dan berseri.


Cara Penggunaan : Picitkan sedikit masker skrub ke tapak tangan dan urutkan pada seluruh muka terutama di kawasan hidung. Biarkan selama 15 minit dan bilas sehingga bersih. Ikuti dengan penggunaan Shurah Pencerah dan Pelembap. Yaya selalu skrub muka 2-3 kali seminggu. Skrub ni penting untuk menghilangkan saki baki make up dan juga membersihkan liang pori di muka.


Review dari Yaya : Sememangnya Yaya suka dengan Set Shurah Pencerah yang kini tampak lebih cantik, moden dan feminim gitu. Yaya pula memang suka warna pink hihi. Yang pastinya, Yaya sangat berpuas hati dengan Set Shurah Pencerah baharu ni. Serius best korang. Baik dari pencuci muka, toner, pelembap, krim malam dan juga skrub semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kalau nak tahu, muka Yaya jadi kering teramat akibat dari rawatan facial tempoh hari. Rasa permukaan muka kasar dan berbulu:( . Tapi Yaya amalkan pelembap secara konsisten dan Alhamdulillah muka Yaya dah beransur pulih. Yeayy! Lagi best, nak pakai banyak-banyak pun tak apa sebab harganya yang mampu milik dan mudah didapati di farmasi dan stor terpilih. Yakin dan Suci, sememangnya produk Shurah terbukti Halal. Much Love Shurah! < 3

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Shurah Malaysia 
Instagram : @shurahmalaysia

Untuk pembelian dalam talian : http://www.jetaine.com/shop/

Follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah




Terima kasih sudi baca

4 comments:

  1. Lawa packaging baru ni , menarik minat yg sukakan pink hihi

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya bila daoat atasi masalah yg dialami. Yg paling best shurah kaler pink..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Betul..Lawa packaging Baru nih

    ReplyDelete
  4. Cantik packaging nya.. Menarik

    ReplyDelete